Goodreads Malaysia discussion

106 views
Arkib (50 Buku Setahun 2010) > Senarai 50 Welma La'anda 2010

Comments Showing 1-31 of 31 (31 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Welma (last edited Jul 19, 2010 01:05AM) (new)

Welma La'anda | 194 comments Salam,

Memulakan tahun baru dengan kesibukan. Mujur sempat membaca. Ini dia :

Januari
1. Menara - Isa Kamari
Kali kedua membaca tulisan Isa Kamari. Walaupun nipis, buku ini agak mencabar juga buat saya. Namun, dihabiskan dengan rasa puas. Seronok membaca karya penulis yang memiliki tujuan dan prinsip dalam penulisannya.

Resensi

2. Nama Beta Sultan Alauddin Faisal Tehrani
Tahun ini diniatkan untuk membaca buku-buku Faisal Tehrani.

Resensi

Februari
3. Kebab vs Hamburger - Eddy Munich
sebuah karya dari Indonesia.

Resensi

4. Di mana Terangnya Bulan - Bahruddin Bekri

Resensi

5. Manikam Kalbu - Faisal Tehrani

6. Bukan Zaman Abrahah - Dr Raghib As-Sirjani
Saya sudah menjadi penggemar tulisan Dr. ini pula sekarang. Walaupung ringkas sahaja tulisannya, tetapi boleh dikatakan setiap yang disampaikan mengalir ke hati.

Resensi

7. Diari Hidup Rasulullah - Muhammad Abd Syukur dll
Dibaca sempena Maulidur Rasulullah saw

:)


message 2: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments salam.

welcome back sis welma.

masuk2 jek cabaran 50 buku, top2 dah berjela panjang senarainya ye sis.

keep it up sis! ;)


message 3: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments "Saya sudah menjadi penggemar tulisan Dr. ini pula sekarang. Walaupung ringkas sahaja tulisannya, tetapi boleh dikatakan setiap yang disampaikan mengalir ke hati"

Saya bersetuju. Sekarang pun saya sudah menjadi pembaca setia tulisan dr.raghib. Antara yang sudah dibaca adalah MISTERI SHALAT SUBUH dan SPIRITUAL READING. Banyak pengetahuan dan kesedaran yang bisa terhasil selepas membaca buku-buku beliau :)


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Shah wrote: ""Saya sudah menjadi penggemar tulisan Dr. ini pula sekarang. Walaupung ringkas sahaja tulisannya, tetapi boleh dikatakan setiap yang disampaikan mengalir ke hati"

Saya bersetuju. Sekarang pun saya..."


Hmm ringkas tapi mengalir ke hati? Kena cuba ni. Pada saya tak ramai penulis yang saya baca mampu mengutarakan satu-satu point tanpa tulisan yang berjela-jela.

But then I'm just not well-read enough I suppose.


message 5: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments go, go sis welma.


message 6: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Welma sibuk ni, dia rajin mengulas dengan hemat.


message 7: by Welma (last edited Jul 19, 2010 01:12AM) (new)

Welma La'anda | 194 comments Ehem ehem (malu-malu sebab sudah lama tidak topup buku)

Ini dia buku-buku *_*

Mac
8. Super Muslim - Imam Munadi
Sebuah buku motivasi yang ditulis oleh penulis dari Indonesia. Tiba-tiba dibaca kerana stress dengan kerja.

Resensi

April
9. Dari Semenanjung GAZA Ayat-Ayat Allah Berbicara - Muhammad Lili Nur Aulia
Membaca untuk refresh balik diri agar sentiasa ingat mereka ini dan sedar kita juga bertanggungjawab terhadap mereka .

Resensi

Mei
10. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah - Dr. Mohammad Ali Toha
Ya. Buku yang ringkas sahaja, tetapi mengandungi pelbagai tip kesihatan yang tidak akan mengecewakan. Cuma, buku ini perlu ditambah baik lagi dengan menambah indeks di belakang buku agar memudahkan rujukan.

Resensi

11. Musuh Rahsia - Rosli Husin
Buku yang seronok dibaca. Penjelasan2 tentang Yahudi dan cita2 mereka.

Resensi

Jun
12. Imam Syafie Pejuang Kebenaran - Abdul Latip Talib
Ya. Ada banyak buku Pak Latip di rumah. Mahu dibaca satu persatu.

