Goodreads Malaysia discussion

44 views
Arkib > Melantik moderator baru / tambahan

Comments (showing 1-17 of 17) (17 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Najibah, Pustakawan di bumi Tuhan (last edited Apr 16, 2009 02:48AM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2814 comments Mod
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Faizah Roslaini, Robin dan saya ada berbincang tentang kemungkinan menambah moderator baru / tambahan bagi kumpulan Malaysians, melalui bantuan pihak GR sendiri memandangkan moderator asal kita tidak aktif buat masa sekarang. Di bawah ini adalah isi pertanyaan saya kepada pihak GR dan jawapan yang diberikan:

Hi! I am writing on behalf of Malaysians group here on Goodreads. The problem is that our moderator has 'gone into hiding' for quite sometime by now, attempt at contacting her thru email failed, while at the same time the group has been gaining popularity and getting more members from time to time. Since the moderator is silent, we cannot make any meaningful alteration to the group, like adding group logo, moderating the forum etc.

We don't want to create another one, since it'd be hard to gain the same momentum as now and some of our members might not agree, therefore if possible, we would like to ask if other moderators can be added to the group by your help?

If it's against GR policy in anyway, yes, of course we'd think of another alternative :). Thank you in advance for your kind help.

Jawapan kepada masalah:

Najibah,

I know GR has appointed moderators in these cases. You might get a faster response if you also make your request, with a link to the group, at the contact us link at the bottom of the page. Good luck!

Edit:

It would also be helpful if you gave Goodreads links to the member profiles of members who want to be added as moderators.

Apa pendapat rakan-rakan di sini? Kalau rakan-rakan bersetuju untuk menambah moderator baru, apa kata kita calonkan sekurang-kurangnya 5 orang, misalnya, kemudian kita undi dan hantar nama 3 orang untuk diangkat sebagai moderator oleh pihak GR di samping Sdr Kausa?


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Terima kasih atas usaha Cik Najibah kita. Bagi saya kalau ada grup baru pun ok. Namum lebih setuju kalau tambah moderator sebab ahli ahlinya sudah sedia ada.

Kalau nak moderator baru saya nak cadangkan, Najibah, Tok Mudin, Bunnybaby(terror IT ni, blog Bunnybaby menarik betul!), Robin dan Hannah(tgh cuti, kan?)

Cadangan semata, ya. Jgn marah, ya? Kalau tak setuju saya kira tak mengapa, kan?

Saya akan menyokong anda semua sehabis boleh namun untuk sesuatu komitmen saya takut tidak berkemampuan. Maklumlah nak drive pun harapkan suami. Internet pun bukan online sepanjang masa.

Namun, insya Allah saya akan memberikan sokongan padu kepada sesiapa saja moderatornya nanti.



message 3: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Saya setuju dgn cadangan Faizah!! :)


message 4: by Najibah, Pustakawan di bumi Tuhan (last edited Apr 16, 2009 11:48PM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2814 comments Mod
Saya baru nak cadangkan Kataklicik, Faizah, TokMudin, Bunnybaby dan Nakamura :).

Faizah dengan Nakamura sebab mereka paling rajin membuka topik baru di Malaysians, walaupun tak mampu online sepanjang masa. He he he...

Kataklicik, sebab aktif sungguh di serata kumpulan :).

Jadi sekarang:

1. TokMudin (2)
2. Bunnybaby (2)
3. Kataklicik (1)
4. Faizah (1)
5. Robin (1)
6. Hannah (1)

Teman-teman lain pun boleh calonkan lagi (sampai bila ya kita mahu buka pencalonan? Beri seminggu hingga 24 April ok tak?). Saya rasa kalau sesiapa berminat nak jadi moderator, pun boleh mencalonkan diri juga.

Nanti kita shortlist (senarai pendek) 5 orang, mengundi, kemudian hantar nama 3 orang.

