Goodreads Malaysia discussion

147 views
Makan Buku, Minum Buku... > Novel permulaan Faisal Tehrani

Comments Showing 1-33 of 33 (33 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Faizah Roslaini (last edited Aug 08, 2009 08:41AM) (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Salam dan selamat sejahtera

Idea ini dicetuskan oleh seorang kawan yang meminta rekomendasi untuk novel permulaan Faisal Tehrani.

Bagi saya untuk merekomendasi adalah sedikit sukar, satu: setiap kita punya selera dan kesukaan yang tersendiri dan kemungkinan berbeza. Dua: Novel-novel FT sendiri mempunyai latar yang pelbagai - ada yang tentang betik, ada yang tentang murtad, jahit menjahit, muzik.. dll.

Namun secara umumnya saya rasa FT punya koleksi novel yang kebanyakkannya untuk remaja.

Kalau ditanya saya novel mana yang saya akan rekomen sebagai permulaan kepada Faisal Tehrani, saya akan pilih 1515. Sebab: 1515 adalah karya yang menyentuh jati diri dan sejarah Melayu. Selepas membacanya, semangat Melayu anda akan lebih membara tanpa perlu menghunus keris ke langit seperti sesetengah pihak. Plotnya juga tidak linear dan mencabar sedikit berbanding novel berbahasa Melayu yang sedia namun tidaklah sukar diikuti sekiranya pembaca memberikan sedikit perhatian. Terdapat juga elemen sentimental dalam penceritaan Adi Fimiyun, which balanced out the whole history thingy going on and added more human touch the the whole novel.

OK. Jadi, novel rekomendasi saya untuk yang mahu mencuba Faisal Tehrani ialah 1515.

Mengambil kira perbezaan citarasa yang saya sebutkan di atas, saya ingin mendengar juga rekomendasi dari peminat-peminat/pembaca FT yang lain. Novel FT yang manakah yang anda akan rekomendasikan untuk pembaca yang mahu mencuba baca FT? Novel yang mana dan mengapakah ia menjadi pilihan anda?

Kongsikan di sini, ya.


message 2: by Ezdwan (new)

Ezdwan (Izone) | 21 comments Novel pertama FT saya adalah Kombat (1511H), sejak dari tu memang saya terpikat dengan tulisan FT. Kebanyakan kerana buah fikiran dia yang provokatif. Lepas tu tak seperti kebanyakkan penulis melayu, kajian dia tentang subjek yang dia tulis amat detail. Ketelitian ini banyak pada penulis barat, supaya hasil tulisan tu realistik dan believable. Itu yang saya menyampah nak baca novel melayu. Tak realistik.

Bagi saya tengok jenis pembaca. Kalau yang minat sejarah macam saya, buku Saasatul Ibaad, adalah permulaan yang baik. Terutamanya orang Johor.

Siapa yang minat falsafah atau perbicaraan tentang aqidah boleh membaca "Tuhan Manusia".

Saya akui sifat penulisan FT agak ringan dan berbentuk remaja tapi saya pasti dia berpendapat adalah mudah untuk membentuk fikiran remaja daripada pemikiran dewasa yang sudah sedia terbentuk.


message 3: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Saya mula kenal FT melalui Advencer Si Peniup Ney. Saya sarankan yang itu jugalah!


message 4: by Ezdwan (new)

Ezdwan (Izone) | 21 comments Advancer Si Peniup Ney tu pun menarik! Macam penulis jaman dulo-dulo tu. Pe pun FT memang superb!!




message 5: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Hmmm...

Bagus thread ni.


message 6: by Saniah (new)

Saniah Mat | 163 comments Nak baca buku FT pula lepas ni.Bagus cadangan Najmuddin.




message 7: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments Saya kenal FT dengan buku Kombat 1511. tetapi saya cadangkan buku Manikam Kalbu untuk permulaan.


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Mudin,

Boleh saya tahu, kenapa ya menyarankan Advencer Si Peniup Ney? Saya juga bermula dengan advencer tapi entah mengapa 1515 pada saya lebih menyengat..


