Goodreads Malaysia discussion

235 views
Budaya Membaca > Persepsi paling buruk pernah anda dengar tentang ulat buku/membaca

Comments Showing 1-50 of 148 (148 new)    post a comment »
« previous 1 3

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Saya pernah cari buku selepas periksa baru habis zaman belajar dulu. Kemudian ada dua orang adik yang bertugas di mesin fotokopi menyapa, 'Eh, kak. Exam dah habis pun membaca lagi?' Saya tak terjawab apa-apa sebab terpana sangat. Membaca untuk exam sahajakah? (Ini berlaku lebih 10 tahun dulu - mudah-mudahan sekarang tak ada lagi persepsi macam ini).

Apa persepsi paling buruk yang pernah anda dengar tentang membaca dan jadi ulat buku?


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Saya sendiri tak pernah dengar apa2, sebab masa membaca saya "switch off" dunia luar. Tapi saya rasa ulat buku di Msia dianggap anti-social dan menunjuk-nunjuk.

Anggapan anti-social tu memang tidak boleh dielakkan sebab membaca adalah aktiviti berseorangan. Tapi menunjuk tu hanya anggapan orang yg tak suka membaca dan hanya wujud di Malaysia ni (negara yg mempunyai purata pembaca yg agak rendah).


message 3: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Abah saya dulu askar, jadi kami rajin pindah-randah. Tiap tempat kami pindah, among the first things to establish (apart from house, school, mana nak beli brg runcit dsb) is where the library is. Tiap kem askar mesti ada library (yg tak ramai org guna, sedih).

But masa di Terengganu, saya darjah 6. Baru sudah Sultan's coronation (ayahanda pada Sultan Mizan). Banyak bangunan baru (duit minyak weiii), including the State library yang baru buka, yg sepelaung dari sekolah saya (Sek Ren Sultan Sulaiman 2 - hellooooooooo kawan-kawan!!!).

Satu hari lepas sekolah, saya bodek abang askar drebar van angkut. Sementara tunggu bebudak sek men keluar, saya dan adik nak ke library baru. Saya terus meluru ke rak buku Inggeris, wahhhhh banyaknya pilihan! Seronok tengok novel-novel baru. Tapi bila nak ke kaunter pinjaman, saya lalu Children's Section. Saya nampak ramai kengkawan sekolah. Saya jadi lagi seronok sebab saya memang tak pernah jumpa kawan kalau tidak dalam waktu persekolahan (kem askar jauh weiii).

Tapi seronok tu sekejap. Sebab bila deme nampak saya bawak novel-novel Inggeris, ramai mengata saya eksyen, menunjuk-nunjuk. Sebab their excitement at the Noddy collection they'd discovered seemed dismal banding dgn buku-buku pilihan saya.

Selama di sekolah tu, saya patah hati, tak membaca buku cerita di sekolah (masa tu cikgu tak galak pun) walaupun saya Pengawas Perpustakaan. Nasib baik tahun selepasnya saya masuk sekolah asrama. And met other bookworms!


message 4: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Sebab baca buku medium Bahasa Inggeris kut? Tahun apa ni? Sebab di Msia pada tahun-tahun 50an-60an, kalau budak melayu tekun mempealajari BI, masyarakat setempat (selalunya kawasan luar bandar) sering menganggap budak tu sebagai murtad.

Di post saya di atas saya tulis tak pernah mengalami persepsi buruk tapi tersilap...ada sekali ketika hendak ubahsuai rumah keluarga ni, semua buku-buku saya masuk kotak. Sewa lori nak angkut pi store.

Drebar lori: "Hui, banyaknya kotak. Apa dalam ni?"

Office boy (yg datang untuk menolong): "Buku"

Drebar lori: "Semua ni buku? Berkotak-kotak ni buku? Ye ke baca semua ni?"

Office boy: "Eh, ya! Selalu nampak dia bawa buku ke opis".

Drebar lori: "Kalau aku, aku tak larat nak baca semua ni"

Saya (dalam hati): "Sebab tu le kau kerja drebar lori."

