Goodreads Malaysia discussion

68 views

Comments Showing 1-15 of 15 (15 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Fzh (new)

Fzh Hns | 21 comments Saya mensasarkan 12 buku saja. Buku-buku yang dibaca adalah semasa mengisi masa yang terluang sama ada di dalam LRT, penerbangan, dan sebagainya.

1. Black Hole Blues and Other Songs from Outer Spaces (Janna Levin)

Ulasan:
Saya merupakan salah seorang yang meminati sains angkasa lepas. Buku ini merupakan ulasan daripada temu bual peribadi dan rekod penulis bersama- sama sekumpulan saintis angkasa lepas (astrophysicist) yang terlibat dalam usaha menjejaki 'gravitational waves' yang menjadi fenomena sejak zaman Enstein sekitar 1930-an. Sebahagian daripada saintis- saintis ini berketurunan Yahudi yang berhijrah ke Amerika semasa zaman Perang Dunia Kedua. Mereka giat menjalankan eksperimen di sekitar Caltech, MIT, Glasgow dan sebagainya. Kisah mereka tidaklah segah Enstein dan kebanyakannya tidak pula menerima anugerah Nobel. Saya kagum dengan semangat tidak putus asa mereka yang sentiasa meneropong angkasa lepas dan menjejaki bukti- bukti tinggalan aktiviti 'extraterrestrial' untuk membuktikan sesuatu yang boleh dikira diluar batas pemikiran dan kemampuan manusia.

LIGO (The Laser Interferometer Gravitational-wave Observatory) berjaya mengesan 'gravitational wave' pada 2016 adalah satu fenomena bagi peminat sains angkasa lepas. Saya sendiri merupakan salah seorang sukarelawan untuk perisian Einstein@Home bagi membantu mengesan isyarat yang dikesan dari LIGO. Buku ini merupakan satu inspirasi untuk saya terus berusaha walaupun matlamat kita adalah suatu yang kelihatan mustahil dan sukar difahami oleh kebanyakan orang.


message 2: by Fzh (new)

Fzh Hns | 21 comments 2. The Master and Margarita (Mikhail Bulkagov)

Ulasan: Saya mengenali novel ini melalui sebuah siri drama pendek kira-kira 8 tahun yang lalu. Plot cerita yang berat dan penuh dengan satira. Buku ini dibaca sejak tahun lepas dengan kadar yang perlahan. Saya menghadapi kesukaran untuk mencerna jalan cerita berlatar belakangkan dua zaman iaitu yang sangat berbeza:

a) Zaman Yeshua of Nazareth bersama penguasa Rom, Pontius Pilate

b) Zaman komunis dimana atheism bersemarak dikalangan rakyat Moscow sekitar 1930-an

Penulis Bulkagov sangat sinis memainkan watak Syaitan (Profesor Woland bersama kucing sarkastiknya yang bernama Hegemoth). Dia cuba membawa pendekatan di mana manusia di zaman itu mengangkat kesatuan Soviet sebagai 'way of life' dengan mengetepikan agama. Saya sendiri tidak menyangka buku ini adalah kategori 'censor' sekitar 1960-an.
Watak 'the master' dan 'margarita' yang melawan normaliti zaman itu adalah ulang tayang apa yang berlaku pada masa kini. Agama semakin terhakis. Manusia lebih suka percaya kepada 'idealogi' daripada Tuhan. Akhir cerita kedua-dua watak menuruti syaitan dan meninggalkan dunia.


message 3: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2428 comments Mod
Karya aliran absurdisme?


message 4: by Fzh (new)

Fzh Hns | 21 comments Pandangan peribadi saya, ya untuk watak Master dan Margarita. Secara keseluruhan, tidak kerana Bulkagov lebih cenderung sinis terhadap sikap manusia yang tamak, menafikan Tuhan, dan sebagainya melalui pembawaan watak syaitan (Prof Woland) yang menyaksikan/ terlibat dalam dua peristiwa:

1. Yeshua disalib dan tidak didakwa secara oleh Pontius Pilate (menurut perspektif Christian)
2. 'Master' yang dibicara oleh Polis Rahsia Soviet kerana menghasilkan karya mengenai Yeshua dan Pontius Pilate.


message 5: by Fzh (new)

Fzh Hns | 21 comments Pembetulan:
1. Yeshua disalib dan tidak didakwa secara adil oleh Pontius Pilate penguasa Rom di Jurusalem pada zaman itu (menurut perspektif Kristian).


message 6: by Fzh (new)

Fzh Hns | 21 comments 3. So Much I Want to Tell You: Letters to My Little Sister (Anna Akana)

Ulasan: Tajuk panjang tetapi bukunya tidak sampai 200 muka surat. Saya habiskan bacaan ini dalam penerbangan sebentar tadi yang mengambil masa 3jam. Penulis merupakan vlogger (maaf saya sendiri tidak kenal atau mengikuti videonya dalam Youtube).
Kehilangan adiknya ketika remaja memberikan kesan yang mendalam kepada dirinya. Beliau mengambil masa 2 tahun untuk 'sober' dan menerima 'kehilangan' itu sebahagian daripada kehidupan seharian.

P/S:
Berdamai dengan diri sendiri dan menerima keadaan kita sendiri mampu membuatkan kita menjadi lebih kuat dan tabah.


message 7: by Fzh (new)

Fzh Hns | 21 comments 4. Eat, Pray, Love (Elizabeth Gilbert)

Buku ini tidak seperti yang saya harapkan. Saya jauh lebih menyukai buku penulis, The Signature of All Things berbanding buku ini. Mungkin bukan citarasa saya untuk mendalami catatan separa peribadi penulis ke Italy, India dan Indonesia.


message 8: by Fzh (new)

Fzh Hns | 21 comments 5. Erotic Stories for Punjabi Widows (Balli Kaur Jaswal)

Sudah beberapa bulan saya lihat buku ini di kedai-kedai buku besar. Tajuknya yang provokatif membatalkan niat saya untuk membaca untuk setiap kalinya saya menyinggah kedai buku di lapangan terbang. Dua hari lepas, saya mempunyai masa yang panjang dan hati saya tergerak untuk membacanya di dalam lrt dan kapal terbang.

