Goodreads Malaysia discussion

300 views
Makan Buku, Minum Buku... > anda seorang book-addict apabila...

Comments Showing 1-50 of 172 (172 new)    post a comment »
« previous 1 3 4

message 1: by Robin (new)

Robin | 47 comments In old-stuff punya.. tapi tak salah kan..

Anda seorang 'book-addict' bila:

1) baca buku sampai tak sedar dah pukul 4 pagi (sikit jer lagi ni nak habiskan gak!)

2) happy giler nampak orang baca buku kt dlm putra lrt (nak tengok tajuk buku tp segan la pulak)

3) kad perpustakaan memang sentiasa penuh kuota - pinjam adik, kawan (sape2 jer la) punya kad (PNM sekarang guna I/C ganti kad pinjaman so camner, takkan nak pinjam I/C org kot? sob sob)

4) tak sah kalau tak singgah kedai buku kalau pergi shopping complex mana-mana pun

5) ...

sape nak tambah?
nak tengok list ni sampai panjang mana.. :)


message 2: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Robin,

Baguslah topik ni ;) - walaupun old stuff, tapi boleh tahu apa ciri-ciri book addict yang ada pada kawan-kawan GR kat sini:

Yang 4 kat atas dalam senarai Robin, semua saya alami jugak.

Dan yang nak ditambah:

5) kalau keluar ke mana-mana, rasa serba tak kena bila tak bawa buku bersama. Kalau terlupa bawa, memang rasa monyok semacam.

6) suka hidu bau buku, terutama yang baru beli - sebelum belek mesti sedut baunya dulu kemudian baru baca.

Itu saja dulu, nanti tambah lagi....


message 3: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
No. 2 & No. 4 robin dan no. 5 Najibah tu saya alami & no. 6 Najibah tu saya kata, "Laa, ingatkan saya sorang je yg suka cium bau buku!" :p Sampai saya boleh tau buku ni diterbit oleh siapa w/pun mata tutup. Betul, lain penerbit lain bau bukunya.

Saya punya list:

Anda tau anda seorang book-addict bila
7)anda memberi markah kpd shopping complex berdasarkan adanya kedai buku di dalamnya atau tidak dan mutu kedai buku berkenaan.

8)lebih suka keluar berseorangan sbb boleh duk berjam-jam kat kedai buku (melainkan teman yg ikut tu pun 2x5 macam kita jugak le)

9)Membeli buku-buku baru hampir setiap minggu w/pun buku yg sedang tunggu untuk dibaca dah bertimbun kat bilik.

10)Marah gila apabila buku kegemaran anda diadaptasi ke filem dan pengarah filem menukar jalan cerita dan dialog.

11)Berdoa kpd Allah supaya janganlah membutakan mata kita selagi kita hidup sbb khuatir takleh baca buku lagi (erm, ataupun ni saya sorang je yg buat??)

12)Memberi buku sebagai hadiah di semua majlis (kahwin, ulangtahun) tanpa memperdulikan bahawa si penerima tu ulat buku ke tak.

13)Tak gemar memandu sebab takleh membaca dlm kereta.

14)Takleh tidur kalau tak membaca atas katil.





message 4: by Hannah (new)

Hannah | 92 comments Saya mengalami no 1,2,4,5,7,8,9,10,13. Sudah sampai tahap book-addict ke tu? :)

15) Menangguh kerja-kerja lain apabila sedang membaca buku

16) Rasa geram apabila telefon berbunyi semasa sedang membaca

17) Sangat suka membaca review buku-buku baru dalam surat khabar atau katalog dari kedai buku.