Resensi

13. Lambaian Kaabah - Hafidzi Mohd Noor & Zuraidah Kornain
Sebuah buku travelog haji yang tidak kurang menarik. Kepelbagaian cara berfikir menambah value lagi ke atas buku ini.

Resensi

14. Miss Epal - Hani Sofea

Resensi

15. Eksperimen Pertama - Umi Danial
Yeh! Membaca buku budak-budak sekali sekala memang cukup menceriakan!

Kalau dikira dari sudut matematik, untuk mencapai 50 setahun, seorang pembaca perlu membaca sekurang2nya secara konsisten 4 buah buku sebulan (aduh!). Jadi, sekarang sudah masuk bulan Julai, sepatutnya saya sudah membaca 28 buah buku. (Aduh lagi!). Tetapi sekarang saya hanya membaca 15 buah, jadi ada 13 buah lagi tertinggal di belakang.

Tunggu sat ya! Saya tengah membaca ni. Baru ada hujung minggu yang lapang *_*


message 8: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Teruskan saja membaca. :)


message 9: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments Welma,

Tahniah ya kerana memenangi peraduan PTS minggu pertama :)


message 10: by Welma (last edited Jul 19, 2010 01:14AM) (new)

Welma La'anda | 194 comments Yeh! Tambah lagi 2 buku. Oh, tentang peraduan itu, terima kasih Shah *_*

Inia dia :
16. Secangkir Teh Pengubat Letih - Hasrizal Abdul Jamil
Buku ini membuatkan pembaca menjadi cinta pula kepada Turki.

17. Indahnya Ramadhan di Rumah Kita - Dr. Akram Ridha
Buku ini pernah habis stok di Fajarilmu ketika kawan saya mahu membelinya. Memang laku keras begitu kata tuan punya kedai Fajarilmu yang serba tahu pasal buku-buku itu. Bagus buku ini. Ia menceritakan tentang apa yan boleh kita buat untuk menyemarakkan Ramadhan di rumah kita. Seronok membacanya sehinggakan saya mahu Ramadhan esok sahaja.

2 buku berkongsi resensi :)

Resensi


message 11: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments teruskan membaca, welma dear. :)


message 12: by Aina (new)

Aina Dayana | 899 comments Ya, Welma membuat ulasan penuh hemat. Itu yang lambat 'update'. Ya tak Welma? ;)


message 13: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments Owh..tak tahu pula tentang buku no.17 itu. Nampak gayanya kena kirim kat adik di KL suruh beli kan begini. Dah tak sabar nak sambut Ramadhan sekarang.. :)


message 14: by Welma (last edited Jul 19, 2010 01:19AM) (new)

Welma La'anda | 194 comments Tambah buku lagi

18. Diari Ramadhan - Nik Abdul Aziz Nik Mat & Ahmad Fadzli Fauzi
Diari Ramadhan by Nik Abdul Aziz Nik Mat

Resensi

19. Kita Hanya di Seberang Jalan - Bahruddin Bekri
Kita Hanya di Seberang Jalan by Bahruddin Bekri

20. Diari Mat Despatch - Bahruddin Bekri
Diari Mat Despatch by Bahruddin Bekri

Nanti senang sikit, baru tulis resensi 19 & 20

Yeh!!! Sudah 20.


message 15: by Welma (new)

Welma La'anda | 194 comments Kih Kih. Huda pun usaha ya ;)


message 16: by Welma (new)

Welma La'anda | 194 comments 21. Bagaimana menyentuh hati - abbas as siisy
http://wlaanda.blogspot.com/2010/07/b...


message 17: by Welma (last edited Sep 11, 2010 11:27PM) (new)

Welma La'anda | 194 comments 22. Makkah Al-Mukarramah Kelebihan & Sejarah - Abd. Basit Abd. Rahman
23. Teman Tetamu Allah Panduan Umrah & Ziarah - Sidang Pengarang Darul Nu'man
24. Mendedah Rahsia Kaabah - Azizan Ahmad


message 18: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1534 comments Mod
Baru ziarah ke blog Welma, menarik sekali isinya. Terasa terisi pagi ini dengan tazkirah ringkas mengenai peranan daie yang sebenarnya sentiasa tergalas kewajibannya di bahu, namun sering terlupa.
Barakallahufik...


message 19: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2400 comments Mod
Nor Azzah wrote: "Baru ziarah ke blog Welma, menarik sekali isinya. Terasa terisi pagi ini dengan tazkirah ringkas mengenai peranan daie yang sebenarnya sentiasa tergalas kewajibannya di bahu, namun sering terlupa.
..."


