Goodreads Malaysia discussion

137 views
Arkib (50 Buku Setahun 2009) > Senarai 50 Tok Mudin

Comments Showing 1-50 of 57 (57 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Najmuddin, Tok Mudin (last edited May 31, 2009 07:55PM) (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Tahun 2007, saya habiskan 35 buah buku. (Pautan: http://mudin001.com/2008/01/04/2007-b...)

Tahun 2008, kurang sedikit, 28 semuanya. (Pautan: http://mudin001.com/2008/12/31/2008-d...)

Tahun ini, masih jauh untuk mencapai 50. Ini senarainya setakat ini:

1. Gangguan Teksual, Sindiket Sol-Jah
2. Falsafah Ketuhanan, Prof. Dr. Hamka
3. RESET: Rethinking The Malaysian Political Paradigm, Suflan Shamsuddin
4. March, Geraldine Brooks
5. The White Tiger, Aravind Adiga
6. Slumdog Millionaire, Vikas Swarup
7. Senjakala, Baharuddin Kahar
8. Ingin Sebebas Burung = Flugversuch, penyelenggara Holger Warnk , Volker Wolf
9. Salju Sakinah, Zaid Akhtar

(Pautannya, nanti saya kemaskini kemudian)


message 2: by Peesha (new)

Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Di senarai ini ... 2 telah saya baca ... dan 2 masih di rak ...


message 3: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Salju Sakinah tu best tak? Hari tu MPH ada bagi diskaun tapi saya keberatan nak beli sebab takut tak best...


message 4: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Kataklicik, kalau kamu suka Ayat-ayat Cinta, Salju Sakinah mungkin kamu akan suka. Dan kalau kamu sukakan Tunggu Teduh Dulu, kamu pasti suka Salju Sakinah.

:)


message 5: by Peesha (new)

Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Kataklicik,

Itu persoalan yang sangat subjektif untuk dijawab. Kalau best itu bermaksud pada jalan ceritanya - ia agak biasa kerana byk sudah penulis mengambil tema yang sama.

Kalau best itu pada tempo penceritaan - agak OK ... ada sedikit twist di sana sini, namun masih boleh diagak apa yang berlaku kemudiannya.

Kalau best itu pada mesejnya ... mungkin boleh membuatkan kita berasa sedikit bermotivasi untuk mempunyai kehidupan begitu.

Sedikit bedahan singkat utk buku ini. Terima kasih :p


message 6: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Banyak ni buku dalam senarai Mudin yang saya mahu baca... bertambah panjang lagi nampaknya senarai wishlist...


message 7: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Maknanya best la tu...!


message 8: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Ulasan pendek saya tentang Salju Sakinah, baca di sini.


message 9: by Isma (new)

Isma | 682 comments Tok mudin ni geng sindiket Sol-jah juga kah?


message 10: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Isma, tak, saya bukan ahli Sindiket Sol-jah. Saya bergerak secara solo di alam siber. :)


message 11: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited May 01, 2009 09:25AM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Isma, Tok Mudin kita ni solo bukan sebarang solo... :)


message 12: by annahs (new)

annahs | 70 comments Assalammualaikum..

Begawan solo... Hahahahaha


message 13: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Najibah wrote: "Isma, Tok Mudin kita ni bukan solo sebarang solo... :)"

Haha, apa maksud Kak Najibah sebenarnya ya? Saya kena tenung dalam-dalam ni!

:D



message 14: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Mudin,

Maksud saya bergerak solo pun tetapi pengikut blog dan pembacanya ramai... :D


message 15: by Najmuddin, Tok Mudin (last edited May 10, 2009 09:10AM) (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Baru no. 10 da... 40 lagi? Isk...