18) Perlu fikir 2 kali sebelum pergi ke kaunter pembayaran di kedai buku, takut2 terbanyak sangat buku dan tak cukup duit pulak nanti nak membayarnya

19) Tidur dengan buku di sebelah

20) Pada akhir shopping trip, duit paling banyak dibelanja di kedai buku berbanding dengan kedai lain


message 5: by W (new)

W Nor Haslina (wnorhaslina) | 203 comments 21 ) Kita tak rasa apa2 kalau beli buku yang Rm30 atau lebih , tapi kalau benda lain kita akan soal semula diri patut ka beli.




message 6: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Apr 26, 2009 04:45PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Nak tambah lagi:

22) Sanggup memujuk rayu emak (sebelum kahwin dulu) atau suami (selepas kahwin) dalam kapasiti mereka sebagai penasihat kewangan supaya benarkan beli buku-buku tambahan walaupun sedar yang duit sudah menyusut dengan dahsyatnya

23) Setiap ruang rumah yang bersesuaian sekurang-kurangnya mesti ada sebuah buku supaya bila ada saja masa luang sedikit pun, boleh capai buku dan baca.

24) Selalu berasa ruang paling indah di rumah adalah ruang di mana rak buku berada.

:) makin menjadilah list ni. Mana tahu kita dapat terbitkan bawah nama kumpulan ini nanti dengan sedikit idea tambahan - janji ada pemodal, kan?


message 7: by Ulya A.K (new)

Ulya A.K | 263 comments haha.. mmg banyak yg applicable to me..

tambah skit lagi..

25) Sanggup meredah shopping complex semata-mata untuk mencari sebuah buku..

26) Boleh menghabiskan buku yg baru dibeli/dipinjam sepanjang perjalanan sebelum sampai ke rumah (esp zaman2 tidak memandu dulu)






message 8: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments 27) bercita-cita menjadi sangat kaya supaya tidak perlu lagi berkira-kira duit semasa hendak membeli buku.

"Oh.. nak buku tu, buku ni , buku yang di sinun, pendek kata semua bukulah. Ok, saya bayar cash!" sambil meletakkan secekak duit di atas meja. Hohoho


message 9: by Faizah Roslaini (last edited Apr 26, 2009 07:57PM) (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Bukan saya tak tapi ada seorang yang saya kenal:

28) Bila time 'melabur' bawak buku dan baca dalam jamban..

Eiihh..


message 10: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Anda seorang book book addict bila :

29) Berapa kali dah baca belakang botol syampu, botol conditioner, botol sabun cair etc sementara menunggu dua minit for the darned conditioner to condition your hair?

(And as for Khairul H's no. 13 : saya banyak membaca dalam kereta - sementara tunggu anak keluar sekolah, tuisyen, mengaji dsb. I also read at traffic lights, and during trafik sesak!! Hahahaha)


message 11: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Kataklicik wrote: "Anda seorang book book addict bila :

29) Berapa kali dah baca belakang botol syampu, botol conditioner, botol sabun cair etc sementara menunggu dua minit for the darned conditioner to condition ..."


BWA-HAHAHAHAHAHA!! It's true! Dalam kes saya, membaca fakta-fakta 'penting' di belakang paket coklat, kotak susu dan sebagainya bila menunggu sesuatu dan baru sedar lupa nak bawa buku.

Baca dlm traffic jam? Bahaya oo. Sebab tu saya tengah mencari audiobook. Tak le bosan sangat bila driving. Tapi kat Msia ni takde jual audiobook (kalau ada tolong beritahu kat mana). Nampak gaya kena order dari Amazon le.



message 12: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Oh, ada satu lagi - ni applicable to me lah. Anda seorang book addict bila :

30) Walaupun dah diperli dan digoda dek family and friends, anda masih belum dapat di "lured to the dark side" untuk membuka Facebook account. Alasan? I'd rather be reading!


message 13: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
facebook pun ada book club...kena cari le.


message 14: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Hahahaha - saya bagi same answer - I'd rather be reading!


message 15: by annahs (new)

annahs | 70 comments Assalamualaikum wrh wbt.

