Goodreads Malaysia discussion

83 views
Arkib > Panduan Ringkas: "50 Buku Setahun"

Comments Showing 1-45 of 45 (45 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Ramai di luar sana mentargetkan baca 50 buah buku setahun sebagai cabaran untuk diri.

Bagi sesiapa yang mahu menyertai cabaran 50 buku ini, boleh letakkan senarai masing-masing di sini sebagai pembakar semangat!


message 2: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
OK. Nanti saya buat. :)


message 3: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments woh..boleh ikut ke cabaran ni? buku yang dibaca setakat hari ni baru 3 buah. jauh lagi perjalanan nak mencapai tahap dewa2 seperti orang lain. huhu


message 4: by Peesha (new)

Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Ini termasuk buku yang sudah, sedang dan akan dibaca di dalam tahun ini ye?

Kurang mencerap nih ...


message 5: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Xara,

Takde masalah Xara. Tahun ni tak cukup, tahun depan cuba lagi. Tapi Xara, kalau tengah tulis buku baru, no worries, teruskan usaha menulis dan cari bahan berpatutan - disregard the challenge for this year :)

Peesha,

Senarai yang ada kat sini, senarai buku yang dah dihabiskan tahun ni. Nanti kita pakat update senarai masing-masing dari semasa ke semasa sampai hujung tahun. Nak tahu jugak ni buku apa yang Peesha dah khatam tahun ni... ;)


message 6: by Peesha (new)

Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments ohh ... gitu. Fahamlah hamba.

nantilah hamba tuliskan untuk tatapan mata tuan hamba kerana di saat dan tika ini keadaan belumlah mengizinkan ...

Nak tahu jugak ni buku apa yang Peesha dah khatam tahun ni... ;)

ngeee ... debor ... debor!



message 7: by annahs (new)

annahs | 70 comments Assalamualaikum...

(Aku suka thread nih!!)
Saya memang sudah menjalankan azam yang masih lagi panas walaupun sudah masuk april.

Azam tetap akan terlaksana... Hahahaha


message 8: by annahs (new)

annahs | 70 comments Senarai itu nanti saya isikan...

Kena tengok balik yang sudah, sedang dan akan baca.

Macam banyak jer..

Tunggu yea.. :)


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Uhhh menarik. 50 buku setahun so dalam 4 buku sebulan.

Ngeee.. tak boleh la la la la la hujung minggu.. Hmmm.. pikir dulu pikir dulu..


message 10: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments kalau buku komik dan buku kanak2 boleh diterima masuk dalam senarai ke? hehhe


message 11: by Welma (new)

Welma La'anda | 194 comments kak xara, boleh ja masukkan. :)


message 12: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Xara, boleh je... apa-apa buku pun kita terima. Biar semua bersemangat ho ho ho!

Ngeee.. tak boleh la la la la la hujung minggu.. Hmmm.. pikir dulu pikir dulu..

He he Faizah, tak boleh la 5x tu, menimbulkan tanda tanyalah... ;) - nak ke mana tu...


message 13: by annahs (new)

annahs | 70 comments Salam...

Yg sudah baca masukkan juga kan?


message 14: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Apr 27, 2009 11:03PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Annahs, senarainya adalah buku-buku yang sudah khatam tahun ini. Nanti pakat update list masing-masing dari semasa ke semasa :)


message 15: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments Bagus juga cabaran ni. Boleh menjadi pemangkin semangat untuk menghabiskan bacaan buku-buku yang kebanyakkannya terhenti pada bab satu sahaja tu..heheh

Nanti saya create saya punya list lah. Ni ada di opis client (tapi berintenet sesuka hati..hohoho), jadi tak dapat nak semak buku apakah yang telah dibaca.

Hari ni terbangun lewat,jadi dalam ketergesa-gesaan berkejar ke pejabat client, tertinggal banyak benda termasuklah buku yang hendak dibaca.Huhu.Sudahlah server sini sangat lembab..


message 16: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Najibah wrote: "Xara, boleh je... apa-apa buku pun kita terima. Biar semua bersemangat ho ho ho!

Ngeee.. tak boleh la la la la la hujung minggu.. Hmmm.. pikir dulu pikir dulu..

He he Faizah, tak boleh la 5x tu,..."


Najibah, saya hujung minggu kuat berjalan atau berderap kata orang pantai Timur. hehehe. Kalau tak main layang2 kadang2 pergi jalan-jalan dengan keluarga.


message 17: by Hannah (new)

Hannah | 92 comments 50 buku setahun?? 4 sebulan?? 1 seminggu??

Hmm... Interesting.. Tapi mampu ke ni? Banyak jugak tu. Buku teks kira tak :p


message 18: by annahs (new)

annahs | 70 comments Assalamualaikum wrh wbt...

Naik segan pula tengok list korang. Tiba - tiba malu pula..

