Goodreads Malaysia discussion

53 views
Makan Buku, Minum Buku... > Tak sedar dah jadi 'diehard fan' sehingga....

Comments Showing 1-19 of 19 (19 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Apr 22, 2009 04:40AM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Salam sejahtera semua,

Baru-baru ni ada kawan yang bertanya, saya ni diehard fan Faisal Tehrani ke? Saya tak mengaku (sebab tak pulak terasa macam tu). Tapi bila balik rumah, saya semak semula rak buku dan congak-congak, saya rasa kalau ukuran diehard fan tu dikira berdasar berapa jumlah buku FT yang saya ada dan pernah baca....

Daripada 22 buah buku dalam senarai FT di Ujana Ilmu misalnya, saya dah baca 1515, Advencer si Peniup Ney, Bedar Sukma Bisu, Manikam Kalbu, Nama Beta Sultan Alaudin, Surat-surat Perempuan Johor, Tunggu Teduh Dulu, Perempuan Politikus Melayu, Cinta Hari-hari Rusuhan, Detektif Indigo, Karbala, Karya Nan Indah dan Lagi Cerpen-cerpen Underground. Bukunya yang saya ada tapi belum baca / belum habis baca: Saasatul Ibaad, Tuhan Manusia, Ketupat Cinta dan Kekasih Sam Bo Po (17 buah semuanya... terkejut saya sendiri). Baru saya tersedar dan 'menginsafi diri', rupanya saya memang die-hard fan FT agaknya?

Macam mana dengan rakan-rakan. (Ada terjadi peristiwa tanpa sedar rupanya diehard fan mana-mana pengarang... kalaupun bukan FT?). Siapa pengarang yang hampir kesemua buku yang ditulisnya sudah anda khatam?

As for me, saya berazam untuk meluaskan pembacaan dan jadi 'diehard fan' pengarang lain juga - sungguh tak adil bagi ramai lagi pengarang kat luar bila saya asyik baca FT dan FT saja.... dan tak adil bagi diri saya sendiri juga, terkepung dalam idea pemikiran seorang penulis saja...


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Tak apa jika suka seseorang penulis tu tanpa menghiraukan yg lain. Saya berpendapat kita harus baca buku yg kita suka, bukan apa yg sedang popular sekarang. Kalau minat Tehrani sampai tak baca tulisan org lain, kisah apa? Memang sepatutnya kita perluaskan pembacaan kita kalau tak mau pun apa salahnya, ye tak?

Bagi saya: Agatha christie, Terry Pratchett, Bill Bryson...dan ada le 2-3 penulis yg lain. Buku-buku mereka semua saya ada dlm koleksi saya. Kalau tak ada semua pun, sekurang-kurangnya 80% karangan mereka saya ada.


message 3: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Apr 21, 2009 05:28PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Khairul,

Yup, setuju itu hak kita untuk suka mana-mana pengarang, tapi bagi saya sendiri secara peribadi rasa perlu mempelbagai bacaan dari sudut pengarang (selain geografi). Mungkin supaya boleh mencedok cara pengarang lain berfikir dan menanggapi persekitaran pula :).

Dan saya selalunya tak cenderung pada pengarang popular juga. Misalnya Twilight yang diheboh-hebohkan, mungkin takkan pernah baca. Harry Potter pun tak termasuk dalam senarai saya walaupun sangat popular.


message 4: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Semua buku Sidney Sheldon, kecuali memoirnya, The Other Side of Me, telah saya baca.

Hampir semua buku John Grisham, kecuali buku-buku terbaru keluaran tiga tahun kebelakang, telah saya baca.

Maka, bolehlah digelar apapun kepada saya. :)


message 5: by Peesha (last edited Apr 21, 2009 10:43PM) (new)

Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Setiap orang ada preference tersendiri. Ya, setuju dgn Khairul ... kalau minat FT sampai tak baca karya orang lain, kisah apa?

[Saya pun peminat kipas susah mati FT .. ;p:]

Semua itu berdasarkan bagaimana karya2 mereka menyentuh hati kita ... Macam orang lain baca karya Hamka - Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - menggunung pujian dan kata-kata ... tapi saya tak rasa apa-apa ... Maka adakah saya tidak boleh menanggapinya?

Saya tidak rasa begitu ...

Analogi karut saya:
Durian pada kita adalah buah yang sangat eksotik, happening dan heaven! Tapi, Andrew Zimmern, Anthony Bourdain langsung tak boleh makan + appreciate buah itu walau perut mereka boleh menghadam daging ba*bi hutan :p

Peace!


message 6: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Apr 22, 2009 04:37AM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Mudin,

Saya dulu ikut juga Grisham, tapi tak sempat nak buat koleksi bersungguh... Sheldon belum pernah cuba...

