Goodreads Malaysia discussion

51 views

Comments Showing 1-35 of 35 (35 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Bismillah

Misi menjadikan buku sebagai teman


message 2: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Januari

Buku #1

Filosofi Mak Singa

Sentap dan membuka minda. Kita terlalu banyak disogokkan dengan pelbagai jenis ilmu keibubapaan sehingga terlepas pandang dengan cara ibu bapa kita dahulu membesarkan kita.

Sangat setuju bila penulis mengatakan anak perempuan dan anak lelaki harus diajar untuk turut sama melakukan kerja rumah


message 3: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #2

Tajuk Buku : Cerita Bilik Guru
Penulis : Fadli Saleh, Shahidan Shuib, Reyna Ibrahim, Firdauz Abdullah

Ulasan :

Kisah pengalaman dari empat orang guru yang ditempatkan di kawasan dan sekolah yang berlainan. Setiap guru ada kisah dan pengalaman yang tersendiri. Kisah yang banyak membuka mata.

Paling tertarik dan terkesan dengan kisah Cikgu Fadli Salleh dan Cikgu Reyna Ibrahim. Betapa gigih dan tekadnya azam anak-anak yang kurang berkemampuan mahu menuntut ilmu. Gigih juga cikgu membantu anak-anak ini agar tidak tertinggal dalam memburu ilmu.

Cikgu ABC. Itulah gelaran yang diberikan kepada cikgu tadika atau pra sekolah. Namun tugas cikgu ABC ni tak kurang hebat juga. Tabahnya mereka melayan karenah anak-anak ABC ni. Yang pasti karenah mereka boleh buatkan kepala cikgu ABC pening jika tiada kesabaran. Suka dengan cerita anak-anak ABC ni. Setiap cerita ada sesuatu yang penulis mahu sampaikan.

Penilaian : 4⭐


message 4: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku "3

Tajuk Buku : Kurnia
Penulis : Reyna Ibrahim

Ulasan :

Kurnia adalah catatan dari seorang ibu buat anak-anak. Pelbagai nasihat, pesanan dan teguran yang disampaikan buat putera dan puteri kesayangannya.

Penulis merasakan banyak lagi titipan dan pesanan yang belum beliau sampaikan kepada anak-anaknya. Lantas menjadiakan tulisan ini sebagai sebuah hadiah untuk disampaikan buat anak-anak tersayang.

Jujurnya hati terkesan dengan penulisan ini. Antaranya:

"Yang sudah ditentukan untuk orang lain tidak akan sampai kepada kita. Yang sudah ditentukan untuk kita tidak akan sampai kepada orang lain".

"Apabila menggengam sesuatu yang amat panas, secara automatik tangan akan melepaskan. Jika tidak ia akan hangus terbakar. Begitulah hati apabila menggengam sesuatu yang amat menyedihkan dan menyakitkan belajarlah untuk melepaskan. Lepaskan dan serah kepada Allah. Semoga terlerai dan terungkai segala dendam, kebencian, kekecewaan dan kemarahan".


"Yang kita ada itulah kurniaan Nya, yang mereka ada itu kurniaan-Nya untuk mereka. Jangan mengeluh, jangan resah. Bercukuplah dengan apa yang ada".

Penilaian : 4 ⭐


message 5: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #4

Tajuk Buku : Let It Go
Penulis : Reyna Ibrahim

Ulasan :

Melepaskan setiap kesedihan, kekecewaan hanya pada Allah. Letakkan kebergantungan hanya padaNya.

Ya. Ujian mengajar kita banyak perkara. Kita selalu berada dalam zon selesa. Bila Allah hadiahkan kita ujian kita mula rasa nanar. Kita hilang arah dan tujuan. Jika kita dikelilingi oleh mereka yang positif maka kita akan dapat sedikit sebanyak aura positif. Jika sebaliknya jangan risau kerana kita ada Allah Yang Maha Mendengar.