Percaya atau tidak, saya print thread ini untuk dibaca bersama sahabat yang juga menggilai buku. Bukannya apa, kedudukan tempat duduk di pejabat agak tak sesuai untuk 'ketawa kuat2'. Hahahahahaha

Rupanya dari hasil yang saya print, banyak yang saya tick. Adakah itu menunjukkan saya gila? Hahahaha :)

Boleh tak nak tambah:
31) Senyum aje (atau senyum juga) bila timbul rasa sangat puas hati dapat beli buku - buku (walaupun tak termasuk dalam bajet)

32)Bila di kedai buku, pandang buku ini, baca sinopsis rasa macam nak beli, pandang buku kat sana (rak yang berlainan mungkin), baca sinopsis pun rasa macam nak beli. Geram bila teringat duit sangat2 memaksa TIDAK BOLEH membeli.. Ishk!

33)Bila tengok di rak buku, buku2 yang dah dibeli dan belum dibaca, buka dan baca. Pandang semula ke rak, ambil lagi 1 buku, buka dan baca pula. "Dah! Letak balik! Baca 1 sahaja". - Agaknya, saya jer kut... Hehehe

Kalau sudah ada poin2 ini kat atas, minta maaf yea...

Tumpang lalu...heh... :)


message 16: by W (new)

W Nor Haslina (wnorhaslina) | 203 comments 34) Sanggup beli plastik meja yang tebal yg semeter RM3.50 tu untuk balut buku. Supaya terjaga , tidak kotor dan tidak terkepak.

35) Rasa sedih sangat bila tempat kita tak ada kedai buku yang best utk kita pi. Hu hu.




message 17: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Merujuk no 35 yang W tulis: Sabar ya W, saya pun pernah alami juga beberapa tahun lepas. Tapi sekarang banyak kedai buku online, atau kalau sesiapa di Malaysians @ GR ni nak tawar khidmat tolong belikan buku untuk yang lain, apa salahnya :)


message 18: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Personal shopper gitu, hahaha.. Yeah yeah.. Boleh buat bisnes ni. hehehe


message 19: by elliss (last edited Apr 28, 2009 09:44PM) (new)

elliss (syaeeranasirymailcom) | 24 comments salam.. saya nak tambah sikit boleh ye?
awak seorang book addict bila:

36) bila dah start baca buku, kawan baik awak ajak awak bergosip pn awak buat x layan.. (lepas tu, kalau saya x marah dia sbb buat bising, dia akan marah saya sbb buat bodoh.. hehehe)

37) bila awak baru je sampai rumah, member2 kat rumah sume tanya, "beli buku apa hari ni?" padahal, awak x cakap pn awak ade beli buku ke x.. pulak tu, bukan dieorng nk tnye awk ok ke x td? ade orng nk ragut awak ker? ade orang nak langgar awak ker? citt..

38) lepas je beli buku, kawan awak terus rampas buku2 tu n simpan kt tempat lain. dia kata,"kau ni bukannya betul pun.. aku simpan dulu semua buku2 ni.. esok lepas exam baru aku bagi ko baca.. itu pun satu je.. jgn harap aku nk bg tiga2!!" (sedihnya saya time tu, u all je la yg tau.. berkobar2 nk baca bku baru, tp malangnya kena kuarantin dulu sbb exam da dekat.. merayu2 saya nak buku saya tu taw.. hehehe)

39) kita akan marah bila orang yang dah pinjam buku kita x letakkan buku tu semula pada tempatnya.. (mak ngn adik saya selalu kena membebel dgn saya..)

40) bila anda menjadi perpustakaan bergerak.. sesiapa yang nk pinjam buku, pasti akan pergi menemui anda.. contohnya, "syaee yg comey (dan2 tu la saya comel..), ko ada novel ape? nk pinjam boleh?"

so, ada sesiapa ke yang senasib ngn saya??? =P




message 20: by W (new)

W Nor Haslina (wnorhaslina) | 203 comments Yg nombor 40 tu setuju lah sangat. Macam dah cop kat dahi kita ni perpustakaan begerak ya syaee.

