Goodreads Malaysia discussion

210 views
Salam Perkenalan & Pengumuman > Sayembara Resensi/Ulas Buku 2014

Comments Showing 1-50 of 91 (91 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Dec 30, 2014 05:00PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod



Agak lama GRMY sunyi-senyap. Tak ada hal baru yang mengujakan dan lain dari selalu.

Untuk memeriahkan suasana tahun ini GRMY mengadakan Sayembara Resensi Buku.

Hadiah macam biasa, siapa ingin menaja, dialu-alukan.

--------------------------------------
Para Penaja Tegar
-------------------------------------
1. Dr. Shah Ibrahim - Beberapa naskhah komik dari syarikat penerbitan komik beliau http://mrflowermanstudio.com

2. Puan Nor Azzah dari USIM: Tempat pertama, 3 buah buku terbitan USIM; tempat kedua, 2 buah; tempat ketiga, 1 buah.

3. Kedai Buku Online Corak.my (http://corak.my): Tempat pertama: Baucar buku RM150 untuk membeli buku di Corak.my. Tempat kedua & ketiga: akan ditentukan.

4. Natasha: buku meja tamu (coffee table book) atau sekotak buku novel genre remaja.

5. Najibah: Wang tunai (RMXXX.XX) dan sebuah buku Kapsul Nurani (untuk pemenang pertama sahaja) dan 1 Kapsul Nurani untuk pemenang kedua dan ketiga.

---------------------------------------
Syarat Sayembara
----------------------------------------
1. Ahli GRMY (dan semestinya ahli Goodreads)
2. Apa-apa sahaja buku.
3. Resensi/ulasan ditulis pada tahun ini (sistem Goodreads boleh pantau yang ini)
4. Resensi/ulasan dalam bahasa Melayu
5. Letakkan link/pautan ulasan anda di bawah topik ini.
6. Boleh hantar seberapa banyak resensi/ulasan yang telah ditulis.
7. Para pengarang tidak dibenarkan mengulas buku sendiri untuk sayembara ini.
8. Tarikh tamat 20 Disember 2014.

-----------------------------------
Bagaimana Pemenang Dipilih
-----------------------------------
1. Resensi/ulasannya paling banyak mendapat undi (votes) dari para pembaca Goodreads.
2. Jika seri, akan dipilih resensi/ulasan yang paling terkini ditulis, sebab walaupun baru ditulis ia cepat mendapat undi.
3. Pengulas boleh berkempen kepada ahli-ahli supaya membaca ulasan mereka dan membuat undian.

--------------------------------------
Panduan Menulis Resensi
--------------------------------------
1. Menulis Ulasan Buku Untuk Akhbar, Majalah & Jurnal Ilmiah
2. Blog Bayan: http://psittacula.wordpress.com/2013/...
3. Tanya pendapat pakar (termasuk En. Google?) :)

Bagaimana, Nak Ke Tak Nak?

