Goodreads Malaysia discussion

194 views
Kedai Buku > Ciri kedai buku yang tak best

Comments Showing 1-26 of 26 (26 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Aug 24, 2009 10:20PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Dalam banyak-banyak kedai buku, kedai buku bagaimana yang meresahkan dan menggeramkan kalangan pembaca seperti kita semua? Jom kongsikan pengalaman :)

Kalau saya antara kedai buku yang membuatkan mood membeli jadi hilang, adalah kedai buku yang membalut buku-bukunya (bukan setakat kulit) sampai tak dapat dibaca.


message 2: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Najibah wrote: "Dalam banyak-banyak kedai buku, kedai buku bagaimana yang meresahkan dan menggeramkan kalangan pembaca seperti kita semua? Jom kongsikan pengalaman :)

Kalau saya antara kedai buku yang membuatkan ..."


Samalah! :D




message 3: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments isk, betullah. tak suka yang tak boleh buka buku. setakat baca blurp, hilang daya tarikan!


message 4: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Ada lagi satu, yang di board luar terpampang nama kedai buku dengan gahnya, tapi bila masuk ke dalam sepertiga jual alat tulis, sepertiga lagi jual hadiah. Dari keseluruhan buku separuh pulak buku-buku kerja dari UPSR-STPM. Hu hu... haru.


message 5: by Ulya A.K (new)

Ulya A.K | 263 comments Najibah wrote: "Ada lagi satu, yang di board luar terpampang nama kedai buku dengan gahnya, tapi bila masuk ke dalam sepertiga jual alat tulis, sepertiga lagi jual hadiah. Dari keseluruhan buku separuh pulak buku-..."

haa..sama lah.. tambah pulak dapat kedai buku yg ada maybe 1 rak buku, rak2 yang lain jual majalah dan buku-buku kerja UPSR-STPM.. sedih betul kalau jumpa kedai camtuh..



message 6: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Najibah wrote: "Kalau saya antara kedai buku yang membuatkan mood membeli jadi hilang, adalah kedai buku yang membalut buku-bukunya (bukan setakat kulit) sampai tak dapat dibaca."

Bukan kedai buku di M'sia semua macam tu ke? MPH, Kinokuniya, Borders. Saya faham mengapa mereka buat begitu. Org M'sia ni baca ganas. Kalau nak belek buku tu, sampai terlipat kulitnya. Tapi kalau tak mau org baca pun, sekurang-kurangnya biarkanlah senaskah dua tidak dibalut. Browsing copy. Sebab tu saya suka BookXcess. Semua buku mereka boleh dibelek.

Najibah wrote: Ada lagi satu, yang di board luar terpampang nama kedai buku dengan gahnya, tapi bila masuk ke dalam sepertiga jual alat tulis, sepertiga lagi jual hadiah. Dari keseluruhan buku separuh pulak buku-buku kerja dari UPSR-STPM. Hu hu... haru."

POPULAR, I'm looking at you.


message 7: by Aidura (last edited Aug 25, 2009 08:03PM) (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments kedai buku yg suka sangat membalut buku... banyak, sangatttt banyak. kekadang berbulu mata nak tengok.

saya pernah terkena. dek kerana balutan tak boleh nak buka, maka saya beli jugalah buku tu kerana tajuknya menarik. tapi bila balutan dibuka, hasilnya amat mengecewakan. isi kandungan buku tersebut tidak menepati citarasa. rasa meluatpun ada gak.

terkilan amat dgn sikap penjual buku yg keterlaluan. sepatutnya, mereka sediakan 1@2 buku yg tidak berbalut sbg 'sampling' kpd para pengguna.

kalau tersalah beli buku yg harganya murah takpe lah jugak. kalau yg mahal, haru-biru jadinya. menyesal tak sudahhhh kehkehkeh. :P


message 8: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Sebenarnya, boleh je buka balutan tu. Tak apa. Asalkan security tag yg diselit ke dalam buku tu tidak dikeluarkan. Saya pernah buat kat Kino. Selamba je tapi pada masa yg sama toleh kiri kanan kut kut 'store detective' sedang mengendap hehe. Tapi nak buka 'wrapping' tu bukannya susah. 2 saat siap.


message 9: by Nisah (new)

Nisah Haron | 145 comments Setuju dengan sdr Khairul. Buku-buku di Kino boleh dibuka. Kalau 'detective' dia terjumpa pun, mereka akan shrink wrap semula. Lagipun, mana adil kalau beli buku mahal lepas bayar baru dapat tengok isinya. Itu bersalahan dengan hak pengguna. Asalkan buka dan tak rosakkan buku tu, apa salahnya.


message 10: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Laaaaaa engkome ni... awat la tak pegi service counter deme and mintak buka wrapping tu? I've never encountered a bookstore yet that hasn't slit open the plastic wrap when asked.