Kak Najibah , ada ke sesiapa nak tawarkan khidmat ?


message 21: by Hannah (new)

Hannah | 92 comments 40) <------ so true, so true. nak2 kalau baru lepas balik dari kedai buku or baru habis exam. baru je semalam ada kawan call nak mintak pinjam buku. bila saya agree je dia terus cakap.. sayanggg hannah.. sebelum tu takde nak sayang2 pun. hipokrit betul la, haha..


message 22: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
39) kita akan marah bila orang yang dah pinjam buku kita x letakkan buku tu semula pada tempatnya.. (mak ngn adik saya selalu kena membebel dgn saya..)

Sebab tu le saya tak bagi pinjam buku kat sesiapa pun. Lantak le nak panggil saya apa. Sebab pernah dulu bagi pinjam buku, ada yg bagi balik sampai cover terlipat, mukasurat koyak dan ada langsung tak pulangkan balik :(

KHAIRUL H.'s Library Rule:
This isn't a lending library. You want to read it? Read it here. You can't take it home with you!




message 23: by annahs (new)

annahs | 70 comments Assalamualaikum wrh wbt.

No 36 & 37 tu sangat menepati! Hahaha. No 39 tu sama gak cuma biasanya kawan2 macam tu.

Saya nak buat pembaharuan tentang no 40. (boleh yea?)
bila anda menjadi perpustakaan bergerak.. Tanya je tau aje buku apa. Siap tanya komen lagi, sesuai ke tak kalau dibaca..

'Hai, ingat aku ini kaunselor kesesuaian buku ka?' Hahahahaha :)


message 24: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Ada orang kata, siapa yang pinjam buku, dia orang yang paling bijak. Dan siapa yang meminjamkan buku, dia orang paling bodoh.

:)


message 25: by Isma (new)

Isma | 682 comments Salam.

41)Sentiasa berangan-angan dapat kahwin dengan pasangan yang juga minat dengan buku.Sekepala.

42)Nak sangat masuk kelab buku dan rasa ketinggalan jika tidak menyertainya,seperti GR ini.

43)Bercita-cita supaya dapat sebuah kolum buku di akhbar(sedang pujuk editor).

44)Belajar bahasa Inggeris bersungguh-sungguh ketika sekolah dahulu supaya cepat-cepat dapat baca dan faham buku orang putih.(Belajar bahasa Inggeris sungguh-sungguh bukan matematik dan sains, tahu)








message 26: by Jack (new)

Jack (echoicglory) | 295 comments hik hik... kiranya saya ni tahap kritikal la... Lepas baca list, ish... Nampaknya kena cari pakar sakit jiwa... Heheh...

45) Buat bajet bulanan, bajet buku mesti at least 15% bigger than any other budget, including (but not limited to) tambaang bas dan juga belanja makan...

(Ish... Sah sakit...)

46) Pergi pesta buku dan plan and janji kat diri sendiri; Aku mesti beli SATU buku aje, SATU ajer. Tup tup... Keluar, beg HAH! Kiri kanan... Lebih 20 buah...

(Eheheh... Guilty here...)

47) Desperately (To an extreme point) nak belajar bahasa lain sebab ada buku dalam bahasa lain tak pernah di translate ke dalam English, inikan pulak Bahasa Melayu...

(There languages and counting >.<)

48) Kawan2 semua ingat yang member sekor ni dah hilang akal. Mana tak nye. Tengah2 jalan pun boleh membaca. Sampai diaorang membebel "Cik adik oiiii... Ni KL, bukan 18th Century England, ada yang kena langar ni kangggg"

(Dah pernah kena langar sekali, hampir kena langar... Lost count... Heheh...)

49) Hidup seharian takkan lengkap kalau tak dapat baca at least SATU page of a good book. Kalau tak dapat, ape2 je la, lepas gian - Surat khabar, pamphlet...

(Isyhhh... Bahaya)

50) Bila member buat lawak, lawak kasar diaorang "you'll run out of shelves.. but knowing you, you ran out of them already so.. you'll run out of floor!"... Sebab diaorang tahu, bilik anda penuh dengan buku and rak anda dah nak runtuh dah... Ouch... Below the belt... Hampehnye kawan...

Tu apa yang dapat di kongsi setakat nii heheh...


message 27: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Apr 29, 2009 03:11PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Isma kata: Salam.