Tapi dalam hati je le, kalau cakap mulut, di"hilangkan" buku-buku saya nanti...mampus.


message 5: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Early 80s la beb, gua tak la tua sangaaaatttt (nampak tak mata saya yang dah bulat terbeliak ni...?)

Memang sebab reading in English. Tapi Terengganu introduced me to the likes of othman Puteh. Memang kipas-susah-mati masa tu...!


message 6: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Oh, but a couple of years ago, I accompanied my son buat recording hapaentah at GreenCow Studios. Program kanak-kanak, menyanyi etc (tapi tak pernah pun saya nampak siarannya hahaha).

I was reading Awang Goneng's Growing up in Trengganu whilst waiting. The go-to guy for the program was this fellow who had acted in Bernard Chauly's "Goodbye Boys". We got to talking about books.

I finished the book. Went to the car and got another one out. The Last Temptation of Christ by Nikos Kazantzakis. We continued talking about books, esp our favourite genres. He approved of what I was reading; but when I said that selalunya after a heavy book I liked to read 'fluff' just to clear my head, he replied :

"I only read serious stuff. I don't have time for fluff."

I tell you, I didn't need this. Not from a boy nearly half my age. Heh.


message 7: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
"I only read serious stuff. I don't have time for fluff."

Pretentious, much?

It's statements like this that give bookworms a bad name. I mean, really! I suppose it's his right but he sure is missing on a lot of stuff.

I used to have a book called Ex Libris: Confessions of a Common Reader (that incidentally Najibah has wishlisted). The author is bookworm who will find a kindred soul in that boy. She only reads the classics. None of this modern nonsense.

Sheeessh!


message 8: by miaomiao (new)

miaomiao (ajeep) | 155 comments my aunt asked me once, what i usually do at home, especially on weekends since i live alone. i told her i usually spend my time reading books, i don't go out often. she asked me what kinda books? i told her fictions. and then she dismissed my selection of books.. dia cakap, "alaa... fiction je...." damn....

another time at office, we had this junior engineer meeting with our manager. he was telling us on the importance of pursuit of knowledge, and the benefits of reading. the discussion got around to my habit of skipping lunch to read instead, and my manager asked me what kind of books i read. i told him fictions. and the others laughed. aiseh.... nasib baik my boss backed me up. yang lain tu macam la membaca


message 9: by Ulya A.K (new)

Ulya A.K | 263 comments One time i was attending an interview (well, sort-of interview, coz it's just a formality for me to move to another position) with 2 of the managers in my dept.. They asked me what's my hobby.. but when i mention reading, they said,"must be those Mills&Boons novels.."
Eh,hello.. although i've read a few of those before, i actually have a much wider range of reading materials than just M&B, you know.. duh..


message 10: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Maybe you have that 'Mills&Boon' kind of face?


message 11: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Nothing wrong with Mills&Boon - asal membaca, 'kan? :)

(Altho my schoolmates are in agreement w me on this - too much MBs masa sekolah builds this wrong perception of what men are like. Iye la, all-girls school, mana ada contact w boys. So, ada di kalangan kami baru laaa ni kena face up to the fact that our husbands don't live up to the men in MB! Ha!)


message 12: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Oooh, you me kindred spirits la Khairul! I also have Anne Fadiman's Ex Libris: Confessions of a Common Reader! Tapi difference is, I lurrrved it heheh

Also have her Rereadings: Seventeen Writers Revisit Books They Love stashed somewhere. As usual, TBR lah...


message 13: by Ulya A.K (last edited Mar 12, 2010 07:23PM) (new)

Ulya A.K | 263 comments Khairul H. wrote: "Maybe you have that 'Mills&Boon' kind of face?"

Takde la.. it's more of getting tag as "chicklit reader" & they could only came up with M&B.. hehe..

Kataklick write" "Nothing wrong with Mills&Boon - asal membaca, 'kan? :) ..."

Hehe..nope, nothing wrong. I read them sometimes when i'm in between books or tengah pokai. Main reason-it's only abt 5bux jer.. nuff to tide me til i get a new, much more interesting books.. hehe..


message 14: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
I used to think M&B was soft-porn. Imagine my disappointment.

