Goodreads Malaysia discussion

93 views
Makan Buku, Minum Buku... > Cerita PBAKL 2015

Comments Showing 1-20 of 20 (20 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Apr 24, 2015 05:02AM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Siapa yang sudah ke PBAKL 2015, boleh kongsi cerita.

Apa pembaharuan tahun ini?
Booth yang menarik?
Acara buku yang lain dari yang lain?
Borong buku apa?

Saya belum sempat pergi - masih mencari masa sesuai :(


message 2: by Lilys (new)

Lilys (gdiz) | 207 comments Sedang belek-belek senarai pempamer dan lokasi. Mungkin esok ke PWTC :)


message 3: by Fara (new)

Fara (faradee) | 11 comments Senarai buku mahu beli ada, tapi perginya tak tahu lagi bila.


message 4: by Romi (new)

Romi | 7 comments Saya baru tahu, jika ingin mendapatkan naskhah-naskhah penulis dari Indonesia dari rumah penerbitan di sana, boleh ke Rumah Pena tamat pesta buku nanti.

Sebelum ini selalu terfikir, mana nak cari buku2 dari seberang? Tadi dah terbeli kisah kapal yang tenggelam itu yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia.


message 5: by Sharulnizam (new)

Sharulnizam Yusof | 81 comments Saya ke sana semalam (Ahad) bersama anak-anak. Anak-anak sedari awal sudah menetapkan mahu ke tingkat 4 (PTS, Ana Muslim, Gempak Starz, dll). Di situ juga ada reruai buku-buku indie yang semakin mendapat tempat kebelakangan ini. :)

Susun atur kali ini saya rasa lebih baik, kerana dari tingkat 4 mahu ke ke tingkat 3, ada alternatif tangga lain (di belakang pentas PTS).

Strategi saya, dapatkan buku untuk anak-anak, "longgokkan" mereka di satu sudut yang boleh saya nampak dan saya pula mengambil giliran membeli-belah. Tetapi masih tak dapat berlama-lama, saya hanya sempat membeli novel dan cerpen yang menjuarai sayembara anjuran ITBM. Mungkin esok atau lusa, saya ke sana lagi.

Oh! Antara banyak buku yang saya beli, yang paling membuatkan saya tersengih lebar ialah buku Jibam (karya Ujang). Ehehehe! Buku Jibam saya yang dahulu sudah hilang entah ke mana.


message 6: by anna (new)

anna | 8 comments Sharulnizam wrote: "Saya ke sana semalam (Ahad) bersama anak-anak. Anak-anak sedari awal sudah menetapkan mahu ke tingkat 4 (PTS, Ana Muslim, Gempak Starz, dll). Di situ juga ada reruai buku-buku indie yang semakin me..."

buku Jibam tuan beli di reruai creative enterprise kah? tak nampak pula buku tu semasa singgah di sana petang tadi. tetapi kompilasi 'aku budak minang' dan 'ujang' nampak menarik sekali dalam edisi hard cover.


message 7: by Sharulnizam (new)

Sharulnizam Yusof | 81 comments Ya Cik Puan anna. Saya beli di reruai Creative Enterprise. Saya pun tak pasti sebenarnya, tapi lepas ternampak karya I.B.C milik Ujang, terus saya teringatkan Jibam. Dan kebetulan ada. :)


message 8: by anna (new)

anna | 8 comments terima kasih, tuan sharulnizam.
saya masih menyimpan buku Jibam yang pertama kali saya baca berkurun yang lalu. ini antara buku yang saya baca berulang sehingga kini dan sering saya syorkan kepada anak remaja dan kawan-kawan.bagi saya, cerita ini bagus dan amat mengesankan.

saya juga setuju dengan tuan bahawa reruai pada tahun ini lebih teratur susun aturnya walaupun sesetengah pepamer tampil dengan keluasan reruai yang lebih kecil berbanding tahun-tahun sebelumnya dengan peragaan buku-buku (dan judul baharu) yang agak terhad.