Ahh..Ketupat Cinta Musim Pertama pun OK juga untuk yang gemarkan satira, kan? (ishh..saya tak habis lagi demam Ketupat rupanya!!)


message 9: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Senang saja. Kerana saya belum membaca 1515. :)


message 10: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2817 comments Mod
Kalau untuk remaja yang hu-ha hu-ha, saya akan cadangkan Manikam Kalbu, sebab beberapa orang adik yang telah bermula dengan buku itu, akhirnya melekat dengan karya-karyanya yang lain.

Bagi pembaca yang suka hal-hal sejarah, 1515 tentunya, mungkin sebab itu juga bukunya yang buat saya terhook dengan FT. Kalau sekolah rendah dan remaja peringkat menengah bawah, cerita Sultan Alauddin yang paling sesuai - paling ringkas ceritanya, dan paling pendek.




message 11: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 855 comments Mod
Saya setuju dengan Najmuddin dan juga Najibah. Advencer Peniup Ney lebih mudah untuk dicerna, dan begitu juga dengan Manikam Kalbu. Kedua-duanya ada unsur humor. Lebih ringan daripada 1515. Mungkin kalau dah agak biasa dengan karya FT, maka 1515 bolehlah dicuba. Pada pendapat saya, bolehlah dikatakan Advencer Peniup Ney dan Manikam Kalbu tu untuk beginner level, manakala 1515, 1511 Kombat pula adalah mid-range.


message 12: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2817 comments Mod
Alang-alang menyentuh tentang karya FT, ada sesiapa tengah mengikuti novel bersiri Ketupat Cinta Musim 2 di Harakah?


message 13: by Peesha (new)

Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Off topic sedikit ...

FT ada x koleksi cerpen2 nya? Setakat yg saya tahu KEKASIH SAM BO PO ...

Kalau nak perkenalkan karya2 FT, cerpen dia juga boleh dibuat sebagai dessert untuk org yg baru nak kenal2 dgn dia ...

Saya terpikat dgn FT lewat cerpen2nya di Dewan Siswa dulu ... seperti Malam Ini Philadelphia Menangis, Kerana Manisnya Epal dan 2-3 karyanya lagi ...


message 14: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2817 comments Mod
Peesha, ada satu lagi kumpulan cerpennya - Perempuan Anggerik :) - buku yang manis sekali, tetapi sayang tak diulang cetak...

Perempuan anggerik kumpulan cerpen by Faisal Tehrani


message 15: by Nurul (new)

Nurul (NurulHidayahYahya) | 236 comments Kalau Faisal Tehrani, saya sebenarnya lebih suka baca artikel dia dari novel-novel dia. Saya mula mengikuti tulisan Ft waktu zaman dia belajar dulu, artikel-artikel dalam dewan masyarakat, kemudian beliau "membebel" dalam kolum Majalah fokus SPM. Kecuali Manikam Kalbu, Advencer Si Peniup Ney dan Kombat..yang lain tak begitu rasa sgt kepuasan membacanya. Bagi saya kelebihan FT ialah pada Ideanya..mungkin boleh berikan dia Manikam Kalbu?


message 16: by Nazziman (new)

Nazziman (nazzimanmustapha) | 1 comments FT sndiri prnah ckp dlm interview dgn MHI yg kalau beginner nk baca novel2 die, mulakan dgn novel Tunggu Teduh Dulu sebab bahasa yg digunakan ringan dan mudah difahami. klu anda dah memang peminat novel, saranan saya untuk anda smua membaca 1511H Kombat dan 1515. Ini antara novel terbaik FT.


message 17: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments Saya pun mula mengenali FT selepas membaca 1515. Membacanya menyuburkan minat membaca saya kepada buku-buku lain. Setelah itu, saya mula mencari buku-buku FT yang lain. Kini, sudah memiliki beberapa novel FT untuk dijadikan koleksi. Bagi orang dewasa yang belum mengenal FT, mungkin juga boleh mencuba Ketupat Cinta: Musim Pertama. Hehe.


message 18: by iramahati (last edited Mar 27, 2011 08:32AM) (new)

iramahati melody | 75 comments Buku FT yang pertama saya beli adalah Perempuan politikus Melayu , tahun 2000 semasa saya Tingkatan 4. Sumpah saya tak boleh nak habiskan pembacaan walau 1 bab pun. Tapi bila saya umur 20-an tahun dan baca balik (sebab sentimental value, buku pertama FT yang dimiliki,dan beli daripada penulis sendiri pulak tu) alhamdulillah baru boleh hadam.