:(


message 19: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Ala... Annahs, rileks 2x. Tak ada apa nak dimalukan - kita saling menyokong okay?


message 20: by Jack (new)

Jack (echoicglory) | 295 comments 50 Buku... Err... Rasanya, lebih dari tu setahun... Tapi tak pernah kira la... Nak start counting ke?


message 21: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Jack, kalau lebih 50 setahun, boleh jadi geng Aidura. Nanti kita buka folder baru 100 Buah Setahun. Kikiki...


message 22: by Jack (new)

Jack (echoicglory) | 295 comments Najibah wrote: "Jack, kalau lebih 50 setahun, boleh jadi geng Aidura. Nanti kita buka folder baru 100 Buah Setahun. Kikiki..."

Aik, ada geng? ni yang best ni... Ingatkan saya sorang je yang ada skru lose... hik3... Time skolah dulu lagi teruk, skarang dah kurang ckit. 100 Buah Setahun... Hmm... Tu kena tunggu tahun depan hik3


message 23: by Juliana Es (last edited May 06, 2009 11:18PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Najibah wrote: "Ramai di luar sana mentargetkan baca 50 buah buku setahun sebagai cabaran untuk diri.

Bagi sesiapa yang mahu menyertai cabaran 50 buku ini, boleh letakkan senarai masing-masing di sini sebagai p..."


Biasanya saya senaraikan 50 buku setahun ni setelah habis membacanya. Ataupun bila dah mencapai 1/3 daripada sasaran, baru mula senaraikan. Nantikan senaraiku, kemudian... Jeng jeng jeng!


message 24: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Sekarang ni musim selsema babi. Jadi mungkin aktiviti luar patut dikurangkan.

Sit tight at home everybody. Feast on your bookss!!


message 25: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Bunnybaby

Tak sabar menunggu senarainya penuhnya.

Faizah,

A very sound reason to sit with books at home - but let's pray earnestly the virus will not spread here... ngeri sungguh.


message 26: by Saniah (new)

Saniah Mat | 163 comments Rasanya nak ikut sekali cabaran ni.Nanti bagi senarai.Kena tengok dulu rak buku kat rumah.


message 27: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
*Tepuk tangan*, mari sama-sama cukupkan 50 buku tahun ini...


message 28: by Kay (new)

Kay han | 8 comments alamak 50! Xleh bk folder 12 buku sethun?1bulan 1buku. ..hehehe


message 29: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments yeayyyyy mari kita meriahkan kempen 50 buku setahun! clap,clap,clap

baca, baca, baca.

harus ingat, menuntut ilmu itu satu kewajipan.:P


message 30: by Amirul (new)

Amirul | 6 comments kalau buku macam antologi cerpen, sajak, cerpen+sajak boleh masuk juga ke?
tengah ragu2 nak buat ke tak 50 senarai ni...kalau tak malukan diri je..hihi


message 31: by Izzati (new)

Izzati Masri | 71 comments npe msti 50?
npe bkn 70?
100?

hahaha...[acting silly:]
bku mmber bg pnjam pun x hbeh2 lgi...ade hati nak 100..
who knows???
it might be true..so..
FIGHT-OH...OHHH!!! [ ;P ;P ;P :]


message 32: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Amirul, sangat dialu-alukan. Antologi pun dalam bentuk buku juga... :)


message 33: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Ijat wrote: "npe msti 50?
npe bkn 70?
100?

hahaha...[acting silly:]
bku mmber bg pnjam pun x hbeh2 lgi...ade hati nak 100..
who knows???
it might be true..so..
FIGHT-OH...OHHH!!! [ ;P ;P ;P :]"


Dear Ijat

Kami ni baru2 bertatih dulu, jadi kami mulakan dengan 50.

Kalau boleh 70 atau 100 apa salahnya. Aidura dan Kataklicik adalah antara contoh yang saya rasa berkemungkinan akan berjaya kalau targetnya 100. Tapi kalau kalau diri saya sendiri..ehehe..cuba2 50 dulu lah.

Apa-apa pun, jemput sertai kami, ya.

Salam.


message 34: by Izzati (new)

Izzati Masri | 71 comments hehe...btuahnye saya klu dapat bce buku smpai seratus tu...tgok Najibah and org len ade target sdri pun , da jeles taw..
it was just my silly joke..buku bio + chem tu pun sye x khatamkan lgi...

saye ni target mmg xde lgsung pun..hehe..i need to gain all the moods dulu bru leh bce..

but count me in ya..tbe2 rse mcm bes plak..;p


message 35: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
oh.. study biochem ke? saya dulu chemistry... biasalah undergrad mmg byk buku kene belek. tak semestinya khatam.

p/s: dulu minat juga subject photochemistry. lateral thinking wehhh..!! hehe


message 36: by Izzati (new)

Izzati Masri | 71 comments ha..ni yg cam best nak tnye...
still doing on foundation level under bio science..
skrg ni cam blur nak amik biotech or biomed ble pi main campus kat kuantan nnti..
iium student la...huhu
but actlly,i'm wishing to further the studies in dentistry or medic...
hua3...
klu nak soh khatamkan bku tu insyaAllah x la kot..
how do u feel about biochem ya??



