Goodreads Malaysia discussion
Maraton Malaysia Membaca 2020
>
Buku Aina 2020

Buku #1

Hilang & Jumpa
Pengalaman yang dilalui boleh jadi panduan dan ibrah bagi orang lain. Penulis menukilkan pengalaman belajar di negara orang bersama dua sahabat baik.
Asas agama sangat penting diajar kepada anak-anak. Apatah lagi bila ia dapat dihayati sebaiknya. Ia jelas menjadi benteng pertahanan Iman anak-anak.
Sedih membaca episod malang pelajar Islam kita yang kecundang di negara luar semasa belajar. Muda memang sekali tetapi bukan tiket untuk enjoy sepanjang masa.
Kita pasti mati. Dan hidup di alam sana selama-lamanya.


The Secret Garden
Edisi yang saya baca tiada pula gambarnya dalam Goodreads. Buku yang saya ada ini berkulit keras dan bersaiz buku besar. Lukisannya nampak klasik betul . Tapi anak saya gelar buku cerita hantu sebab nampak abstrak :)
Kisah Mary yang angkuh dan kurang kasih sayang ibu bapa. Meninggalnya kedua ibu bapanya di India akibat taun menyebabkan Mary dihantar pulang ke England untuk tinggal bersama bapa saudaranya.
Daripada seorang anak manja dan suka mengarah, Mary bertukar menjadi anak yang paling menyenangkan hati, menghiburkan dan meminati perkebunan. Kisahnya panjang. Tetapi perubahan positif ini seharusnya diberi pujian, bukan?


Lili Putih Srebrenica
Wah, suatu ilmu baru buat saya. Buku ini berkisar Sains Forensik. Satu bidang asing bagi saya dan masyarakat umum. Selama ini saya hanya tahu Forensik = bedah mayat sahaja. Rupa-rupanya saya silap.
Melalui Darul, watak utama cerita ini, beliau menggalas tanggungjawab mewakili Malaysia menyertai misi mencari sejuta tulang di Bosnia. Kekejaman puak Serb semasa perang puluhan tahun lalu mahu dibuktikan dan membela nasib umat Islam yang terkorban.
Melalui tulang, mereka mampu mendapatkan banyak maklumat seperti cara pembunuhan, jantina, umur dan sebagainya. Mendebarkan.


Mak, inilah ceritaku...
Buku ini ditulis oleh anak keempat Seniwati Sarimah. Berkisar pengalaman ketika kecil tatkala tinggal bersama bapa ekoran penceraian ibu bapanya. Terasa hiba membaca luahan hati anak yang melalui kes penceraian ini.
Ada juga diceritakan kehidupan dan peribadi Ibunya selain pengalamannya sejak belajar, bekerja dan berkahwin. Suka dengan saranan beliau yang menggalakkan peguam-peguam muda supaya banyakkan membaca.
Beliau merupakan peguam bertauliah yang sedang membina karier di Brunei Darussalam.


Berani Berubah
Berhijrah memang perlu berubah. Bukan kerana terpaksa tapi kerana perlu. Luasnya pengetahuan penulis. Dari kisah kehidupan, anekdot cerita sehingga kepada sirah dan biografi tokoh pun dikaitkan dengan hijrah. Suka sekali bab mencontohi tokoh / para sahabat.


Budak Meja Belakang
Setiap orang ada cabaran masing-masing. Saya rasa bersyukur dapat baca buku ini. Menyelami perasaan budak lelaki yang duduk di meja belakang. Mungkin menyamai / mewakili sebahagian anak didik saya sepanjang saya mengajar.
Unsur humor pada setiap bab memang mengurangkan kadar keseriusan topik yang ditulis. Tapi tabik pada Dr Shah. Sangat rajin belajar meskipun banyak dibuli kawan-kawan yang belum matang.
Boleh jadi contoh semangatnya dalam menelaah.


Budak Kelas Belakang
Separuh buku menceritakan kisah hidupnya di STF. Seingat saya, saya ada seorang kawan alumni STF di Matrikulasi dahulu. Sekarang sudah bergelar Dr Ain.
Aha.. rasanya alumni STF yang baca ini mesti dapat penghayatan penuh. Banyak istilah dan kenangan yang dicoretkan penulis yang hanya warga pelajar STF sahaja yang pernah lalui :)
Bahagian kedua pula menceritakan pasca SPM beliau dari STF. Peluang melanjutkan pelajaran dan pengalaman bekerja. Cekal sungguh penulis.


Yang Diselindung Samudera
Saya semakin menggemari penulisan Pn Nor Azida. Ini buku kedua beliau yang saya baca. Kali ini bacaan saya agak lambat. Banyak kali terhenti dek mengurus si kecil Ahla.
Tapi seronok. Jika Lili Putih Srebrenica dengan kisah Sains Forensik, buku ini berkisar kegiatan menterjemah manuskrip lama dan bidang arkeologi.
Tidak mudah rupanya mempertahankan khazanah manuskrip lama negara. Ada sahaja pihak jahat yang mahu mengganggu gugat proses tersebut.
Misi pencarian peradaban Atlantis yang dianggarkan berada di perairan nusantara. Salah satu lokasinya ialah di dalam Laut China Selatan dan di Indonesia.

Buku #9

99 Stress Free Wife
Anekdot suami isteri memang boleh jadi buku berjilid-jilid. Ada kisah yang mencuit hati, ada kisah yang nampak annoying, ada kisah yang memberi kesan mendalam.
Sungguhpun penceritaan berbentuk anekdot lebih kepada unsur humor tapi jika diperhatikan setiap satu ada mesej tersendiri yang ingin disampaikan.
Sebab itulah Allah jadikan kita berpasang-pasangan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Konflik yang dihadapi juga perlu diselesaikan dengan baik. Bukan mengikut perasaan tidak tentu hala.
Terima kasih penulis. Ada sesuatu yang saya belajar dari buku ini : sifat memahami pasangan, bertolak-ansur serta meraikan pasangan.


