Goodreads Malaysia discussion

82 views
Makan Buku, Minum Buku... > Bila buku yang dibaca tidak best atau boring...

Comments Showing 1-21 of 21 (21 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Zaghol (new)

Zaghol | 30 comments Saya saja nak tahu apa yang tuan tuan & puan-puan akan buat bila sudah terbaca buku yang kurang menarik atau membosankan. Adakah akan diteruskan atau ditinggalkan begitu sahaja. Kalau saya, saya akan habiskan juga, cuma mungkin ambil masa yang lama. Contohnya bila saya baca buku "Terima Kasih si Babi Hutan" karya Lepat, saya tak expect apa apa pun tapi bukunya memang "berat" untuk dihadam. Ada part best & tak best, memang terperah habis otak untuk habiskan. Anda bagaimana pula?


message 2: by Incek (new)

Incek Akim (incek_akim) | 1 comments Saya baca laju-laju, tak perlu nak hadam/fikirkan poin-poin yang penulis cuba sampaikan. Baca sekadar baca. Baca sampai habis, lepas tu simpan dalam rak; letak kat tempat paling jauh/payah nak capai semula. Sebab tak rasa akan ulang-baca buku tu. Hihi


message 3: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2428 comments Mod
Buku kreatif, tinggalkan saja kalau sudah hilang daya tarikan atau terus ke halaman2 terakhir. Tetapi buku yg penting utk pembangunan jiwa dan intelek, kena banyakkan sabar.


Syed Shahrom Wafa (syedshahromwafa) | 3 comments Zaghol wrote: "Saya saja nak tahu apa yang tuan tuan & puan-puan akan buat bila sudah terbaca buku yang kurang menarik atau membosankan. Adakah akan diteruskan atau ditinggalkan begitu sahaja. Kalau saya, saya ak..."

Saya setuju dengan saudara. Buku Lepat itu memang berat. Ambil masa yang lama juga untuk saya habiskan.


message 5: by Azbaqiyah (new)

Azbaqiyah | 1 comments Kadang-kadang saya skip terus ke muka surat terakhir. Bila dah 'tamat' baca perasaan bersalah datang...hati pun berbisik...nanti saya akan baca dan cuba menghayati semula.

Andai saya strugglekan diri untuk membaca....mahu sampai tiga bulan nak selesaikan...


message 6: by Izis (new)

Izis | 18 comments Kalo sy pon mmg akan bace jugak tp either lambat nak abes or sy bace cepat2..tp ade gak sy penah skip satu buku.. 😓


message 7: by Haira (new)

Haira | 90 comments Saya akan teruskan, perlahan-lahan, sampai habis. Sebab pada saya, membaca adalah tanda penghargaan dan penghormatan kepada penulis yang sudah berusaha menyiapkan buku itu dan saya pun sudah keluarkan duit membeli. Masa kita pula memang mahal, kalau rasa tak boleh pergi letak saja dulu, ada kesempatan lain buka semula.

Baru-baru ini, saya selesaikan satu buku bukan fiksyen yang ambil masa sembilan bulan. Macam orang mengandung sampai masa bersalin. Hahaha!

Ada banyak juga buku fiksyen yang saya sudah bertahun terhenti baca, belum sambung. Mungkin kena baca dari awal semula nanti. Sesetengahnya isi bagus tapi saya baca masa umur belum cukup matang, jadi tak faham. Insya-Allah semoga ada kesempatan untuk teruskan.


message 8: by Mardhiah (new)

Mardhiah (marabu) | 2 comments Akan usaha habiskan. Cuma ambil masa. (Selalunya awal boring, tiba-tiba di akhirnya akan dapat juga 'something')


message 9: by Aidil (new)

Aidil (aidilshahidah) | 9 comments Saya lepas 100pages+ (kurang dari 200pages) tapi buku still tak menarik, saya akan skip ke chapter terakhir atau 2 last chapters. Kalau ending nampak menarik, saya akan tabahkan diri untuk smabung baca sebab nak tau plot2 di tengah2 buku. Kadang2 ada plot2 best cuma dia lambat.