Hahahahahahaha!


message 15: by Aidura (last edited Mar 14, 2010 07:25PM) (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments ohooo. i do have some bad experience...

Antaranya, salah seorang dari staff saya suka sangat menyibuk brape kerap saya berderap ke kedai buku di seberang jalan ofis kami dalam seminggu.

Dia dengan bangganya telah melantik dirinya sendiri untuk menjadi "pemerhati tak bertauliah" serta memberikan statement2 yang amat menjengkelkan hati...

Setiap kali saya balik dari kedai buku, beliau suka buat kepoh. Mula-mula tu saya buat dek jek. Tapi bila dah sampai ke tahap gaban... aikkkk tak boleh jadi ni. Makin dibiarkan, makin naik tocang plak!

Saya tanya dia secara terhormat, salahkah kalau saya selalu ke kedai buku. Saya tidak menyusahkan dia. Beli bukupun, saya guna duit saya sendiri jek. Tak amik duit diapun! Tak kacau siapa2. Awat kepoh sangat? kui,kui,kui

Hahhhh... terkedu dia! Lain kali, mind your own business, la! :P


message 16: by Deviki (new)

Deviki | 182 comments Najibah wrote: "Saya pernah cari buku selepas periksa baru habis zaman belajar dulu. Kemudian ada dua orang adik yang bertugas di mesin fotokopi menyapa, 'Eh, kak. Exam dah habis pun membaca lagi?' Saya tak terjaw..."

Oh yeah i get that all the time, the worse was back in Uni.....after exam when we got out for lunch and i'll read my book while waiting for my lunch and they would say the same thing
"wei relax ah exam fin lah ...why u still holding a freaking book?"


message 17: by Deviki (new)

Deviki | 182 comments Kataklicik wrote: "Oh, but a couple of years ago, I accompanied my son buat recording hapaentah at GreenCow Studios. Program kanak-kanak, menyanyi etc (tapi tak pernah pun saya nampak siarannya hahaha).

I was read..."


Yeah some people i notice if they are reading book much thicker than yours they tend to see you as "eh i bet you can't handle this" i mean wth right? I read almost anything and sometimes i can't help but borrow my cousin's teen and young teen books (THEY ARE REALLY NICE) and some people stare at me like I’m retarded ...For me if you truly love reading ...you can read anything !!!


message 18: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Which is why I started reading Harry Potter in 2000 (before he was famous hehe). I was a bored 30 year old who was reading this book meant for "kids" and enjoyed it. But didn't really enjoy books 6 & 7. The earlier books were more fun.


message 19: by miaomiao (new)

miaomiao (ajeep) | 155 comments you can never understand these people


message 20: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Khairul H. wrote: "I used to think M&B was soft-porn. Imagine my disappointment.

Hahahahahahaha!"


Hehehehe... Saya pun!


message 21: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Persepsi orang yang kerap diterima - baca novel cinta dan menunjuk-nunjuk, which I learnt not to give even a tiny rat ass.

Alhamdulillah, keluarga dan kawan-kawan semua memahami dan sporting gila. Takda yang jadi 'darat' kalau nampak orang baca buku. Lagi suka ada.


message 22: by Isma (new)

Isma | 682 comments ''Macam manalah kau nak pelihara bini, kalau duit gaji banyak habis untuk beli buku.''

Ayat di atas selalu dituju pada saya oleh saudara mara terdekat.( Saya belum kahwin)


message 23: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Isma, tiba-tiba saya teringat kata-kata emak masa saya mengandung dulu:

"Macam manalah nak jaga anak, duk baca buku saja."


message 24: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Faizah Roslaini wrote: "Persepsi orang yang kerap diterima - baca novel cinta dan menunjuk-nunjuk, which I learnt not to give even a tiny rat ass.

Alhamdulillah, keluarga dan kawan-kawan semua memahami dan sporting gil..."


Faizah, seronoklah semua orang faham. Kalau mereka bagi sokongan lanjut lagilah syurga - misalnya: eh, tak payah masuk dapur hari ni, sana... baca buku :D


message 25: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Faizah Roslaini wrote: "Khairul H. wrote: "I used to think M&B was soft-porn. Imagine my disappointment.

