Goodreads Malaysia discussion

50 views
Makan Buku, Minum Buku... > Pengumpul buku profesional

Comments Showing 1-21 of 21 (21 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jun 09, 2010 08:35PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Mungkin ramai yang sudah masak dengan bidang pengumpulan buku, tapi serius, saya baru saja mula meneroka sisi profesional pengumpulan buku.

Saya anggap bidang ni masih hijau di Malaysia berdasar tinjauan peribadi. Betul ke anggapan saya ni?

Kalau rakan-rakan di sini ada mengenali pengumpul buku profesional di Malaysia, boleh kongsikan pengalaman di sini. Kalau boleh saya nak menjejak mereka.

Dan... apa pendapat rakan-rakan, mengenai perlunya satu persatuan Pengumpul Buku Malaysia? Atau mungkin dah ada, cuma saya tak tahu?

Mohon pencerahan. Terima kasih.


message 2: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Saya tak pasti ttg pengumpul buku yg lelain, tapi untuk diri sendiri... saya tengah mengumpul buku-buku karya/tulisan Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Rasa ralat sungguh sekiranya karya berharga/ilmu dari tokoh ulama terkenal kita di malaysia ni hilang begitu sahaja pada masa akan datang...


message 3: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Aidura, koleksi bagus tu :) - saya tengah buat koleksi (1) books-on-books, (2) history of book dan (3) how-to-write. Ikut prioriti yang ditulis di atas. Tapi oleh sebab tak pernah dipandu, jadi saya baru bermula tahun ini (boleh anggap secara semi-pro sajalah buat masa ni) - betapa ruginya sebab tak ada fokus dalam mengumpul sebelum ini. Sebab tu saya nak bertanya dengan rakan-rakan GRMY kalau2 ada info tambahan.

Yang saya maksudkan pengumpul pro, yang lengkap dengan ilmu-ilmu hal mengumpul buku - banyak buku-buku panduan book collecting di Barat. Tapi di Malaysia saya tak jumpa sebuah pun (atau saya tertinggal dan tak cari betul2?). Malah mereka siap ada jurnal Book Collector lagi. Dengki betul dengan perkembangan ilmu depa.


message 4: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Apa kriteria 'book collecting' ni? Apa bezanya dgn hobi kita yg membeli buku macam kedai buku tu mak bapak kita punya? Adakah buku-buku yg dikumpul mesti edisi pertama, atau mesti dalam bentuk kulit keras atau apa?


message 5: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Khairul, saya rasa ada beza. Contohnya sebelum ini saya hanya membeli buku secara rawak (random) tanpa berfokus, baru tahun ini saya dapat pencerahan untuk cari satu fokus/nic yang sesuai dengan minat peribadi. Bila berfokus, baru dapat nilai dengan jelas, buku mana pula yang terbaik dalam kumpulannya - dari sudut penulis, subtopik dan sebagainya. Mungkin peminat buku lain dah lama buat begini, tapi saya memang tertinggal LRT!

Mengenai soalan edisi pertama/kulit keras atau apa, saya rasa ada dua golongan utama pengumpul buku - satu yang berdasar bentuk fizikal atau sifat tertentu buku (edisi, kulit, buku pertama, buku anugerah, dll), dan satu lagi, berdasar subjek yang diminati.


message 6: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Ok, Khairul, I got somewhat more 'enlightened' now about the differences between the two - voracious book buyers who are not book collector, are content buying from favorite/familiar bookshops like the bookshops are their parents', but book collectors will not be content until they exhausted all means, browsing and driving around thousands of miles, scourging every other bookshops that might have a book that they set to obtain for their collection.


message 7: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Jun 10, 2010 04:04PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Okay. But what do they look for in a book that they have to travel thousands of miles to find the right one? Maybe this applies to those who collect old and rare books. I suppose I am a collector (although I consider myself a reader first, collector a distant second). I have every Discworld book by Terry Pratchett, for example. Some in paperback and the rest in hardcovers. And seeing as how he has Alzheimer's Disease it won't be long before there will be no more Discworld books from him.

Of course, there are my comic books as well. The old 22-page magazine format and the collected editions in hardcover and softcover which make up most of my library today. I suppose those are collections as well.


message 8: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Mr Khairul, somehow you fit into the book collector category, I think. You're also very knowledgeable about what you're collecting. I'm far behind loh!

About the driving miles, I mean thousands of them in total - for whole life of book-hunting ;)

That left me wondering, how do you start?


message 9: by Ulya A.K (new)

Ulya A.K | 263 comments "book collecting is an obsession, an occupation, a disease, an addiction, a fascination, an absurdity, a fate. it is not a hobby. those who do it must do it. those who do not do it, think of it as a cousin of stamp collecting, a sister of the trophy cabinet, bastard of a sound bank account and a weak mind." — Jeanette Winterson


message 10: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Haha, that is very true, Ulya.

Najibah, why don't you start a Malaysian Book Collecting Society. Copy the methods from the western Book Collecting groups.

Also, I think you are a collector already. You have every FT book right? First printing or not? Autographed? Yup, you're a collector.


message 11: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Saya rasa kalau nak jadi collector buku barat, kita di Malaysia ni tak sesuai. Faktor geografi adalah penghalang terbesar. Kalau poket dalam dan tebal sekalipun, tak mungkin collector di sini boleh mengumpul buku-buku barat yang rare, bertandatangan dsb. Melainkan sekiranya minat mengumpul buku, manuskrip yang berasal dari region Asean/Malaysia. Edisi pertama buku-buku Melayu sebelum Merdeka, misalnya.