10. Ketupat Cinta (Musim Pertama), Faisal Tehrani


message 16: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Go! Go! Mudin Go!


message 17: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
11. Mahathir Mohamad: An Illustrated Biography, E. Yu

(komik, cepatlah baca. haha!)


message 18: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Dah baca daaahhhh...:)


message 19: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Mudin, taktik tambah bilangan buku ya :D - kalau akak selalunya nak kejar bilangan, akan baca yang kurang tebal.


message 20: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Kak Najibah, tak juga. Memang terlintas nak baca buku tu. Ditengah-tengah minggu yang sibuk, bacaan ringan sebegitu membantu juga.

:)


message 21: by Najmuddin, Tok Mudin (last edited May 31, 2009 07:11AM) (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
12. Karbala, Faisal Tehrani


message 22: by Najmuddin, Tok Mudin (last edited Jun 12, 2009 09:03PM) (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
13. Growing Up In Trengganu, Awang Goneng.

Contrary to the great reviews that this book gets - especially in blogosphere - last year, I did not find this book too interesting. Too much ramblings, or maybe it's just not my thing.

On the positive side, because this is a blook (means it comes from blog postings), i didn't feel guilty skipping many parts of the book. Like reading blogs, I just browse through most of it. Heh! :D



message 23: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
14. Perang Kebudayaan, Imam Ali Khamenei


message 24: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
15. Nama Beta Sultan Alauddin, Faisal Tehrani

FT lagi. Hehe!


message 25: by Najmuddin, Tok Mudin (last edited Jun 24, 2009 07:16AM) (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
16. City of Oranges: Arabs and Jews in Jaffa, Adam LeBor

Quite boring for me!


message 26: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Mudin, dah berjaya habiskan Perang Kebudayaan nampaknya. Saya belum habis-habis lagi.


message 27: by Najmuddin, Tok Mudin (last edited Jul 18, 2009 05:08PM) (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
17. Devil's Place, Brian Gomez

Could not put it down. Could not stop laughing. Hilarious!


message 28: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments tok mudin, kalau pergi usrah nanti, tolong bawa devil's place boleh?

akak ni cheapskate betullah :P


message 29: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
uik.. tapi jgn baca Devil's place kat usrah tau kak.. adoii.. heheh


message 30: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Hahaha! Apa kata kita bedah Devil's Place masa usrah?

:D


message 31: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments mahu kena pelengkung dgn budak lain masa usrah, kuikui
nanti ustaz duk bagi ceramah, akak duk sok sek sok sek fasal buku, HAHAHA


message 32: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Najmuddin wrote: "Hahaha! Apa kata kita bedah Devil's Place masa usrah?

:D"


Cheetttt!!

Baik bedah Jackie Collins atau Mills and Boone sekali.. hehe



message 33: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments boleh pinjam buku ni sekali tak?

1. Di Bawah Lindungan Ka'bah by Hamka
2. Dari Beirut ke Jerusalem by Ang Swee Chai
3. Ketupat Cinta: Musim Pertama by Faisal Tehrani
4. Where Monsoons Meet: A People's History of Malaya (yang ni paling akak nak pinjam..)


message 34: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Boleh. Nanti next muntada' saya bawa.


message 35: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments tq tq tq :)


message 36: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments mudin, cepat2lah perabih baca Devil's Place. macam takmo berenggang jek dgn buku tu... :)


message 37: by Najmuddin, Tok Mudin (last edited Jul 23, 2009 11:29PM) (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Dah lama habiskan Devil's Place, dan sedang perlahan-lahan membaca Surat-surat Perempuan Johor, FT.

Tak boleh laju sangat, sekarang kesibukan melampau.


message 38: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Akhirnya berganjak juga.

18. Burhanuddin Al-Helmy Suatu kemelut politik, Ramlah Adam


message 39: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Finally,

19. My Name Is Red, Orhan Pamuk

Bacaan yang sangat meletihkan. Hampir hilang sabar di penghujungnya....


message 40: by Adyda (new)

Adyda (dida) | 15 comments Najmuddin wrote: "Finally,

19. My Name Is Red, Orhan Pamuk

Bacaan yang sangat meletihkan. Hampir hilang sabar di penghujungnya...."


