Goodreads Malaysia discussion

105 views
Maraton Malaysia Membaca 2020 > Zalila Membaca 100

Comments Showing 1-50 of 60 (60 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Zalila (last edited Jan 08, 2020 07:47PM) (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 1. Fragmen. Goenawan Mohamad

https://www.goodreads.com/book/show/3...


message 2: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 2. SIPENA II: Himpunan Karya Pemenang Hadiah Sastera Selangor 2017.


message 3: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 3. Risalah Pergaulan Di Antara Pemuda dan Pemudi, Ustadh Yusuf Abd Al-Rahman, Akademi Jawi Malaysia, 2019.


message 4: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 4. Cari Aku di Hujung Nafas. Memoir dan Anekdot Terakhir. Zulkarnain Zakaria, Pumpkin Street Media Solution, 2019.


message 5: by Zalila (last edited Feb 26, 2020 09:04PM) (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 6. Latiff Mohidin, Kumpulan Puisi 1 (1965 -1972), Horlemann

(Jumpa buku ini dalam timbunan buku-buku encik bos. Tiada maklumat pada bahagian imprint. Hanya ditulis Horlemann. Dwibahasa - BM-GERMAN).


message 6: by Norziati (new)

Norziati | 378 comments Semangat!


message 7: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 5. Dua Novel Keris Mas, DBP, 1993.


message 8: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2428 comments Mod
Banyak tu 100 buku


message 9: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments Nazmi wrote: "Banyak tu 100 buku" hahahhaa... saja cabar diri... :P


message 10: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments Norziati wrote: "Semangat!"
Dah tak jadi editor, bolehlah baca buku. :P


message 11: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 7. Rahsia Kekayaan Melayu by 'Abd Al Rahman Jamal al-Din al-Jempuli, Akademi Jawi Malaysia, 2019


message 12: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 8. Petala 7 Sasterawan Negara, UMT, 2019.


message 13: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 9. Mata dan Rahasia di Pulau Gapi, Okky Madsari, 2018, PT Gramedia.

https://www.goodreads.com/review/show...


message 14: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 10. Kumpulan Puisi: Siang tak Pernah Mungkir dan Kau akan Dewasa, Baha Zain, DBP, 2015

https://www.goodreads.com/book/show/2...


message 15: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 11. Check In Check Out Kembara HKL, Abdul Muiez Ruslee, Buku Puris 2017.


message 16: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 12. Teroris Bahasa, edisi kemaskini. Saharil Hasrin Sanin, Studia Anai-anai, 2020.

https://laylahaq.blogspot.com/2020/04...


message 17: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 13. Men Are Trash - Salman Faris. Studio Anai-anai, 2019


message 18: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 14. Debaran Semusim di Cotabato, Muhaymin Wahab. Studio Anaianai 2020

https://www.goodreads.com/book/show/5...


message 19: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 15. Naif, Mimi Salleh, Dua Penulis, 2020

https://www.goodreads.com/book/show/5...


message 20: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 16. Menggilap Pemidato Hebat, Budiman Mohd Zohdi, Transfromasi Kreatif, 2014.


message 21: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 17. Menjadi Minimalis. Dr. Noor Hayati Yasmin. Dua Penulis. 2020


message 22: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 18. Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini, Marchella FP, 2019, PT Gramedia.

Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini by Marchella FP

My rating: 4 of 5 stars


Buku ini hadir tepat pada waktunya mengeyakan pandangan saya selama ini – bukan kita cari buku, tapi buku yang akan mendatangi kita tepat pada waktunya.

Membaca Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini tulisan Marchella FP (2019, PT Gramedia) begitu memujuk hati.

Ini catatan berbentuk surat pesanan kepada masa depan untuk anak yang akan bergulat dengan dunia. Catatan yang besar walaupun sederhana dituliskan, halaman berwarna-warni dan dihiasi ilustrasi comel.

Pesanan-pesanannya pendek sahaja tetapi cukup penting bagi anak kecil yang bakal tumbuh menerjang ombak dunia, juga kepada sesiapa yang gagal tapi masih perlu meneruskan kehidupan.