Sebenarnya, saya ada sedikit pengalaman di dalam hobi kumpul-mengumpul barang rare ini. (Selain membaca, saya kumpul mainan Hotwheels dan sneakers) Aspek paling penting untuk hobi sebegini sebenarnya bukan buku/mainan/kasut itu sendiri tapi hubungan dan networking di antara peminat. Networking adalah amat penting hingga kadang-kadang, hobi itu sendiri seolah-olah menjadi isu secondary.

Kena berusaha cari dan berkawan dengan clique pengumpul buku rare. Kuncinya ialah mencari individu-individu yang terlibat di dalam hobi ini. Kalau di Lembah Kelang, cuba pergi ke Amcorp Mall flea market. Di sana, ada gerai-gerai kecil yang jual buku-buku antik. Kena berkawan dengan tuan punya gerai ni. Mungkin mereka sanggup menurunkan sedikit ilmu, mungkin tidak. Kena cuba.


message 12: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Ulya, tergelak saya - siap ada 'bastard' lagi.

Khairul, mungkin dah masuk kategori pengumpul, tapi secara bawah sedar & tak sengaja - bermakna tak berilmu mengenai hal ni, main rempuh saja. Tanpa arah/fokus.

Kelab Pengumpul Buku Msia, memang idea cantik.

Johnny, sebenarnya saya cari pengumpul yang menjurus pada koleksi Malaysiana - tak semestinya yang 'rare', tapi yang betul-betul fasih ilmu mengumpul buku. Yang menghairankan, kalau memang ada, kenapa macam bergerak bawah tanah saja, tak pernah dengar dalam media (atau memang saya betul-betul terlepas pandang). Maknanya, belum ada gerakan yang tersusun dan terarah - dan ada satu ruang yang menunggu untuk diisi dan dimanfaatkan.


message 13: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Mereka mungkin bergerak dibawah tanah kerana mereka tidak mahu 'spoil market'. Selalunya, itu perangai tipikal pengumpul-pengumpul barang yang esoterik sebegini. Mereka menganggap yang ilmu sebegini tidak patut disebarkan. Saya yakin yang sememangnya ada kumpulan atau setidak-tidaknya beberapa individu yang mengumpul manuskrip-manuskrip lama, buku edisi pertama, buku edisi terhad, buku pra-Merdeka, nota-nota dari penulis-penulis Melayu etc tetapi kumpulan/individu pengumpul ini tak akan menghebahkan kegiatan mereka kerana mereka dengan sengaja ingin menghadkan pengetahuan dan ilmu mereka di dalam ruang lingkungan clique mereka sahaja. Mereka tak peduli pun sama ada 'gerakan' ini tersusun atau terarah. Semua ini berkait rapat dengan nilai ringgit buku/manuskrip/nota yang dikumpul. Ini bukannya satu hobi yang murah. Lihat saja harga buku antik Malaysiana di flea market Amcorp Mall.

Saya dah masak sangat dengan perangai tipikal collectors Malaysia, tak kira apa yang di kumpul. Setem, mainan kanak-kanak, komik, kasut, seni, hampir kesemuanya berperangai sedemikian. Jarang sekali akan berjumpa collector Malaysia yang mengumpul dengan niat untuk berkongsi ilmu mereka dan perangai ini akan bertambah tebal sekiranya barang yang dikumpul dianggap bernilai tinggi. Kalau nak masuk clique mereka, kena ada insider yang sudah lama berkecimpung di dalam hobi itu, baru dapat diterima masuk.

Kunci untuk menjadi seorang pengumpul barang esoterik di Malaysia ialah networking. Tipikal Malaysia, kan? Bukan know-how tapi know-who. Good luck.


message 14: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Sebelum ni saya ada tulis di forum saya bercadang nak kumpul karya fiksyen-sains Philip K Dick. Hari ni ada cita-cita baru pula iaitu nak kumpul seberapa banyak biografi Nabi Muhammad (s.a.w). Setakat ni ada 3 sahaja dan semunya di dalam English (Haykal, Martin Lings & Adil Salahi). Belum pernah ada di dalam Bahasa Melayu.

Mengumpul biografi tokoh yg sama bukannya suatu yang membazir. Kerana lain penulisnya, lain interpratasinya.


message 15: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Hari ini saya sudah berjaya mengesan jejak seorang pengumpul buku nadir di Malaysia, iaitu Awang Goneng (Wan Ahmad Hulaimi).

Artikel menarik dia dalam NST (link dari Bibliobibuli Sharon Bakar) berkenaan Charing Cross Road: http://www.nst.com.my/nst/articles/En...


message 16: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Jalan Kedai Buku di London semakin malap :(


message 17: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Khairul H. wrote: "Sebelum ni saya ada tulis di forum saya bercadang nak kumpul karya fiksyen-sains Philip K Dick. Hari ni ada cita-cita baru pula iaitu nak kumpul seberapa banyak biografi Nabi Muhammad (s.a.w). Seta..."


Khairul,

Mungkin boleh masukkan Biografi Muhammad bin Abdullah tulisan Zulkifli Mohd. Yusuf dan Noor Naemah Abd. Rahman dalam senarai koleksi juga.


message 18: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Insyaallah :)


message 19: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jun 20, 2010 09:51PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Ada pembetulan yang saya perlu buat untuk thread ni.

Sebenarnya gelaran pengumpul buku profesional kurang tepat bagi pengumpul buku biasa - sebab pengumpul buku profesional merujuk kepada orang2 yang mengumpul buku sebagai profesion, contohnya pustakawan @ penjual buku2 nadir & manuskrip.

Pengumpul buku secara persendirian untuk kepuasan peribadi lebih tepat dipanggil pengumpul buku amatur.


message 20: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Saya lebih suke panggilan 'Nerd Buku' (Book Nerd)


message 21: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Nerd buku pun boleh juga. Saya setuju saja kalau 'nerd' itu sudah masuk dalam daftar kata BM.


back to top