wah, azzah dah bagi kredit ke blog welma. nampaknya kena gi tengok juga


message 20: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1534 comments Mod
Ya..kena bagi kredit kepada orang yang mengingatkan kita dari kelalaian..


message 21: by Welma (last edited Sep 11, 2010 11:27PM) (new)

Welma La'anda | 194 comments Nor Azzah wrote: "Baru ziarah ke blog Welma, menarik sekali isinya. Terasa terisi pagi ini dengan tazkirah ringkas mengenai peranan daie yang sebenarnya sentiasa tergalas kewajibannya di bahu, namun sering terlupa.
..."


Hehe.Blog yang biasa-biasa saja Kak Azzah , Saudara Nazmi. Semoga bermanfaat untuk semua.

25. Lelaki Berkasut Merah - Bahruddin Bekri
http://wlaanda.blogspot.com/2010/08/g...


message 22: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Ingatkan dah pergi umrah?


message 23: by Welma (new)

Welma La'anda | 194 comments Khairul H. wrote: "Ingatkan dah pergi umrah?"
Baru balik. Pergi 17 Ogos. Sampai Malaysia 28 Ogos. ;)


message 24: by Aina (new)

Aina Dayana | 899 comments Wah, sudah 27!


message 25: by Welma (new)

Welma La'anda | 194 comments Aina Dayana wrote: "Wah, sudah 27!"

28 lah sayang ;)


message 26: by Aina (new)

Aina Dayana | 899 comments Opss..maaf, tak perasan :)


message 27: by Welma (last edited Sep 11, 2010 11:28PM) (new)

Welma La'anda | 194 comments 26. Madinah Al-Munawwarah Kelebihan dan Sejarah - Abd. Basit Abd. Rahman
Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah by Abdul Basit bin Abdul Rahman

27.Ma Yan
Ma Yan by Sanie B. Kuncoro

28.Transformasi Ramadan
Transformasi Ramadan by Hasrizal Abdul Jamil

29.Putera Fariri dan Buku Resipi Ajaib
Putera Fariri dan Buku Resipi Ajaib by Aliff Danial

dan resensinya :
http://wlaanda.blogspot.com/2010/09/3...


message 28: by Welma (new)

Welma La'anda | 194 comments tambah buku
30. Negeri 5 Menara - A. Fuadi
31. Kaum-Kaum Yang Pupus - Harun Yahya
32. Travelog Iran - Dina Y. Suleiman

dan resensinya
http://wlaanda.blogspot.com/2010/09/a...

33. Rindu Bau Pohon Tin - Hasrizal Abdul Jamil
nanti baru tulis resensi insyaAllah


message 29: by Aina (new)

Aina Dayana | 899 comments Chaiyok Welma! :D


message 30: by Welma (new)

Welma La'anda | 194 comments Oktober
34. Great Work Great Career (Malaysia ) - Stephen R. Covey & Jennifer Colosimo
35. The 21 Indispensable Qualities of Leader (Malaysia) - John C. Maxwell

November
36. Dahsyatnya Sabar - Ahmad Hadi Yasin
37. Perang Badar Perang Penentuan - Abdul Latip Talib
38. Kisah-kisah Paderi Memeluk Islam - Islamic Propagation Society International (IPSI)
39. Istikharah Cinta - M. Shodiq Mustika dkk

Disember
40. Ibu, Benarkah Tuhan Itu Ada? - Nabilah Hasan
41. Spanar dan Spatula - E-Man Dhani
42. Sarah dan Bunga Mawar - Ezee Rahmani
43. Sarah dan Senduk - Ezee Rahmani
44. Sarah dan Anting-anting - Ezee Rahmani
45. (Komik) Ultra Qalif #2 Adiwira Muda Beraksi Lagi - Bophairy
46. (Komik) Takaza #1 - Sitrahaslee
47. (Komik) Meon Perang Bola Kampung #2 - Jas
48. (Komik) Misi 8A - Afiq & Nazry
49. Gerak Kilat - Kusyi hidran
49.5 Koleksi Cerita Adam Kecil - Ashadi Zain, Fred Suriya & Najla Azura

http://wlaanda.blogspot.com/2011/01/y...


message 31: by Aina (new)

Aina Dayana | 899 comments Wow! ^_^ tak cukup 1 ye?tak apa. Tahniah dapat hadiah di PBKKL.


back to top