And kalau tak nak buku tu, bagi balik la and say thank you but it isn't what I was looking for..! And wei, smile laa when you're saying this :D


message 11: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Ooops, lupa lak nak mention my pet peeves pasal bookstores, also gaya orang di bookstores -

One - rak buku tinggi, stool nak panjat nowhere to be seen. Staff also nowhere to be seen. We are not known to be a rakyat of six-footers.

Two - takde atau tak banyak tempat duduk. Isy.

Three - tempat kids duduk membaca ditawan dek adults (disebabkan oleh pet peeve number two). Yes, I'm talking about those Ikea stools that seem to proliferate kiddy areas these days. Awak nak membaca, go sit on the floor at some obscure corner. Kids are readers too.

Four - adults yg tawan stools untuk panjat rak tinggi (see pet peeve number one). These are adults yg tak berkesempatan nak tawan kiddy stools (see pet peeve number three). Sungguhlah tak sesuai tengok adults crouched so low. Buruk 'norrr.

Five - letak balik la buku yang tak jadi beli tu! Why is there a gardening book in the parenting section?!


message 12: by Ali (new)

Ali (Masali) | 11 comments Kedai buku kadangkala dipanggil Toko Buku, Bookshop, Bookstore, barangkali kita dirikan toko buku maya seperti www.bookstesyen.blogspot.com

Bookstation32, Jalan Ampang, Kuala Lumpur


message 13: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Kataklicik wrote: "Laaaaaa engkome ni... awat la tak pegi service counter deme and mintak buka wrapping tu? I've never encountered a bookstore yet that hasn't slit open the plastic wrap when asked. "

Malas. Customer service jauh sangat dari mana saya berada. Buka sendiri lagi senang. Mudah dan cepat. Dan ada rasa thrill begitu hehe.




message 14: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments kataklicik,

saya pernah request secara terhormat utk buka balutan buku di kaunter salah sebuah kedai buku.

nak tau jurujual tu kata apa?

** Dia hanya akan buka balutan buku kalau saya nak beli buku tu!

tak friendly sungguh deme ni. tak menghormati hak pengguna. arrghhhhh.


message 15: by Juliana Es (last edited Aug 27, 2009 02:11AM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Aidura wrote: "kataklicik,

saya pernah request secara terhormat utk buka balutan buku di kaunter salah sebuah kedai buku.

nak tau jurujual tu kata apa?

** Dia hanya akan buka balutan buku kalau saya nak ..."


Salam.

Saya pun biasa minta buka balutan buku. Kadang-kadang ikut nasib, tengok gaya si pembantu kedai buku juga. Ada yang memang kebetulan saya nak beli, saya mestilah minta buku balutan untuk semak kandungan, kot-kotlah ada kecacatan ke. Kalau dah sah ada cacat, takkanlah kita terpaksa beli juga, kan?

Tapi yang best masa di Borders Berjaya Times Square. Mamat pembantu tu dahlah memang layan sopan. Kemudian bila I komplen buku tu comot kat kulit kertasnya (buku Beatrix Potter yang cenonet tapi mahal - special original reprint edition), dia siap tolong cucikan lagi kulit buku tu dengan cecair khas, dan juga ajar cara-caranya untuk dilakukan sendiri di rumah. Akhirnya buku yang dicuci tu saya tak jadi ambil, ambil title lain. Dia tak kisah pun. Camtulah bagus, bro!



message 16: by Juliana Es (last edited Jun 18, 2010 09:26PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Khairul H. wrote: "Bukan kedai buku di M'sia semua macam tu ke? MPH, Kinokuniya, Borders. Saya faham mengapa mereka buat begitu. Org M'sia ni baca ganas. Kalau nak belek buku tu, sampai terlipat kulitnya. Tapi kalau tak mau org baca pun, sekurang-kurangnya biarkanlah senaskah dua tidak dibalut. Browsing copy. Sebab tu saya suka BookXcess. Semua buku mereka boleh dibelek."

Bercakap tentang buku sampel yang tak berbalut utk dibelek, saya teringat satu kedai buku milik seorang novelis Filipino di Manila. Buku-buku di kedainya untuk setiap satu mesti ada buku sampel yang tak berbalut, makala yang lain semuanya berbalut kemas. Praktis macam inilah yang terpuji. Kita pencinta buku nak belek, belek juga. Tapi bila nak beli, mesti nak yang baru belaka.

Dan tidak semua MPH/Borders/Kinokuniya begitu, Khairul. Tengok branch juga. Ada juga yang sangat mesra pelanggan.

Kalau yang online book stores, saya paling suka Ujana Ilmu dan Kinokuniya. Ujana Ilmu, bagi yang dah biasa (saya anggap semua biasalah ya?), tak payah sebutlah ketelitiannya.

Kinokuniya, siap telefon saya terlebih dahulu untuk memberitahu yang buku yang saya pesan tu kulitnya dah sedikit dented (Stories Rabbits Tell). Dia offer untuk balutkan free, ataupun saya boleh order yang baru, cuma shipping makan masa 2 minggu. Hmm, saya sangat sayang kedai buku macam ini. Sangat memahami kecerewetan pencinta buku.

