Goodreads Malaysia discussion

47 views
Makan Buku, Minum Buku... > Bagi saya, buku ini bagus..!

Comments Showing 1-9 of 9 (9 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Feb 18, 2010 08:18PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Saya tak pasti kalau rakan-rakan GR dah baca artikel ini: What are the signs of a good book? oleh seorang penulis dan pemuisi muda Nigeria, Rosemary Esehagu.

Antara yang dia sebut dalam artikelnya berkenaan buku yang bagus mengikut pandangan orang lain:

1) bila cerita yang dibaca tu believable
2) bila pembaca rasa tak menyesal membaca buku tersebut
3) isi kandungannya yang menunjukkan keupayaan pengarang meneroka topik/isu
4) bila buku dapat menanggapi/merangsang/menghidupkan mood/emosi tertentu
5) bila sesebuah buku dapat mencabar pemikiran dan perasaan
6) secara personal buku itu telah berjaya mendidiknya mengenai hidup
7) bila buku itu membuat pembaca melihat sesuatu dengan sudut pandangan baru

Apa tanda-tanda sebuah buku itu bagus menurut pandangan rakan-rakan GR?


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Setuju dgn senarai kecuali no. 1. Bagi saya, kalau mengarut tak apa asalkan menghiburkan. Saya tambah lagi dua kriteria:

8)apabila ia menghiburkan pembaca

9)apabila buku itu membuat saya khusyuk membacanya



message 3: by Ulya A.K (new)

Ulya A.K | 263 comments Khairul H. wrote: "Setuju dgn senarai kecuali no. 1. Bagi saya, kalau mengarut tak apa asalkan menghiburkan. ..."

mengarut tak semestinya unbelievable.. contohnya, kisah time travelling dalam The Time Traveler's Wife memang mengarut, tapi disampaikan dengan cara seolah2 ianya fakta.. at least that's how i read it, others might not agree with that..



message 4: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Khairul & Ulya,

Saya rasa 'believable' tu lebih kepada sudut pembinaan watak/plot cerita, maknanya cerita itu ada lojiknya dari segi sebab/akibat - bukan dari sudut fantasi/realiti.

Macam kisah Lemony Snicket yang budak-budak masuk almari dan tiba di dunia lain tu, masih believable dari segi pembinaan latar, watak dan plotnya. Sesuai dengan suasana kemisterian yang dibangkitkan pengarang, dengan latar masa dan imaginasi kanak-kanak, jadi bila orang tengok orang rasa dibawa masuk ke alam yang berbeza.


message 5: by Ulya A.K (new)

Ulya A.K | 263 comments Najibah wrote: "Khairul & Ulya,

Saya rasa 'believable' tu lebih kepada sudut pembinaan watak/plot cerita, maknanya cerita itu ada lojiknya dari segi sebab/akibat - bukan dari sudut fantasi/realiti...."


Exactly.. :)


message 6: by Kataklicik (last edited Feb 21, 2010 05:58PM) (new)

Kataklicik | 714 comments Najibah! Buku mana Lemony Snicket masuk lemari tu? Bukan The Lion, the Witch and the Wardrobe yg part of Narnia ke? :D

Bagi saya, a good book is one that is engrossing. Tak sedar dah, except apa yg dibaca. Khusyuk la tu, ye Khairul?


message 7: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Kataklicik,

:D , CS Lewis rupanya. Terima kasih membetulkan. Kurang apresiasi saya kalau buku-buku fantasi, tapi bila menonton filem-filem adaptasi Lord of the Ring, Harry Potter dan Narnia, rasa nak paku diri pula depan TV kalau ada sesiapa nak kacau.


message 8: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments Najibah wrote: "Khairul & Ulya,

Saya rasa 'believable' tu lebih kepada sudut pembinaan watak/plot cerita, maknanya cerita itu ada lojiknya dari segi sebab/akibat - bukan dari sudut fantasi/realiti.


Pada saya asalkan apabila habis membaca, saya tak berkerut-kerut dahi mempertikaikan buku tu, ok dah tu.


message 9: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Najibah,

Saya rasa yang nombor 6 tu (secara personal buku itu telah berjaya mendidiknya mengenai hidup) adalah penunjuk yang paling kuat, dan layak jatuh ke tangga nombor satu. Tapi sebenarnya tak banyak buku yang mampu sebagus ini.

Nombor 7 juga merupakan penunjuk yang kuat, dan amat berkait rapat dengan nombor 6. Kedua-dua ciri ini, kalau ada pada sebuah buku, memang penulisnya sesangatlah berjaya menghasilkan penulisan yang bermanfaat untuk tatapan masyarakat.


back to top