Goodreads Malaysia discussion

Agar Bidadari Cemburu Padamu
This topic is about Agar Bidadari Cemburu Padamu
165 views
Buku Impak Maksima > Agar Bidadari Cemburu Padamu

Comments Showing 1-11 of 11 (11 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Fariza (last edited Mar 24, 2010 02:28AM) (new) - rated it 5 stars

Fariza | 736 comments Agar Bidadari Cemburu Padamu by Salim A. Fillah

Buku ni memang mengancam dan best..
Buat perempuan memang sesuai..

Secara umumnya saya jatuh cinta terhadap buku ini malah sentiasa tersenyum semasa membacanya.


Buku penuh nasihat dan diselangseli jenaka yang semulajadi dan difahami oleh ahli gerakan memang menjadikan buku ini sangat sesuai dibaca oleh para muslimah yang dahagakan bahan bacaan berilmu tetapi mudah dibaca.


Boleh dikatakan buku ini memiliki satu keistimewaan tersendiri apabila mengupas isu-isu yang berkaitan Muslimah secara bersahaja.

Penulis Indonesia memang mempunyai versatil tersendiri dengan menggunakan gaya bahasa yang sangat indah menjadikan saya terkagum sendiri dengan penulis buku ini.
Malahan membaca prakata dari penulis sudah membuat kita mahu mengetahui kesinambungan buku selanjutnya. Berikut merupakan tulisan prakata beliau yang benar-benar buat saya jatuh hati terhadap penulis buku ini:

“Selalu saya ingin katakan bahawa gaya menulis saya adalah gaya petani tak
bermodal yang menanam biji apa saja yang ditemuinya di lahan tanpa pembagian.
Bukan gaya petani kaya yang mengkhususkan tanah ini untuk tumbuhan ini dan tanah ini untuk tanaman itu. Ini berkait dengan keterbatasan ilmu saya, tentu.”


Kata-kata merendah diri yang sangat indah bahasa perumpamaannya di atas benar-benar mempamerkan teknik penulisan beliau yang halus seolah memperkenalkan kita terhadap siapa penulis yang sebenarnya.

Masuk kepada isi penulisan, beliau membawa kita meneliti kepada mekna tajuk dengan menyatakan bahawa bidadari memang mencemburui wanita muslimah yang beriman.
Berikut merupakan petikan buku tersebut yang menarik:

Soal judulnya, saya dengar ada beberapa rakan yang sudah tergeletik,

“apa iya bidadari bisa cemburu?”

Dari Mu’adz ibn Jabal, ia Radiallahu ‘anhu berkata,
“Rasulullah Shallallahu; Alaihi wa Sallam bersabda, “Tiada seorang isteri
menggodai suaminya, melainkan bidadari calon isteri di surga berkata; ‘Jangan
ganggu dia, semoga Allah membunuhmu.. Ia hanya sementara ada di sisimu dan
hampir meninggalkanmu untuk kembali kepada kami”. (HR At-Tirmidzi)

Penulis juga wajar dipuji dengan penulisan yang kreatif dan memberi teguran secara humor. Berikut merupakan antara teguran beliau kepada Muslimah secara bijaksana yang saya gemari:
m/s:35

Pakai Jilbab Gedhe, Yang kecil Buat Siapa?

Suatu ketika, di rubric konsultasi figh Radio Taruna al-Quran asuhan Ust Aris Munandar, ada seorang ukhti bertanya. Kira-kira begini pertanyaannya, “Ustadz, Alhamdulillah selama ini saya sudah berjilbab. Tapi masih jilbab yang kecil. Sebaiknya bagaimana? Dan nanti, kalau misalnya saya pakai jilbab yang besar, boleh tidak kalau jilbab saya yang kecil-kecil saya hadiahkan untuk teman yang lain?”

Apa jawaban Ustadz Aris? Mari kita dengar. “Ya memang sebaiknya jilbab itu yang besar. Kalau perlu yang sampai ke pinggang agar sewaktu naik motor bias diduduki sehingga kalau kena angin ‘auratnya tetap terjaga. Nah jilbab yang kecil-kecil itu boleh dihadiahkan. Tetapi kepada anak kecil. Sehingga nanti tetap jadi besar bagi
pemakainya...”
Ssst! Anda ingin tertawa kan? Ini jawaban syar’i lho!


Antara nasihat beliau kepada muslimah yang saya persetujui adalah dengan menjadi diri sendiri.

Walaupun kita adalah seorang muslimah yang berpakaian menutup aurat, namun ianya adalah tidak bermakna kita harus menjadi hipokrit terhadap minat sendiri dan bertukar sikap.
Teruskan dengan kepribadian kita yang semulajadi asalkan tidak melanggar syariat.

Ini lain pula dengan sesetengah muslimat yang terus mendiamkan diri, tidak bergaul dengan orang lain dan seolah-olah bertukar menjadi manusia yang bukan seperti dirinya sendiri.

Beliau memberi contoh beberapa Muslimat pada zaman nabi yang masih mengekalkan personality masing-masing walaupun telah memeluk Islam.

Secara keseluruhannya, buku ini wajar menjadi pilihan ramai Muslimat atau “ a must read book” bagi kita.


message 2: by Isma (new)

Isma | 682 comments Saya lelaki pun terasa tertarik bila membaca ulasan anda.Ada impak..


Fariza | 736 comments hehe memang lelaki pun kene baca..

Lgpun memang penulis adalah seorang lelaki..


message 4: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Adik pernah sarankan pada saya buku ini, bagus katanya.


message 5: by Fariza (last edited Mar 25, 2010 10:46PM) (new) - rated it 5 stars

Fariza | 736 comments Saya baca buku ni dalam masa sehari jer..

Memang memotivasi wanita.. Saya pun sarankan pada Najibah untuk baca..


message 6: by Saniah (new)

Saniah Mat | 163 comments Kena cuba ni.


message 7: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments wah, macam menarik je buku ni :)


message 8: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments To read


message 9: by Hamidah (new) - added it

Hamidah | 23 comments di mana boleh beli buku ni?


message 10: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Menarik. Pandai yang mengulas.


message 11: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Sudah 3 tahun berlalu, saya belum berkesempatan baca buku ni


back to top