Tulisan yang sangat-sangat membuka mata dan minda. Paling terasa bila penulis menyentuh bab mendoakan orang lain. Allah..tanpa sedar itulah kita. Hanya berdoa untuk diri sendiri. Lupa mereka yang berada di sekeliling kita

Penilaian : 5⭐


message 6: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Tajuk Buku : Budak Kelas Belakang
Penulis : Emylia Mohd Noor

Ulasan :

Separuh daripada tajuk dalam buku ni berkisar tentang kehidupan penulis di Sekolah Tun Fatimah (STF). Pahit, manis, penulis semasa di STF digarapkan di dalam tulisan ni.

Masuk separuh tajuk kedua baru penulis menceritakan jatuh bangun kehidupan beliau. Terasa geram dengan penulis. Seakan beliau tidak belajar dari kesilapan yang lalu. Mudah mengikut kata hati.

Penilaian : 4⭐

Namun bila penulis mula sedar dan bangkit daripada episod kejatuhan dan kegagalan terasa seakan semangat tu meresap ke hati.

Paling suka dengan ayat penulis
"Begin, the rest is easy"


message 7: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Tajuk Buku : Listen To Your Heart
Penulis : Nik Alia Hayati
Ulasan:

Coretan motivasi daripada penulis. Setiap tajuk ada huraian yang tersendiri. Ada juga daripada kisah silam beliau dan juga ungkapan nasihat daripada ummi beliau.

Paling terkesan dengan tajuk Rasulullah SAW mencintai kita.
"Betapa Rasulullah SAW terlalu mencintai kita semua sebagai umatnya. Namun kita sering kali melupakan Baginda. Kita penuhkan hati dengan kecintaan dan kerinduan kepada manusia, tetapi tidak kepada Rasulullah SAW".

Penilaian : 3⭐


message 8: by Syazwani (last edited May 09, 2020 09:18PM) (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #7

Tajuk Buku : Kaki Masjid
Penulis : Hashim AR

Ulasan :

Kaki masjid. Jadikan kaki ringan dan suka melangkah ke masjid. Suka dengan ayat "kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga?".

Penulis menceritakan betapa bahagianya perasaan kaki masjid bila dapat menjejakkan kaki dan beribadat di masjid Namun ada juga kaki masjid yang ke masjid kerana terpaksa. Mungkin kerana jawatan di masjid atau mungkin juga untuk menunjukkan kehadiran diri sedangkan hati tidak benar- benar cinta kepada masjid.

Penilaian : 4⭐


message 9: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #8

Tajuk Buku : Rebel Dengan Tuhan
Penulis : Muhd Iqbal Samsuddin


Rebel dengan Tuhan. Dalam tidak sedar kita melakukannya. Bila di uji kita marah, sedih dan kecewa lantas bertanya " kenapa kita diuji". Bila Allah berikan kita nikmat, kejayaan dan kesenangan kita lupa semua itu milikNya sang pemberi Nikmat.

Buku yang sarat dengan nasihat agama. Memberikan motivasi untuk kita meneruskan kehidupan di bawah aturan Allah.

Penilaian : 4⭐️


message 10: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #9

Tajuk Buku : Move On
Penulis : Reyna Ibrahim
Ulasan :

Penulis menjadikan kekecewaan dan kegagalan sebagai satu titik tolak kepada sebuah perjalanan memburu cinta Illahi. Penulis juga mengajak pembaca untuk sentiasa bersangka baik dengan setiap aturan perjalanan yang Allah tentukan.

Jika setiap dugaan yang Allah berikan diambil sebagai sesuatu yang baik dan positif maka kesannya juga yang baik serta positif.


Penilaian : 4⭐️


message 11: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #10

Tajuk Buku : Doktor Sakit
Penulis : Atikah Razali
Ulasan :

Buku yang santai tapi menarik. Dr Atikah berkongsi pengalaman pahit manis bertugas di sebuah klinik, hospital dan juga berdepan dengan pesakit psikitari. Setiap pengalaman dioleh dengan sedikit nasihat.

Terasa kagum dan bangga dengan Dr Atikah, dalam kesibukan menjalankan tugas merawat pesakit beliau tetap kental dan istiqamah dalam meneruskan perjuangannya.

