Goodreads Malaysia discussion

27 views
Arkib > Jualan Buku Yayasan Pembangunan Buku Negara

Comments Showing 1-3 of 3 (3 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Tadi saya terserempak dengan jualan buku super murah Yayasan Pembangunan Buku Negara, di belakang bangunan MBPJ. Akan berlangsung sehingga 20 Jun, dan jika dapat kebenaran MBPJ, akan terus disambung sehingga buku-buku itu habis.

Ada yang semurah beli-8-buah-hanya-RM5. Saya beli tiga buah buku yang agak bermutu, hanya RM8 sahaja. Banyak juga buku yang pernah memenangi anugerah kesusasteraan, pilihan buku kanak-kanak juga banyak, tidak ketinggalan buku-buku hardcover.

Selamat merobekkan poket - borong habis-habisan!


message 2: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Buku jenis apa, Najibah? BM? English? Fiksyen? Non-fiction?


message 3: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited May 29, 2009 03:01PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Ya, terlupa mahu jelaskan tentang jenis buku: setakat yang saya sempat lihat, semua kategori yang Kataklicik sebutkan memang ada.

3 buku yang saya beli:

Reading Groups
Myself and Marco Polo A Novel of Changes
Songs to an African Sunset A Zimbabwean Story

Saya sempat lihat The Shipping News dan banyak buku lain yang pernah memenangi anugerah sastera - rata-rata bawah RM5 sebuah. Kalau buku Melayu ada terpandang buku Arena Wati. Cuma sesetengah bukunya memang sudah agak lama dan secara fizikal ada yang sudah rosak-rosak sedikit - kena pilih-pilih.

Tak ada aral, saya memang akan ke sana lagi nanti, kelmarin hanya singgah sebentar saja sambil selesaikan urusan lain di sekitar MBPJ. Sekarang tidur tak berapa lena terbayang-bayang rak buku lain yang belum habis dijajat.


back to top