Goodreads Malaysia discussion

54 views
Arkib II > Goodreads Blocked in Iran.

Comments Showing 1-30 of 30 (30 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Berita mengenai tindakan kerajaan Iran yang telah menghalang rakyat mereka dari memasuki laman Goodreads boleh di baca di website Guardian.co.uk dan juga di blog , Jessica Donaghy, Pengurus Komuniti untuk Goodreads.

Cara baru untuk 'ban' buku? Adakah tabiat membaca ini begitu subversif sehingga ia memerlukan tindakan yang sebegitu drastik? Adakah perbuatan menghalang penjualan buku (book banning) melalui penguatkuasaan undang-undang berkesan/efektif?


message 2: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Feb 17, 2010 02:07PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Hmmm, susah persoalan ni.... Membaca itu tidak subversif, tapi membincangkan politik di ruang membaca yang dianggap subversif oleh kerajaan Iran, saya rasa. Natijah biasa dari membaca, sebab itu membaca dianggap selari dengan cita-cita demokrasi.



message 3: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Ya, Johnny, membaca adalah kegiatan subversif bagi mereka yg ingin mengekalkan kuasa mereka dgn apa cara pun. Kerana membaca ni membuat si pembaca suka bertanya dan berfikir. Org-org berkuasa lebih suka rakyatnya bodoh dan senang dialih perhatian dgn hiburan-hiburan.

Book banning tidak efektif. Manusia ni, bila di-ban, lagi dia nak. Contohnya, Satanic Verses, sebuah buku yg tak le seberapa hebat ceritanya. Malah, jalan cerita megelirukan. Tapi famous sebab penulisnya kena hukum bunuh oleh seorang ulama yg saya rasa langsung tidak membaca buku tersebut.


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Tapi mengapa membincangkan boleh dianggap subversif pula, ya. Pelik kan. Subversif kepada kerajaan atau subversif kepada Islam, kah?

Tertarik saya pada idea Tariq Ramadan dalam Off The Edge, katanya umat Islam sekarang perlu mengubah victimised mentality.

Betul ke pencerapan aku ni En Johnny, ke sudah terbabas?

oh Thanks sbb promote Off The Edge. Aku suka ahh.


message 5: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Subversif kpd kerajaan tetapi menggunakan Islam untuk mejustifikasikan tindakan mereka.


message 6: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Faizah, buku apa tu? Saya cuba cari di GR tak ada. Di mana saya boleh beli?

Dan Tariq Ramadan tu, dia anak Hasan Al-Banna ke? Macam pernah dengar namanya.

Tentang book banning ni, saya cuba bayangkan kalau betul-betul ada negara Islam yang sempurna mengikut lunas-lunas yang digariskan, apa patut kerajaan buat tentang bahan-bahan yang menggugah masyarakat Islam? Bukankah dalam Islam mengikuti kebenaran tu tak bererti kita akan diberi kebebasan mutlak. Jadi sejauh mana patut dibenarkan bebas, dan sejauh mana pula kerajaan patut campur tangan dalam urusan membaca rakyatnya.


message 7: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Najibah, apa yg saya meluat sangat mengenai "book banning" oleh kerajaan-kerajaan yg mengaku diri mereka 'Islamik' adalah tahap hipokrisi mereka.

Contohnya, di M'sia ni ada buku-buku diharamkan kerana ia mengandungi unsur-unsur kelucahan dan merosakkan akidah. Tapi buka TV, radio. Baca akhbar-akhbar dan majalah-majalah tempatan kita. Tiap-tiap siaran dan tiap-tiap mukasurat ada saja bahan yg 'mempromosi' zina dan merosakkan akidah.

Benda itu kau ban, tapi benda yang ini (yg lebih kurang sama je macam benda itu) kau biarkan le pulak.

Apa kejadahnya ni?


message 8: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Tang tu saya sokong sepenuhnya. Banyak benda lebih bahaya dari buku tengah berleluasa dalam masyarakat. Sedangkan buku-buku yang dianggap bahaya tu, berapa kerat sahaja ada akses dan teringin pula nak baca.


message 9: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Sebab tu le di rumah saya dah bertahun saya 'ban' majalah hiburan seperti URTV, Mangga dan buku Mastika. Dulu Mastika ni bagus. Cerita semasa, politik, cerpen. Sekarang ni asyik seks je. Laku 'lak tu. Tak pulak kena ban.