Salam, nak tanya, berbaloi ke habiskan My Name Is Red? Saya sedang cuba habiskan Snow-Orhan Pamuk. Susahnya nak habiskan... Terlalu meleret rasanya. Dah 3 minggu saya berhenti. Ingat nak cuba My Name Is Red pula, kot2 lagi ok.


message 41: by Najmuddin, Tok Mudin (last edited Aug 20, 2009 01:43AM) (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Erm... berbaloi atau tidak tu susah juga nak cakap. Tapi bab meleret tu... hehe, memang dah trademark dia kot.

:)


message 42: by Thamrong (new)

Thamrong | 23 comments Adyda wrote: "Najmuddin wrote: "Finally,

19. My Name Is Red, Orhan Pamuk

Bacaan yang sangat meletihkan. Hampir hilang sabar di penghujungnya...."

Salam, nak tanya, berbaloi ke habiskan My Name Is ..."


Najmuddin wrote: "Tahun 2007, saya habiskan 35 buah buku. (Pautan: http://mudin001.com/2008/01/04/2007-b...)

Tahun 2008, kurang sedikit, 28 semuanya. (Pautan: http://mudin001.com/2008/12/31/2008-d......"

Buku karya Orhan Pamuk memang susah hendak dibaca. Saya pernah dalam simpanan saya ada 2 buku karya Pamuk. My Name Is Red melunjak menjadi buku sensasi satu ketika dulu dan terus saya membeli....Selepas chapter 3 satu mengatakan buku ini gila atau saya sudah gila....maka saya campak naskah yang tidak berdusa hasil manusia Nobel Lureate ini di bawah katil. Isteri saya memjumpainya dan terus memilikinya untuk dibaca. Hari ini beliau terus membaca dan membuat update didalam Facebook. Buku ini sangat abstrak dan menghendaki kita tahu latar persekitaran sejarah Ottoman untuk menikmati perjalanan ceritanya. Buku keduanya Snow tidak langsung saya hampiri....Buku ketiga merupakan autobiography yang bertitled Contantinople saya beli cuma hendak mengatahui sejarah kota yang sungguh agung disatu ketika dahulu.




message 43: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
20. Unplugged2, Nik Abdul Aziz Nik Mat


message 44: by Thamrong (new)

Thamrong | 23 comments Najmuddin wrote: "13. Growing Up In Trengganu, Awang Goneng.

Contrary to the great reviews that this book gets - especially in blogosphere - last year, I did not find this book too interesting. Too m..."

Awang Goneng, kid grew up in up country Trengganu remind me of Mark Twin of the up river Mississippi. Put it another way...a cross between Lat the Kampong Boy and Mark Twin. The theme is the growing up in the rural Malaysian state, the kampong house where grandma cooking dinner using full suit blackened pots and the open fire stove and the smoky rafter for preserving the traditional lompok and so forth. The setting reminds me of the good ole days when visiting grandma back in the back wood Segamat. I am still proud of it. The challenge for the neophyte is to write the Malaysian settings in English and I must say that Awang Goneng is simply brilliant.





message 45: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Tulisan saya tentang Unplugged2 di: http://mudin001.com/2009/08/29/unplug...


message 46: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
21. Islam A Short History, Karen Armstrong


message 47: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
22. Surat-surat Perempuan Johor, Faisal Tehrani


message 48: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
23. Sophie's World, Jostein Gaarder

Hrmm... nampaknya tahun ini, dapat 30 pun dah cukup bagus.


message 49: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments jgn berputus asa tok mudin. masih ada masa sebulan setengah utk mencapai target 50 books.

i know you can do it! :)


message 50: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Haha, tak mungkin Aidura!

24. Tuesdays with Morrie, Mitch Albom


« previous 1
back to top