Buku paling 'mesra pembaca baru' (is there such term?) bagi saya setakat ini (saya kata setakat ini sebab masih ada yang saya belum baca), mungkin Tunggu Teduh Dulu.

Buku saya paling suka setakat ini 1511H KOMBAT dan Bila Tuhan Berbicara.

Karya pertama FT yang saya baca, cerpen Malam Ini Philadelphia Menangis.


message 19: by Aina Dayana (last edited Mar 28, 2011 07:22AM) (new)

Aina Dayana Hilmi | 739 comments Karya FT pertama saya baca ialah 1515. Terjumpa secara tidak sengaja di MPH Mahkota Parade. Waktu itu saya baru nak berjinak-jinak dengan baca buku (sebelum itu baca juga tapi buku sekolah sahaja :) :)) Kemudian saya cari buku-buku seterusnya. Sehinggakan sanggup beli Tunggu Teduh Dulu yang berharga hampir RM50 (masa tu belajar lagi...duit pun cukup-cukup sahaja)


message 20: by Hilmi (new)

Hilmi Isa (HilmiIsa) | 63 comments Memang menarik topik ini. Saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada kawan-kawan di sini yang mencadangkan buku Faizal Tehrani yang mana satu patut dibaca dahulu. Saya berminat untuk membaca karya beliau apabila saya dapati banyak kawan-kawan di GRMY yang memberikan komen yang sangat baik kepada karya penulis tersebut.
Hari Sabtu lepas,saya berkunjung ke PWTC untuk menghadiri sebuah pameran kerjaya yang diadakan di sana. Di sebuah kedai buku yang terdapat di sana (saya terlupa nama kedainya) terdapat beberapa buah buku Faizal Tehrani yang dijual seperti 1511H Kombat,1515 dan Tuhan Manusia. Namun,atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,saya tidak dapat membelinya. :(


message 21: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments Xara_fatima wrote: "Saya kenal FT dengan buku Kombat 1511. tetapi saya cadangkan buku Manikam Kalbu untuk permulaan. "

sama.


message 22: by iramahati (new)

iramahati melody | 75 comments Saya sedang cari Tuhan Manusia.


message 23: by Aisyahnas (new)

Aisyahnas | 5 comments Saya mula kenal FT sejak baca karya "Tunggu Teduh Dulu" dalam ruangan Utusan Malaysia. Sejak itu, saya memang sentiasa cari buku-buku FT, sampaikan kawan saya kata kalau dia nampak buku FT mesti akan teringat saya. Buku FT pertama saya beli "Advencer Si Peniup Ney". Tapi novel yang paling saya suka setakat ini ialah "Manikam Kalbu". Novel "1515" dan "Kombat 1511H" sudah ada dalam simpanan tapi belum ada kesempatan untuk membacanya.


message 24: by Kast (new)

Kast (kastatelier) | 34 comments Novel 1515 merupakan novel pertama dan terbaik sekali yang pernah saya baca selepas spm rasanya .Oleh kerana novel itu sangat ilmiah bentuknya dengan penggunaan notakaki untuk menafsirkan perkataan menyebabkan saya tertipu dengan realiti kewujudan adi fimiyun mahupun nyemah Mulya .Adakah ianya benar benar wujud atau dongengan berlaka. Penceritaan yang benar benar hebat dan menarik menyebabkan saya tertarik sama merasai kehebatan perang Melaka mahupun gelora badai angin Selat MElaka yang dingin disubuh hari .


