Goodreads Malaysia discussion

169 views
Salam Perkenalan & Pengumuman > 2013; ada harapan untuk program/acara GRMY?

Comments Showing 1-50 of 89 (89 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Ahli kita semakin bertambah, dan yang bersuara di forum pun makin ramai. Apa aktiviti yang bermakna boleh dibuat untuk mengisi 2013? Atau kita sudah tak ada harapan lagi untuk beraktiviti luar talian?


message 2: by Wan Atiee (new)

Wan Atiee (WanAtiee) | 132 comments saya sungguh berharap ada idea yang bernas supaya semua ahli-ahli didalam forum ini dapat bersua muka suatu hari nanti.


message 3: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments insya Allah, ada harapan :) Saya masih mengidamkan perpustakaan baru negeri Selangor :)


message 4: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Sekali lagi perjumpaan di PPAS. Yang lepas saya tak berpeluang hadir.


message 5: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Saya terfikir nak pinjam (ke kena sewa) bilik tayangan PPAS untuk tayangan dokumentari buku atau filem2 adaptasi buku.

Kalau nak ada kelainan, kita buatlah tiket masuk kena bawa buku tu sendiri atau sebuah buku yang paling disukai?

Kalau DVD Life of Pi, Mac 2013 baru rilis.

Ada cadangan lain boleh lah kongsi.

Oh, satu lagi macam menarik juga idea Free Little Library. Cuma yang ini kena keluar duit jugalah. Boleh Google Free Little Library.


message 6: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Another idea that comes up to my mind is based on another thread by Rasydan Fitri, Booktuber. Why not sponsor a competition like we did for our logo last time? (but above all my apology for not having time to change our logo to the colored one, which is the latest. Will do next week).


message 7: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
festival pembaca goodreads malaysia :)


message 8: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Menarik tu..Festival - bermakna benerapa hari & pelbagai aktiviti.


message 9: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Sehari pun cukup. Tak silap festival pembaca indonesia sehari saja


message 10: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Wah..kalau macam tu, bolehlah dibincangkan dengan lebih serius.


message 11: by Norziati (new)

Norziati | 378 comments Buat koloborasi untuk lebih meriah dan untuk tenaga kerja yang lebih. Contohnya dengan geng indie dalam Pop Fest :)


message 12: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Sokong Festival Pembaca :) (Tapi boleh jelaskan lagi Pop Fest geng Indie tu? Dah berlangsung ke bakal berlangsung?)


message 13: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Pop fest sgt pop. Hahaha tak sesuai dgn saya


message 14: by Syahira (new)

Syahira  | 752 comments buat flea market ke... program kanak kanak ke..pertandingan menulis ke.. merchandise ke.. dah lama tak masuk program universiti, rindu nak buat tshirt and badges hehe.


message 15: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Saya fikir perkara utama perlu difikirkan adalah bajet. GRMY tiada wang simpanan yang dikumpulkan. Kecuali diusahakan untuk dapat penajaan. Atau program kita cuma kecil-kecilan.
Boleh diusahakan kolaborasi dengan penerbit-penerbit. Juga dengan mana-mana Perpustakaan. Secara tak langsung boleh dapat tajaan wang dan tempat mungkin.
Setuju cadangan flea market, cuma nak kena tempat yang agak luas, ada padang. Sesi Bedah Buku, Ulas Buku, Wacana Buku,Sesi Bersama Penulis. Yang wajib sesi perkongsian pengalaman penulis Kembara Sastera - Pn Nisah. :)


message 16: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Oh ye..sesi perkongsian Bagaimana Saya Membaca oleh ahli GRMY yang jadi juara2 membaca di sini.


message 17: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Nor Azzah wrote: "Saya fikir perkara utama perlu difikirkan adalah bajet. GRMY tiada wang simpanan yang dikumpulkan. Kecuali diusahakan untuk dapat penajaan. Atau program kita cuma kecil-kecilan.
Boleh diusahakan ko..."


Agak2 kalau GRMY tak berdaftar, pihak kerajaan dan agensi rasmi sudi melayani tak kalau kita mahu jalinkan aktiviti bersama? Atau kena daftar dulu? :|

Kalau tempat, saya ada lokasi nak dicadangkan, iaitu Tasik Alam Impian di Shah Alam dan hampir sempadan Kelang. Di situ ada pentas tinggi yang diukir sajak A. Samad Said di belakangnya, dan ada satu pentas lagi ala Colosseum. Ada arca robot dan luas kawasannya. Boleh google imejnya. Saya tak sempat nak paste di sini.

Syahira wrote: "buat flea market ke... program kanak kanak ke..pertandingan menulis ke.. merchandise ke.. dah lama tak masuk program universiti, rindu nak buat tshirt and badges hehe."