Cadangan lain dialu-alukan :)


message 5: by Hannah (new)

Hannah | 92 comments Faizah Roslaini wrote: "Terima kasih atas usaha Cik Najibah kita. Bagi saya kalau ada grup baru pun ok. Namum lebih setuju kalau tambah moderator sebab ahli ahlinya sudah sedia ada.

Kalau nak moderator baru saya nak cada..."


haha.. thanks for the faith but... cuti saya dah nak habis dah la. Lepas ni kemungkinan tak ada cuti yg sepanjang ni lg. I'll be MORE than happy to help out. Nanti kalau ada apa2 yg perlu pertolongan dan sokongan, insyaAllah saya akan tolong. Seriously. All you need to do is ask :)

Tp kalau utk jadi moderator tu, saya rasa saya kurang mampu. Lepas hbs cuti ni saya konfem akan jadi busy sebusy-busynye dgn assignment, exam and all that.

Saya tak spend byk masa kat sini, tp bagi pendapat saya, Faizah seorang yg full of ideas (this really comes straight from the heart) dan saya rasa ketidakmampuan untuk online sepanjang masa tu bukan lah satu masalah yg sgt besar. Siapa yg mampu utk menghadap komputer 24/7? Setakat ni pun, saya nampak mcm Faizah antara yg aktif je kat sini... huhu. So, Faizah dear, I'm voting for you :)

Saya juga sokong Najibah, because of your enthusiasm and also, you seem like a very organized person- this is just my observation so far. With a moderator who posesses these two traits, I'm sure the group would be more successful in the future.

Err.. selain itu, saya minta maaf sebab saya tak berapa familiar dgn ahli2 kumpulan ni.

Seminggu dari skrg? Bagi saya, ok je. Lg cpt we get this settled, lg bagus. Tapi in case tak ramai yg berkesempatan untuk online dan lihat topik ni, maybe we should extend the time for a LITTLE while longer.


message 6: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 991 comments Mod
Saya undi Faizah, sebab dia paling rajin kat GR.
Hehheh!


message 7: by Najibah, Pustakawan di bumi Tuhan (last edited Apr 17, 2009 01:06AM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2814 comments Mod
Jumlah undian sekarang:

1. Faizah (3)
2. Najmuddin a.k.a TokMudin (2)
3. Bunnybaby (2)
4. Najibah (2)
5. Kataklicik (1)
6. Robin (1)
7. Hannah (1)

Tentang pencalonan saya, secara tak sengaja nampaknya pihak GR telah menambah saya ke dlm senarai moderator selepas mengirim pertanyaan - anggap saja saya SPR untuk sementara. Selepas selesai undian dibuat dan saya menaikkan nama orang-orang yang terpilih jadi moderator, saya akan mengundur diri, hehe.

Cuma untuk sementara, saya dah naikkan bendera kita sebagai lambang kumpulan - dan letakkan folder-folder baru supaya topik diskusi lebih tersusun. Kalau ada yang tak berkenan, boleh bagi nama folder yang lebih sesuai - nanti saya tukarkan.


message 8: by elliss (new)

elliss (syaeeranasirymailcom) | 24 comments erm.. knape x nk create poll?? senang ckit kowt pd pndngan sy.. sy ingat nk buat, tp cik moderator benarkn ke??


message 9: by Robin (new)

Robin | 47 comments Saya setuju apa yang Hannah cakap.. Saya undi Najibah dan Faizah jadi moderator. Macam mana kalau ada 2 moderator, kurang sikit kerja tak?

To Najibah: dah nampak lebih tersusun group ni. Najibah memang efisien. Saya suka nama "makan buku minum buku", tepat skali.. :)


message 10: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Weiiiii.... betul jugak kata Robin - nak ramai-ramai moderator buat apa ye?

Heeheehee Najibah & Faizah, dah tutup pencalonan, awak berdua ambil alih ok?