Because of Winn-Dixie
India Opal, seorang anak mubaligh Kristian. Baru sahaja berpindah ke pekan kecil ini. Demi menyelamatkan anjing ini dari ditangkap di pasaraya , Opal namakannya Winn-Dixie. Seekor anjing yang jinak, bijak dan mudah dijaga.
Asbab Winn-Dixie juga Opal mendapat kawan baru, mengenali jiran tetangga, membantu lebih ramai orang dan lebih memahami haiwan.


Puteriku, Nasihat Abah Untukmu
Ini bacaan semula selepas membacanya hampir 5 tahun lepas. Bukan sekadar titipan untuk anakanda puteri beliau tetapi buat kita para pembaca ada banyak ilmu diperolehi dari sini.
Nasihat berupa menjaga diri dan akhlak, istiqamah membaca al-Quran dan menghafaznya, Diselangi cerita tokoh ulama' yang dikagumi, menaikkan semangat melalui perkongsian insan-insan yang bijak di seluruh dunia, kaedah belajar dengan betul dan seumpamanya.
Ralit membacanya. Memang harus jadi galakan buat anak-anak baca buku ini.


Life is a Story: Make Yours the Bestseller
Saya suka sekali dengan untaian kisah Dr Hanis. Pengamatan terhadap sekeliling dan kehidupan seharian diadun menjadi kata-kata nasihat yang sedap didengar. Berinformasi dan bermakna.

150 tapi turunkan sikit. Takut tak tercapai 😆 Jadi 120 je Nissa'.


Doktor Sakit
Apa jua bidang dan kerjaya, ia jadi medan dakwah buat kita menyebar kebaikan. Dr Atikah berkongsi pengalaman bertugas di klinik, hospital daerah, berhadapan dengan pesakit psikitari, tanggungjawab sebagai seorang muslim dan sedikit perihal keibubapaan.
Tip untuk para Houseman juga membantu. Begitu juga tip keibubapaan. Santai tetapi sampai mesejnya. Barakallahu fik doktor :)


Tafsir al-Quran Surah Al-Fatihah
Tak puas baca. Memang akan ulang lagi.
Dialih transkripsinya dari audio ke tulisan.

Ada orang lagi banyak membaca daripada saya ;)



Nasi Lemak, Kacang Lebih
Tak tahu buku ini mengenai apa. Pinjam sebab tertarik dengan tajuknya. Dan ia rupanya sebuah buku Motivasi. Menarik susunan ayat dan idea penulis.
Untuk berjaya, jangan tangguh-tangguh sebenarnya. Perlu ada perancangan. Benda paling asas mungkin boleh bermula dengan membuat To Do List. Jangan lupa solat dan mendahulukan Allah dalam apa jua pekerjaan.
"Hanya apabila rutin harian dihiasi doa, barulah terasa pencipta itu dekat."


Wan Kenit ; Novel Grafik
Wan Kenit yang sangat kecil mempunyai hubungan baik dengan haiwan di sekitar kampungnya. Suatu hari dia terjatuh dari tingkap rumah dan mula "berjalan-jalan" ke rumah haiwan-haiwan ini.
Dalam masa yang sama, kehilangannya sangat mencemaskan ibu ayahnya. Menjelang malam pun , si Ayah masih mencari. Malang sekali Ayah Wan Kenit terjumpa mayat berlumuran darah.
Serta-merta ditangkap oleh pengawal istana dan dituduh membunuh.
Macam mana Wan Kenit dan haiwan-haiwan berkenaan membantu membebaskan ibu ayah Wan Kenit?


Oh tidaklah begitu. Saya memang baca buku kanak-kanak untuk cari idea penulisan dan bercerita dengan anak-anak :) Tak pernah pula rasa down grade :)
Masing-masing ada genre kegemaran dan matlamat membaca.


Listen To Your Heart
Buku berbentuk Motivasi. Setiap topik dihurai ringkas. Diadun dengan pengalaman hidup beliau dan diselitkan nasihat-nasihat dari ibu beliau. Suka baca kata-kata Ibunya.


Ustazah Sentap #MisiSolehah
Buku #24

Ustazah Sentap #CintaTillJannah
Buku #25

Sahabat Dunia Akhirat
Oklah bagi saya. Macam tulisan Bonda Nor. Mengesankan.


Marung dan 9 Perhentian
Re-read.
Cari idea nak cerita dengan anak-anak.
Buku #27

Tak Kenal Maka Tak Cinta
A picture worth a thousand words.
Gabungan karikatur dan quote penulis membuatkan diri berfikir 👍


Metamorfosis
Ilmu baru bagi saya. Mengenal haiwan exotic (ular) dan jenis cacing di dunia yang menyebabkan masalah pada manusia. Serius saya termuntah bila baca watak utama telan jantung ular tedung hidup-hidup. Yikes. Aduh, menghayati cerita sungguh!


Ibnu Battuta
Semangatnya luar biasa. Banyak ilmu juga. Banyak menempuh perjalanan sukar ketika mengembara. Ya, nama pun bermusafir. 29 tahun mengembara. Masya Allah.
Books mentioned in this topic
The Secret Garden (other topics)Bukan Yang Pertama (other topics)
Kasih Abang Teh (other topics)
100 Kisah Kehidupan (other topics)
Marung dan 9 Perhentian (other topics)
More...
Terus membaca :)