message 37: by Hannah (new)

Hannah | 92 comments biar I jawabkn: take dentistry- good job prospect, good pay, and the life is not as busy as a medical officer :D huhu... jd promoter pulak :p

mana nak khatam any books kalau asik mhadap laptop 24/7?


message 38: by Izzati (new)

Izzati Masri | 71 comments aish...dlm internet pun ade buku what...
ke...just because i'm too available,and its like eyes sore for u seeing me always 'study' dgn notebook i...
hehehe..

money and vacancies are one thing...klu u ckp cmtu.. mmg i nak..hehe..tpi my heart also a lil bit sliding into medical la..but,i won't be able la nak kua shoping2 cm skrg ni...[mcm byk duit je..hehehe:]


message 39: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
tepuk dada tanya selera, apa yang paling sesuai dengan jiwa dan minat, itulah yang patut dipilih.

prospek dan apa2 lah tu bukan perkara utama. pada saya kalau hendak bergaji besar dan prospek kerja yang elok, harus dapatkan degree dgn cgpa yang cantik dulu. dan utk score harus subjek yang betul2 minat..itu pendapat saya lah..

--> dr gigi, khir toyo hehehe.. dr tempe taknak?


message 40: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Medic tu is a passion la, not so much interest sahaja. You need to be firmly passionate in being a doctor, tapi keep in mind also that to be a good one you also need the people skills, the social skills, the networking skills.

Chewah, this, coming from one trained in law hahaha

But I have a doctor brother (whose wife is also a doctor) - he has nooooo life, okay? But he's passionate about his profession and that makes up for it :)

Good luck Ijat! Choose well! (We need more doctors hahahaha)


message 41: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Ijat, dari IIU Kuantan rupanya. Jadi saintis pun menarik juga agaknya? Dulu saya pernah sekerat jalan di aliran sains, konon-konon nak jadi saintis Islam, tapi akhirnya berubah haluan :)

Kataklicik wrote: "Medic tu is a passion la, not so much interest sahaja. You need to be firmly passionate in being a doctor, tapi keep in mind also that to be a good one you also need the people skills, the social s..."

Kataklicik, we share similar background rupanya :) - but mine minus your experience of course. And have a brother and sis-in-law in similar field with yours - pity him every time... My sister & I were always teasing him for not having a real life like everybody else...



message 42: by Izzati (new)

Izzati Masri | 71 comments thank you,thank you..[deep bow:]
i keep thinking...org yg tkut tgok darah,tkut tgok serious injuries and all that nak plak jdi dktor..
saya yg ok ni [kadang2 mmg tkut,tpi cntrol je la...hehe:] nak sangat...
rite now,i wish to be a doc with the abilities to do research at the same time..
bcause last semester..i was applying for dentistry.. so,there was an interview session with the deputy head of department..
she directly said..maybe nak test saye jgk kot
'mostly peopple nak jdi dktor bcause it's glamorous job..high-status and so on..'
tpi org byk xtaw yg all those discoveries and other cure for some disease tu scientist yg banyak cari..
dktor also cntribute..of course in treating patient tpi brpe ramai dktor yg boleh cari ubat and so on at the same time??''
bile die tnye saye mcm tu...seyes...speechless + frozen = mcm nak lari jgk time tu..

starting from that,i wish to be a dctor + scientist + my own clinic + lab

sbab saye rse sume bnde sye suke...
suke wat research,suke surgery2 ni..[hahaha:] hbeh badan org sye krjekan kot..


message 43: by Amirul (new)

Amirul | 6 comments waaa..doc takde life??
jangan kata begitu..semuanya bergantung kepada diri doc tu sendiri..tak setuju??hehe..

tak elok nakutkan orang..hihi
petua aku..pilih yang minat dan ikut kata hati setelah istikharah..hehe


message 44: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jul 19, 2009 06:15PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Amirul, bukan nak takutkan sesiapa - cuma ingin gambarkan realitinya, biar yang betul2 mahu ceburi bidang itu sahaja yang berjuang di bidang itu. Sebab tanggungjawabnya terlalu besar.


message 45: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments Doktor takde life? Cuba jadi programmer.. laagii.. takde life. Kerja doktor ada la juga jumpa dengan orang.Jadi programmer dan seangkatannya, sudahlah kerja menghadap komputer sentiasa, duduk pula dalam bilik server yang maha sejuk. Kadang-kala rasa diri ni dah jadi macam sayur dalam peti sejuk je.. hehe

Apa pun, semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

**tamat off topic**

Kak Najibah, boleh tak kalau saya tukar target kepada 25 buku setahun? Tahun ni baca tak sampai lagi separuh daripada 50 tu. kalau target 25 buah, sekejap lagi sampai la..hihihi..


back to top