------------------------------------
Penyertaan
------------------------------------
1. https://www.goodreads.com/review/show... (Gadis Pantai/Pramoedya Ananta Toer)
2. https://www.goodreads.com/review/show... (Padamnya Ada Hikmah)
3. https://www.goodreads.com/review/show... (69 Jam di Neraka Zionis: Pengalaman Berdarah Sukarelawan Negara)
4. https://www.goodreads.com/review/show... (Di Hamparan Shamrock Kuseru Namamu)
5. https://www.goodreads.com/review/show... (Ulu Yam di Liverpool)
6. https://www.goodreads.com/review/show... (Ulu Yam di Liverpool 2)
7. https://www.goodreads.com/review/show... (Cikgu, Anak Saya OK?)
8. https://www.goodreads.com/review/show... (Aku, Dia & Pinky Promise)
9. https://www.goodreads.com/review/show... (Abu Ayub al-Ansari)
10. https://www.goodreads.com/review/show... (Bersyukur Saat Diuji)
11. https://www.goodreads.com/review/show... (Curahan Cinta Niagara)
12. https://www.goodreads.com/review/show... (Mahar Cinta Cinderella)
13. https://www.goodreads.com/review/show... (Bila Tuhan Berbicara)
14. https://www.goodreads.com/review/show... (Anthem)
15. https://www.goodreads.com/review/show... (Cinta Pencuri Mimpi)
16. https://www.goodreads.com/review/show... (Ustaz Azhar Idrus LIVE)
17. https://www.goodreads.com/review/show... (Siapa Aku?)
18. https://www.goodreads.com/review/show... (Kelarai Kehidupan)
19. https://www.goodreads.com/review/show... (The Miraculous Journey of Edward Tulane)
20. https://www.goodreads.com/review/show... (Angguk Geleng: Himpunan Kisah Dakwah Satira)
21. https://www.goodreads.com/review/show... (Sadako and the Thousand Paper Cranes)
22. https://www.goodreads.com/review/show... (Kembara Sastera Nisah Haron)
23. https://www.goodreads.com/review/show... (The Impossible State: Islam, Politics, and Modernity's Moral Predicament)
24. https://www.goodreads.com/review/show... (Tak Kenal Maka Tak Cinta)
25. https://www.goodreads.com/review/show... (Menalar Makna Diri)
26. https://www.goodreads.com/review/show... (Ibu, Kuingin Tahu)
27. https://www.goodreads.com/review/show... (Madame Bokary)
28. https://www.goodreads.com/review/show... (Misi Cikgu Baru)
29. https://www.goodreads.com/review/show... (Payukata)
30. https://www.goodreads.com/review/show... ) Wacana Pemikiran Reformis Jilid II
31. https://www.goodreads.com/review/show... (Trisula Kata Dari Daerah M)
32. https://www.goodreads.com/review/show... (45 Lorekan Sajak)
33. https://www.goodreads.com/review/show... (Unpolished Gem)


message 2: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Terima kasih Pn Moderator. Ahli-ahli kehilangan arah bila tiada yang memegang tali kekangnya.


message 3: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Puan Azzah pun tak kurang kuasa modnya :D


message 4: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Ada pertanyaan dari seorang ahli yang berminat nak ikut sayembara, pautan/link reviu itu bagaimana rupanya.

Di sini saya buat satu link, sekadar contoh bukan untuk pertandingan:

Biblioholisme: Menelusuri Pesona Dunia Buku dan Pencintanya

Reviu: https://www.goodreads.com/review/show...

Bila kita klik atas sesuatu judul buku dalam Goodreads, kita akan jumpa 'page' di mana kita tulis reviu. Ada satu tab bertulis 'My Review'. Klik atas tab tu, akan sampai pada 'page' reviu kita. 'Copy' dan 'Paste' URL page itu pada topik Sayembara Reviu Buku 2014.

Kalau ada apa2 pertanyaan lain, boleh tanya.


message 5: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited May 04, 2014 07:50PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Alhamdulillah kita ada penaja baru iaitu Dr Shah Ibrahim dari MrFlowermanStudio.

Beliau akan menaja beberapa naskhah komik terbitan syarikat beliau sebagai hadiah.

Nikmatilah kepakaran beliau melukis komik di sini: http://mrflowermanstudio.com

Mohon beri sokongan dengan menghantar ulasan ya :)

Mudah2an tajaan makin lebat.


message 6: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited May 05, 2014 12:06AM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Rakan-rakan GRMY,

Sayembara kita sudah bermula. Sesiapa yang sudah memiliki ulasan bolehlah letakkan link/pautan di bawah topik ini.

Kami semua menunggu saat untuk mengundi ulasan anda! :)

PS: Kalau tak pasti bagaimana mahu membuat link/pautan, boleh beritahu saya buku apa yang sudah tuan/puan/rakan-rakan ulas dalam Goodreads tahun ini, saya akan pautkan di sini.


message 7: by Norziati (new)

Norziati | 378 comments Makin rancak!


message 8: by Shahrul (new)

Shahrul AhLami (duniabookku) | 13 comments insyaa allah, saya akan sertai


message 9: by Nik Mohamed (new)

Nik Mohamed  Kamarudin (nikheidzirkb) | 4 comments Berminat..insyallah akan sertai.