Hahahahahahaha!"

Hehehehe... Saya pun!"


:D


message 26: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments "Awak cikgu ke???"

Itu agaknya tanggapan umum kebanyakan orang bila terlihat sesiapa saja dok belek buku kat kedai buku.

Sebab hampir saban hari ke kedai buku, org akan bertanyakan soalan skema yang sama kepada saya.

Bila saya jawab balik kat depa, saya tanya... hanya cikgu saja ke yang suka baca buku? Saya bukan cikgu, tapi saya suka membaca. Kemudian depa nampak terkedu dan terkelu! :D


message 27: by Ulya A.K (new)

Ulya A.K | 263 comments One time, my ex was telling someone about my reading habits.. he said "You know, she read this really thick book & actually finished it!!".. with a shock/horror-stricken look on his face..

I just answered, "It's only Harry Potter you know.."


message 28: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
And that's when he became your ex?


message 29: by Ulya A.K (last edited Mar 22, 2010 07:46AM) (new)

Ulya A.K | 263 comments Khairul H. wrote: "And that's when he became your ex?"

Haha.. not quite, but one of the reason.. ahaks.. he resented the fact that i was studying (part time) at the time.. and he didnt want to pursue his.. go figure..


message 30: by Deviki (new)

Deviki | 182 comments Ulya wrote: "Khairul H. wrote: "And that's when he became your ex?"

Haha.. not quite, but one of the reason.. ahaks.. he resented the fact that i was studying (part time) at the time.. and he didnt want to pur..."


Oh well ....his lost !!!


message 31: by miaomiao (new)

miaomiao (ajeep) | 155 comments macam a great mystery orang lain boleh baca buku tebal, just because they don't read. hahaha


message 32: by Isma (new)

Isma | 682 comments ''Baca Quran lagi baik, buang masa baca buku-buku mengarut.''

Bagaimana dengan kalian jika berhadapan dengan orang seperti ini? (Takkanlah kita nak heboh, kita selalu baca Quran.)


message 33: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Apr 06, 2010 01:15AM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
"Kau tu, selalu ke baca Quran?"

Selalunya org yg selalu baca Quran tak sebut ayat tu, orang yg tak baca apa benda (Quran atau pun buku tulisan manusia) yang selalu begitu untuk menunjukkan 'keimanan' mereka kununnya.

Saya selalu membaca buku sementara menunggu anak saya habis mengaji di masjid (kadangkala buku agama dan kadangkala bukan) dan imam-imam dan bilai tak pernah pun tegur saya macam tu. Dan ya, mereka semua kenal saya.


message 34: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Khairul H. wrote: ""Kau tu, selalu ke baca Quran?"

Hahahaha.. Jawapan tu klasik! Mesti guna tu.

PWNED!


message 35: by Nurul (last edited Apr 06, 2010 03:45AM) (new)

Nurul (nurulhidayahyahya) | 242 comments saya pula pernah terkena sebegini :

"tak rosak ke mata baca buku tebal-tebal?"


message 36: by miaomiao (new)

miaomiao (ajeep) | 155 comments selalu baca quran tapi faham ke? saya tak tahu berapa peratus orang yg faham bahasa arab, terus terang saya tak faham, sekadar baca je.

membaca jambatan ilmu. kalau tak baca buku2 dari sumber lain, mcm mana otak nak berkembang? baca novel pun bagus, otak jadi cergas sebab kita imagine cerita yg kita baca tu dlm kepala kita


message 37: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
miaomiao wrote: "selalu baca quran tapi faham ke? saya tak tahu berapa peratus orang yg faham bahasa arab, terus terang saya tak faham, sekadar baca je."

Kalau tak paham Arab, kena baca terjemahannya samada dlm BM, BI, B. Russia atau apa-apa bahasa pun.

Baca Quran kerana kewajipan dan untuk dihafal dan baca terjemahan untuk memahami maksudnya.


message 38: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Khairul H. wrote: "miaomiao wrote: "selalu baca quran tapi faham ke? saya tak tahu berapa peratus orang yg faham bahasa arab, terus terang saya tak faham, sekadar baca je."