message 25: by lara_nur (new)

lara_nur | 7 comments Perempuan Politikus Melayu novel pertama FT lara baca. Terbaik dalam kelasnya yang tersendiri. Fiksi politik kotor yang diolah dari sudut pandang seorang perempuan simpanan ahli politik juga kalau betul. Lama sangat masa tu tingkatan 3 lara baca milik seorang rakan. Dengar katanya novel tu ditolak ramai penerbit,mereka enggan menerbitkan novel tu sebab kontroversi jalan ceritanya.Tapi tabik pada FT sebab tak banyak penulis tempatan yang berani bawa tema berat sebegitu. Kalau tak silap lara itu juga antara novel pertama dia dikarang ketika umurnya 17,18 tahun. Jadi kita boleh lihat betapa advance nya pemikiran dan idea FT yang melangkaui zamannya pada ketika tu.


message 26: by Kast (new)

Kast (kastatelier) | 34 comments Amang wrote: "Kast wrote: "Novel 1515 merupakan novel pertama dan terbaik sekali yang pernah saya baca ..."

susahkah mencari novel 1515 ini? saya tertarik sekali..."


x susah , dekat library pun ada .cuma disebabkan novel ini telah lama keluar memungkinkan naskah tidak banyak dilihat dipasaran .cuba beli online.


message 27: by Nurul (new)

Nurul (NurulHidayahYahya) | 236 comments Kekuatan FT sebenarnya ialah pada cerpen kerana dia bermula dengan mengarang cerpen. Cuba kumpulan cerpennya dahulu seperti Kekasih Sam Po Bo atau Tiga Kali Seminggu.

Novel terbaik FT, saya pilih Kombat 1515H.


message 28: by Kast (new)

Kast (kastatelier) | 34 comments Nurul wrote: "Kekuatan FT sebenarnya ialah pada cerpen kerana dia bermula dengan mengarang cerpen. Cuba kumpulan cerpennya dahulu seperti Kekasih Sam Po Bo atau Tiga Kali Seminggu.

Novel terbaik FT, saya pilih..."


Tiga kali seminggu semakin ranum ,masak , sgt enak dibaca ..MAnakala Ketupat cinta pula bagi saya sesedap namanya , sedikit menggeletek hati membaca . (tapi ,jika sebelum ini jarang menelaah bahasa arkaik FT , sila baca 1515 dahulu .).


message 29: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
iramahati wrote: "Saya sedang cari Tuhan Manusia."

pesan online di ujanailmu. Kalau takda kad kredit boleh bank in


message 30: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Kast wrote: "Novel 1515 merupakan novel pertama dan terbaik sekali yang pernah saya baca selepas spm rasanya .Oleh kerana novel itu sangat ilmiah bentuknya dengan penggunaan notakaki untuk menafsirkan perkataan..."

1515 menimbulkan rasa 'wah Melayu sungguh hebat dan bermaruah' selepas saya habis membacanya.


message 31: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Amang wrote: "Kast wrote: "Novel 1515 merupakan novel pertama dan terbaik sekali yang pernah saya baca ..."

susahkah mencari novel 1515 ini? saya tertarik sekali..."


Tuan Amang,

Boleh cuba ujanailmu.com.my


message 32: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Nurul wrote: "Kekuatan FT sebenarnya ialah pada cerpen kerana dia bermula dengan mengarang cerpen. Cuba kumpulan cerpennya dahulu seperti Kekasih Sam Po Bo atau Tiga Kali Seminggu.

Novel terbaik FT, saya pilih..."


I beg to differ. I think the novels are better.


message 33: by iramahati (new)

iramahati melody | 75 comments Faizah Roslaini wrote: "iramahati wrote: "Saya sedang cari Tuhan Manusia."

pesan online di ujanailmu. Kalau takda kad kredit boleh bank in"


Tahu. Saya ada id pengguna kat ujanailmu, tapi belum pernah beli apa-apa sebab lupa password m2u... insyaAllah nanti saya usahakan. Terima kasih. :)


back to top