Goodreads Malaysia discussion

44 views
Acara Buku/Aktiviti Kelab Buku > Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 - Cadangan Aktiviti

Comments Showing 1-15 of 15 (15 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Hai. Kita semua tahu PBAKL 2010 bakal berlangsung pada 19-28 Mac nanti. Jadi kawan-kawan semua ada apa-apa cadangan untuk aktiviti GR Malaysia?

Mungkin boleh bertemu untuk bookswap? Atau serbu Al-Ameen dan ITNM ramai-ramai? GR Malaysia bikin havoc...!! heh heh.

OK. Kalau ada idea kongsikan. Moga-moga dengan perancangan awal, PBAKL tahun ini lebih manis dan bermakna.

Kalau hendak bertemu saya cadangkan 21/3 hari Ahad. Siapa free bolehlah kita jumpa nanti. Tak pun kita cadangkan setiap hari ada pertemuan, boleh? Ahli GR Malaysia, jumpa di sudut sekian sekian pada hari sekian sekian. Boleh juga berkenalan sesama GR Malaysia walaupun tidak dengan semua.


message 2: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Faizah, boleh sangat-sangat. Tahun lepas kita rancang nak berjumpa, tapi tak terjumpa-jumpa.

Tapi hari Ahad, er, tak sanggup nak meredah rasanya - dah pernah pergi hari minggu sekali. Bawa anak yang ligat semacam. Ada tips kawal anak masa pesta macam ini, boleh lah kongsi :)

Terkenang tahun lepas ambil cuti khas weekdays, untuk beli buku :D - tahun ini belum pasti, dah banyak cuti dicop untuk aktiviti keluarga. Mungkinkah tak akan pergi? Logikkah seorang ulat buku tidak ke pesta buku?


message 3: by Faizah Roslaini (last edited Mar 04, 2010 10:17PM) (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Saya pun tahun lepas ambil cuti pada hari bekerja. Yalah bila mengandung memang tak larat nak bersesak-sesak. Kalau bawa anak lagilah kot. Buleh patoh riuk.

Mungkin hari Sabtu/Ahad untuk ahli-ahli dengan semangat juang tinggi dan bertenaga serta datang bujang-bujang.

Kalau macam Najibah dan saya mungkin weekdays kot. Kalau saya silap-silap bila dah nak habis nanti barulah nampak muka..hehehe. Biasala makcik ni dah tue non, dah mellow dan penat nak mengharung sungai manusia.


message 4: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Hujung minggu pertama pesta buku, saya di Kelantan. Adik nikah. Belum rancang betul-betul bila nak ke sana. Selamat berpesta kepada semua. :)


message 5: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Saya hampir setiap minggu berpesta buku di sini... :)


message 6: by Saniah (new)

Saniah Mat | 163 comments Setuju.nak jumpa kat mana?saya kalau datang bawa anak-anak.


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Salam.

Apa kata kalau buat dua kali perjumpaan untuk dua kumpulan.

Kumpulan pertama ahli-ahli yang mahu dan boleh berjumpa pada hujung minggu. Mungkin Tok Mudin (mungkin) akan berada dalam kumpulan ini.

Kumpulan kedua ahli-ahli yang mahu dan boleh berjumpa pada weekdays. Kumpulan ini boleh jadi yang ambil cuti dari bekerja dan bawa anak-anak. Saya dan Najibah mungkin masuk dalam kumpulan ini lah.

Bagaimana ya kalau mahu tetapkan hari, perlu hantar jemputan kah pada semua ahli GR? Voting hari yang mahu berjumpa?


message 8: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Saya boleh saja. Akan ke sana pada 27 atau 28/3. Siapa nak ikut? :)


message 9: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Faizah nak ke sana hari apa? Nanti beritahu ya. Saya kena tally dengan jadual suami dulu ;) - harap-harap dapatlah ambil cuti, separuh hari pun jadilah.


message 10: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Kak Najibah, kalau boleh saya nak pergi hari yang FT ada untuk minta dia sign novel terbaharunya, Bahlut. Nanti saya check semula hari apa.


message 11: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Ha, yang ini saya tertinggal beritalah Faizah! Novel baru dah keluar rupanya. Ini mesti dari siri Tunas Cipta itu hari. Al-Ameen juga ke?

Bila agaknya kumpulan puisi Aku Ingin Jadi Nasrallah nak keluar?


message 12: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Najibah wrote: "Ha, yang ini saya tertinggal beritalah Faizah! Novel baru dah keluar rupanya. Ini mesti dari siri Tunas Cipta itu hari. Al-Ameen juga ke?

Bila agaknya kumpulan puisi Aku Ingin Jadi Nasrallah nak k..."


Keluar di pesta buku juga nanti. Lihat blognya.


message 13: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Ada sesiapa yang sangat baik hati dapat tolong saya dapatkan dua-dua buah buku FT terbaru di PBAKL nanti? Saya kemungkinan besar tak dapat ke sana...


message 14: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Saya dah check. Katanya 27 hb which is a saturday, so tahun ni mungkin takkan jumpa FT, sebab rasanya saya tak sanggup nak pergi hari Sabtu tu.

Kalau weekdays macam mana? Kak Najibah boleh datang tak?


message 15: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 538 comments tahun lepas tak pergi
tahun ni pun tak...geng ulat buku saya dah sambung belajar :(


back to top