Nikki, si watak utama merupakan perempuan muda Punjabi yang menjadi guru sambilan mengajar balu-balu Punjabi di kota London.

"Sat sri akal" adalah 'greetings' dalam bahasa Punjabi yang sering diguna pakai dalam novel ini.

Melalui Nikki, kita dapat menyelusuri kehidupan seharian komuniti imigran Punjabi di sekitar kota. Bagi saya, ini sesuatu yang unik dan menarik kerana saya tidak pernah berpeluang bersahabat dengan komuniti Punjabi di negara kita.


message 9: by Fzh (new)

Fzh Hns | 21 comments 6. The Art of Letting God (Mizi Wahid)

Sejuk hati baca buku ini :)
Penulis mengajar erti berdamai dengan diri sendiri, memaafkan diri sendiri dan orang lari serta bagaimana untuk berserah pada Tuhan.


message 10: by Fzh (new)

Fzh Hns | 21 comments 7. Make Your Bed (Admiral Wiliam H. McRaven)

Saya tertarik dengan sebuah video yang dimuat naik dalam LinkedIn oleh seorang kenalan. Video itu merupakan ucapan sempena majlis graduasi
universiti oleh penulis.
Penulis yang digelar Mr Mac oleh SEAL Instructor beliau adalah seorang veteran NAVY SEAL.
Ucapan beliau cukup mudah difahami. Bagaimana kita menguruskan kehidupan kita seharian adalah bermula dari tempat tidur kita.


message 11: by Fzh (new)

Fzh Hns | 21 comments 8. How to Fall in Love with a Man Who Lives in a Bush (Emmy Abrahamson)

Saya mengenali buku ini dari video Youtube minggu lepas di mana vlogger tersebut menceritakan kisah si gelandangan yang jatuh cinta dengan perempuan kaya. Dengan rasa musykil, saya mencari buku ini di dalam talian.

Saya jadikan buku bacaan sebelum tidur selama dua hari berturut- turut. Jalan cerita seperti menonton filem Bridget Jones's Diary.

Karya ini diolah semula oleh penulis berdasarkan kepada pengalaman beliau ketika bertemu dengan suaminya yang gelandangan selama hampir setahun selepas mengembara di Eropah.

Lelaki yang gila-gila ini membuka mata si penulis supaya mengenal dunia dari sudut yang berbeza. Si penulis pula membantu lelaki ini mencari makna hidup. Pelik, tetapi begitula jodoh. Dalam semak pun boleh jumpa XD


message 12: by Fzh (new)

Fzh Hns | 21 comments 9. The Alchemist (Paulo Coelho)

Karya- karya Paulo Coelho tidak pernah mengecewakan saya. Buku ini mengingatkan saya pada impian yang hampir padam kerana kesibukan kerja dan rutin harian.

'Beginner's Luck' adalah satu batu loncatan yang kita perlukan salam merealisasikan impian masing-masing. Semangat, azam, fokus dan usaha perlu untuk kita terus istiqamah dalam mencapai impian.

Hujung cerita seolah-olah memberitahu kita, hujan emas di tempat orang, hujan batu di tempat sendiri. Lebih baik tempat sendiri juga. Pengembaraan dalam kehidupan (termasuk mengembara ke tempat orang) banyak membantu kita lebih menghargai apa yang kita ada sebenarnya.


message 13: by Fzh (new)

Fzh Hns | 21 comments 10. DK Life Stories Katherine Johnson (Ebony Joy Wilkins)

Cerita yang penuh dengan ilustrasi dan grafik dan peta.

Kisah biografi Katherine Johnson, si komputer manusia yang memakai skirt sangat memberi kesan kepada saya sebagai wanita yang meminati sains angkasa :)


message 14: by Fzh (new)

Fzh Hns | 21 comments 11. Some Girls: My Life in a Harem (Jillian Lauren)

Sebuah memoir mengenai kehidupan penulis di dalam 'harem' moden. Saya tidak bercadang untuk mengulas lebih. Kalau ingin membaca memoir ini, perlu berhati terbuka dan rasional - _-


message 15: by Fzh (new)

Fzh Hns | 21 comments 12. Born a Crime: Stories from a South African Childhood (Trevor Noah)

Akhirnya saya berjaya juga menamatkan marathon membaca buku tatkala kesibukan bekerja.
Secara ringkas, penulis memoir ini merupakan seorang 'stand up comedian' dari keluarga campuran African-Swiss yang lahir di penghujung zaman Apartheid di Afrika.

Saya suka menonton rancangan beliau, 'The Daily Show with Trevor Noah'. Rancangan beliau santai dan mudah difahami walapun di sajikan dengan jenaka berbaur satira. Cara penyampaian beliau rasional dan mudah dihadam di mana ini sedikit sebanyak membantu saya memahami situasi semasa di Amerika, khususnya.

Karya beliau ini membantu saya memahami bagaimana beliau dibesarkan dalam suasana di mana perkauman membezakan hak setiap orang dan juga mengawal kebebasan berfikir dan membantutkan perkembangan ekonomi dan sosial setempat. Trevor adalah antara salah seorang yang beruntung kerana dibesarkan oleh seorang ibu berjiwa bebas dan merdeka dari penjajahan Apartheid.


back to top