Penilaian : 4⭐️


message 12: by Syazwani (last edited May 09, 2020 10:00PM) (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #11

Tajuk Buku : Kembara Kasang Diselimuti Oasis
Penulis : Masnira Ramli
Ulasan :

Penulis berkongsi perjalanan kehidupan beliau sekeluarga di bumi ambiya. Di awal penghijrahan mereka di sana pelbagai liku dan ujian yang mereka hadapi. Namun di sebalik kesukaran ada kemanisan yang terselit. Penulis dan keluarga dapat mengerjakan haji di usia muda beberapa kali, dapat mendirikan solat di Masjidil Haram berulang kali. Itulah kemanisan yang tidak ternilai.

Penulis juga menceritakan perihal kehidupan penduduk arab dan budaya mereka dengan jelas sekali. Betapa beruntungnya anak-anak penulis di besarkan di dalam suasana yang penuh terjaga dan terbatas adab agama.

Paling tertarik bila penulis menceritakan dengan teliti perjalanan beliau dan suami mengerjakan haji. Setiap liku perjalanan umpama boleh dirasai saat membaca.

Penilaian : 4⭐️


message 13: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #12

Tajuk Buku : Untunglah Malaysia Masih Aman
Penulis : Khairul Abdullah


Ulasan :
Mengupas perbezaan mentaliti di Malaysia dengan luar negara. Terasa bagai tersentap dan ditampar- tampar dengan setiap tajuk yang di bawakan. Namun ada kebenaran di situ.

Nukilan yang jujur tapi santai. Sesuai untuk mendidik dan menyedarkan kita betapa beruntungnya kita hidup di bumi Malaysia ni.

Penilaian : 4⭐️


message 14: by Syazwani (last edited May 25, 2020 06:56PM) (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #13

Tajuk Buku : Cikgu Kelas Sebelah
Penulis : Fadli Salleh

Ulasan:

Coretan seorang guru bersama dengan anak-anak muridnya. Ada yang mencuit hati ada juga yang meruntun hati. Bila baca seakan mengimbau kenangan di zaman sekolah dahulu kerana ada ragam yang terjadi pada diri sendiri. Terutamanya ketika awal persekolahan.


Suka dengan ayat penulis "Orang kata, jadi cikgu zaman sekarang tidak seronok seperti dulu lagi. Terlalu banyak beban, terlampau banyak tekanan. Kalau kau cikgu, pandai-pandailah kau cari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profesion terus membara".

Benar. Bukan mudah menjadi guru. Setiap hari perlu berhadapan dengan seribu satu ragam anak murid. Suka dengan cara penulis mencari keseronokan dan berkasih sayang dengan anak muridnya.

Penilaian : 5⭐️


message 15: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #14

Tajuk Buku : Rumah Yang Berkat Membawa Rahmat
Penulis : Ustaz Mohd Hariri, Ustaz Mohd Zarifi, Ustaz Mohd Ihsan

Ulasan :

Rumahku Syurgaku. Slogan yang selalu kita dengar dan gunakan untuk menggambarkan kegembiraan, keseronokan, keterujaan tinggal di rumah kita.

Selepas membaca buku ni persepsi terhadap Rumahku Syurgaku telah berubah. Seperti kata penulis

Rumah adalah Anugerah Allah.
Tempat perlindungan satu keluarga.
Syukuri dengan ibadah dan barakah.
Kerana rumah kita adalah syurga kita.

Semua orang mahu mendiami rumah di syurga Allah SWT yang lebih indah. Jadi rumah kita di dunia ini perlulah dihidupkan dengan bekalan untuk menuju ke syurga Allah. Rumah dijadikan sebagai tempat yang penuh ketenangan dan kebahgaian. Rumah disuburkan dengan gaya hidup Islam dan sunnah Rasul.