View all my reviews


message 23: by Zalila (last edited Jul 12, 2020 04:16AM) (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 19. Perempuan yang Memesan Takdir. W. Sanavero. Mojok, 2018

Perempuan yang Memesan Takdir Perempuan yang Memesan Takdir by W. Sanavero

My rating: 4 of 5 stars


Jujurnya saya membeli buku ini kerana catatan Pak Emha Ainun Nadjib pada epilog dan blurb buku ini, antaranya – Entitas dan medan juang mereka bukanlah entitas dan medang juang kita – dengan menyatakan sokongan terhadap tulisan W. Sanavero ini.

Ternyata W. Sanavero mempunyai daya pandang, daya juang dan pemikiran tersendiri dalam menggulati dunianya, terutama hal-hal berkaitan wanita dan takdir-takdir yang menimpa mereka – tentang perasaan kepada lelaki, kepada rumah tangga, peranan seluruhnya sebagai perempuan, tentang adat dan budaya dan pelbagai lagi.



View all my reviews


message 24: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 20. Seharum Cempaka di Langit Doha, Penyelenggara Ruhana Md Zaki, Tinta Nasuha, 2019.

14 buah cerpen oleh penulis pelbagai latar belakang. Seputar kehidupan dan permasalahan sejagat. beberapa cerpen memperlihatkan kekuatan penulisnya walaupun bukanlah penulis mapan.


message 25: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 21. Rakyat Stereng Lawan Gawat, Mimi Salleh

Rakyat Stereng Lawan Gawat Rakyat Stereng Lawan Gawat by Mimi Salleh

My rating: 4 of 5 stars


Membaca 30 kisah Mimi dan pemandu-pemandu Grab ini membawa pembaca meneladani pelbagai kisah manusia - suka duka, aneh, bahagia dan tentunya memberi ingatan dan motivasi kepada semua.

Latar belakang Mimi sebagai wartawan memudahkan beliau berbual dan mengorek pelbagai cerita untuk mengisi perjalanannya (dan tentunya meraih sesuatu yang boleh dikongsikan kepada umum).

Saya suka kisah Fuad yang membawa pembaca kepada Kampung Baru - pelancongn budaya yang menarik. Syabas Fuad.

Untuk tempoh penulisan ini, tentunya paling utama Mimi merakam bukan sahaja gaya hidup masyarakat pada latar zamannya (kemudahan e-Hailing), tetapi juga situasi ekonomi yang merakam kegiatan masyarakat dalam meneruskan kehidupan di kota raya ini.



View all my reviews


message 26: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 22. Taman Maknawi, Shamsudin Othman, ITBM


message 27: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 23. Kalau Ada yang Bertanya, Zaini Ujang, 2020, ITBM


message 28: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 24. Projek Lavender. Norsa'adah Ahmad. 2019

https://www.goodreads.com/book/show/3...


message 29: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 25. Projek Lavender 2.

Projek Lavender 2: Kanser, Catatan Hati Tentang Reda (Projek Lavender, #2) Projek Lavender 2: Kanser, Catatan Hati Tentang Reda by Norsa'adah Ahmad

My rating: 4 of 5 stars


Seperti kisah-kisah yang ditulis (diceritakan) dalam Projek Lavender yang pertama, Projek Lavender ini menyambung (menambah) kisah-kisah lain yang tentunya setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri.

"Eh ..." dan saya tidak dapat menahan air mata apabila terbaca kisah kanser yang dialami oleh bapa si penulis, kerana saya teringat dalam buku pertama beliau menulis kisah kanser adiknya.

Kehilangan, ujian dan pengalaman berkaitan kanser tidak semua orang mengalaminya. Pengetahuan dan situasi kanser perlu disebarluaskan kepada umum sebagai panduan dan 'strategi' menangani situasi ini. Ternyata Projek Lavender ini benar-benar membantu saya memahami 'dunia kanser' yang telah banyak meragut nyawa, kegembiraan dan kehidupan normal mereka yang terlibat.