message 10: by Zaghol (new)

Zaghol | 30 comments Nazmi wrote: "Buku kreatif, tinggalkan saja kalau sudah hilang daya tarikan atau terus ke halaman2 terakhir. Tetapi buku yg penting utk pembangunan jiwa dan intelek, kena banyakkan sabar."

betul, buku2 motivasi ni memang kadang2 mcm slow sikit tapi banyak manfaatnya.


message 11: by fizzrosie_ (new)

fizzrosie_ | 6 comments bagi saya kalau buku motivasi tu saya paksakan diri juga untuk habiskan tapi memang akan ambil masa yg lama la , dan kena waktu yang betul betul free dan jiwa yang tenang ( hahah over betul ) , tapi kalau novel novel cintan cintun ni memang terus tinggal hehe lepastu bila rasa bersalah ataupun tiba tiba teringin balik nak baca , mula la akan skip part part yg bosan tu, takpela janji adala usaha dan takdela rasa satu pembaziran sangat hehe


message 12: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1544 comments Mod
Saya baca aje perlahan-lahan. Tandakan dengan penanda buku. Bila-bila rasa nak baca, sambung baca. Ada yang tamat setelah bertahun-tahun. Ada yang setelah ditinggal lama baru ada tarikan membacanya.


message 13: by Zaghol (new)

Zaghol | 30 comments Mesti semua ada beratuih buku kat rumah ni. Rasa bersalah pulak bila beli tak baca...


message 14: by Nanadhoi (new)

Nanadhoi | 3 comments Akan baca jugak sampai habis (sebab tak nak membazir HAHHA), biar la lambat mana pun.


message 15: by Zaghol (new)

Zaghol | 30 comments ....sampai berdebu.


message 16: by sn_fiq (new)

sn_fiq | 15 comments kalau buku percuma di Google Books, tak best, saya tinggalkan je. Kalau dah beli, simpan dulu, kalau dah takde buku lain nak baca, terbuka hati nak baca balik, baru sambung balik.


message 17: by Clerk Can (new)

Clerk Can | 146 comments Saya akan baca sampai habis juga sebab taknak membazir macam Nanadhoi. Ya, saya memang suka menyeksa diri sendiri. Tapi baca laju-laju dan kadang-kadang skip-skip perenggan. Dan kalau mengarut sangat, saya akan campak buku tu ke dinding dan saya akan kutip semula dan baca lagi dengan harapan selepas buku itu dicampak, kandungannya akan bertambah baik.

Memang seksa membaca buku yang tidak best.


message 18: by Zulhirosue (new)

Zulhirosue | 2 comments Ada buku yang kadang-kadang jalan ceritanya dah boleh diagak atau cliche boleh jadi penyebab jadi boring.. dan ada sesetangah genre yang berat memang susah nak habiskan... ada satu buku yang saya cuba juga baca tapi tak boleh nak 'pegi' jugak... buku 'Melayu Hilang Di Dunia' oleh Khalid Salleh.. membaca buku ini imiginasi dan pemahaman kena selari.. saya sampai pening nak hadam.. last2 diam terperosok di bahagian koleksi buku2 tak habis dibaca di alamari hahaha

dalam kebanyakkan buku2 yang tak seronok dibaca saya tak habiskan.. saya akan habiskan bila dah betul2 takda buku nak dibaca...


message 19: by Saif (new)

Saif Ibn Mohd | 94 comments umrah backpacker


message 20: by Z (new)

Z Zul (zher) | 1 comments Boleh berhenti baca dan terus sedekahkan kat orang/tempat lain. Selagi ada dalam rak selagi tu rasa perlu dibaca dan dihabiskan..


message 21: by Zaghol (new)

Zaghol | 30 comments Z wrote: "Boleh berhenti baca dan terus sedekahkan kat orang/tempat lain. Selagi ada dalam rak selagi tu rasa perlu dibaca dan dihabiskan.."

betul, ada beberapa buku yang memang saya tak minat masih ada dirak membuatkan saya rasa bersalah, memang kena jual atau pun sedekah kat orang.


back to top