Sorry Johnny, melalut le pulak.


message 10: by Johnny (last edited Feb 18, 2010 11:44AM) (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Wow! Saya tinggalkan thread ni satu hari suntuk dan apa yang telah berlaku? Satu diskusi yang hangat. :)

Respon untuk mesej 2 oleh Najibah dan mesej 3 oleh Khairul H.

Saya terlalu bersetuju. Lagi nak ban, lagi saya nak baca. Baru-baru ni, buku 'Where Is Justice?' telah di rampas dari sebuah kedai buku di Seremban (kalau saya tak silap lah). Biasanya, saya tak gemar langsung buku-buku non-fiction politik/kajian sosial. (Too depressing...) Tapi bila terdengar berita itu, minat nak baca buku itu terdetik.

"Apa dia yang kerajaan TAK MAHU saya tahu?"

Dan disebabkan publisiti seperti itulah, buku yang saya sendiri tak akan sentuh tiba-tiba menjadi menarik.

Tapi apa yang lebih penting di sini ialah 'book banning' sebagai satu polisi adalah tidak efektif. Cara paling efektif untuk melawan sesuatu idea/buku ialah dengan melawannya dengan menggunakan idea/buku yang lebih baik (bersandarkan fakta, logik, falsafah, etc) dan bukan dengan membendung idea/buku asal. Pembendungan idea/buku di zaman internet adalah mustahil. Lihat saja 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times' oleh Barry Wain. Boleh di beli Singapura. Di Amazon.com pun ada. Efektif? I don't think so.

Sebaik sahaja sesuatu buku itu di'ban', buku itu akan
(a) menjadi lebih popular disebabkan ianya telah di'ban' (aura kontroversi yang menyelubungi buku-buku sebegini amat sukar untuk dikikis)
(b) tetap menjadi popular walaupun nilai merit kesusasteraannya tidak seberapa (lihat 'The Satanic Verses')
(c) menimbulkan persoalan yang lebih mendalam mengenai subjek yang hendak dibendung (yang kemungkinan besar akan menyulitkan lagi keadaan/situasi asal)

Tujuan asal untuk membendung idea/buku tersebut terus luput. Sia-sia sahaja.


message 11: by Johnny (last edited Feb 18, 2010 11:12AM) (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Respon untuk mesej 4 oleh Faizah Roslaini

Saya ingat subversif pada kerajaan. Mereka tidak mahu rakyat mereka berbincang mengenai apa yang mereka baca. Bahaya tu. Hehehe...

Artikel mengenai Tariq Ramadan tu memang bagus. Pendapatnya memang masuk akal dan dia sendiri pun bukan calang-calang orang. A modern day Muslim thinker.

Satu lagi artikel di OTE, 'Allah: Siapa Yang Punya?' pun telah membuatkan saya berfikir. Cara para panelis di dalam forum itu berdebat dan berhujah (dengan cara yang berhemah), dengan idea-idea yang jarang dipaparkan di media arus perdana memang bagus. Dan jika ada sebarang percanggahan pendapat, mereka 'agree to disagree'. Kan bagus kalau benda-benda sebegitu disiarkan di tv?

Pasal Off The Edge, menarik kan magazine tu? Cuma sekarang dah naik harga. Dulu RM6 je. Tapi jangan risau, tiap-tiap bulan, mesti ada saja artikel yang best.


message 12: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Respon untuk mesej 6 oleh Najibah

Off The Edge ialah sebuah magazine bulanan berbahasa Inggeris. Mungkin agak susah nak di cari tapi kandungannya memang bagus. (Saya agak bertuah kerana magazine itu ada di jual di news stand berdekatan dengan rumah saya.) Artikel-artikel dan komentari politik dan sosial mereka tentang Malaysia dan juga isu-isu semasa dunia selalunya bernas, berani dan kritis.

Tariq Ramadan pula ialah seorang pemikir Islam yang cuba mengetengahkan 'dialog antara tamadun dan keadilan sosial'. Bukunya yang paling popular kini ialah 'What I Believe'. Bio mengenai dia ada di sini.

Mengenai persoalan yang ditimbulkan oleh Najibah itu, saya rasa, mana-mana kerajaan negara Islam patut merasa yakin yang sebarang idea, buku, dakyah yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam perlu ditangani dengan cara yang menggunakan pemikiran yang waras (dan juga dengan mengambil kira prinsip-prinsip psikologi manusia). Kata kuncinya di sini ialah YAKIN. Sesebuah kerajaan Islam (mahupun yang sekular) yang YAKIN (confident) tidak akan mengambil keputusan terburu-buru yang akan mengakibatkan penyebaran idea yang hendak dipatahkan itu. Sekiranya pada ketika sesuatu idea/buku/dakyah yang bertentangan muncul, HADAPI idea/buku/dakyah tersebut dengan yakin dan tenang. Berdebat dan berhujah dengan 'proponent' idea itu dengan menggunakan idea kita sendiri (yang berlandaskan nilai-nilai Islami) secara terbuka supaya rakyat akan lihat dan menghakimi sendiri. Konsep menentang idea dengan menggunakan idea ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Di dalam sejarah Islam, 'proponent' paling terkenal yang menggunakan teknik ini Imam Al-Ghazali.

