Malaysian Reads (non-book) discussion

130 views
Majalah > Pilihan hati

Comments Showing 1-29 of 29 (29 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by annahs (new)

annahs | 9 comments Mod
Assalammualaikum, salam sejahtera..

Disebabkan sangat berminat dengan bacaan berbentuk majalah disebabkan ringan dan agak nipis berbanding buku, banyak yang saya langgan semata - mata tidak mahu ketinggalan isinya.

Majalah pilihan hati :
1. Millenia Muslim (gambar profil di atas)
2. Personal Money (sudah hujung langganan, mungkin akan dipanjangkan selepas ini)
3. Libur
4. Rapi (Pun dihujung langganan)
5. Readers Digest (baru habis langgan)
6. Anis (disambung langganan oleh kakak-tak mampu arr.. Hehehe)

Itu dahulu setakat ini. Banyaknya juga dihantar terus ke pintu rumah di kampung. Bukannya apa, sudah tiada ruang di rumah sewa di sini. Hehehehe.

Anda pula?


message 2: by Najmuddin (new)

Najmuddin (mudin001) | 1 comments Saya tidak melanggan, tapi saya membaca Millenia Muslim dan Forward secara tetap.

Kadang-kadang saya baca juga Majalah I dan Off The Edge.

Apa lagi ya? Kena periksa kat rumah. :)


message 3: by Najibah (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) Annahs,

Saya peminat setia majalah-majalah DBP, walaupun ada teman-teman mengatakan majalah mereka skema dan sangat sukar didapati. Langka itu tidak, tapi pemasaran terlalu buruk!


message 4: by annahs (last edited May 06, 2009 06:20PM) (new)

annahs | 9 comments Mod
Assalammualaikum...

A'ah! Terlupa pula majalah DBP. Memang pengeluaran sedikit & promosi yang sangat teruk.

Huh! Mertabatkan bahasa pun susah juga yea... :(


message 5: by W (new)

W Nor Haslina (wnorhaslina) | 2 comments Salam
Saya peminat Anis dan Womens Weekly


message 6: by annahs (new)

annahs | 9 comments Mod
Assalammualaikum...

Jom...Tambah nasi lagi ni...
:)


message 7: by Syukri (new)

Syukri Sapuan (syuk) | 2 comments
majalah pilihan hati?

saya suka:

1. milinea muslim
2. forward
3. dewan masyarakat
4. dewan kosmik
5. tunas cipta
6. dewan siswa
7. solusi
8. al-islam


ini saja yang mampu difikirkan kala ini. mungkin ada lagi. tidak berlanggan, tapi saya selalunya beli bergantung kepada isu yang dibincangkan..




message 8: by Shah (new)

Shah Abdullah | 1 comments Salam Annahs,

Kalau saya, majalah yang menjadi langganan tetap adalah:

1. Dewan Masyarakat
2. Dewan Kosmik
3. Solusi
4. Dewan Sastera

majalah yang dalam kategori kadang2 pula :
(bergantung kepada isu)

5. Anis
6. Milenia Muslim
7. Tunas cipta


message 9: by Aina (new)

Aina Dayana | 4 comments Menarik topik ni :)

Saya sekarang melanggan dua majalah sahaja iaitu :

1. Solusi
2. Anis

Majalah Anis memang telah dibeli secara tetap sejak 2002 dan mula melanggan mulai 2004 hingga kini. Dulu langgan majalah I tapi sekarang beli sahaja :)

Majalah lain pun masih dibaca / dibeli bergantung kepada isu :

1. Dewan Kosmik
2. Dewan Siswa
3. Asuh
4. Milenia Muslim
5. Aniqah
6. Dewan Masyarakat

Teringat masa kecil dahulu suka baca Bambino, Kuntum dan Young Generations :D


message 10: by Wardatul (last edited Aug 30, 2009 05:16PM) (new)

Wardatul Humaira' | 1 comments Wa'laikumussalam... agak Menarik topik ni..:) Saya jg adlh salah seorang peminat majalah2 islamik dan majalah2 yg byk info yg bermanfaat.dan xlupa juga majalah humor.He..he..:) Antaranya..