Penilaian : 4⭐️


message 16: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #15

Tajuk Buku : Otak Power
Penulis : Azizul Azli Ahmad

Ulasan :

Tulisan yang membuka mata. Perbezaan berfikir orang kaya dan orang biasa yang memang itulah situasi sebenar yang terjadi di waktu dan ketika ini. Salah satu kenyataan penulis yang memang diakui bahawa rumah orang kaya sering kali dilengkapi dengan rak buku yang besar manakala rumah orang biasa kebiasaannya dilengkapi dengan rak tv yang besar.

Kita sering disogokkan dengan cerita bahawa orang kaya ni jahat, orang kaya ni tamak dan bermacam lagi cerita negatif. Kerana itu, kita pun tanamkan dalam diri kita cukuplah kita hidup sederhana. Tidak perlu menjadi kaya. Namun, gaya hidup kita kadang lebih kaya dari mereka yang kaya.

Setuju dengan kata-kata penulis "menjadi kaya itu mulia". Kita perlu kaya supaya kita boleh membantu ibu bapa, adik beradik dan saudara mara kita. Kita perlu kaya supaya kita dapat membantu ummah. Kita perlu kaya bukan untuk diri sendiri tapi untuk menjadi tangan yang memberi.

Penilaian : 5⭐️


message 17: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #16

Tajuk buku : Bersyukur Saat Diuji
Penulis : Muhd Kamil Ibrahim

Ulasan :

Naskah yang ditulis berdasarkan perjalanan hidup penulis. Ianya lahir dari hati maka sampailah ke hati pembaca.

Ujian. Kita selalu beranggapan bahawa ujian adalah sesuatu yang sedih, perit dan sakit. Namun kita tidak sedar bahawa bahagia, gembira itu juga sebuah ujian.

Sukar untuk kita melihat sebuah kegembiraan itu adalah salah satu sisi ujian. Maka kita dengan bangga mendabik dada menyatakan bahawa kita bebas dariapda ujian Sang Pencipta.

Naskah yang membuka mata, hati dan fikiran.

Penilaian : 5⭐️


message 18: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #17

Tajuk buku : Nasi Lemak Kacang Lebih
Penulis : Che E

Ulasan :

Tajuknya umpama sebuah buku resepi. Bila buka dan baca memang penuh dengan resepi tapi resepi kepada sebuah kejayaan. Sarat dengan motivasi dan kata-kata yang boleh membuatkan telinga berasap.

Suka dengan antologi Kereta, Petrol dan Perjalanan. Kehidupan kita adalah perjalanan. Kehidupan tanpa MATLAMAT umpama perjalanan yang tiada arah tujuan.

Langkah demi langkah untuk membina tabiat baru juga menarik. Benar untuk memulakan sesuatu yang baru adalah sukar, untuk kekal konsistant dengannya lagi sukar apatah lagi untuk jadikannya sebagai satu tabiat.

Penilaian : 4⭐️


message 19: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #18

Tajuk buku : Siput Yang Mengubah Sejarah
Penulis : Syed Azharul Asriq

Ulasan :

Tajuk bukunya nampak seakan bacaan yang ringan dan santai tapi sebaliknya. Bacaan berat tapi ringkas dan dan mudah untuk faham. Sesuai untuk golongan seperti saya yang lambat nak hadam fakta terutamanya fakta sejarah.

Penulis berjaya menjadikan sejarah sesuatu yang menyeronokkan dan tidak membosankan. Penulis berjaya bawa diri ini untuk tahu lebih lanjut tentang sejarah hebat seluruh dunia.

Banyak juga fakta yang tidak pernah diketahui sebelum ini seperti hukuman yang di kenakan ke atas binatang. Tidak masuk akal binatang di bicarakan dan di kenakan hukuman tetapi itulah yang pernah terjadi.

Zaman berubah, manusia berubah namun pengetahuan tentang zaman silam tetap perlu dicari agar kita tidak mengulangi keslapan yang lalu. Bak kata penulis " lebah mengambil madu yang baik sebagai bekalan, manakala yang buruk ditinggalkan".