41)Sentiasa berangan-angan dapat kahwin dengan pasangan yang juga minat dengan buku.Sekepala.


Isma, ramai calon kat sini ni... Jemput pilih sorang, saya boleh tolong jadi orang tengah... He he he... (oh ya, please drop the Puan ya Isma, no need to call me that here, 'akak or kak' would do)

Apapun, tengah pujuk editor mana tu? (semoga berjaya!)


message 28: by Hannah (new)

Hannah | 92 comments Isma wrote: "Salam.

41)Sentiasa berangan-angan dapat kahwin dengan pasangan yang juga minat dengan buku.Sekepala."


haha.. berangan-angan dapat kahwin dengan watak2 dalam buku yang tak wujud tu ada lah.


message 29: by elliss (new)

elliss (syaeeranasirymailcom) | 24 comments lol..
no. 48 tu mmg btul la sesangat2..
in case if u all ternmpk ade org tngh bace buku sambil brjln2 kt shopping complex tu, syaee la orang nyer.. hehehe..

p/s: elliss / syaee is the same person taw.. saya tengah mengelakkan diri drp someone ni.. so, name syaee di internet da x wujud.. hahaha..


message 30: by elliss (last edited Apr 30, 2009 12:05AM) (new)

elliss (syaeeranasirymailcom) | 24 comments annahs wrote: "Assalamualaikum wrh wbt.

No 36 & 37 tu sangat menepati! Hahaha. No 39 tu sama gak cuma biasanya kawan2 macam tu.

Saya nak buat pembaharuan tentang no 40. (boleh yea?)
bila anda menjadi perpu..."


oh boleh.. silakan.. silakan.. ;)




message 31: by elliss (last edited Apr 30, 2009 12:14AM) (new)

elliss (syaeeranasirymailcom) | 24 comments Khairul H. wrote: "39) kita akan marah bila orang yang dah pinjam buku kita x letakkan buku tu semula pada tempatnya.. (mak ngn adik saya selalu kena membebel dgn saya..)

Sebab tu le saya tak bagi pinjam buku kat ..."


wahh.. khairul.. bagus la awak ni.. saya x sampai hati nk ckap NO.. berat mcm mne pn rase, tetap bg pnjm.. kcian kt dieorng.. ni la time2 nyer nk membntu dieorng mningktkn minat mmbaca.. betul x?? (walaupn akhirnya saya yg mrana cz buku x dpulangkn la, kotor la, koyak la.. ish3..)


message 32: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
p/s: elliss / syaee is the same person taw.. saya tengah mengelakkan diri drp someone ni..

La, ini macam pun ada ka? ;p




message 33: by elliss (new)

elliss (syaeeranasirymailcom) | 24 comments hehehe..
well, nk hidup pnye pasal.. tp x sronok la, coz da x bley nk upload gmbr sndri kt intrnet.. =P


message 34: by Jack (new)

Jack (echoicglory) | 295 comments elliss wrote: "lol..
no. 48 tu mmg btul la sesangat2..
in case if u all ternmpk ade org tngh bace buku sambil brjln2 kt shopping complex tu, syaee la orang nyer.. hehehe..

p/s: elliss / syaee is the same per..."


Hik3... Kita serupa... Ingatkan saya sorang je yang ada problem ni ^^


message 35: by Robin (new)

Robin | 47 comments Wah, dah panjang dah list ni..

Em..yang ni sgt la betul:
27) bercita-cita menjadi sangat kaya supaya tidak perlu lagi berkira-kira duit semasa hendak membeli buku.

