Goodreads Malaysia discussion

32 views
Arkib (Maraton Membaca 2018) > Rak Nissa' 2018 (Sasaran 40 buku)

Comments Showing 1-13 of 13 (13 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Nissa' (last edited May 06, 2018 02:52AM) (new)

Nissa' (nissayusof) | 205 comments Mod
Jan - April

1. Never Let Me Go by Kazuo Ishiguro
Never Let Me Go
Saya pernah membaca Nocturnes: Five Stories of Music and Nightfall dan suka hampir semua cerita di dalamnya. Tapi ini adalah novel Ishiguro yang pertama saya baca. Rupanya jauh beza dengan Nocturnes, pace novel ini lebih (banyak) perlahan dan latarnya juga sungguh janggal.

2. Kumpulan Cerpen Kembara Minum Kopi Di Boigeet House by Suratman Markasan
Kumpulan Cerpen Kembara: Minum Kopi Di Boigeet House
Kumpulan cerpen kembara, judul dan cover yang cantik - ini faktor utama saya membeli buku ini sebenarnya. Top 3 cerpen kegemaran saya; Pelarian, Mencari Kamoe San Bertemu Abudora dan Benderanya Tak Naik.

3. Khilaf by Salina Ibrahim
Khilaf
Pemenang HSKU 2016. Novel yang mengangkat tema jihad dan ekstremis. Saya boleh simpulkan sebagai novel dengan tema Islami yang tidak banyak berkhutbah. Recommended.

4. Love & Misadventure by Lang Leav
Love & Misadventure

5. Imagikata by Bahruddin Bekri
Imagikata
Tidak banyak kumpulan cerpen sains fiksyen dalam Bahasa Melayu, usaha yang baik. 3 bintang :)

6. Lullabies by Lang Leav
Lullabies

7. Fizik-lah! by Zamir Mohyedin
Fizik-lah!
Buku ini menulis (menterjemah) tentang topik-topik utama dalam Fizik. Saya suka bab seperti Fizik Nuklear, Mekanik Kuantum, Relativiti - topik-topik berat yang cuba diceritakan dengan mudah. Saya rasa target pembacanya adalah untuk orang seperti saya yang cuma pernah belajar Fizik asas dan mahu mengulang kaji kerana buku ini tidaklah terlalu simple untuk pembaca biasa dan tidak cukup dalam untuk pelajar Fizik.

8. Cerpen2 Bangsa Patani by Isma Ae Mohamad
Cerpen2 Bangsa Patani
Cerpen-cerpen yang ditulis dengan sederhana dan menceritakan kenyataan hidup di sempadan. Watak-watak yang keliru dengan identiti diri dan bangsa.

9. Perempuan Anggerik (Kumpulan Cerpen) by Faisal Tehrani
Perempuan Anggerik


------

Sedang baca:
Artemis
A Strangeness in My Mind
Perang Melawan Mitos
Ibnu Khaldun Riwayat Hidup dan Karyanya



message 2: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
chayok!


message 3: by Nissa' (last edited May 15, 2018 10:45AM) (new)

Nissa' (nissayusof) | 205 comments Mod
Mei

10. Perang Melawan Mitos by JackNaim
Perang Melawan Mitos
Ada 4 keadaan saya membaca buku ini; pertama perkara viral tak logik yang memang sudah tahu tak sahih, kedua perkara yang nampak logik tapi rupanya mitos, ketiga perkara yang saya tak pernah dengar dan tak sangka ada yang percaya, keempat hal yang penulis katakan mitos tapi saya tak yakin kerana ada alasan saintifik yang lain.
Contoh pendedahan yang baik - diet atkins memang berkesan tapi berisiko untuk jangka masa panjang, tiada bukti air alkali (kangen) baik untuk badan kerana setiap organ badan mempunyai pH berbeza-beza, dan pantang-larang untuk bayi dan ibu yang diamalkan orang Melayu yang tidak mempunyai bukti saintifik.

11. Artemis by Andy Weir
Artemis
Kesimpulan dalam satu perkataan - engaging!
Buah tangan terbaharu daripada penulis The Martian. Cerita tentang hari-hari biasa di Artemis, sebuah penempatan (kota kecil) di bulan. Watak utamanya, Jazz Bashara, adalah antara manusia yang hidup dalam kasta terendah. Demi untuk membaiki ekonomi diri, Jazz melakukan penyeludupan (barang-barang dari bumi) dan kemudian terjebak dengan kesalahan-kesalahan yang hampir membuatkan dia dihantar pulang, kerana hukuman untuk kesalahan berat di Artemis adalah dihantar pulang ke negara asal. Saya harap novel ini akan diadaptasi ke filem. Sangat menarik!



------

Sedang baca:
A Strangeness in My Mind
Ibnu Khaldun Riwayat Hidup dan Karyanya



message 4: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Nissa' wrote: "Jan - April

1. Never Let Me Go by Kazuo Ishiguro
Never Let Me Go
Saya pernah membaca Nocturnes: Five Stories of Music and Nightfall dan suka hampir semua cerita di da..."


insya-Allah akan dimasukkan dalam kemas kini terbaru


message 5: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1549 comments Mod
Laju ni...
tahniah


message 6: by Nissa' (last edited Aug 20, 2018 10:45AM) (new)

Nissa' (nissayusof) | 205 comments Mod
Jun - Julai


12. My Journey Into Perak Mining The State History by Azrai Hj. Abdullah
My Journey Into Perak: Mining The State History
Kalau bukan kerana penulis adalah rakan sekolah emak saya, mungkin saya tidak memberi perhatian sangat kepada buku ini pada awalnya.
Buku ini menyingkap perjalanan Perak dari sudut pandang penduduknya sendiri (first person's view) yang terdiri daripada kaum-kaum utama; Melayu (penulis), Cina, India, Orang asli (the forgotten people). Tambahan topik-topik lain seperti penerus warisan silat, wanita yang tidak diberi hak pekerjaan dan peralihan ekonomi. Bacaan yang baik. Jika sebelum ini saya hanya membaca sejarah Perak secara menyeluruh, buku ini membawa saya masuk lebih jauh ke dalam setiap kaum.