Penilaian : 4⭐️


message 20: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #19

Tajuk buku : Run Back
Penulis : Syafiq Nasri

Ulasan

Run Back. Kembali menuju Allah. Larian tanpa arah tujuan adalah sia-sia. Begitu juga dengan kehidupan kita. Perjalanan hidup tanpa matlamat menuju dan mencari Allah umpama sebuah pelarian yang tiada peghujung. Penat berlari namun tetap tidak menemui penghujungnya.

Bacaan yang ringan dan santai namun tetap sampai. Semua kisah yang ditulis adalah kisah yang sering berlaku di sekeliling kita. Cuma kadang kala kita yang ambil mudah atau munkin hanya pandang dengan pandangan kosong tanpa mahu mengambil ibrah.


Penilaian : 4⭐️


message 21: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Tajuk buku : Isteri Untuk Dia
Penulis : Syahr Musafir

Ulasan

Novel Islamik. Perjalanan kehidupan pelajar Islam di negara Barat. Dipertemukan dengan abang dan kakak senior yang bak hati, penyayang, mengambil berat dan juga berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Intipati dalam novel ini bukan sesuatu yang baru namun kita sering kali mengambil ringan. Perkahwinan di usia muda. Persediaan sebelum berkahwin. Batas pergaulan sebelum perkahwinan. Tanggungjawab.

Penilaian : 4⭐


message 22: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #21


Tajuk buku : Log In Diri
Penulis : Aqil Shariff

Ulasan

Tulisan yang menggunakan laras bahasa yang mudah. Nasihat yang diberikan pun lemah lembut je.

Tak sangka penulisnya masih remaja. Jadinya naskah ni memang sesuai sangat untuk golongan remaja kerana tulisannya dekat dengan gaya hidup remaja

Penilaian : 4⭐️


message 23: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #22

Tajuk buku : Life is a Story : Make Yours the Bestseller
Penulis : Hanis Yahya

Ulasan :

Tajuk je dalam Bahasa Inggeris tapi jalan ceritannya dalam Bahasa Melayu. Boleh dikatakan ni sebuah lagi buku motivasi.

Hidup ni penuh dengan cerita tersendiri. Ada cerita sedih, ada cerita gembira. Itulah yang dikongsikan oleh penulis.

Penilaian : 4⭐️


message 24: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #23

Tajuk buku : Cerita Bangsa Gemok
Penulis : Rafiuddin Rabu

Ulasan :

Sinis tapi itulah hakikat. Kita memandang orang yang berbadan besar dengan satu pandangan yang "asing".

Banyak masalah yang golongan ini terpaksa hadapi namun seperti kata penulis mereka terpaksa hadapi dengan tabah dan penuh senyuman.


Penilaian : 4⭐️


message 25: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #24

Tajuk buku : Terlena Disalah Syurga
Penulis : Serban Putih

Ulasan :

Teguran yang ringkas tapi berbekas
Penilaian : 5⭐️


message 26: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #25

Tajuk buku : Kita Mesti Menang
Penulis : Ruzain Syukur , Aina Dayana Hilmi, Ahmad Kamalarifin bin Hashim, Maryati Mohd Amin

Ulasan :

Realiti kehidupan seorang guru. Walau apa pun keadaan mereka tetap memikirkan anak didik. Susah atau senang mereka pasti berusaha untuk terus memandaikan anak bangsa.


Penilaian : 5⭐️


message 27: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #26

Tajuk buku : What's Up Turks?
Penulis : Ayza Gürsoy

Ulasan :

Sebuah naskah travellog. Boleh dikatakan lain dari yang lain sebab penulis mengalaminya sendiri bila mana beliau terpaksa berpindah ke dan tinggal bersama keluarga mertua beliau di Turki.

Banyak kisah masyarakat Turki yang boleh dipelajari. Sungguh banyak cerita masyarakat dan sejarah Turki yang baru diperolehi daripada pembacaan ni.


Penilaian : 4⭐️


message 28: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #27

Tajuk buku : Mentaliti Jamban
Penulis : Khairul Abdullah

Ulasan :

Mentaliti rakyat Malaysia. Kalau difikirkan secara rasional memang banyak kebenaran dalam setiap apa yang penulis tuliskan. Isu pembaziran, pentingkan diri sendiri dan banyak lagi.