Semoga selepas membaca kisah-kisah ini, kita lebih memahami situasi pesakit dan ahli keluarga mereka, turut memberikan sokongan moral dan material serta menjadikan kita lebih cakna tentang kehidupan dan ujian Tuhan.

Istimewanya buku kedua, turut menyelitkan catatan daripada para sukarelawan dan doktor yang terlibat.

Projek Lavender, boleh dijadikan 'kamus kanser' dan seterusnya menjadi panduan yang mudah difahami oleh masyarakat.




View all my reviews


message 30: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 26. Love Letter for the Future You, Adi K. 2019

Love Letters for the Future You Love Letters for the Future You by Adi K.

My rating: 3 of 5 stars


Himpunan kata-kata manis dan memujuk. Ringkas dan mendalam bagi mereka yang berada dalam situasi yang diperkatakan. Sebuah buku yang sederhana, ringkas tapi mampu mencetuskan senyum dan rasa bahagia.



View all my reviews


message 31: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 27. Kata di Bahu Serigala, Legasi Oakheart, 2017

Kata di Bahu Serigala Kata di Bahu Serigala by Shafiq Said

My rating: 4 of 5 stars


Sesekali terbaca sajak-sajaknya di media sosial, tidak begitu memerhati keupayaan penyajak muda ini. Membaca naskhah ini, akan ditemui beberapa sisi Shafiq Said yang tersembunyi. Bagusnya naskhah ini apabila sajak-sajak dikategorikan mengikut tema (barangkali) atau mengikut nuansa rasa penulisnya. Jadinya, saya dapat membaca beberapa nuansa penyampaian Shafiq yang tersendiri.

Shafiq bercakap tentang segala hal yang melingkungi kehidupannya dari aspek peribadi (cinta, keluarga, pendapat peribadi mengenai sesuatu hal) sehinggalah ke aspek umum (isu semasa).

Penggunaan perkataan yang cermat, tidak berlewah diadun dengan estetika yang sederhana, tidak berlebihan cukup menjadikan Shafiq seorang penyajak yang mempunyai kualiti tersendiri berbanding kebanyakan sajak penulis muda lain yang selalu menenggelamkan pembaca dalam taman perkataan yang sarat bunga-bunga. Pendek kata, sajak-sajak di dalam naskhah ini cukup ekonomis dalam hujah berkias.

Namun, ada beberapa sajak yang kelihatan tidak habis atau saya yang berasa tidak puas membaca atau kurang menanggap maknanya seperti dalam sajaknya, Jernih:

katanya puisi harus jernih
hingga nampak ke dasar
jelas batu dan rumpai

dia membenci puisi kabur
yang ditutup selut dan lumpur
sedang dia tidak tahu
ikan tidak meliuk di air jernih.

Sajak-sajak dalam bahagian Lolong Suara yang kebanyakannya menampakkan sisi teguh tegas dan semangat kental Shafiq yang merupakan bekas penuntus Maktab Tentera Diraja ini. Saya percaya pembacaannya yang bagus memberi pengaruh besar kepada penghasilan sajak-sajaknya dalam naskhah ini.

Akhirnya, saya memasukkan Shafiq Said dalam senarai penulis muda yang saya sukai sajak-sajaknya.



View all my reviews


message 32: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 28. Kopratasa, Abdul Aziz H.M. DBP, 1988

Kopratasa Kopratasa by Abdul Aziz H.M.

My rating: 4 of 5 stars


Ketika membeli buku ini beberapa tahun lalu (:P), sekadar menyelak-nyelak dan membaca sepintas lalu dan saya akui sajak-sajak di dalam naskhah ini terlalu biasa dek kerana gaya bahasanya yang terlalu lelaki - tegas dan terus kepada maksud.

Kemudian, kedewasaan membuatkan saya ingin sekali lagi membaca naskhah ini. Tajuk Kopratasa dan salah sebuah sajaknya, Permata membawa saya kepada kumpulan Kopratasa yang mendendangkan lagu keramat mereka, Permata buat Isteri. Nyata, sajak Permata karangan Abdul Aziz H.M. ini adalah bait-bait yang sama dengan lagu tersebut, tetapi namanya tidak pernah disebut.

