Goodreads Malaysia discussion

30 views
Makan Buku, Minum Buku... > Kuantiti vs Kualiti

Comments Showing 1-12 of 12 (12 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Saya selalu ragu-ragu/skeptik apabila ke kedai buku dan lihat di bawah nama pengarang tertentu ada terlalu banyak buku yang terbit dalam masa berdekatan.

Persepsi saya (yang entah betul entah tidak), mutu bukunya tentu kurang sedikit berbanding pengarang yang mengarang jarang-jarang; buku pengarang jenis kedua bagi saya ada idea yang lebih unik dan cara penyampaian yang lebih mantap.

Patut ke persepsi macam ini dipertahan? Mungkin saya sudah ketinggalan banyak buku yang bagus oleh pengarang yang sangat rajin mengarang sebab persepsi begini...


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Boleh berikan contoh siapa yg profilik sampai boleh keluarkan buku dlm masa berdekatan? Bagi saya, "masa berdekatan" untuk buku ialah setiap setahun, satu buku.

Saya pun musykil juga penulis yg boleh buat macam tu.


message 3: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Tapi look at Faisal Tehrani - orangnya masih muda belia tapi his list of publications is miles long. And the subject matter of his novels differ with each book he writes!

Jadi tak boleh la kita kata seseorang tu tak berkualiti mutu karyanya just because dia banyak menulis. 'Kan?


message 4: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Kataklicik, with the exception of Faisal Tehrani :D - he's different... because I'm the fan of his books. Ha ha. Tapi betullah, banyak bukunya terbit dalam masa berdekatan, terutama 2007, 2008 (berdasar tarikh terbit yang dimasukkan di GR). Masih berkualiti & diburu orang bertahun-tahun.

Khairul H., secara khusus Nicholas Sparks (ada tahun-tahun tertentu pernah terbit 2 buku) & David Malouf - dan ramai lagi sebenarnya, berdasar pemerhatian di rak fiksyen BookXcess baru-baru ni. Yang menarik banyak buku mereka best-seller juga.

Mungkin semua persepsi tu hanya kerana saya belum kenal buku-buku mereka macam kenal buku FT :)


message 5: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Hahaha Najibah kipas-susah-mati :D


message 6: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments How about ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Beliau akan mempromosikan 2 buku terbaru beliau pada Pesta Buku kali ini (2010) bertajuk 1. Murabbi Cinta, 2. Secangkir Teh Pengubat Letih.


message 7: by Peesha (new)

Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Buku Ustaz tu selalunya compilation dr blog dia ... tapi saya x tahu le kalau 2 buku ni yg start dr scratch ...

So, kalau dia terbitkan buku baru dalam masa terdekat, mungkin ok kot ...

Eh, betul ke respon cenggini? :p


message 8: by miaomiao (new)

miaomiao (ajeep) | 155 comments saya baca james patterson dan john grisham. buku2 dieorang terbit dalam masa dekat2 gak. tak berapa best la, my personal opinion la. the books tu, macam takde oomph. research tak extensive. kalau macam buku wally lamb saya baca, research dia extensive, jadi memang best lah buku dia.


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Saya pernah dulu minat sangat Sidney Sheldon sampai asyik2 baca yang dia je. Banyak jugak yang saya baca. Lepas tu muak dah. Baca aje dah jadi predictable semacam. Boring betul. After that I was careful not to stick to any particular author for a long period of time.


message 10: by miaomiao (new)

miaomiao (ajeep) | 155 comments oh yeah! sheldon. perempuan cantik, ditimpa kesusahan, tabah menempuhi dugaan, berjumpa lelaki kacak, kecewa dalam percintaan, dan akhirnya berjaya dalam hidup. EXCEPT, Naked Face. lain dari buku2 sheldon yang lain

i stick with michael crichton. buku2 dia selalu berlainan jalan cerita


message 11: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Tapi semua buku Crichton bukan plot sama ke? Maksud saya, ada unsur-unsur saintifik/sains fiksyen.


message 12: by miaomiao (new)

miaomiao (ajeep) | 155 comments itu kira genre, bukan jalan cerita. wouldn't you agree? memang mostly scifi. kalau plot sama pun, not as obvious as sheldon, or grisham. i did get bored once reading grisham, tapi tak pernah bosan baca crichton.


back to top