Goodreads Malaysia discussion

12 views
Arkib (Maraton Membaca 2018) > Syafiq Zamri : Pembaca Kertas Berjilid Berisi (24 Buku)

Comments Showing 1-3 of 3 (3 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by [deleted user] (new)

Anarki - Anarki karya Fairuz Ramli secara kasarnya mengisahkan pengalaman sekumpulan rakyat marhaen yang diketuai bekas pemimpin atasan negara dalam membentuk sebuah gerakan menentang tampuk pemerintahan anarki (tiada dan tidak berasaskan undang undang) yang telah menyebabkan kehancuran negara.

Keseluruhan buku ini menampakkan idea dan pengetahuan penulis akan jenis model kereta juga senjata. Pada awalnya sangkaan terhadap pengunaan bahasa didalam buku ini akan agak kasar kerana kebiasaan buku keluaran Dubook adalah kebanyakannya begitu. Namun, penulis menggunakan majoritinya bahasa yang sopan.

Penulis seolah olah memberi pembaca idea bagaimana sesuatu kerajaan itu boleh digulingkan oleh rakyat dan ternyata perkara itu tidak mustahil. Penulis juga menitikberatkan semangat patriotisme dan juga nilai nilai murni yang lain. Tidak lupa juga kulit buku yang menarik memainkan peranan dalam menarik minat pembaca terhadap karya ini.


message 2: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1549 comments Mod
Tahniah. Selamat bergabung dalam Goodreads.

Teruskan membaca.


message 3: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
insya-Allah akan dimasukkan ke dalam senarai kemas kini terbaru


back to top