Masalahnya sekarang, banyak kerajaan moden (Islam dan juga yang sekular) langsung tidak yakin akan kebolehan rakyat mereka sendiri untuk berfikir.


message 13: by Johnny (last edited Feb 18, 2010 11:39AM) (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Respon untuk mesej 7 dan 9 oleh Khairul H. dan mesej 8 oleh Najibah

Pada saya, itu adalah isu konsistensi polisi kerajaan. Mengapa 'Playboy' diharamkan tetapi siri-siri panas dari Hollywood seperti 'Sex in the City' boleh disiarkan di tv? Hehehe...

Dalam konteks ini, mungkin konsep 'self censorship' boleh dipakai. Kalau tak suka, jangan tonton/beli.


message 14: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Tariq Ramadhan, he has an impressive website! Wish some of our scholars have a stunning one like that.

And Johnny, thanks a lot for the info. There's only one conclusion after reading each discussion thread in GR: it adds to my reading list.


message 15: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Johnny wrote: "Masalahnya sekarang, banyak kerajaan moden (Islam dan juga yang sekular) langsung tidak yakin akan kebolehan rakyat mereka sendiri untuk berfikir.

Saya rasa bukannya mereka tidak yakin tetapi mereka takut. Takut jika diberi peluang untuk berdebat dan menukar idea dengan terbuka dan profesional, rakyat akan nampak cacat-cela kerajaan mereka (terutama kerajaan yg mengakui ia 'Islamik'). Sebab itu apabila rakyat menyoal dan bersuara mereka dilabel sebagai ekstremis, pengkhianat, agen asing, dipukul, ditahan dan di negara M'sia, di-ISAkan.

Sebab itulah buku diban, forum di ban. Bukankah GR Msia ni tidak lagi dipromosi di sebuah site setelah timbul thread membincangkan PPSMI di mana majoritinya menentang?

Macam mana kita nak maju? Lawan polisi k'jaan sikit, kena ban. Bukankah lebih baik si pro-k'jaan tu masuk dan mempertahankan polisinya dengan pertuturan yg baik dan nas-nas yg sahih? Tak semestinya pendapat ramai di sini berubah tapi sekurang-kurangnya kita boleh paham pihak yg mempertahankan polisi itu.

Ini tidak. Kau tak setuju dgn aku? Aku tak mau kawan kau.

Ini adalah tindakan pihak yg tidak yakin dgn polisi mereka sendiri (bak kata Johnny). Orang yg yakin tidak akan takut dgn pendapat yg berbeza dgnnya.



message 16: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Salam

Kepada Kak Najibah

Tariq Ramadhan adalah cucu Hassan Al-Banna. Bapanya Said Ramadhan adalah seorang pendakwah bebas yang kalau tak silap saya in exile dari kerajaan Mesir lalu keluarga ini berpindah ke Switzerland.

Banyak perkara yang saya setuju dalam artikel Off The Edge tersebut. Kalau Kak Najibah nak cari, harganya RM12 dan ada dijual di kedai majalah yang bersebelahan dengan exit pasaraya di Giant Seksyen 13.

En Johnny,

Saya pun terbaca tentang report Allah Siapa Punya tu. Menarik sebenarnya apabila melihat perbezaan pendapat sesama Islam sendiri, agreeing to disagree, indeed.

Namun sayang sekali forum tersebut tidak mendapat kehadiran dari pihak yang satu lagi. Kalau tidak saya kira banyak sungguh penjelasan yang boleh kita dapat.




message 17: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Polis Malaysia pun dok sibuk tangkap buku sekarang. Terbaru, buku Amir Muhammad.

(http://www.malaysiakini.com/news/124677)


message 18: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Najmuddin wrote: "Polis Malaysia pun dok sibuk tangkap buku sekarang. Terbaru, buku Amir Muhammad.

(http://www.malaysiakini.com/news/124677)"


Menangkap buku memang tugas utama PDRM sejak 10-15 tahun ni. Bukan kisah baru dah.



message 19: by Peesha (new)

Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Khairul H. wrote: "Najmuddin wrote: "Polis Malaysia pun dok sibuk tangkap buku sekarang. Terbaru, buku Amir Muhammad.