Peesha, Ketupat Cinta pun mesti dah beli ni. Atau sampai gi beli manuskrip Ingin Jadi Nasrallah dari tangan FT sendiri? :D

Sebenarnya tajuk saya kat atas kurang tepat rasanya, mungkin sepatutnya letak sebagai 'Anda tak sedar anda 'diehard fan' bila... sebab selama ini saya tak perasan bahawa saya dah baca sebegitu banyak buku FT. Saya rasa ada pengarang lain yang lebih saya suka daripada dia... malah saya tak masukkan dia dalam senarai pengarang kegemaran saya di GR. Tapi bila tengok rak buku... eh betulkah aku ni... macam tu alkisahnya... bukan segan mengaku sebagai peminat pengarang tertentu sebab kisah dengan kata-kata orang, tapi tiba-tiba tersedar bahawa dah mengikuti buku-bukunya sampai demikian sekali...


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Mungkin kerana pendekatan FT yang pelbagai. Misalnya dalam buku ini dia menyentuh pasal muzik, dalam buku lain dia menyentuh fesyen, misalnya. Mungkin kerana penulisannya kerap bersentuhan dengan persoalan semasa seperti dalam The Prau atau Ketupat Cinta misalnya. Ini menjadikan, karya2nya lebih relevan untuk satu2 waktu. Tulisannya turut menyentuh jati diri Melayu Islam yang seakan mengubat 'dahaga' sesetengah pembaca novel Melayu. Dan bahasanya pun bagus, itu kita sudah sedia maklum.

Jadi saya rasa kalau nak jadi die-hard fan FT pun tak ada salahnya, sebab buku-bukunya memnag berfaedah dan juga cukup menarik pada saya. Formulanya mudah, karya2 menarik dan sangat2 berfaedah.

Jadi kalau dah betul suka dan rasa penulisan FT lebih dekat di hati dan FT pula nampaknya rajin dan kerap menerbitkan buku baru, jadi saya rasa tiada salahnya baca FT selalu, kan?




message 8: by Faizah Roslaini (last edited Apr 22, 2009 07:29PM) (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Oh ya. Saya selalunya tidak kekal pada seseorang penulis sahaja. Tapi terus terang, karya FT memang lebih banyak dari yang lain-lain. Tapi nak kata die-hard fan, entah lah.. Gelarlah apa pun. Sekurang-kurangnya ada juga saya membaca.

Dan ya, kalau boleh pemilihan penulis perlu juga dipelbagaikan, itu betul saya setuju. Jadi pembacaan lebih meluas dan fikiran pun lebih terbuka.



message 9: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Masa ke pesta buku semalam saya sempat bertanya pada FT - how is it a man so young boleh tulis sooooo many books? "Macamana adik terlarat, 'dik?" (iye lah, kita perasan lah kita ni tua dari dia hahaha)

His reply - "kalau akak perasan, saya bukan tulis buku yg heavy aje 'kak." Dia sambung lagi, katanya, buku yg ringan-ringan tu easier and faster to tulis. And dia sempat sarankan titles yg patut dibaca kalau baru nak mula membaca karya-karya dia.

Of course, that still didn't explain macamana dia boleh come up with soooo many jalan cerita. And how dia tak terperangkap dalam any single genre (sci-fi? cinta? novel sejarah?).

'Peminat kipas susah mati' Peesha? I like that!!


message 10: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Faizah, sekarang memang dah mengaku peminat karya-karya FT. Dia memang berbeza dari penulis2 sezaman dengannya - genius mungkin? Dan sangat rajin.

Kataklicik,

Saya baca di thread satu lagi, beli 11 buku FT sekaligus. Wah! Standing ovation untuk Kataklicik beserta tepukan. Saya sempat jugak bertemu dengan FT tempoh hari, tapi sebuah buku sajalah saya beli: Ketupat Cinta saja. Lepas ni mungkin nak lengkapkan koleksi dengan beli beberapa buah lagi. Kalau tak salah sekitar 7 buah sebelum cukup semua dalam koleksi keluarga (adik, saya dan kakak semua pakat baca dan beli bukunya).

Memang sah peminat kipas susah mati juga nampaknya....




message 11: by annahs (new)

annahs | 70 comments Assalamualaikum wrh wbt.

Maaf, mencelah yea..

Sebenarnya, asalnya saya hampir2 menjadi 'kipas susah mati' FT, tapi cepat tersedar saya banyak habiskan wang untuk membeli buku2 hanya pada 1 penulis sahaja, sedangkan saya sendiri menyokong diri yang lebih suka dengan ilmu pelbagai.