Masa kecik2 :-
1. Kawan
2. Anak2 Sidek
3. Usop Sontorian
4. Kuntum
5. Ana Muslim

Masa sekolah Menengah :-
1. Majalah Fokus (SPM)
2. Dewan Siswa
3. Dewan kosmik
4. Ujang :) (utk hilang stress)
5. Asuh
6. Dara.com

Dulu sampai Sekarang :-
1. Muslimah
2. Anis
3. Solusi
4. Milenia Muslim
5. Majalah I
6. Konsep
7. Dewan Masyarakat
8. Majalah PC
9. Mingguan wanita
10. Mastika
11. Hidayah
12.Cermin
13.Sarina

Sya tidak melanggan(xckup budget).Setakat ni,yg wajib saya beli setiap bulan adlah Muslimah,milenia muslim,solusi & Anis.. Majalah2 yg lain2 tu, klu ckup budget baru beli.. klu x, borrow yg kawan jela.. :)

Lagi satu, cam majalah mastika n seangkatan dengannya tu, memang ayah saye xkan mis membelinya pd setiap keluaran..So, sye dh xpyh beli.. Budget skit.. hehe.. :)

Ok..apa2 pun.. banyakkan membaca n mengambil iktibar dari bacaan kita tu.. kita jgn tengok sape yg menulis, TETAPI tengoklah ape yg ditulis / ape yg cube nak disampaikan oleh pengarang tu.. Ap yg baik kite ambik.. dan yg buruk kte jdkan sempadan..

"ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON YANG TIDAK BERBUAH"
Renung2 & fikir2kan lah....
Wallahua'lam..








message 11: by Juliana Es (last edited Jan 15, 2010 11:02PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 3 comments Salam.

Sudah lama saya tak membaca majalah secara tetap, walaupun bekerja di perpustakaan. Dulu suka membaca:

1. Cleo
2. Al Islam
3. Dewan Masyarakat
4. PC Magazine
5. Readers Digest

Kesemua di atas sudah lama saya tinggalkan. Kini cuma membaca:

1. Digital Camera
2. Solusi
3. Milenia Muslim (sesekala berkelapangan)
4. Click!

Online magazine/newsletter boleh kira sekali tak?

1. Digital Photography School
2. Smashing
3. Wired
4. JPG

Teringin membaca secara tetap:

1. Dewan Sastera
2. Tunas Cipta

Selain itu, majalah lain pun akan dibelek juga sesekala, seperti:

1. Popular Photography
2. Popular Science
3. National Geographic


message 12: by Ros (new)

Ros | 2 comments Salam,

Majalah yang menjadi pilihan saya sedari dulu sehingga kini adalah:

1- Malaysian Business
2- August Men's Journal
3- Dewan Masyarakat
4- Men's Health ( Malaysian edition)
5- Dewan Ekonomi


message 13: by Aidura (last edited Oct 14, 2009 11:35PM) (new)

Aidura (sofira) | 2 comments salam.

Dulu saya byk membeli/melanggan majalah secara bulanan:

1. Anjung Seri
2. Laman
3. Nur
4. Rapi
5. Dapur
6. Jelita
7. Nona
8. Rasa
9. Saji
10.Cleo
11.Pa&Ma

Sekarang hanya mengikuti:

1. Digital Camera Magazine (DCM)
2. Click!


message 14: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 3 comments Aidura wrote: "salam.
Sekarang hanya mengikuti:

1. Digital Camera Magazine (DCM)
2. Click!
"


Alamak, saya yang terketinggalan rupanya. Baru nak cadangkan majalah Click! kepada Aidura, rupanya dah ke hadapan dulu :-p


message 15: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 2 comments Bunnybaby, no harm kalau nak cadangkan pun.

Actually, saya dah ikuti majalah Click! sejak 2007 lagi. ;)


message 16: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 3 comments Aidura wrote: "Bunnybaby, no harm kalau nak cadangkan pun.

Actually, saya dah ikuti majalah Click! sejak 2007 lagi. ;)"


Haiya! That makes me super-duper embarrassed :-p, because before I discovered that you've already discovered Click!, I posted a note to you at Shelfari
recommending THIS magazine. DUH!


message 17: by Izzati (new)

Izzati Masri | 2 comments majalah pilihan hati??

stakat ni..
1) solusi
2) PC
3) majalah sekolah sdri =D

disbabkan status pelajar lgi, jdi buku2 akademik je la yg pnuh dlm rak buku..


message 18: by Norain (new)

Norain Dulu di kampung jarang beli majalah. Tak banyak yang bermutu. Dua tahun lepas sambung belajar di Bandar Utama. Majalah yang saya beli sepanjang dua tahun tu adalah:

National Geographic
Solusi
Forward
Dewan Kosmik

Majalah yang saya beli sekali dua sahaja:

Millenia - cara penyampaiannya tak menarik minat saya. Saya lebih sukakan Solusi.
Newsweek - baca berita ekonomi berturut-turut buat saya tak rasa 'manusia'.
Al-Islam - sangat... er...

Sekarang dah ke seberang laut, maka tak dapat la nak beli majalah tu semua. Kalau ada pun National Geographic harga $10+ (+-RM 30). Di Malaysia cuma RM15. Lari bajet.