dan iya, tahun ini menyaksikan penerbit-penerbit buku indie yang semakin 'meluaskan kuasa' dan mendapat sambutan.


message 9: by Norziati (new)

Norziati | 378 comments Pusingan pertama beli 5 buku, sasaran utama ialah reruai ITBM. Yang lain dijenguk-jenguk dahulu lokasinya, pusingan kedua nanti terus buat edisi terjah tanpa perlu merayau-rayau mencari buku


message 10: by Zamri (new)

Zamri Misman | 16 comments Sekilas pandang seperti jumlah pengunjung tahun ini tidak seramai tahun terdahulu. Jumlah diskaun yg diberikan juga semakin berkurangan. Malah, bilangan penanda buku yang dihadiahkan kepada pembeli pun tidak semewah dahulu. Kata seorang ketua reruai, inilah kesan langsung GST.


message 11: by Azbaqiyah (new)

Azbaqiyah | 1 comments @Zamri

GST

Goodreaders Sangat Tertekan

T_T


message 12: by Norziati (new)

Norziati | 378 comments Ask wrote: "@Zamri

GST

Goodreaders Sangat Tertekan

T_T"


Betul tu :(


message 13: by Haira (new)

Haira | 90 comments Hari ini PBAKL sesak sepanjang saya di sana dari jam 11 pagi hingga sekitar 5 petang. Letih beratur hendak bayar buku.


message 14: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1544 comments Mod
Ya ramai betul tadi.
Alhamdulillah, masih ramai yang mahu membaca kan.


message 15: by Haira (new)

Haira | 90 comments Nor Azzah wrote: "Ya ramai betul tadi.
Alhamdulillah, masih ramai yang mahu membaca kan."


Alhamdulillah. Cuma ralat sedikit kerana yang saya beratur panjang itu di booth penerbit yang banyak karya yang diadaptasi ke drama bersiri.

Terpaksa, kerana ada kawan di negeri lain yang minta tolong cari buku yang dramanya sedang ke udara jam 7 malam sekarang. Katanya, banyak kedai di negerinya kehabisan stok buku itu.

Haibat!


message 16: by Hussaini (new)

Hussaini Khairudin (profhussaini) | 52 comments Sharulnizam wrote: "Saya ke sana semalam (Ahad) bersama anak-anak. Anak-anak sedari awal sudah menetapkan mahu ke tingkat 4 (PTS, Ana Muslim, Gempak Starz, dll). Di situ juga ada reruai buku-buku indie yang semakin me..."

Wah... Buku Jibam! Saya habis baca tahun 1998, juga entah ke mana bukunya


message 17: by Hussaini (new)

Hussaini Khairudin (profhussaini) | 52 comments Ask wrote: "@Zamri

GST

Goodreaders Sangat Tertekan

T_T"


Goodreaders Sangat Terkesan

T..T


message 18: by Hussaini (new)

Hussaini Khairudin (profhussaini) | 52 comments Romi wrote: "Saya baru tahu, jika ingin mendapatkan naskhah-naskhah penulis dari Indonesia dari rumah penerbitan di sana, boleh ke Rumah Pena tamat pesta buku nanti.

Sebelum ini selalu terfikir, mana nak cari ..."


Saya sangat berminat dengan buku-buku terbitan Indonesia... Ada butiran jualan di Rumah Pena?


message 19: by Nurul Haslaily (new)

Nurul Haslaily (haslailyghani) | 4 comments Pergi ke pameran buku dalam keadaan tidak sihat...sikit je la beli..Prognosis, Trust No One, Tarbiah Sentap, Chenta & Telegraf cinta Usd :)


message 20: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1544 comments Mod
Saya beli juga buku Jibam pada kali kedua ke PBAKL. Baca zaman-zaman sekolah dulu, dah lebih 25 tahun. Entah ke mana bukunya.
Beli untuk koleksi.


back to top