Kalau tak paham Arab, kena baca terjemahan..."


Sangat setuju.. hehe..


message 39: by Deviki (new)

Deviki | 182 comments Nurul wrote: "saya pula pernah terkena sebegini :

"tak rosak ke mata baca buku tebal-tebal?""


memang bodoh soalan tu !!!
"awak tak bisu ker tanye soalan bodoh ?" HAHAHAHA


message 40: by Zaidah (new)

Zaidah (zyedz) | 17 comments "Dia pakai spek sebab kuat sangat membaca"

Saya anggap itu pujian. Hahaha.


message 41: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Di Cambodia ketika zaman Khmer Rouge yg diketuai Pol Pot, mereka menahan dan menghukum bunuh ramai rakyat Cambodia semata-mata kerana memakai cermin mata.

Cermin mata = rajin membaca = intelektual = anti Khmer Rouge.


message 42: by Zaidah (new)

Zaidah (zyedz) | 17 comments Khairul H. wrote: "

Cermin mata = rajin membaca = intelektual= anti Khmer Rouge. "



Ups.
Contact lens please... (takut kena hukum bunuh).


message 43: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments Huu.. kena bunuh sebab bercermin mata? Sungguh mudah sifir mereka!

Manusia, biasalah. Kalau rajin membaca, dikatanya mata cepat rosak. Kalau menonton tv, dikatanya mata cepat rosak juga. Kalau tidur untuk merehatkan mata, dikatanya malas pula. :D


message 44: by Zaidah (new)

Zaidah (zyedz) | 17 comments "Banyaknya buku, berapa ratus la dah habis ni. Tak sayang duit ke?"


message 45: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments zaidah wrote: ""Banyaknya buku, berapa ratus la dah habis ni. Tak sayang duit ke?""

sebab sayang duitlah makanya aku beli buku berkoyan-koyan! boleh tak jawab skema camni jek... hehehe. :D


message 46: by Isma (new)

Isma | 682 comments Khairul H. wrote: "Di Cambodia ketika zaman Khmer Rouge yg diketuai Pol Pot, mereka menahan dan menghukum bunuh ramai rakyat Cambodia semata-mata kerana memakai cermin mata.

Cermin mata = rajin membaca = intelektual..."


Saya teringat, setiap kali hendak lepas sekatan tentera di selatan Thai, tentera selalu curiga dengan beg saya penuh dengan buku--buku yang mereka tidak reti baca--bahasa Melayu, Inggeris dan Indonesia. Rimas betul!


message 47: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Isma wrote: "Khairul H. wrote: "Di Cambodia ketika zaman Khmer Rouge yg diketuai Pol Pot, mereka menahan dan menghukum bunuh ramai rakyat Cambodia semata-mata kerana memakai cermin mata.

Cermin mata = rajin ..."


uikkkk... takkan takde sorangpun army kat sana yg reti baca buku BI kot, Isma?

naik heran teman dibuatnya!


message 48: by Isma (new)

Isma | 682 comments Cubalah, bawa buku banyak-banyak dalam beg dan lintas sekatan.. :)

Tak heran.
Ramai profesor di Thai tidak reti bahasa orang putih.Ada editor kanan media yang saya kenal, tidak mampu menulis dalam BI.


message 49: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Kalau negara tidak pernah dijajah Inggeris, memang B.I. tidak dilihat begitu penting di sekolah-sekolah.

Peranchis, Jepun, negara-negara Amerika Tengah dan Selatan, negara-negara IndoChina.


message 50: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Khairul H. wrote: "Kalau negara tidak pernah dijajah Inggeris, memang B.I. tidak dilihat begitu penting di sekolah-sekolah.

Peranchis, Jepun, negara-negara Amerika Tengah dan Selatan, negara-negara IndoChina."


Ha ah kan. Kalu ke Perancis atau Jepun, speakinglah macam mana pun dia akan tetap pong pang pong pang dia juga. Which leads to a question, sejauh manakah relevannya boleh berbahasa Inggeris? Adakah ia menjadi keperluan kerana Inggeris telah menjajah budaya dan bahasa sekian banyak negara?


« previous 1 3
back to top