Saya suka sajak-sajak berbentuk begini - pendek dan tuntas penggunaan perkataan-perkataannya. Antara yang paling saya suka sajak bertajuk Dari Bukit-bukit Pasir Itu yang antara rangkapnya:

lalu
kuputuskan:
mega
pucuk rumput
dan bulan
disalai kabut
tetapi kenapa aku melihatnya
bayangan bintang
kerdip lampu di jalanan
cemara dan menara telefon
bernyanyi
seolah
mereka
pungut usiaku

Demikian Abdul Aziz H.M menambat hati (saya) dengan puisi-puisinya yang bergulat dengan seribu makna berkias dalam perkataan yang cukup sederhana. Kumpulan 45 buah sajak yang dihasilkannya di antara tahun 1970 hingga 1985 ini tetap segar dibaca sehingga kini.



View all my reviews


message 33: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 29. Arca Impian, Suhaimi Haji MUhammad, DBP, 1997

Arca Impian Arca Impian by Suhaimi Haji Muhammad

My rating: 4 of 5 stars


Selain Zaen Kasturi (sajak-sajak awalnya dulu), Suhaimi Haji Muhammad merupakan penyajak lelaki yang saya sukai walaupun sajak-sajaknya agak sukar ditanggapi oleh fikiran pembaca biasa seperti biasa.

Seperti mendengar alunan muzik yang sedap, begitulah sesekali saya menikmati puisi-puisi awal Suhaimi (al-Fatihah) walaupun terpaksa membaca beberapa kali pada beberapa sajaknya. 42 sajak dalam buku ini dikatakan bersifat surealis dan tentunya ia mengandungi pengalaman paling peribadi buat penulis dalam menyampaikan segala apa yang dimaksudkan.

Walau bagaimanapun, estetika yang dirasai tetap ada walaupun imej-imej yang disampaikan agak asing dalam pengalaman dan pengetahuan saya.



View all my reviews


message 34: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 30. Khalayak Sejagat, Imlan Adabi, DBP, 2006


message 35: by Zalila (last edited Aug 14, 2020 10:25PM) (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 31. Sekepal Tanah, Rahimidin Zahari, DBP 1997

Sekepal Tanah Sekepal Tanah by Rahimidin Zahari

My rating: 4 of 5 stars


Berguru dengan guru yang hebat, sikap yang kental, rajin menelaah bahan bacaan yang bagus, sentiasa mencari peluang menajamkan ilmu penulisan dan tentunya keinginan yang kuat dalam menguasai sajak membuatkan Rahimidin Zahari antara penulis muda (ketika itu) yang berpotensi besar.

Hayatnya yang tidak panjang, dan sekarang hanya mengenang sajak-sajak ya yang cemerlang.

Sekepal Tanah adalah kumpulan sajak Rahimidin Zahari yang memenangi hadiah utama Anugerah Darul Iman pada tahun 1995.

Jika diteliti sajak-sajak yang dihimpunkan dalam kumpulan sajak ini menunjukkan kematangan penulisnya dengan pengucapan tersendiri menggabungkan pengalaman pembacaan sejarah lalu dan kritikan/reaksi terhadap isu semasa masyarakat ketika sajak-sajak ini ditulis.

Al-Fatihah Rahimidin Zahari



View all my reviews


message 36: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 32. Asal Muasal Pelukan, Candra Malik, Mizan Media,. 2016

Asal Muasal Pelukan: Sekumpulan Puisi Asal Muasal Pelukan: Sekumpulan Puisi by Candra Malik

My rating: 4 of 5 stars


Nama Candra Malik begitu asing bagi saya. Buku ini pun saya lupa membelinya tahun bila. Mungkin ketika ke Jakarta tahun 2016 atau ke Jogja hujung tahun 2017.

Membaca blurb, ulasan daripada penyajak hebat Indonesia seperti Sapardi, Hasan Aspahani dan Acep Zamzam memungkinkan Candra Malik ialah seorang penulis sajak yang sudah kukuh tapaknya di Indonesia.

Membaca buku ini menemukan saya dengan hal-hal halus dalam diri berkaitan perasaan yang bercabang ke arah cinta sesama makhluk dan juga cinta kepada Tuhan.