13. Kata di Bahu Serigala by Shafiq Said
Kata di Bahu Serigala

14. Dan... Mimpi Sama Berulang Kembali by Yoru Sumino
Dan... Mimpi Sama Berulang Kembali
Sebuah novel ringan terjemahan daripada bahasa Jepun. Sebuah lagi buku penulis ini telah diapdaptasi kepada filem (I want to eat your pankreas). Perjalanan cerita yang sangat mudah, tentang seorang budak sekolah rendah dan kawan-kawannya yang berbeza usia. Cikgu kelas bahasa Jepunnya memberi tugasan untuk mereka mencari "apa itu kebahagiaan?", maka bermulalah perbincangan tentang apa erti bahagia dan hidup dalam bahasa yang mudah. Saya suka buku ini, dan sangat sukakan kejutant di hujungnya.

15. Muhammad Haji Salleh Di Mata Kami by Rahimidin Zahari
Muhammad Haji Salleh Di Mata Kami
Buku ini meneruskan siri Di Mata Kami (sudah ada Pak Samad dan Cikgu Shahnon). Menghimpunkan 26 buah tulisan daripada pelbagai golongan. Tulisan saya juga terselit di dalamnya. Yay!

16. Laut Tak Biru di Seberang Takir by T. Alias Taib
Laut Tak Biru di Seberang Takir

17. Pemburu Kota by T. Alias Taib
Pemburu Kota

18. Kumpulan Puisi Siang Tak Pernah Mungkir dan Kau Akan Dewasa by Baha Zain
Kumpulan Puisi Siang Tak Pernah Mungkir dan Kau Akan Dewasa


message 7: by Nissa' (last edited Sep 03, 2018 03:14AM) (new)

Nissa' (nissayusof) | 205 comments Mod
Ogos


19. Introducing Descartes A Graphic Guide by Dave Robinson
Introducing Descartes: A Graphic Guide

20. A Strangeness in My Mind by Orhan Pamuk
A Strangeness in My Mind
Akhirnya saya berjaya habis membaca buku ini. Pamuk menulisnya dalam masa 6 tahun, saya mengambil masa berbulan-bulan untuk membacanya. Banyak masa saya tinggalkan pembacaan kerana rasa bosan dengan tulisan yang meleret. Novel ini ditulis dari sudut pandang setiap watak, jadi sebenarnya menarik membaca gaya penulisan yang berbeza-beza dalam sebuah buku. Contohnya sudut pandang lelaki lebih banyak monolog, buah fikir, pandangan politik etc., manakala sudut pandang watak perempuan banyak bebelan dan kerisauan.

21. Aku Anjing by Saifullizan Yahaya
Aku Anjing
Saya suka semua cerpen di dalam kumpulan cerpen ini! Hampir semuanya mempunyai sindiran di sebalik cerita yang mudah dan ringan. Di dalamnya ada kisah tentang si anjing, gagak, cencorot dan pelbagai lagi.

22. Kuala Terengganu in 7 Days by Mimi Mashud
Kuala Terengganu in 7 Days

23. Ibnu Khaldun Riwayat Hidup dan Karyanya by Mohammad Abdullah Enan
Ibnu Khaldun Riwayat Hidup dan Karyanya
Buku terbitan ITBM ini adalah terjemahan kepada buku yang diterbitkan dalam bahasa arab pada tahun 1933. Bahagian pertama buku ini menceritakan riwayat hidup Ibnu Khaldun yang penuh dengan konflik politik -bukan kegemaran saya.


message 8: by Nissa' (last edited Oct 11, 2018 01:44AM) (new)

Nissa' (nissayusof) | 205 comments Mod
September


24. Tivi by Shahnon Ahmad
Tivi (terbitan semula 2018)
Terima kasih DBP kerana menerbitkan semula buku ini. Novelet tentang kehidupan keluarga Mat Isa yang berubah terus sejak anak gadisnya yang bekerja kilang di bandar (Sungai Petani) membelikan tivi untuk rumah mereka. Terlalu banyak sindiran dalam realiti kehidupan.

25. Prequel Breakfast Blues by Azzam Supardi
Prequel Breakfast Blues

26. Orang Sepi Pergi Ke Gurun

27. Pelukis Jalanan by Teme Abdullah
Pelukis Jalanan

28. 365 by Anwar Fazal
365


message 9: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1549 comments Mod
Oh...baru tahu buku berjudul Tivi ini diterbitkan semula. Terima kasih.


message 10: by Nissa' (new)

Nissa' (nissayusof) | 205 comments Mod
Nor Azzah wrote: "Oh...baru tahu buku berjudul Tivi ini diterbitkan semula. Terima kasih."

Ada satu lagi Kak Azzah, novel Sampah pun dah diterbitkan semula.


message 11: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1549 comments Mod
Ok. Terima kasih Nissa' untuk infonya.


message 12: by Nissa' (last edited Dec 01, 2018 11:53PM) (new)


back to top