Goodreads Malaysia discussion

164 views
Makan Buku, Minum Buku... > Cerita Klasik Melayu

Comments Showing 1-12 of 12 (12 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Aug 25, 2009 05:33AM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Saya teringat thread Mr. Khairul dulu, classic books that I hate, hate, hate.... something like that lah. Teringin mengorek perasaan dan pandangan rakan-rakan GR terhadap cerita-cerita klasik Melayu: Hikayat Abdullah, Pelayaran Abdullah, Sejarah Melayu, Hikayat Patani, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Hang Tuah dan lain-lain lagi.

Siapa antara kita yang pernah mengkhatamkan mana-mana buku klasik Melayu (unabridged atau abridged pun boleh), dan apa rasanya semasa membaca dan selepasnya. Ada mimpikan lelaki hulubalang atau dayang-dayang? Atau tiba-tiba rasa nak mengembara cari Langkasuka atau Bukit Seguntang? He he he...


message 2: by Nurul (new)

Nurul (nurulhidayahyahya) | 242 comments Saya pernah baca Hikayat Inderaputra. waktu tu darjah 6 tak silap..ketekunan membaca buku cerita amat tinggi waktu itu..lagipun masa budak2 bukan fikir sgt cerita mengarut atau tak, yang penting baca cerita. Tak dapat ketekunan membaca cerita hikayat seperti waktu itu sekarang. Baca sikit, rasa merepek, hehe.

Memang terbayang-bayang waktu itu, macammana inderaputra boleh kawin dengan ramai puteri. Kebal pulak tu, dah kena cincang lumat-lumat jasad pun boleh hidup balik..khurafat betul, hehe


message 3: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Saya dari muda sampai tua tak pernah berjaya habiskan mana-mana buku klasik Melayu sebenarnya - zaman budak-budak adalah 2-3 naskhah buku-buku klasik ni di rumah macam Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu dan Pelayaran Abdullah ke Kelantan, tapi sekerat saya baca, mesti tutup sebab tak larat. Jadi yang teringat pun sekerat-sekerat juga :)

Hanya sekarang, barulah saya rasa nak bermula semula, sebenarnya dicetuskan oleh buku Dr Rahmat Haroun, Panggil Aku Melaju, yang menyebabkan saya tertanya-tanya asal-usul bangsa Melayu. Saya putuskan tak dapat tidak saya kena menggali dari cerita-cerita dongeng nenek-moyang terlebih dulu. Khabarnya ahli arkeologi pun sebenarnya ada merujuk hikayat lama masa nak mencari tapak carigali.


message 4: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Saya ada beli Hikayat Abdullah tapi sampai sekarang belum dibaca.

Masa sekolah rendah dulu, saya ada ingat baca buku mengenai sejarah hidup Tun Perak tapi ia dalam bahasa Inggeris. Yg tu best.


message 5: by Zalila (new)

Zalila Isa (bayan) | 148 comments Semasa sekolah diwajibkan membaca karya sastera klasik kerana komponen itu ada dalam subjek Kesusasteraan Melayu.

Waktu itu, sangat pedih otak sebab kena baca bahan yang bahasanya lain dari sekarang. Penuh dengan istilah yang sudah tidak digunakan, kena rujuk kamus, dan paling mual setiap ayat dimulai dengan Arakian, maka..., lalu... dan sebagainya.

Belajar dan baca untuk peperiksaan.

Tetapi kini, setelah dewasa dan berkecimpung dalam dunia penulisan, saya kira membaca sastera klasik suatu kelebihan. Asal usul, kepercayaan zaman dahulu, nilai murni, persengketaan dan sebagainya melengkapi setiap kisah.

Suka dengan Hikayat Awang Sulung merah Muda, Hikayah Nakhoda Muda [yang saya baca naskhahnya dalam pertandingan baca naskhah klasik DBP tahun lalu:], Hikayat Malim Dewa, Hikayat Seri Rama, Hikayat Amir Hamzah dan banyak lagi. Sangat Banyak. Begitu juga dengan cerita jenaka seperti Pak Pandir, Lebai Malang, Musang Berjanggut dan lain-lain.