Sajak-sajaknya bersifat komunikatif dan mudah difahami apatah lagi dimengerti. Membaca sajak-sajak dalam buku ini mengembalikan saya kepada perasaan cinta awal remaja, cinta dalam fasa kedewasaan dan akhirnya memupuk rasa cinta kepada kehidupan ini.



View all my reviews


message 37: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 32. Hanya Kata, Marsli N.O, DBP, 1995.


message 38: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 33. Derita Buana, Dharmawijaya, 1992. DBP


message 39: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 34. Peter Rabbit My First Little Library
by Beatrix Potter, 2011


message 40: by Zalila (last edited Aug 15, 2020 10:53PM) (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 35. Dia Bermain Bayang, Rositah Ibrahim, ITBM, 2015

Kumpulan Puisi: Dia Bermain Bayang Kumpulan Puisi: Dia Bermain Bayang by Rositah Ibrahim

My rating: 4 of 5 stars


Siapakah penyajak wanita yang seangkatan dengan Rositah Ibrahim? Itu soalan saya kepada diri sendiri ketika membaca naskhah ini untuk kali pertama dengan bersungguh-sungguh. Sebetulnya naskhah ini ditangani oleh saya pada tahun 2015, dan naskhah ini merupakan antara karya yang disenarai pendek dalam Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH yang kedua.

Cumanya pada ketika itu, walaupun kumpulan sajak ini dibaca berkali-kali untuk tujuan penerbitan, tentulah tidak sama dengan membacanya untuk kenikmatan peribadi.

Rositah Ibrahim, seorang guru, seorang pelukis yang cekap bermain warna di atas kanvas. Kulit bukunya ini juga menggunakan lukisan 'cat minyak' berjudul Nyata karya suaminya, pelukis yang punya nama di Malaysia, A. Shukri Elias.

Berbanding naskhah Bunga di Atas Meja (2013), Dia Bermain Bayang lebih kemas pengucapannya. Naskhah ini melontarkan suara dan fikiran Rositah Ibrahim dalam menanggapi sekecil-kecil peristiwa sehingga kepada isu-isu semasa dunia. Menariknya setiap puisi punya warna dan corak tersendiri. Sajak-sajak yang dimuatkan di dalam naskhah ini membawa pengalaman yang menarik dari kaca mata penulisnya. Tanpa diksi yang meleret-leret, kita diajak berbincang tentang hal-hal yang dituliskan, seperti melihat lukisan yang indah dan penuh warna - walaupun sedikit tidak jelas maksudnya, tetap kita nikmat membacanya.

Antara yang menarik untuk direnung:

...
gelombang waktu akan membawamu
mengenal laut dan geloranya
dan mengemudi bahtera sebaiknya.

gelombang waktu juga akan mengajarmu
untuk mengenal mutiara dalam longgokan tiram
belajarlah daripada penyelam
yang kenal dalamnya lautan.

(Gelombang Waktu)

Kaulukis rumah
di ruangnya ada degup jantung dan rasa
di situ gerak hati dan nadi
mengalir melingkari denting pinggan mangkuk
tumbuhan dan pasu
buku-buku dan patung abdut
jerit si kecil dan lambaian ke sekolah
segalanya berburuan
di celahan detak jam.

Masih kau menafasi cinta
pada lontaran warna
dan gerak rupa
kau perempuan
tak tertewas oleh lelah rumah tangga.

(Perempuan Pelukis).




View all my reviews


message 41: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 36. Erti Kedewasaan, Rahman Shaari, DBP, 1993.

Erti Kedewasaan Erti Kedewasaan by Rahman Shaari

My rating: 4 of 5 stars


Buku ini berada dalam simpanan sudah agak lama. Mungkin sepuluh tahun lalu ketika saya masih pada langkah pertama mengenali sajak. Kertasnya juga sudah berwarna kuning namun sajak-sajak 17 orang penyajak muda yang terkumpul di dalamnya tetap memberi sesuatu untuk saya pelajari. Buku terbitan DBP tahun 1993 ini mengumpulkan sajak-sajak karya 17 penulis muda yang mengikuti Minggu Sastera Remaja DBP tahun 1991.