Semua menarik :) - saya dah mula berimaginasi ni. Jom jadikan kenyataan.


message 18: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
kita boleh kerjasama dgn NGO yg sudah berdaftar. tak ada masalah sangat pasal pendaftaran. kita bukan nak berhimpun di dataran merdeka. keh keh keh


message 19: by Siti M (new)

Siti M Mat (sitimat) | 35 comments Wah - menarik! Saya sokong anjurkan festival sehari pembaca. Acara lain dicadangkan - storytelling (reading out loud from a book) untuk kanak-kanak (objektif - menyuburkan minat kanak-kanak terhadap buku). Selain tajaan penerbit buku dan badana-badan berkaitan, mungkin boleh sewakan booth jualan? Yang pasti booth jualan buku. Gerai jual makanan dan minuman pun pasti laku. Saya kurang pasti, kalau konsep flea market boleh caj utk booth ke? Kalau sekadar pembaca yang mahu jual/bertukar buku-buku lama/terpakai mereka, takkan nak sewa booth pula.


message 20: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Siti M wrote: "Wah - menarik! Saya sokong anjurkan festival sehari pembaca. Acara lain dicadangkan - storytelling (reading out loud from a book) untuk kanak-kanak (objektif - menyuburkan minat kanak-kanak terhada..."

kena caj juga - khususnya pengurusan, pembersihan dsb. tapi bukanlah caj mcm sewa tapak pesta buku antarabangsa :)


message 21: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Mohd Nazmi wrote: "kita boleh kerjasama dgn NGO yg sudah berdaftar. tak ada masalah sangat pasal pendaftaran. kita bukan nak berhimpun di dataran merdeka. keh keh keh"

Saya ada tanya dengan bos, kalau GRMY nak buat program di Perpustakaan USIM boleh tak? Bos saya dah bagi lampu hijau. Jadi saya jemputlah, kalau nak buat di Perpustakaan kami. Ruang parking juga luas kalau nak buat car boot sale.


Siti M wrote: "Wah - menarik! Saya sokong anjurkan festival sehari pembaca. Acara lain dicadangkan - storytelling (reading out loud from a book) untuk kanak-kanak (objektif - menyuburkan minat kanak-kanak terhada..."

Kalau gaya car boot sale, kami pernah buat dulu, kira sewa tapak untuk parking kereta.


message 22: by Wan Atiee (new)

Wan Atiee (WanAtiee) | 132 comments Saya akan menyokong setiap apa cadangan yang akan dikeluarkan. Macam festival tu bunyi nya sangat menarik.


message 23: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Nor Azzah wrote: "Mohd Nazmi wrote: "kita boleh kerjasama dgn NGO yg sudah berdaftar. tak ada masalah sangat pasal pendaftaran. kita bukan nak berhimpun di dataran merdeka. keh keh keh"

Saya ada tanya dengan bos, ..."


Perpustakaan USIM memang 'cool' kalau macam itu :) - saya suka.

Saya tak pernah pula tanyakan pada Perpustakaan UIA Gombak :)


message 24: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Najibah wrote: "Nor Azzah wrote: "Mohd Nazmi wrote: "kita boleh kerjasama dgn NGO yg sudah berdaftar. tak ada masalah sangat pasal pendaftaran. kita bukan nak berhimpun di dataran merdeka. keh keh keh"

Saya ada ..."


lebih suka di USIM drpd UIA. hanya kerana lebih dekat dgn rumah. hehehe


message 25: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Jadi, apa program yang nak seauai nak sibuat ye? Untuk ahli sekitar Melaka, NS dan Bangi tu , sesuailah di USIM. Dari Shah Alam untuk Najibah, bolehlah buat di PPAS dengan kerjasama Nana.


message 26: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Nor Azzah wrote: "Jadi, apa program yang nak seauai nak sibuat ye? Untuk ahli sekitar Melaka, NS dan Bangi tu , sesuailah di USIM. Dari Shah Alam untuk Najibah, bolehlah buat di PPAS dengan kerjasama Nana."

Tak ada acara yg lebih sesuai utk pembaca buku, selain acara diskusi, dialog atau bual buku. Acara yg lain adalah pelengkap kpd acara utama tu.

Cuma bentuknya boleh berubah2 mengikut kreativiti dan kesesuaian.


message 27: by Wan Atiee (new)

Wan Atiee (WanAtiee) | 132 comments bila hendak di adakan ya? ini kali pertama saya nak "join" acara GRMY. tahun sebelumnya belum pernah.


message 28: by Saniah (last edited Jan 13, 2013 03:21AM) (new)

Saniah Mat | 163 comments Walaupun lama tak join,saya amat bersetuju program dibuat di USIM.Saya pun berhampiran.


message 29: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Wow..bertambah harapan untuk program 2013 ni. Boleh kota susun acara dengan lebih teratur dan tentukan tarikhnya. Harinya, hari Sabtu. Bila & apa?


message 30: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Okei. Apapun satu dah confirm. Tempatnya: USIM!!!