Tak salah kalau minat, tak kisah juga berhabis untuk 1 penulis sahaja, terutamanya penulis yang rajin menulis & menulis dalam pelbagai genre. Cuma pada saya pelbagaikan lagi ilmu dan tulisan penulis2 lain. Saya juga patut berterima kasih pada FT sebab buku beliau yang pertama dibeli oleh kakak sulung saya, TTD (Tunggu Teduh Dulu - versi asal) yang membuka mata saya pada tulisan penulis2 yang lain seperti Nisah Haron, Isa Kamari, Zaid Akhtar (bekas MPR yang lain pun) malah penulis2 mapan, juga sasterawan negara dan karyawan2 terkemuka yang hidup ataupun yang telah tiada. Dan tak sangka juga, minat saya yang sangat macam - macam itu, telah mengumpulkan banyak genre buku di rak, yang saya sendiri pun berfikir 'Maka, bolehlah digelar apapun kepada saya. :)' - seperti dikatakan oleh Tuk Mudin kita di atas.

Jadi, apa - apa pun, minat je sapa yang anda nak minat. Kira apa orang lain kata. Yang penting, membaca itu ilmu, cuma harap pilihlah penulis yang berilmu.

Tumpang lalu yea... :)

p/s : Macam nak beli buku Ann Wan Seng yang baru - Murtad, Jgn Pandang Sebelah Mata. Bagus tu!


message 12: by Peesha (new)

Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Kataklicik:
Suka? Sila lah guna ... hehe ...

Annah:
Pilih penulis berilmu? hmmm ... mm ... deep ... boleh tolong ulas sikit?


message 13: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Peesha, tahniah dah berjaya cipta satu terma baru yang melekat :). Ringkasnya jadi Peminat KSM (=kipas susah mati)! He he he


message 14: by annahs (new)

annahs | 70 comments Assalamualaikum...

Kak peesha (panggil kak la yea...)
Penulis berilmu memberikan kita maklumat tika kita membaca. Walaupun kadang2 kita hanya sekadar baca, bagi saya, ia perlu memberi input (tak kisah info -ve @ +ve). Tak perlu kita terlalu meletakkan apa jenis input yang kita mahu, cukup sekadar input am yang boleh buat kita berfikir.
Walaupun hanya cerita motivasi, kekeluargaan, kisah2 benar mahupun kisah2 adaptasi filem ke buku, kalau intipatinya boleh buat kita berfikir 'loh! boleh yea macam tu?' @ tiba - tiba kita mengangguk tanda faham dengan jalan cerita yang kita baca, itu maknanya minda kita sedang mencerna maklumat. (tak perlu la sampai kena angguk je setiap kali bila faham - walaupun saya macam tu...Hehehehe)

Ini pendapat saya. Dan saya bersifat menerima & terbuka. Insya Allah, kalau ada perbincangan dalam 'pembedahan buku' mengenai isu ini, kita cincang sampai lumat lagi.

p/s : Ada gak buku novel ringan yang kadang2 tanpa kita sedar ia memberi ilmu baru..

Tumpang lalu...


message 15: by Peesha (new)

Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Najibah:
Hayo ... dah melekat ye? Tak pe lah ... daulat bahasa kita ...!

Annahs:
Kakak? Hantam sajalah labuuu ...

Begitu kisahnya ... tapi bukankah setiap buku memberikan kita sesuatu hatta kepada buku yang kita nilaikan sebagai buku berkualiti "ERK!"?

Kalau buku itu bercerita 'sampah', maklumat 'sampah' lah kita temui, kan?

P/s: Nama Annahs kalau diterbalikkan macam nama kawan saya!


message 16: by W (new)

W Nor Haslina (wnorhaslina) | 203 comments Die hard fan ? oh saya memang kalau minat dengan seorang penulis saya akan pastikan setiap novel tulisannya saya miliki. Untuk koleksi luar negara saya suka sangat dengan karya2 John Grisham . Dalam Malaysia sudah tentu karya2 sasterawan A Samad Said dan Faisal Tehrani. Saya bukan saja beli novel tapi pantang jumpa apa2 artikel penulis berkenaan pasti simpan buat scrapbook haha.


message 17: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Tabiklah dengan W :) - kalau sesiapa nak pinjam koleksi buku skrap artikel2 A Samad Said dengan FT boleh ke?


message 18: by W (new)

W Nor Haslina (wnorhaslina) | 203 comments Boleh tapi kena cari dulu mana scrapbooknya. Kerja mengumpul hanya aktif 3 thn lepas. Hehehe.



message 19: by Masni Qisrine (new)

Masni Qisrine | 4 comments sy rasa currently sy diehard fan FT, A samad Said, Isa Kamari & RAM...
mybe will add sumore soon..if ada karyanya yg memikat hati..


back to top