Alamak Najibah, sorry off-topic pula.


message 17: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
uhhh..topik feveret.!!

Di samping balutan buku tu, saya juga tak suka dengan shop assistant yang hampeh layan customer. Dahla mencari buku lembab nak mampuss, pastu banyak songeh pulak tu.

Ada sekali tu saya nak exchange buku sebab tersalah beli, budak tu siap kata kat saya dengan selambanya, dia ingat aku ni bodoh sgt gamaknya, err kak takde stok la tak boleh tukar. Esoknya, saya pergi, budak lain yang layan saya, saya mengadu kat dia, dia bagitau saya, eh kak, ada aje stok kak. Akak nak tukar ke?

So kalau anda jadi saya apa tanggapan anda pada budak yang mula2 tu?

The second one happened to me at the same shop also. Being an environmentalist hangat2 taik ayam, saya suka mengurangkan penggunaan beg plastik kalau membeli barang. Kalau setakat sebuah buku saya selalunya minta tak mahu plastik bag.

Ada sekali tu, sekor mamat ni dia pegi bagitau aku, oh tak boleh kak, it's a company policy.

Ahh..ape punya company policy kene wajib bagi customer beg plastik...?

Ishh..rasa mcm dia buat kita ni macam budak2 bodoh pulak. Malas la nak buat scene kang terberanak pulak kat situ..hehe


message 18: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Aug 27, 2009 07:39PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Najibah: Ni kedai buku franchise ke? MPH, Borders? Kalau kedai macam tu mmg wajib mereka bagi beg plastik. Bukannya nak memudahkan pelanggan tapi sebagai iklan percuma. Maklumlah, beg tu kan ada nama kedai tu. Jadi bila Najibah jalan-jalan, dgn tidak disedari Najibah menayangkan nama kedai tu pada orang lain. Free publicity! Yay!

Erm, tapi kalau beg plastik kosong takde gambar...tu mmg policy bodoh le kut.

EDIT: Sorry, bukan ditujukan pada Najibah...pada Faizah.



message 19: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Heee, Mr Khairul... salah sasaran reply tu. Yang cerita hal beg plastik tu, the mom with new baby, Faizah :)

Oh, naif pulak saya tentang publisiti tu. Faizah, nanti lain kali boleh beritahu, saya environmentalis yang mahu kurangkan guna plastik, biodegradable tak plastik syarikat awak ni? :D


message 20: by Deviki (new)

Deviki | 182 comments Najibah wrote: "Dalam banyak-banyak kedai buku, kedai buku bagaimana yang meresahkan dan menggeramkan kalangan pembaca seperti kita semua? Jom kongsikan pengalaman :)

Kalau saya antara kedai buku yang membuatkan ..."


yup me too !!


message 21: by Izzati (new)

Izzati Masri | 71 comments kedai buku yang x best??

ade ye???

POPULAR pada saya, memang x best. pergi la travel around Malaysia, it's never POPULAR at all. =p


message 22: by Faa (new)

Faa | 22 comments 1st: jurualnya sombong dan tak mahu membantu. sekadar bekerja di kedai buku untuk menunggu keputusan SPM. atau bersantai di kaunter..
2nd: buku yg sedikit dan tajuk yg sudah ketinggalan zaman
3rd: kedai buku yg advertisekan punyelah banyak interesting titles atau bestseller, tp bila saya pergi, memanjang je out of stock, atau buku x available lagi. sangatlah sakitnye hati saya dan penatnye kaki berjalan ke sana..
4th:buku2nye tidak dibela dan berabuk di rak.. (ada, selalunya di kedai buku murah)
5th: buku yg dlm plastik!!

itulah secara brief ciri2 kedai buku yg saya xsuka..


message 23: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Jul 04, 2010 08:43PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Hmm...sebab saya cikgu, saya tak pernah pulak rasa kedai buku yang macam ni tak ok. Personally, i suka sebab boleh beli buku sendiri dan buku untuk teaching. lagi satu, selain suka buku, I'm addicted to stationeries, sebab tu tak kesah kot...

EDIT: the above post wasn't written by me. That's my wife.


message 24: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jul 04, 2010 08:29PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Khairul H. wrote: "Hmm...sebab saya cikgu, saya tak pernah pulak rasa kedai buku yang macam ni tak ok. Personally, i suka sebab boleh beli buku sendiri dan buku untuk teaching. lagi satu, selain suka buku, I'm addict..."

Khairul, is this really you, commenting? You're not a teacher, are you?


message 25: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Yeah, Khairul, are you really a teacher?


message 26: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Haha, inilah akibatnya bila share komputer dgn bini. No, I think that's my wife. When I log in to Goodreads, I usually don't log out so when I log in the next time, I don't need to sign in again.

That was fine when my wife wasn't active in GR. Now she is. So I either have to log out everytime I leave or I use my own computer which is in another room.


back to top