Tapi bajet tak bajet, pergi Newsagency 'ter'beli juga majalah Astronomy. Pun $10 tapi alasannya "Kat Malaysia tak ada".


message 19: by Ariffah (new)

Ariffah 9 (Ariffah9) | 1 comments Solusi! Beli kalau jumpa di kedai buku (selalu sangat ke kedai buku) dan jika ada duit lebih.


message 20: by Nor (new)

Nor (norazzahmomin) | 7 comments Saya baru perasan ada grup ini.

Yang kami sekeluarga langgan:
1. Dewan Masyarakat.
2. Dewan Ekonomi.
3. Dewan Pelajar.
4. Anis.
5. Asuh.
6. MIDI.
7. Ana Muslim.
8. Sayang Muslim.
9. Celik.
10. Aulad.

Yang selalunya saya beli bila terjumpa:
1. Kawan.
2. Kumtum.
3. Sains Adik.

Kadang-kadang beli:
1. Libur.
2. Solusi.

Lain2 seperti Anjung Seri, Impiana, Milenia Muslim, Readers Digest, Aniqah, saya baca di perpustakaan sebab pejabat saya di sebelah rak2 majalah.


message 21: by Aina (new)

Aina Dayana | 4 comments Wah,kak Azzah..majalah-majalah yang dilanggan tu letak di mana? Saya punya Dewan Siswa+Massa+Milenia+Fokus SPM+Dewan Kosmik+Agama dan Falsafah yang beli dahulukala tak tau nak sumbat mana. Huhu.. :p


message 22: by Nor (new)

Nor (norazzahmomin) | 7 comments Yang mana dah jilid letak di rak buku, yang dah lengkap tapi belum jilid, letak dulu tepi dinding, dah bersusun tinggi kat bilik sembahyang, penjilid yang kami biasa hantar di kajang, dah jadi jauh bila kami pindah di Nilai, masih mencari penjilid baharu.
Keluaran2 terkini letakkan di rak juga, tapi ada tempat letak folder di situ.

Taklah kemas sangat, sebab kat rumah jadi librarian tak berbayar, prioritinya kurang.

Kami langgan banyak sebab nak memenuhi kehendak banyak kepala di rumah.


message 23: by Rozy (new)

Rozy Latip | 1 comments Majalah yang dibaca secara tetap

Solusi
Majalah I
Libur
Anis
Sihat


message 24: by Kast (new)

Kast (kastatelier) | 1 comments majalah selalu baca.
anjung seri .
laman .
dapur .
singapore home & decor .
AM arkitek malaysia .
Blueprint Asia .
Space .
Glam Deco .
Senihias
other design and arts mag .
sometimes depends on the topic expresed in the mag .


message 25: by Aina (new)

Aina Dayana | 4 comments Kast wrote: "majalah selalu baca.
anjung seri .
laman .
dapur .
singapore home & decor .
AM arkitek malaysia .
Blueprint Asia .
Space .
Glam Deco .
Senihias
other design and arts mag .
sometimes depends on the ..."


Wah, anda seorang designer kah? :)


message 26: by Izzati (new)

Izzati Masri | 2 comments saya teringin baca majalah-majalah macam itu - tentang deko-deko cumanya nanti dapat makan hati je la.. status saya menghalang minat sye ^^


message 27: by Nurul Adila (new)

Nurul Adila Adila | 1 comments SOLUSI di hatiku..=)


message 28: by Idu Chang (new)

Idu Chang | 1 comments Nor Azzah wrote: "Yang mana dah jilid letak di rak buku, yang dah lengkap tapi belum jilid, letak dulu tepi dinding, dah bersusun tinggi kat bilik sembahyang, penjilid yang kami biasa hantar di kajang, dah jadi jauh..."

Berapa harga kalau nk menjilid majalah ??
Mcm best je sbb leh elak dpd majalah terkoyak


message 29: by Nor (new)

Nor (norazzahmomin) | 7 comments Idu Chang wrote: "Berapa harga kalau nk menjilid majalah ??
Mcm best je sbb leh elak dpd majalah terkoyak "


Harga tu bergantung kepada kualiti kulit yang kita nak guna, kalau nak yang murah, dalam RM18 - RM20 pun dah boleh dapat untuk 1 jilid rasanya. Yang mahal jenis macam kain (buckram) biasa perpustakaan pakai begini untuk tahan lasak, harganya antara RM28 - RM35.

Cuba tanya kat mana2 kedai binding yang buat binding kulti keras macam tesis tu, sama ada dia boleh jilid majalah, sebab jilid tesis & jilid majalah, lain caranya. Jilid majalah, perlu pakar menjahitnya supaya tak tercabut.


back to top