Yup, for book-addict, 'despite what people says, money can buy happiness', haha


nak tambah jugak (kalau dah ada maafla)

51) kalau buku tu depressing, boleh jadi depressed berhari-hari- tulah effect buku (dan sebab tu suka baca buku yang happy)

52) boleh ketawa sorang-sorang dlm bas or LRT kalau tengah baca part lawak dalam buku (Terry Pratchett patut diharamkan baca di tempat awam :p)


message 36: by Jack (new)

Jack (echoicglory) | 295 comments Robin wrote:

"52) boleh ketawa sorang-sorang dlm bas or LRT kalau tengah baca part lawak dalam buku (Terry Pratchett patut diharamkan baca di tempat awam :p)"


heheh... saya jenis camtu la... last2 ada buku yg kengkawan dah haramkan baca in public... Mana taknye, tiba2 ada part lawak - tak kirala buku apa, ada boleh gelak sorang2 dlm LRT... Tu kalau lawak, kalau sedih... Adala nangis macamla hiba sgt...




message 37: by Yati (new)

Yati | 229 comments Robin wrote: "52) boleh ketawa sorang-sorang dlm bas or LRT kalau tengah baca part lawak dalam buku (Terry Pratchett patut diharamkan baca di tempat awam :p)"

Ahaha. Saya pernah baca buku Good Omens dalam LRT, tergelak sorang2 banyak kali la jugak, sampai orang pandang. Lepas tu rasanya sampai merah padam muka tahan gelak. XD



message 38: by Isma (new)

Isma | 682 comments Kak,hanya angan-angan saja. Saya yang tiada apa-apa ini.
Editor mana? Saya bagi pendapat saja ketika dok bulau-bual. Di Malaysia saya perasan, tidak ada seorang pun yang boleh membina pandangan awam terhadap sesebuah buku.Saya rasa kakak layak jadi kloumnis buku.Nanti kita pakat lobi.

Hannah, saya ni berkenan sangat dengan Zehra dalam Tuhan Manusia, Faisal Tehrani.


message 39: by Faizah Roslaini (last edited May 01, 2009 12:41AM) (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Isma wrote: "Kak,hanya angan-angan saja. Saya yang tiada apa-apa ini.
Editor mana? Saya bagi pendapat saja ketika dok bulau-bual. Di Malaysia saya perasan, tidak ada seorang pun yang boleh membina pandangan awa..."


Tuhan Manusia agak fresh di minda kerana baru dikhatamkan.

Kenapa Zehra, ya? Mak Ali Taqi tak minat? Hehehe


message 40: by Isma (new)

Isma | 682 comments Faizah Roslaini wrote: "Isma wrote: "Kak,hanya angan-angan saja. Saya yang tiada apa-apa ini.
Editor mana? Saya bagi pendapat saja ketika dok bulau-bual. Di Malaysia saya perasan, tidak ada seorang pun yang boleh membina..."


Rasa kesian.(eh, macam saya ini baik sangat)




message 41: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited May 01, 2009 09:22AM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Isma wrote: "Kak,hanya angan-angan saja. Saya yang tiada apa-apa ini.
Editor mana? Saya bagi pendapat saja ketika dok bulau-bual. Di Malaysia saya perasan, tidak ada seorang pun yang boleh membina pandangan awa..."


Isma, jangan kata tak ada apa-apa. Boleh cuba bagi hantaran buku karangan Isma nanti kat bakal orang rumah, he he he.

Saya kolumnis buku? Wah, itu sudah bagai pucuk dicita ulam mendatang - tapi hakikatnya saya masih banyak kena belajar. Ramai lagi yang lebih 'otai' dan lebih berkaliber (antaranya Jiwa Rasa, Khairusy Syakirin). Isma pun boleh apa... ada aura tersendiri dengan new journalism tu :D



message 42: by elliss (new)

elliss (syaeeranasirymailcom) | 24 comments saya nak tambah lagi senarai ciri2 seorang book addict ni boleh?

53. jgn kn kate dalam bas / LRT je, kat mane2 pn sama.. dalam kelas, kat cafe, dewan kuliah, surau, bas stop, airport, shopping complex, dlm kereta, kat rumah, kat mcdonald, senang kate, semua tempat la... kalau da kelakar tu, gelak sorng2 je la.. lepas tu org semua tngk n dalam hati kate, "gile ke ape bdk ni?"..