Boleh akak Najibah bagi tips dan format yang baik untuk buat review. :)


message 10: by Siti Hamira (new)

Siti Hamira  (meeradumeera) | 4 comments Menarik! Insya-Allah akan turut serta. =)


message 11: by HANIFF (new)

HANIFF YUSOFF | 2 comments Wah,teruja rasanya!

Usaha yang bagus. Ayuh, sama-sama menyertainya!


message 12: by Nor, dari khutubkhanah USIM (last edited Jun 18, 2014 06:47AM) (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Saya mahu daftarkan ini sebagai penyertaan pertama - Reviu buku Gadis Pantai
https://www.goodreads.com/review/show...


message 13: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Penyertaan No. 2 - Padamya Ada Hikmah
https://www.goodreads.com/review/show...


message 14: by Azizah (new)

Azizah | 54 comments Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Puan Moderator.

Penyertaan pertama dari saya - 69 Jam di Neraka Zionis: Pengalaman Berdarah Sukarelawan Negara
https://www.goodreads.com/review/show...


message 15: by Azizah (new)

Azizah | 54 comments Penyertaan No.2 - Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu
https://www.goodreads.com/review/show...


message 16: by Azizah (new)

Azizah | 54 comments Penyertaan No.3 - Ulu Yam Di Liverpool
https://www.goodreads.com/review/show...


message 17: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2415 comments Mod
masih banyak masa, tapi jangan berlengah2


message 18: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
En Nazmi dah tak layak sertai ini. Sebab merupakan pengulas profesional dan pemenang di peringkat kebangsaan.

Najibah, lantik En Nazmi sebagai panel juri.


message 19: by Azizah (last edited Aug 21, 2014 09:34PM) (new)

Azizah | 54 comments Penyertaan No.4 - Ulu Yam di Liverpool 2 (UYDL2)
https://www.goodreads.com/review/show...


message 20: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2415 comments Mod
Nor Azzah wrote: "En Nazmi dah tak layak sertai ini. Sebab merupakan pengulas profesional dan pemenang di peringkat kebangsaan.

Najibah, lantik En Nazmi sebagai panel juri."


hahaha


message 21: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Penyertaan Ketiga - Cikgu, Anak Saya Ok?

https://www.goodreads.com/review/show...


message 22: by Don ツ (new)

Don ツ  (donheart) | 3 comments Tak kisah buku apa kan?

https://www.goodreads.com/book/show/2...

Teruja tengok Kak Chik dah 4 penyertaan.


message 23: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Penyertaan Keempat - Abu Ayub Al-Ansari

https://www.goodreads.com/review/show...


message 24: by Ririn (new)

Ririn Aziz | 7 comments Assalamualaikum,

Teruja juga saya dengan semangat Pn Nor Azzah dan Kak Chik.

Bismillahirrahmanirrahim...

Penyertaan pertama saya : Bersyukur Saat Diuji

https://www.goodreads.com/review/show...


message 25: by Ririn (new)

Ririn Aziz | 7 comments #2 - Curahan Cinta Niagara

https://www.goodreads.com/review/show...


message 26: by Ririn (new)

Ririn Aziz | 7 comments #3 - Mahar Cinta Cinderella

https://www.goodreads.com/review/show...


message 27: by Ririn (new)

Ririn Aziz | 7 comments #4 - Bila Tuhan Berbicara

https://www.goodreads.com/review/show...


message 29: by Ririn (new)


message 30: by Azizah (new)

Azizah | 54 comments Ririn wrote: "Assalamualaikum,

Teruja juga saya dengan semangat Pn Nor Azzah dan Kak Chik.

Bismillahirrahmanirrahim...

Penyertaan pertama saya : Bersyukur Saat Diuji

https://www.goodreads.com/review/show......"


