Goodreads Malaysia discussion

49 views
Acara Buku/Aktiviti Kelab Buku > Buku apa yang anda inginkan di PBAKL 2010? Jom kongsi bersama..

Comments Showing 1-15 of 15 (15 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Shah (last edited Mar 11, 2010 03:32AM) (new)

Shah Abdullah | 384 comments Assalamualaikum wbt,

Saya jamin mesti ramai 'bookworms' teruja untuk memeriahkan Pesta Buku yang bakal berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 19-28 Mac ini.

Kebiasaannya, pada masa inilah buku dijual dengan harga istimewa dan lebih menarik, para pembaca juga dapat berkenalan dengan penulis kesayangan. Tambahan lagi, para pembaca turut berpeluang untuk mendapatkan buku-buku idaman.

Maka, apa salahnya jika dikongsi bersama judul-judul buku yang menjadi tarikan dan 'MESTI' beli nanti agar ahli GR yang lain turut menyedari keistimewaan buku tersebut :)


message 2: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Buku-buku ITNM tentunya!


message 3: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Buku-buku keluaran Sang Freud Press, Stormkitchen Books kalau ada.


message 4: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Saya memburu buku ITNM juga.

Selain tu akan cari buku-buku dalam wishlist yang makin panjang.


message 5: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Tengah memburu buku-buku terbitan Galeri Ilmu, Jemari Seni dan PTS.

Antaranya:

1. Murabbi Cinta - Hasrizal Abdul Jamil
2. Secangkir Teh Pengubat Letih - Hasrizal Abdul Jamil
3. Dingin Salju Indiana - Nurulsham Saidin
4. Versus - Hlovate


message 6: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Husband saya kerja di PWTC. Hari ni masuk ofis lambat sebab ada kerja kat luar waktu pagi.

Dia hot sebab jam teruk di jalanraya. And jam pulak nak masuk arah PWTC. Sebab Pesta Buku.

Hahahahahaha saya memang tak pergi la - dah dapat Faizal Tehrani's books tahun lepas, siap dengan signature dia, dah cukup. Tak sanggup harung arus manusia weiiiiii


message 7: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Sejak saya di bangku sekolah lagi saya tidak meminati PBAKL. Buku-buku yg ada boleh didapati di kedai-kedai buku tanpa mengharungi lautan manusia yg kebanyakkannya hanya tengok-tengok saja. Kalau dari dulu tak minat, sekarang dah tua bangka ni lagi le tak minat.


message 8: by miaomiao (new)

miaomiao (ajeep) | 155 comments saya tak pernah pergi pesta buku, ada apa di sana ya? are the books sold significantly cheap?


message 9: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
It's a book expo. Lots of publishers and bookshops have a stall there. Sometimes there will be special appearances by a writer or two (usually local talent). You can find cheap stuff but in my experience the discounted books were books that I didn't even want when it was full price.

Prepare for a huge crowd (cuti sekolah, maaa). Most of them just browsing only. How do I know? I used to see lots of them leaving with empty hands.

My advice: go to your regular bookshop.

But if you're looking for local books like Malay fiction, you'll hit a goldmine at PWTC.


message 10: by miaomiao (new)

miaomiao (ajeep) | 155 comments tak jadi pergi lah. walking with crutches kat tempat macam tu, memang cari penyakit


message 11: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Khairul H. wrote: "It's a book expo. Lots of publishers and bookshops have a stall there. Sometimes there will be special appearances by a writer or two (usually local talent). You can find cheap stuff but in my expe..."

Saya setuju juga dengan apa yang En Khairul cakap. List buku saya banyak juga yang saya rasa saya takkan jumpa di PBAKL nanti.

With exception of FT books of course. Tahun lepas memborong sakan. (groupie...I know) Tahun ni mungkin akan beli satu bukunya yang baru dan buku-buku Azizi Hj Abdullah, kot. Buku-buku Isa Kamari pun ok juga.

Saya kalau pergi tempat ramai budak sekolah macam ni satu: kena pakai baju yang boleh menyejukkan. read: cotton. dua: kena sembur perfume lebih sikit.. hehehe..budak sekolah ramai maaa..aiyoh bersabor ajela


message 12: by Shah (last edited Mar 16, 2010 04:24PM) (new)

Shah Abdullah | 384 comments Wah..pelbagai pandangan dapat dibaca di sini berkenaan PBAKL. Saya ingatkan pesta buku menjadi tarikan, namun ada juga yang tidak mengemarinya. Dulu, ketika praktikal di Tg. Karang pernah membawa rombongan pelajar ke PBAKL pada tahun 2008. Akibatnya, saya hanya membeli beberapa buah buku sahaja kerana risau menjaga keselamatan pelajar. Walau apa pun, semuanya adalah hak individu masing-masing kerana apa yang dinyatakan ada kebenarannya. Saya pun kekadang rimas dengan suasana orang terlalu ramai dan padat di sesuatu tempat.

Tahun ini, saya tidak berkesempatan ke pesta buku. Tiket penerbangan terlalu mahal untuk balik ke Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, meminta ikhsan kawan yang kebetulan mempunyai minat yang sama sebagai wakil pembelian.

Antara yang sudah masuk list adalah buku terbaharu FT dan Ustaz Hasrizal. Tidak lupa juga sebagaimana Tok Mudin dan Najibah berkenaan dengan buku-buku ITNM yang juga mesti menarik minat (berdasarkan katalog buku di laman web).


message 13: by Isma (new)

Isma | 682 comments Saya mahu KAMUS BESAR INDONESIA.

Siapa tahu harganya berapa?Senang hendak buat bajet.


message 14: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Siapa dah ke sana? Kongsi-kongsikan cerita anda! Buat topik baru pun cantik juga!


message 15: by Hazel (new)

Hazel | 2 comments Shorlisted yg dah jadi longlisted bila dah sampai di PBAKL

My fav JS books
1. Damai
2. Rumput Masih Hijau
3. Versus
4. Nama atas Kertas
5. Rahsia Hati Sofia
6. Yuda di Padang Maya

7. Bila Tuhan berbicara. FT
8. Rembulan Berdarah
9. Sejarah Hidup Nabi Muhammad SAW
10.Bila Allah Menduga Kita

Tak apa la, resit beli buku boleh dapat tax relief


back to top