54. tadi ketawa.. ni menagis pulak.. hurm.. kalau da sampai kt part yg sedih tu, menangis bukan main.. macam la laki kite yg mati.. pulak tu, org kt sebelah, kiri kanan geleng kepala je.. "kenapa la dgn bdk ni? x paham, x paham.."





message 43: by syuffey (new)

syuffey | 5 comments nak tambah lagi senarai ciri2 seorang book addict ni..

55. Bila dapat berita kene transfer keje ke mana2 negeri yg unfamiliar, terus risau pasal kedai buku kat situ menepati citarasa @ x. (mcm saya, dapat tau je kene ke kuching, terus surf kedai buku ape yg ada..)

56.exited amat kalau baru kenal someone yg ske baca buku gak, tambah2 plak klu dia ske baca apa yg kita baca..

57.pantang jmpe library, konfem mesti nak tengok masuk buku ape yg ada. (hari pertama smpai tpt keje baru, sy melawat library terus buat kad library hehe..)


message 44: by Hannah (new)

Hannah | 92 comments elliss wrote: "saya nak tambah lagi senarai ciri2 seorang book addict ni boleh?

53. jgn kn kate dalam bas / LRT je, kat mane2 pn sama.. dalam kelas, kat cafe, dewan kuliah, surau, bas stop, airport, shopping c..."


Seorang kawan saya pernah cakap, dia suka tengok orang yang tengah baca novel. Sebab ekspresi muka diorang kadang2 tu kelakar. Kejap tersengih la, ketawa la, menangis la. Haha..




message 45: by Jack (new)

Jack (echoicglory) | 295 comments Hannah wrote: "Seorang kawan saya pernah cakap, dia suka tengok orang yang tengah baca novel. Sebab ekspresi muka diorang kadang2 tu kelakar. Kejap tersengih la, ketawa la, menangis la. Haha.. "

Harap2 saya x bertembung dgn kwn awak... Heheh... I could actually go on an emotional ride when I read a good book. My mum have always thought that I'm mental heheh...




message 46: by Ayscha (new)

Ayscha (nayscha) | 32 comments 58) mak bising sbb selalu sangat beli buku..ayah pun siap kata "jangan sampai membazir..ingat2 sikit" huhu~

59) jealous nengok otai2 mcm dlm GR ni yg dah baca pelbagai jenis buku, n rasa nak bace semua yang mereka dah baca (buku terry pratchett yg mane yg best ye?nak kene g MPH lagi la ni,damn..baru je pegi last friday)

er..salam semua..i'm new here..saya dah lama jadi book addict, tapi bile da keje baru leh fulfill my addiction to books.. ^_^


message 47: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited May 11, 2009 07:45PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Ayscha wrote: "buku terry pratchett yg mane yg best ye?"

Hmm, susah nak cakap. Pernah baca Pratchett ke tak? Kalau belum, cuba Small Gods (SG is a standalone book. No need to have a prior knowledge of Discworld to enjoy which is why it's perfect for first time readers of Pratchett) atau Guards! Guards! (this book introduces us to Sam Vimes and The City Watch).

Tapi jangan baca 2 buku pertama Discworld: Light Fantastic dan Colour of Magic. Boooorrriiinnggggg! Pratchett belum mahir menulis lagi masa tu :) Saya kerap kali tidak mengsyorkan 2 buku ni kpd pembaca yg belum biasa dgn Pratchett, takut-takut mereka tak suka pada karyanya yg lain. Dua buku ni je yg tak best, yg lain okay.



message 48: by Robin (new)

Robin | 47 comments Saya sokong Guards! Guards!. Kalau suka children's book boleh try The Amazing Maurice and His Educated Rodents. Saya start baca Pratchett dari buku Amazing Maurice ni, terus sangkut.

Betul, Colour of Magic boring tahap super >_<



message 49: by Ayscha (new)

Ayscha (nayscha) | 32 comments err..thanx khairul dan robin..lunch japgi mmg nak trus g MPH..waahh!!!tak sabarnyee.. ^_^


message 50: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
I think I should try Pratchett too - heard praises of his books somewhere before and now here.


« previous 1 3 4
back to top