Hehe.


message 31: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Wah teruja ni nak jadi tuan rumah.
Cadangan tarikh & aktiviti?
Saya tak pernah hadiri program GRMY sebelum ni, tak tau selalunya macam mana.


message 32: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Nor Azzah wrote: "Wah teruja ni nak jadi tuan rumah.
Cadangan tarikh & aktiviti?
Saya tak pernah hadiri program GRMY sebelum ni, tak tau selalunya macam mana."


buat mcm biasa saja. mcm hari tu jumpa masa pesta buku tahun lepas pun, yg jadi biasa, jadi luar biasa. :)


message 33: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Jadi, nak buat:
1. Acara santai di kalangan ahli GRMY saja, sembang ahli. Lawatan ringkas Perpustakaan USIM.
2. Festival Pembaca 2013 yang ada sesi Diskusi Pembaca, Wacana Buku, Bicara Penulis, dll.
3. Sembang ahli & antara topiknya penganjuran Festival Pembaca 2013.

Yang mana satu?


message 34: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Tempat yang ada public transport tak ada?


message 35: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Kalau buat di USIM, saya tawar diri ambil rakan2 di KTM Nilai.


message 36: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments Kalau di USIM, saya setuju juga. Saya setuju dengan cadangan untuk jemput Pn Nisah. Nak jadi lebih kick, kena buat makan-makan kut :p

Bila? Sehingga Tahun Baru Cina, saya terlibat dengan program. Tarikh selepasnya, insya-Allah, tiada masalah.


message 37: by Limau Nipis (new)

Limau Nipis (limaunipis) | 89 comments menarik juga di USIM.. saya boleh pandu kereta bersama puan Ummu Auni. dan bawa anak-anak? err bolehkah bawa anak-anak? sebab anak-anak saya kaki buku


message 38: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Ramai ni berminat nak ke USIM :) - bukan selalu dapat jumpa beramai-ramai.

Kalau boleh tambah acara, buat bengkel ulas buku pun menarik juga. "Buat Duit dengan Ulas Buku" - jemputan, hmmm, siapa yang sesuai? Dr. Roosfa Hashim, UKM. Atau Dr. Shaharom TM Sulaiman. Tapi saya kurang pasti Prof Shaharom masih aktif atau tak?


message 39: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Wah, maknanya ini bukan gathering sembang-sembanglah.
Nak buat terus jadi Festival Pembaca?


message 40: by Limau Nipis (new)

Limau Nipis (limaunipis) | 89 comments Saya hendak gathering santai. Sekadar kenal2 dengan ahli lain


message 41: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Siapa duduk area Shah Alam, mungkin kita boleh jumpa di PPAS atau Buku Jalanan time hujung minggu.

Jomla. Bak mai hp no.


message 42: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
BTW, ada rasa nak buat perjumpaan GRMy ikut kawasan tak?

Saya dah ada dah nama ketua geng ikut kawasan dalam otak ni.. hahahahaha


message 43: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Najibah, mana satu yang nak dibuat ni?


message 44: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Nor Azzah wrote: "Najibah, mana satu yang nak dibuat ni?"

kita buat di USIM dulu :)


message 45: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Faizah Roslaini wrote: "BTW, ada rasa nak buat perjumpaan GRMy ikut kawasan tak?

Saya dah ada dah nama ketua geng ikut kawasan dalam otak ni.. hahahahaha"


Patut dah lama kita buat chapter kan? Tapi gelak Faizah yang kat hujung tu yang buat saya musykil, siapa ketua geng yang ada dalam kepala Faizah. Hehehe.

Nor Azzah wrote: "Najibah, mana satu yang nak dibuat ni?"

Buat kat USIM dulu pun OK juga, sesi santai2 sambil law at lib USIM :-) . Ramai min at nak pi sana.


message 46: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Ok, di USIM, cadangan tarikh 2 Mac.


message 47: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Nor Azzah wrote: "Ok, di USIM, cadangan tarikh 2 Mac."

ok, apa acaranya. saya mahu buat hebahan :)

ps: azzah, perpustakaan usim sudah selesaikah menyusun acara sepanjang tahun?


message 48: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Nazmi, takwim tahunan untuk program dah ada bersama dengan cadangan-cadangan perlaksanaan.

Terdekat Wacana Buku, hujung Februari atau awal Mac.


message 49: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Nor Azzah wrote: "Nazmi, takwim tahunan untuk program dah ada bersama dengan cadangan-cadangan perlaksanaan.

Terdekat Wacana Buku, hujung Februari atau awal Mac."


apa lagi, e-melkan secepat mungkin :)


message 50: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Amboi..tak sabar dah. Nanti dulu, sedang finalisekan tajuk buku & pembicaranya. Orang yang uruskan program baru saja balik dari Cairo Book Fair tengahari tadi. Beri dia bernafas sekejap.


« previous 1
back to top