Membaca kata pengantarnya oleh Dato' Rahman Shaari yang juga merupakan penyelenggara buku ini membuatkan saya sedar bahwa sajak-sajak di dalam buku ini bukan untuk dihakimi tetapi cukup sebagai rangkaian sejarah awal mereka (penulis-penulisnya) yang mula bertapak dalam arena puisi tanah air.

Ada antara penulis yang tersenarai ini melakar nama yang cemerlang sehingga kini seperti Roslan Jomel (oh, saya baru tahu Roslan Jomel bermula/ ada menulis puisi), Uthaya Sankar, Shazmee Rizal Agus Salim. Namun, melihat sajak-sajak di dalam naskhah ini menunjukkan setiap penulis punya gaya tersendiri dan seterusnya bagaimana mereka mengekalkan keberadaan mereka, zaman yang menentukannya.

Saya suka sajak Zailani Mohamad yang saya kira cukup memikat pembacaan saya:

Melihat Sumirah

Kami yang datang
tidaklah berani naik ke rumah awak
kerana ayah awak tiada
tambahan awak seorang ketika itu.

Sudah cukup di bawah sahaja
duduk-duduk di sekitar rumah ini
amat menyenangkan
kerana kelembutan angin sawah
menyapa-nyapa tubuh...
sementara menanti ayah awak balik
saya telah mencuri sebiji belimbing
di tepi pagar rumah awak - maaf!

Setelah puas
akhirnya kami berkeputusan untuk pulang
namun sempat saya catatkan sebuah nota untuk ayah awak
"...kami datang nak tengok anak gadis Pak Lah dan kalau boleh saya ingin membelinya."
Setelah di rumah, kau sering saja kuterbayangkan dan terkenangkan.

Sumirah
aku dah berkenan dengan kau.

Nuansa sajak ini begitu bersahaja tapi penuh dengan nilai zaman dan adab. Mungkin saya terlepas pandang tapi apa khabar Zailani Mohamad sekarang? Masihkah menulis sajak atau sudah tenggelam bersama zaman?



View all my reviews


message 42: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 37. Bunga Pahit. Masuri S.N. Oxford University Press, 1967


message 43: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 38. Cerita Pendek Sekali, Ugo Untoro, Nyala, 2017.

Cerita Pendek Sekali Cerita Pendek Sekali by Ugo Untoro

My rating: 4 of 5 stars


Membaca buku ini perlu dengan pemahaman latar belakang penulisnya dan bersyukur kata pengantar oleh Puthut Ea memperkenalkan saya dengan susuk Ugo Untoro. Penerbitan yang kemas dan sederhana ini disusun dengan cermat - sekitar tahun 2003-3004 Ugo punya tenaga penulisan yang kemuncak dan waktu ini diambil kesempatan oleh penerbit untuk membukukan catatan-catatan pendeknya mengenai sekitar hidupnya ketika itu.

membaca catatan-catatan Ugo menemukan saya kepada beberapa bahagian hidup yang berbeza dari kaca mata Ugo, seorang perupa yang banyak menghasilkan karya berbentuk lukisan dengan stail tersendiri. Jadinya, membaca catatan ini sudah tentu kita bukan sahaja membaca catatannya dalam bentuk tulisan tetapi lebih mengenalinya sebagai karakter yang menumpahkan seluruh visual dalam bentuk tulisan.

Catatan yang pendek, tentang seputar hidup yang sebahagian besarnya menyimpulkan makna dan pemahaman malah penelitian yang panjang.



View all my reviews


message 44: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 39. Amangkurat, Goenawan Mohamad, Kompas Gramedia, 2017

Amangkurat, Amangkurat: Lakon dalam Empat Belas Adegan Amangkurat, Amangkurat: Lakon dalam Empat Belas Adegan by Goenawan Mohamad

My rating: 4 of 5 stars


Buku kedua yang dibaca selepas kumpulan puisinya, Goenawan lebih jelas saya fahami melalui skrip lakon dalam buku ini. Kisah tentang Amangkurat, seorang raja Mataram (mengambil latar abad ke-17) yang tewas sebelum kematiannya. Membaca ini seolah-olah membaca sejarah berulang dalam semua sejarah kenegaraan dunia - tentang kekuasaan, ketamakan, dan pertelingkahan orang-orangnya.