Hugs hugs muah muah kiss kiss ;)


message 11: by Najibah, Pustakawan di bumi Tuhan (last edited Apr 17, 2009 10:09PM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2814 comments Mod
Syaee,

Sebenarnya terfikir jgk nak buat poll, tapi nak kena ada senarai pendek dulu agaknya sebab kita ada lebih 80 ahli. Syaee nak buat ok jugak, boleh kita tengok reaksi ahli yang lain - jgn kerana ada moderator kita rasa tak sebebas dulu. Bagi saya tujuan adanya moderator tu lebih kepada utk membantu mengemaskini group dan merancang aktivitinya, bukan menyekat kebebasan ahli-ahli.

Robin,

Terima kasih. Sebenarnya nak tambah 'tidur buku' lagi satu kat hujung, tapi ada had character untuk tajuk folder. He he he.

Ok, atas permintaan Robin dan Kataklicik, saya angkat Faizah tanpa tunggu cadangan ditutup. Kalau ada yang mahu membantu sebagai moderator sangat dialu-alukan. Kalau mana-mana moderator 'gone into hiding' lagi, adalah yang boleh menyusun grup ni berterusan. Sebab saya pun ada masa hibernasi di sini, muncul di sebelah lain dunia maya :)

Tambahan:

Pada pendapat saya lebih elok ada 3 orang lagi, dua lelaki dan seorang perempuan. Kalau boleh yang perempuan wakil dari mahasiswi, dan yang lelaki seorang yang sudah bekerja dan seorang mahasiswa. Supaya seimbang dari sudut 'tarikan sosial'.


message 12: by Welma (new)

Welma La'anda | 194 comments salam,

saya undi kak najibah :)


message 13: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Salam. Hai saya tak tahulah nak cakap apa.. hmm..

Apa apa pun saya ingin berterima kasih dan mengucapkan TAHNIAH kepada Najibah yang tanpa bertangguh-tangguh lagi telah melakukan beberapa perubahan yang menarik terhadap grup ini. Terima kasih!!

Saya akan membantu dan menyokong sehabis boleh.

Salam.


message 14: by Najibah, Pustakawan di bumi Tuhan (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2814 comments Mod
Alah takde apa pun Faizah, sambil-sambil mengisi masa yang terlebih selepas penat membaca :). Tapi yang penting, ada pengghairah buku macam Faizah baru cukup masam-masin-manis kumpulan :)


message 15: by elliss (last edited Apr 20, 2009 03:04AM) (new)

elliss (syaeeranasirymailcom) | 24 comments saya sudah pn naikkan poll.. ade 2 poll cz senarai kte ade 7 org, x cukup nk msukkn dalam satu poll.. kalau ade cadangan lain, u all just vote for lain2 and then kt comment, nyatakan siapa yg u all nk vote tu..

erm, mula2 saya ingt nk bhg kn satu poll tuk prmpuan, satu poll tuk lelaki, tp malangnyer, candidates kite trlbey rmai pmpuan pulak drp lelaki.. maaf ye..


message 16: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments I dah vote, Syaee!!


message 17: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 855 comments Mod
Faizah Roslaini wrote: "Terima kasih atas usaha Cik Najibah kita. Bagi saya kalau ada grup baru pun ok. Namum lebih setuju kalau tambah moderator sebab ahli ahlinya sudah sedia ada.

Kalau nak moderator baru saya nak cada..."



Hee hee hee! Saya baru je buka dan baca thread ni. Terima kasih Faizah atas pujian melambung-lambung tu (kembang mata, hidung, dan segala-galanya sekejap). Amin, amin. Semoga saya akan semakin 'terror' IT selepas ini :-p

Tapi, nasib baik juga saya senyap aje masa thread ni berjalan. Kebetulan saya tengah sibuk masa tu, bukan saja nak mengelak sebenarnya. Walaupun dah terlambat, saya tetap nak ucapkan terima kasih kepada Najibah yang berinisiatif tinggi dan berusaha sungguh-sungguh menggiatkan lagi kumpulan ini, dan tahniah kepada para moderator baru :-)

Muah muah!


back to top

unread topics | mark unread