(http://www.malaysiakini.com/news/124677)"

Menangkap buku memang tugas utama PDRM sejak 10-15 ta..."


1. Mujur dah beli dan baca!

2. Kesian PDRM >_<




message 20: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Buku Malaysian Politicians Say the Darndest Things : Vol 2 dah berada di pasaran lebih dari setahun. Baru sekarang sedar yang buku itu mengandungi "a negative impact on public tranquility/morals/public safety/relations between the country and foreign nations"?

Hahahaha...

Melenting Sharon Bakar pasal isu ni. Aku pun hangin! Main ambik je dari kedai. Kita ni sibuk la nak plan bajet bulan-bulan. Kadang-kadang tu frust bila duit tak cukup. Kena skip, tunggu cek bulan depan clear.



message 21: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Tu le heran, johnny. Masa keluar buku MPStDT vol. 1 dulu, tertanya juga mengapa boleh lepas buku ni. Bukan ke politician M'sia (terutama yg berkuasa) ni semuanya kasta Brahmin. Tidak boleh disindir oleh kita yg kotor ni. Lepas tu keluar vol. 2 pula. Dah lebih setahun baru sedar?


message 22: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Perak Darul Kartun bila agaknya akan di-ban?


message 23: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Let's play a little game, folks. Each of us guess the title of the next book that will be banned and/or suppressed by the government before the end of the year.

To keep things fair, any book(s) that are currently being targeted cannot be used as an entry.

The winner will get bragging rights, of course. As well as a lifetime supply of respect and unlimited adoration by the members of this group.

What say you Mr. Khairul H.? Wanna start a new thread?


message 24: by Norabaha (new)

Norabaha Rudin | 24 comments Lama juga saya tak ikuti diskusi ni, Oh,ni sembang pasal buku kat Iran yang kena ban ya, Eh you all ingat tak buku "Shit" oleh sasterawan negara kita ..pun kena ban satu masa dulu sebab ada kaitan dengan politik. Lagi satu buku "Maharaja Beruk". Ada sesiapa yang baca buku-buku tu? Boleh ke bincang kat sini..kang aku kena BAN pulak :0


message 25: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
'Shit' saya ada. Di-ban kununnya sebab mengandungi perkataan-perkataan lucah. Mungkin mereka tidak memahami konsept satira atau pun nak bersatira boleh, asalkan 'mangsa'nya bukan pihak yg pegang kuasa.

Kulit nipis macam ni mana boleh jadi pemimpin??


message 26: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Johnny wrote: "What say you Mr. Khairul H.? Wanna start a new thread?"

Tough to play this game. Malay Dilemma was banned at one point. The damn book is everywhere now. Also, look what happened to the author.




message 27: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Buku 'Shit' sudah menjadi lagenda. Aku pun ada buku tu. Satu contoh klasik di mana buku yang hampir tiada literary merit telah mendapat cult status. Popular kerana
(a) ia di tulis oleh seorang Sasterawan Negara
(b) ia telah di ban



message 28: by Faizah Roslaini (last edited Feb 21, 2010 10:50PM) (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Kulit nipis macam ni mana boleh jadi pemimpin??

Mental tak kuat. Takyah pergi kursus BTN, silap2 pergi khidmat negara pun dah menangis-nangis.

Kenapalah diorang ban kan buku Amir Muhammad tu kan? Semestinya sekarang buku tu akan menjadi buruan di Malaysia ni. Lagi dia ban, lagi tu orang cari. Tak dapat Vol 2, Vol 1 pun jadi lah.

'Shit' tu saya pinjam dari library kat Shah Alam ni. Eishh.. geli lah buku tu. Memanglah satira tapi cerita pasal tahi ngan kepala tahi sanggup ke nak khatam sampai habis?





message 29: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments Team Perak Darul Kartun tu, keluaran pertama diorang (tak ingat nama) dah kena ban. Terus lepas tu meletup2 sampai habis stok :D


message 30: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Khairul H. wrote: "Sebab tu le di rumah saya dah bertahun saya 'ban' majalah hiburan seperti URTV, Mangga dan buku Mastika. Dulu Mastika ni bagus. Cerita semasa, politik, cerpen. Sekarang ni asyik seks je. Laku 'lak ..."

Ha ha! Samalah kita. Sejak saya remaja lagi saya dah ban bahan bacaan macam itu. Sesangatlah meluat dan meloyakan.


back to top