Ringkas. Mungkin lebih nikmat jika dihadam dalam bentuk lakon pentas.



View all my reviews


message 45: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 40. Kampung Pagi, Antologi Puisi, Majlis Teater Negeri Pahang, 2013.

Himpunan puisi-puisi oleh penulis pelbagai latar belakang tentang negeri Pahang


message 46: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 41. Lagu Kenangan, Antologi Puisi Tiga Penyair Sarawak. Mohd Esmawi Haji Husly, Saiee Driss, Chan Khun Neng, DBP, 1986

Antologi sajak-sajak yang memenangi hadiah Peraduan Menulis Sastera Kreatifn ke-VI Anjuran DBP Sarawak.


message 47: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 42. Pohon Duka Tumbuh di Matamu, Khrisna Pabichara, 2014

Pohon Duka Tumbuh di Matamu: Sehimpun Sajak Rindu Pohon Duka Tumbuh di Matamu: Sehimpun Sajak Rindu by Khrisna Pabichara

My rating: 4 of 5 stars


Semasa membaca tajuk naskhah ini, terdetik dalam hati pastinya ini buku puisi cinta rindu yang membosankan, klise dan meleret serta terlalu peribadi sifatnya. Nyata segala tanggapan itu salah sekali.

Sebetulnya ini kali pertama mengenali nama ini dan sajak-sajaknya. Ternyata ia sebuah naskhah yang tidak merugikan masa dan rasa percaya bahawa setiap manusia mempunya rasa tersendiri terhadap sesuatu. Khrisna dengan sedar dan waras menyatakan perasaannya seputar rindu dendam dan kasih tulus kepada yang dituju.

Sajak-sajak yang panjang membawa saya mengembara ke hutan rasa yang misteri tapi penuh magis. Sajak-sajak pendeknya pula tuntas dan bernas.

Terima kasih membawa saya ke satu daerah aneh bernama rindu yang tiba pada setiap orang menjadi rindu yang pelbagai corak dan irama.



View all my reviews


message 48: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 43. Percikan Kumpulan Twitter @gm_gm, Goenawan Mohamad, Gramedia 2011.

Percikan: Kumpulan Twitter @gm_gm Goenawan Mohamad Percikan: Kumpulan Twitter @gm_gm Goenawan Mohamad by Goenawan Mohamad

My rating: 4 of 5 stars


Saya kurang 'in' dengan twitter. Namun beli buku ini kerana mahu menjelajah pemikiran penulis ini tentang perseketirannya dan secara global. Seorang penulis tentunya mempunyai pemikiran tersendiri dan Goenawan menuliskannya dalam bentuk padat dan ringkas. Tidak puas tapi tetap memperoleh idea-idea baharu tentang perjalanan zaman



View all my reviews


message 49: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 44. Nine to Five- Ragam Kerjaya. KTJ, 2020

Himpunan kisah dan ragam dalam kerjaya penulis yang terlibat. Namun saya beri tiga bintang sahaja kerana jangkaan saya meleset. Selain dipenuhi lawak hambar (penuh ragam pikat line), saya juga terpaksa membaca berkali-kali catatan (dan mungkin anekdot) beberapa penulis yang tidak menunjukkan kerjayanya. Hanya sekadar catatan dan bebelan harian.


message 50: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 186 comments 45. TRIAGE, Dr. Noor Hayati Yasmin, Legacy Publishing PLT, 2017

Triage Triage by Noor Hayati Yasmin

My rating: 4 of 5 stars


Himpunan kisah-kisah pendek seputar tugas penulis sebagai doktor yang menyantuni ramai pesakit pelbagai latar belakang dan situasi.

Kisah yang ditulis secara santai tapi penuh dengan ingatan dan pengajaran.



View all my reviews


« previous 1
back to top