Goodreads Malaysia discussion

48 views
Makan Buku, Minum Buku... > Serangan Wabak Yang Dibukukan

Comments Showing 1-12 of 12 (12 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Isma (new)

Isma | 682 comments Di kala dunia sedang kalut dengan virus babi, baik rasanya kita melihat dan membaca kembali wabak maut yang pernah menyerang peradapan manusia yang dibukukan. Dengan itu, kita dapat merenung kembali akan kehidupan kita sekarang ini.

Dalam sejarah dunia moden pernah berlaku serangan wabak Maut Hitam yang mengorban ribuan nyawa di Asia Tengah, merebak ke Asia Barat menular ke Eropah yang dikatakan bermula tahun 1331 hingga mereda tahun 1350. Wabak itu telah membunuh 2000 nyawa sehari ini dicatat oleh Ibnu Batutta dalam Rihlanya.Eropah kehilangan 1/3 penduduk ekoran dari wabak ini. Kota Kaherah hilang 2/3 rakyatnya dan boleh dikatakan kota-kota di sekitar hilang separuh penduduk. Semasa serangan wabak ini, ia merubah rutin kehidupan penduduknya, semua kembali ke amalan agama.

Ketika wabak sudah tidak terkawal, Ibnu Batutta menulis;

''Rakyat berpuasa selama tiga hari berturut-turut, puasa hari terakhir jatuh pada hari Khamis. Pada akhir tempoh itu para amir, sharif, kadi, sarjana ilmu hukum, dan seluruh rakyat berkumpul di Masjid Raya hingga melimpah. Mereka menggunakan hari Khamis malamnya di masjid itu dengan bersolat, mengaji dan berdoa.Kemudian, setelah mengerja solat subuh... mereka semua keluar beramai-ramai berjalan kaki sambil membawa al-Quran di tangan, juga para amir dengan berkaki ayam. Seluruh rakyat kota itu bergabung dalam perarakan besar, lelaki dan perempuan, besar dan kecil, kaum Yahudi keluar dengan kitab Taurat dan orang Kristian dengan kitab Injil, bersama isteri dan anak mereka; mereka semua dalam air mata dan doa, memohon kemurahan tuhan melalui kitab dan nabi-nabinya.''Manusia kembali ke agama.

(Ada sesiapa tahu lagi pasal serangan wabak lain melanda dunia yang dibukukan. Jika ada silalah berkongsi di sini,saya perlu maklumat untuk tulis sebuah artikel tentang hal ini. Kak, saya ini betul folder?)



message 2: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Menarik - tak pernah berpeluang menelaah Rihlah sesungguh hati. Buku lain tentang wabak? Pernah baca sekali tentang wabak di Eropah, tetapi lupa apa bukunya. Akan cuba gali semula dari memori.

Folder tak ada masalah Isma, kalau kurang sesuai kita boleh pindah kemudian. Atau ada cadangan untuk folder baru boleh ajukan ke ruang komen dan cadangan :)


message 3: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Novel Pandemic ditulis oleh Dr Daniel Kalla berikutan kes SARS pada 2003.

Dari Reading Copy:

Pandemic concerns a bird virus that spreads from chickens to mankind. His hero is Dr. Noah Haldane, of the World Health Organization, who tackles the problem and uses lessons learnt from the great influenza pandemic of 1919 that killed more than 20 million people in less than four months.


message 4: by Isma (new)

Isma | 682 comments Terima kasih Tok Mudin, wabak 1919 yang saya hendak cari.Kak, mungkin wabak ini juga yang dibaca. Pasal wabak yang pernah melanda benua Amerika, tahu?


message 5: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Wabak 1919? Spanish Flu.


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Ahh..Spanish Flu ada disebut dalam cerita Twilight tu. Hehehe..


message 7: by Kay (new)

Kay han | 8 comments ''Babi punya hal, khinzir dapat nama.'' Sinar Harian.


message 8: by Jack (new)

Jack (echoicglory) | 295 comments Khairul H. wrote: "Wabak 1919? Spanish Flu."

Spanish flu bukan 1918 ke?

Faizah:-
Dalam cerita Twilight pun disebut Edward Cullen was born in 1901 and he died at 17 due to Spanish Influenza. Kalau simple math... Yup, he supposedly die in 1918... Tapi rasanya ada mention death year dia gak...

from wikipedia:-
The 1918 flu pandemic (commonly referred to by the misnomer Spanish flu)





message 9: by Yati (last edited May 04, 2009 08:25AM) (new)

Yati | 229 comments Fever 1793 oleh Laurie Halse Anderson. (Saya tak baca lagi buku ni, tapi ada dicadangkan oleh beberapa orang kawan.) Wabak demam kuning di US pada tahun 1793.

Juga Year of Wonders oleh Geraldine Brooks. Buku ni saya baca dah lama dah, can't remember the details, but according to the summary here it's "the story of the fateful year of 1666", "inspired by the true story of Eyam, a village in the rugged hill country of England".


Edit: Of course, neither of these books have anything to do with the Spanish Flu, just thought they'd be interesting reads in a similar plague-y vein. :P


message 10: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
there was no new pandemic in 1919, so I'm assuming the 1919 disease Isma asked has got to be the Spanish Flu. But as always Google and wikipedia are our friends. He can try looking there for clarification.


message 11: by annahs (new)

annahs | 70 comments Assalammualaikum...

Cuba di website http://www.cdc.gov.
Centers for Disease Control & Prevention.

Agaknya ada jawapan di situ...

Maaf, tumpang lalu yea... :)


message 12: by Wan (new)

Wan | 12 comments ujian


back to top