Goodreads Malaysia discussion

Dondang Pembukaan
This topic is about Dondang Pembukaan
59 views
Buku Impak Maksima > Dondang Pembukaan: Selepas ini ranah puisi tanah air tidak akan sama lagi

Comments Showing 1-8 of 8 (8 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new) - rated it 5 stars

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Boleh jadi tajuk ini terlalu berlebihan, boleh jadi ia berbaur dengan harapan tetapi Dondang Pembukaan karya Lutfi Ishak ini kepada penyair lain khususnya generasi muda dan baharu dan juga kepada pembaca, ialah satu marhalah baharu yang menunjukkan puisi tidak hanya longgokan kata-kata yang sarat dengan emosi berlebih-lebihan atau adakala kata-kata yang dilumuri nafsu atas nama kebebasan berkreatif.


message 2: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Apr 23, 2015 03:34AM) (new) - rated it 5 stars

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Belum sempat telusuri pemenang puisi. Baru jenguk novel2 yang menang.

PS: Baru saya perasan gambar pinggan tu... Sama macam di ISTAC!


message 3: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new) - rated it 5 stars

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Najibah wrote: "Belum sempat telusuri pemenang puisi. Baru jenguk novel2 yang menang.

PS: Baru saya perasan gambar pinggan tu... Sama macam di ISTAC!"


ya, ia sebenarnya milik penulis buku itu sendiri.


message 4: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new) - rated it 5 stars

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
@Nazmi, cool!


message 5: by Ramzah (last edited Apr 24, 2015 06:35AM) (new) - rated it 5 stars

Ramzah Dambul | 2 comments Dalam konteks penerbitan puisi, ada tiga disiplin yang utama: eceran, kumpulan dan antologi. Saya setuju bahawa Dondang Pembukaan (DP) membuka gelanggang baru yang segar untuk diteroka. Tetapi adakah ia akan mengubah lanskap puisi di Malaysia (terutamanya kalangan penulis muda)?

Bergantung kepada disiplin mana yang dirujuk. Untuk lanskap eceran - sungguhpun DP menampilkan gaya baru (saduran pengucapan Rumi ala Malaysiana) yang bersifat separa prosa, separa cerita: saya tidak fikir ia akan membawa impak yang besar. Sebab kekuatan terpenting DP bukan kepada binaan puisi individunya: tetapi dinamik naratif dalam keseluruhan kumpulan tersebut. Gagasan pemikiran yang terfokus dan menyatu, aliran naratif yang berkesinambungan serta kesepaduan falsafahnya yang holistik. Sebab itu saya fikir DP tidak boleh diangkat sebagai penanda aras bagi puisi eceran (yang kekuatannya selalu dilihat secara unik dan eksklusif) - tetapi ya... ia boleh dijadikan kayusukat yang baru bagi buku-buku kumpulan puisi.

Saya tidak bermaksud mahu mengatakan bahawa puisi-puisi individu DP tidak cukup istimewa dan mantap. Bukan. Sebab gaya pengucapan dalam DP juga menawarkan kesegaran-kesegaran bentuk baru, terutama sekali teknik wacananya. Tetapi dunia puisi cukup luas, bukan saja dari segi citarasa khalayaknya, tetapi juga pendekatan yang boleh diteroka.

Sama ada kita mahu mengaku atau tidak, dalam konteks disiplin eceran - semua bentuk pengucapan puisi masih boleh membawa kekuatan yang istimewa bergantung kepada persoalan dan isu yang ingin diungkap. Penulisan gaya protes (Raihani, Faisal Tehrani, et. al), romantisme (Ainunl, Hani Salwa, et. al), nada prosa/narasi (Zurinah, Jasni Matlani, et. al), permainan simbol kata-kata (Rahimidin et. al) atau juga gaya minimalist dan basahan (Rosli K Matari et. al) - semuanya masih diperlukan untuk memperkayakan citra kepenyairan dengan 'sasaran' (baca: 'kelompok audien') yang berbeza-beza. Setiap satu gaya itu (termasuklah yang dirujuk sebagai luahan perasaan juga) - masih mampu mencipta sentapan yang bermutu dan bermakna, bergantung kepada kepintaran penyair menggunakannya.

Cuma yang boleh dipelajari oleh semua penyair dari kesegaran yang dibawa oleh Dondang Pembukaan adalah: (1) bagaimana mengadun wacana dalam puisi dengan satu "gagasan besar" dan bukan isu-isu spesifik atau terpencil semata-mata; (2) bagaimana menyatukan juzuk pemikiran/falsafah yang diwacanakan supaya mengalir secara bersepadu dan bersatu pada penghujungnya. Barangkali ini perubahan yang boleh didefinisi sebagai "ranah puisi tanahair tidak sama lagi" - yang sesuai untuk buku "kumpulan puisi" tetapi masih kurang relevan dalam disiplin eceran dan antologi.

Sekadar berkongsi pandangan. :-)


Jiwa Rasa (jiwarasa) | 51 comments Rem wrote: "Dalam konteks penerbitan puisi, ada tiga disiplin yang utama: eceran, kumpulan dan antologi. Saya setuju bahawa Dondang Pembukaan (DP) membuka gelanggang baru yang segar untuk diteroka. Tetapi adak..."

Catatan Rem tentang DP boleh mengalahkan pemenang ulasan buku ITBM tahun lepas :)

DP memang membawa kesegaran baru bagai membaca untaian kata Mathnawi bagai membaca dialog Rumi dan Shams Tabrizi. Sarat dengan makna dan pencarian erti kehidupan. Akan dibaca lagi.