Ramai yang buat tidak semestinya betul. Kadang yang ramai buat itulah yang salah.


Penilaian : 4⭐️


message 29: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #28

Tajuk buku : Detour
Penulis : Raudhatul Hifza

Ulasan :

Dah lama tak membaca tulisan sebegini. Jujurnya terpaksa habiskan buku ni dalam masa yang singkat. Hati memberontak nak tahu apa kesudahan cerita ni. Tapi kecewa kerana penghujungnya masih juga tergantung. Mungkin penulis berhasrat untk adakan sambungan.



Penilaian : 5⭐️


message 30: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #29

Tajuk buku : Kertas - Kertas Yang Merubah Fikiran
Penulis : Gabungan penulis Goodreads

Ulasan :

Himpunan kisah penulis dalam dunia pembacaan. Bagaimana mereka terjatuh cinta dengan buku.

Sungguh, coretan kisah di dalam buku ini menggamit memori. Bagaimana dulu diri ini mula membaca dan jatuh cinta dengan buku.

Kebanyakan mereka bermula di rumah. Suasana, ibu bapa, adik beradik memainkan peranan untuk cinta kepada pembacaan dan buku. Mereka juga bukanlah daripada golongan yang senang. Namun mereka berpegang pada prinsip bahawa hanya ilmu yang dapat merubah kehidupan mereka.



Penilaian : 5⭐️


message 31: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #30

Tajuk buku : Karma
Penulis : Muharikah

Ulasan :

Menarik. Berkahwin kerana niat mahu membetulkan naluri yang songsang. Masing-masing mahu melupakan sejarah silam.

Dalam rumah tangga komunikasi adalah perkara utama. Kehidupan mereka bertambah kucar kacir bila komunikasi ditinggalkan jauh ke belakang. Namun setelah Allah hadirkan ujian, mereka mula bersatu.

Drama air mata dipenghujung cerita 😁


Penilaian : 4⭐️


message 32: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #31

Tajuk buku : Pelukis Jalanan
Penulis : Teme Abdullah

Ulasan :

Liku perjalanan di negara orang. Sungguh terasa sukarnya hidup beliau. Namun dalam kesukaran hidup di negara orang , agama tetap menjadi pegangan. Allah tetap di hati. Hebat sungguh didikan agama yang diberikan oleh ibu bapa beliau


Penilaian : 5⭐️


message 33: by Syazwani (last edited Nov 30, 2020 01:50AM) (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #32

Tajuk buku : Arkitek Jalanan
Penulis : Teme Abdullah

Ulasan :

Tulisan dari hati sampai ke hati. Pelbagai rasa ada bila baca tulisan Teme ni. Ada ketika tergelak dengan ragam penulis dan sahabat baik beliau, Ahmad. Ada ketika air mata menitik tanpa sedar.

Ayat nasihat daripada Teme mahupun Ahmad pun boleh tahan. Boleh buat pembaca rasa sentap dan celik mata juga hati.


Penilaian : 5⭐️


message 34: by Syazwani (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #33

Tajuk buku : Lampu Neon
Penulis : Alifah Ting, Nasuha Chiew

Ulasan :

Perjalan dua orang saudara baru dalam Islam. Pahit getir memulakan kehidupan baru. Penerimaan keluarga, ketabahan diri dan pengaruh persekitaran yang kadang boleh menggugat dan menggoyangkan keteguhan hati


Penilaian : 4⭐️


message 35: by Syazwani (last edited Nov 30, 2020 02:04AM) (new)

Syazwani Kamaruddin (wanikamaruddin) | 84 comments Buku #34

Tajuk buku : Membina Keluarga PROFAZZ
Penulis : Siti Nadzrah Sheh Omar

Ulasan :

Tip emas dari seorang ibu yang berjaya melahirkan anak-anak yang bukan sahaja berjaya bergelar Hufaaz tapi juga punyai kerjaya professional yang baik.


Penilaian : 5⭐️


back to top