Adik Soleh,
Boleh post banyak-banyak. Ririn sudah 6 penyertaan tu.. :P


message 31: by Ririn (new)

Ririn Aziz | 7 comments Haha...terima kasih ye Kak Chik. Saya teruja dengan Kak Chik la ni. Lagipun semua review tu dah ada, tinggal letakkan link je


message 32: by Azizah (new)

Azizah | 54 comments Ririn wrote: "Haha...terima kasih ye Kak Chik. Saya teruja dengan Kak Chik la ni. Lagipun semua review tu dah ada, tinggal letakkan link je"

Kita patut ucap TERIMA KASIH pada KZ, sebab dia cetus kerajinan kita.

Terima kasih juga pada Puan Najibah yang buka TOPIK ini.. :P


message 33: by Azizah (new)

Azizah | 54 comments Penyertaan No.5 - Ustaz Azhar Idrus LIVE
https://www.goodreads.com/review/show...


message 34: by Aina (new)

Aina Dayana | 960 comments Nor Azzah wrote: "En Nazmi dah tak layak sertai ini. Sebab merupakan pengulas profesional dan pemenang di peringkat kebangsaan.

Najibah, lantik En Nazmi sebagai panel juri."


Tahniah En Nazmi kerana memenangi Peraduan Ulas Buku ITBM di Facebook/Blog bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014! Tempat pertama lagi :)


message 35: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2415 comments Mod
Aina Dayana wrote: "Nor Azzah wrote: "En Nazmi dah tak layak sertai ini. Sebab merupakan pengulas profesional dan pemenang di peringkat kebangsaan.

Najibah, lantik En Nazmi sebagai panel juri."

Tahniah En Nazmi kera..."


terima kasih aina dayana .. tahun depan kita masuk ramai2 :)


message 36: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Kak Azzah, boleh juga tu kalau Nazmi sudi nak jadi hakim :D


message 37: by Hanom (last edited Sep 20, 2014 02:24AM) (new)

Hanom Taib (hanomtaib) | 96 comments Assalamualaikum

Puan Moderator

Sekadar mencuba...

Review 1 : Siapa Aku?
Siapa Aku? by Jebart

https://www.goodreads.com/review/show...


message 38: by Hanom (last edited Sep 20, 2014 02:25AM) (new)


message 42: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Semakin banyak penyertaan


message 43: by Haikal (new)

Haikal Fansuri | 1 comments Bila tarikh tutup?


message 44: by Aina (new)

Aina Dayana | 960 comments Haikal wrote: "Bila tarikh tutup?"

20 Disember 2014, saudara Haikal


message 45: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Tak sangka penyertaan dah sampai 21. Teruskan lagi jangan berhenti :)

Nanti saya cuba naikkan poster di GRMY FB juga supaya lagi meriah - dan sebagai galakan untuk mengundi.

Kalau ada penyertaan tertinggal dalam senarai utama di atas, minta tolong sampaikan pada saya ya. Nanti saya kemas kini.


message 46: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Bagus sekali.


message 47: by Fara (new)

Fara (faradee) | 11 comments Assalamuaikum Puan Mod dan rakan-rakan :) Terima kasih atas jemputan sayembara ini.

Saya mahu ikut serta. Ini pautan untuk ke ulasan pertama:

Kembara Sastera - Nisah Haron


message 48: by Natasha (new)

Natasha (mamahaikal) | 78 comments Lemah sungguh saya hendak menulis dalam Bahasa Melayu yg berkualiti..( maklumla SPM pn dpt A2) maka saya angkat tangan awal2 dan menawarkan diri utk menaja coffee table book terbitan kementerian tempat saya bekerja atau pun sekotak buku novel genre remaja yang saya kira2 hendak sedekah dari dulu sebagai hadiah...bolehkah puan moderator?


message 49: by Aina (new)

Aina Dayana | 960 comments Natasha wrote: "Lemah sungguh saya hendak menulis dalam Bahasa Melayu yg berkualiti..( maklumla SPM pn dpt A2) maka saya angkat tangan awal2 dan menawarkan diri utk menaja coffee table book terbitan kementerian te..."

Menarik sekali! :)


message 50: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Natasha, pencandu buku tentu tak dapat menolak punya, jadi saya sebagai mod kena bersetuju


« previous 1
back to top