Norziati | 378 comments DP tidak boleh dibaca sekali, perlu dihadam berkali-kali. Ada yang dilihat mudah tetapi mendalam. Ada yang tinggi susun katanya tetapi cepat difaham. Bagaimana penulisnya menyampaikan adalah terlahir dari pengalaman dan kumpulan perasaan yang disimpan sekian lama, kerana itu dia berkata menulis DP tidak megambil masa yang lama tetapi proses mengeram membuatkan hasilnya cukup ranum dan enak dicicip.


message 8: by Ramzah (last edited Apr 28, 2015 07:34AM) (new) - rated it 5 stars

Ramzah Dambul | 2 comments Barangkali ada yang menganggap bahawa DP membawa aliran sufisme dengan nafas islami. Hal ini boleh diperdebatkan dan memang ada asasnya juga. Tapi dari segi teori kesusasteraan, saya fikir ini bukan klasifikasi paling intim untuk menerangkan bentuk gagasan idea yang dibawa oleh DP.

Nada pengucapan ala Rumi dalam Masnawi yang jelas dapat dikesan pengaruhnya dalam buku ini - hanyalah pada lahiriah ungkapan. Tetapi saya fikir wacana yang dibawa tidaklah spesifik menghala kepada elemen-elemen islami mahupun sufisme (satu ekspresi mendalam tentang hubungan jiwa hamba dengan khaliknya). Barangkali Rahimidin dalam bukunya Sehelai Daun Kenangan (2015) lebih dekat kepada klasifikasi sufisme - baik dari segi pengungkapan, mahupun pemikiran.

Pada hemat saya, gagasan yang dibawa oleh Lutfi dalam DP lebih cenderung kepada pendekatan pos-modernist, baik dari segi teknik (stail persembahan) mahupun idealisme (perspektif tentang realiti dunia). Ia merupakan satu pengembangan yang lebih holistik daripada kumpulan puisinya yang terdahulu, iaitu Kafe.

Kafe adalah kumpulan puisi yang mendokong idea-idea post-modernist tentang bagaimana melihat realiti dunia masakini: iaitu dengan penuh kritikal terhadap kebobrokan dan kepincangan yang ada, tetapi dalam masa yang sama tidak pesimis. Bahkan penyair "embrace" segala kemelut dunia itu secara positif dan membangkitkan harapan tentang perubahan-perubahan pada masa hadapan. Ini adalah ciri terpenting yang membezakan kepenyairan gaya post-modernist dengan modernist, misalnya Raihani (Sidang Kultus, 2014) dan Fahd Razy (Kota Subuh, 2014 - terutama pada siri puisi Nota Renyuk).

Penyair modernist, sama seperti pos-modernist juga, cenderung untuk berwacana dalam puisi dan menilai secara kritikal pengaruh struktur sosioekonomi dan sosiopolitik yang mengolah pola kehidupan manusia - menggunakan teknik inter-text dan sub-text (parodi, rephrasing, etc). Tetapi nadanya lebih kepada mencabar status quo dan melawan establishment. Ia tepu dengan nilai dan judgement.

[Nota: Penyair modernist dan pos-mordenist ini berbeza dengan para penyair tradisional - sama ada daripada aliran romantisme (Ainul, T. Alias Taib et al.), klasik (Rosli K Matari et. al) mahupun realisme (Siti Zainon, Baha Zain et. al). Kelompok ini lebih gemar memanipulasi "kuasa perasaan" dalam menyampaikan falsafahnya. Juga menyusun puisinya secara konvensional dan lazim; sambil menjalin erat nilai substantif dan emotif sekaligus.]

Kembali kepada gaya kepenyairan dan jurus pemikiran Lufti dalam kerangka post-modernist: Kafe adalah kritikan kepada sosiobudaya kontemporari yang melangkau pelbagai persoalan. Yang mana 'kafe dan budaya kopi' diangkat sebagai metafora dan simbol. Di atas lapisan 'metafora dan simbol' itu, disusunlapiskan kritikan-kritikan halus tetapi bersifat positif (berbanding dengan para penyair modernist yang kritikal tetapi pesimis) terhadap isu-isu semasa masyarakat.

Sebenarnya gagasan yang sama inilah yang diberi nafas dan kesinambungan oleh Lufti dalam DP. Tetapi kali ini - dengan pemilihan simbol dan metafora yang lebih elegan dan sofistikated (tidak disempitkan kepada satu entiti spesifik). Lufti juga mewacanakan isu-isu yang bersifat lebih nasional, global dan sejagat. Gaya pengungkapannya juga berkali-kali lebih matang dan terasah. Ini menjadikan DP lebih ranum dan matang, baik dari segi persembahan mahupun falsafah.

Jika kita melihat dari perspektif ini - mungkin karya Lufti ini boleh diklasifikasikan sebagai kumpulan puisi Malaysia pertama yang sepenuhnya membawa nafas pos-mordenist (baca: mendefinisikan ranah puisi tanahair). Iaitu bukan saja satu kritikan lantang kepada situasi kontemporari sosiobudaya, sosiopolitik dan sosioekonomi masyarakat menerusi teknik wacana - tetapi juga menawarkan harapan bahawa bukan semua kemelut ini harus "dicebik" dengan pesimis. Tetapi ia harus diraikan dengan "bijak" (Lufti dalam kata pengantar menamakan dua tokoh pemikir Malaysia sebagai sumber alternatif untuk mencari "kebijakan" itu).


back to top