Malahan, saya sanggup membuka satu blog [http://klasik.blogmas.com], untuk memaparkan sastera klasik Melayu kepada umum. Sambutan menggalakkan.

Sastera klasik yang terdiri daripada cerita jenaka, cerita binatang, cerita penglipur lara, sastera pengaruh Hindu, sastera zaman peralihan Hindu-Islam, sastera pengaruh Islam, Sastera berbingkai, sastera panji dan juga sastera sejarah, ketatanegaraan dan undang-undang.

Semua ini sangat bermanfaat untuk generasi muda mengetahui susur galur dan perjalanan bangsanya.


message 6: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments I read Sejarah Melayu untuk STPM (mak aiii, alllll those years ago). Forwards backwards upwards downwards inside out. Loved it. Sampai hari ni saya rasa kitab tu paling dekat di hati kalau bercerita pasal klasik Melayu.

Cerita lain sememangnya abridged versions lah, masa dedulu banyak jugak yang boleh dicari. Laaaa ni, payah. Penceritaan selalunya tak menarik, bahasa terlalu kaku untuk menarik perhatian anak-anak. (Plus my usual lament for illustrations yang tak sesuai).

Tadi ternampak kitab Tuhfat al Nahfis di rak mak mertua. Hmmmm.... sanggupkah saya? Tungggguuu :D


message 7: by Juliana Es (last edited Aug 27, 2009 02:32AM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Khairul H. wrote: "Saya ada beli Hikayat Abdullah tapi sampai sekarang belum dibaca."

Hikayat Abdullah yang PTS terbitkan ke? Ho ho! Itu mesti baca! Memang teramat bagus pengajarannya terutama kepada orang Melayu.

Bayan wrote: "Semasa sekolah diwajibkan membaca karya sastera klasik kerana komponen itu ada dalam subjek Kesusasteraan Melayu.

Saya semasa sekolah dulu pun ambil sastera. Sebelum masuk tingkatan 4 lagi, kesemua teks sastera kakak senior - tak kira genre (kecuali puisi), habis saya baca. Memang ketagih membaca masa tu (sekarang pun ketagih juga). So, bila saya sendiri mempelajari sastera, walaupun buku teksnya dah bertukar, memang tak ada masalah langsung untuk memahami dan mengkajinya, alhamdulillah.

Arwah ayah pun pengumpul buku sastera lama, tapi tak berapa ingat sangat buku apa yang dah dibaca. Balun aje masa tu. Yang paling saya ingat ialah Hikayat Dendan Setia.



Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Saya ada baca buku sastera ibu dan bapa saudara yang lama-lama. Buku tu tajuknya 'Warisan Prosa Klasik'... hehehe.. syok jugak baca wehh..

Tapi BM kertas 1 time spm dulu selalulah dapat markah rendah-rendah juga..hmm..mungkin dah takde bakat kot.. nak buat macam mana kan? heh!


message 9: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
@Faizah, he he he, tak sedar pulak dah menukar status jadi MrsUnboyot :) - Smart play of words

@Rakan-rakan GR, tiba-tiba berasa macam kurang jati diri Melayu pula saya bila semua orang rupanya sudah lama membaca macam-macam cerita Melayu Klasik :D


message 10: by Ros (new)

Ros | 8 comments Saya pernah membaca sebuah Hikayat yang tidak kurang menariknya beberapa tahun yang lalu. Hikayat tersebut digelar Hikayat Marakarma atau juga dikenali Hikayat Si Miskin.

Hikayat ini memaparkan ciri peralihan gaya bahasa dan unsur sastera selepas berakhirnya zaman Hindu kepada Kedatangan Islam ke dalam Tamadun Melayu.


message 11: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Ros Izham, orang history ya, ini mesti lagi pakar tentang manuskrip-manuskrip klasik Melayu :).

Semua manuskrip yang diceritakan kat sini boleh didapati dengan mudah di kedai tak sekarang? Biasanya dari penerbit mana? T. kasih berkongsi info.


message 12: by Ros (new)

Ros | 8 comments Bukan org sejarah. Cuma sangat berminat dengan sejarah dan sastera.

Sedari dulu, kebanyakan Hikayat dan Karya Melayu Klasik banyak diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti. Barangkali rakan-rakan lain ada info yang lebih tepat.


back to top