Goodreads Malaysia discussion

198 views
Makan Buku, Minum Buku... > Pinjam eBuku dari PNM eLib

Comments Showing 1-14 of 14 (14 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Ada sesiapa sudah cuba? Boleh kongsikan pengalaman digital masing-masing.

http://pnm.elib.com.my


message 2: by Mohamed (last edited Apr 24, 2015 07:31PM) (new)

Mohamed Yosri (yosri) | 36 comments Mudah digunakan, perlu mendaftar, mudah direnew, tidak direcomend < 7 inch. 8 inci ke atas baik.

Daftar di http://pnm.elib.com.my/umum/register


message 3: by Fara (new)

Fara (faradee) | 11 comments Setuju, ia mudah digunakan cuma loading agak lambat. Bolehlah kalau teringin nak belek atau baca buku-buku yang mahu dibaca tapi belum ada bajet nak beli/memang tak nak buat koleksi. Rasanya tak semua buku ada. Saya cuba cari ebook Anwar Ridhwan, tapi tak ada. Ebook tentang Anwar Ibrahim ada :D


message 4: by Izzy (new)

Izzy Khalid | 4 comments waaa menarik :)


message 5: by Don ツ (new)

Don ツ  (donheart) | 3 comments sekarang website tu tak boleh buka. i wonder what happen


message 6: by Gobokairina (last edited Oct 19, 2015 10:51PM) (new)

Gobokairina | 18 comments Don ツ wrote: "sekarang website tu tak boleh buka. i wonder what happen"


Eh! Baru je buka.. ok je :D
Cuma untuk log in kita akan dibawa ke laman e-sentral. Tu agak pelik sebab sebelum ni e-sentral & PNM ada laman mereka tersendiri.


message 7: by Don ツ (new)

Don ツ  (donheart) | 3 comments Saya dapat mesej " this webpage not available" gunakan link atas


message 8: by Ellya (new)

Ellya | 2 comments Tempahan buku tidak berfungsi, e-mel tak dapat.


message 10: by Inn (new)

Inn Auni | 1 comments PNM E-lib diselia oleh E-Sentral. PNM E-Lib menyediakan bacaan secara percuma manakala E-Sentral pula lebih ke arah kedai buku online.

Jadi, apa gunanya pembaca beli buku kalau mereka boleh pinjam secara percuma, walaupun untuk 7 hari, di PNM E-Lib. Mungkin itulah yang telah berjaya dihurai oleh E-Sentral menyebabkan servis merosot.

Antara perkara yang pernah saya hadapi semasa menggunakan PNM E-Lib ialah:-

1. Dapat notifikasi melalui emel menyatakan buku yang Reserve telah Available. Klik link diberi dan terus dibawa ke login E-Sentral (tiada logo PNM). Selepas berjaya login, dibawa pula ke E-Sentral dan bukannya PNM E-Lib.

2. Dapat notifikasi melalui emel. Kali ni terus buka PNM E-Lib dan login tetapi buku yang kononnya Available dan boleh Borrow, masih lagi dalam Reserve.

3. Kalau berjaya mengharungi dugaan di atas, selepas percubaan berulang-kali, sebaik sahaja klik Borrow, akan keluar mesej, Exceed Borrow Limit sedangkan tak ada satu buku pun yang dipinjam.

Saya faham yang E-Sentral nak berniaga. Kalau semuanya dapat percuma melalui PNM E-Lib, mereka akan rugi. Dan saya faham yang PNM E-Lib nak menyediakan servis di mana pembaca boleh baca semua buku secara percuma.

Tetapi bila kedua-duanya bertembung, bukan saja menjatuhkan imej mereka tetapi pembaca seperti saya, lebih rela ke kedai buku atau perpustakaan untuk beli atau pinjam buku.

Mungkin tak rugi bagi PNM tetapi bagaimana dengan E-Sentral.

Saya tak pasti kenapa PNM serahkan seliaan E-Lib mereka kepada E-Sentral.

Saya dapati majoriti perkhidmatan atas talian milik kerajaan, selalunya dibina atau diselia atau kedua-duanya sekali oleh syarikat persendirian. Bukan ratus atau ribuan tetapi ratusan ribuan ringgit dibelanjakan ke arah itu.

Adakah sudah kurang tenaga IT di sektor awam sampai perlu buat begitu. Atau mereka tiada kepakaran.

Kedai buku berdekatan kediaman saya tentu sekali berpesta ria kerana saya kini sekali lagi menjadi pembeli setia di kedainya.

Terima kasih PNM. Terima kasih E-Sentral. It's been good while it lasted.


message 11: by Mohamed (new)

Mohamed Yosri (yosri) | 36 comments Untuk siapa yang bermasalah, boleh berkunjung pada open library, tetapi kebanyakannya hanya boleh pinjam buku Inggeris.

https://openlibrary.org/


message 12: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1547 comments Mod
Inn wrote: "PNM E-lib diselia oleh E-Sentral. PNM E-Lib menyediakan bacaan secara percuma manakala E-Sentral pula lebih ke arah kedai buku online.

Jadi, apa gunanya pembaca beli buku kalau mereka boleh pinja..."


Saya pernah cuba tapi rasa agak complicated.
lebih selesa beli dan baca buku fizikal.


message 13: by Antoobuku (new)

Antoobuku | 2 comments saya merupakan peminjam tegar melalui pnm e-lib.. tapi semenjak kebelakangan ini sukar hendak meminjam melalui pnm e-lib..kebanyakan buku terutama novel semuanya dah dipinjam. adakah yang ramai dah menggunakan servis mereka. ?


message 14: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Inn wrote: "PNM E-lib diselia oleh E-Sentral. PNM E-Lib menyediakan bacaan secara percuma manakala E-Sentral pula lebih ke arah kedai buku online.

Jadi, apa gunanya pembaca beli buku kalau mereka boleh pinja..."


Inn, ada maksud tersirat dalam cerita berkenaan PNM e-Lib & e-Sentral ni. Adakah bermakna nanti perkhidmatan e-Lib ini akan ditamatkan?

Isu antara penerbit digital dan perpustakaan yang menyediakan ebuku percuma memang sudah lama terjadi di negara2 Barat. Tetapi perlahan2 bertukar lebih positif, bila khidmat perpustakaan digital menjadi seperti ruang promosi untuk melonjakkan jualan ebuku (orang di sana tetap membeli ebuku secara personal walaupun perpustakaan menyediakannya percuma). Tidak pasti bagaimana senario di Malaysia akan berakhir.


back to top