Goodreads Malaysia discussion

215 views
Buku-buku Mengenai... > Novel melayu best sellers

Comments Showing 1-12 of 12 (12 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Titrin (new)

Titrin Hanif | 7 comments Assalamu alaikum...

Maaf sebelumnya kalau topik ini sudah pernah di bicarakan, tetapi saya ingin tahu tentang novel-novel melayu best sellers. Saya ada baca 2 buku, yaitu bagaikan putri dan nora elena. Bagaikan putri karya Ramlee Awang menarik cerita, tetapi saya kesulitan untuk memahami beberapa bahasa yang ada di dalam novel itu. Apakah kawan-kawan boleh rekomen novel-novel yang menarik ceritanya dan bahasanya tidak terlalu susah untuk saya pahami? sebelumnya terima kasih.


message 2: by [deleted user] (new)

PECAH, oleh Khairul Nizam Bakeri, diterbitkan oleh BUKU FIXI.


message 3: by Siti M (new)

Siti M Mat (sitimat) | 35 comments Mungkin bukan bestseller, tapi bagi saya, buku-buku Baharuddin Bekri menarik juga. Bahasa dan cerita yang ringan, ada humor, ada mesej. Cuba 'Kita Hanya Di Seberang Jalan'.


message 4: by Hamidah (new)

Hamidah | 23 comments jaja dan Din oleh Noor Suraya, Urusan Cinta belum selesai oleh Imaen, Gadisku Wan Adnin - Noor Suraya, Coklat (Yang Manis) John Norafizan, Blues Retro - Imaen, Baju melayu hijau serindit - Syud, Lili buat najah dan buku2 tulisan hlovate


message 5: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Saya peminat buku-buku Ramlee Awang Murshid. Bahasa yang digunakan memang gabungan bahasa Melayu Malaysia, Brunei dan Indonesia kalau saya tak silap. Namun saya fikir cara itu akan dapat memperkaya penguasaan bahasa, di samping jalinan jalan cerita yang menarik.
Novel-novel tulisan Nisah Haron, Abdullah Hussin dan Azizi Abdullah juga menarik. Novel-novel yang ada isi.


message 6: by Titrin (new)

Titrin Hanif | 7 comments terima kasih untuk sarannya... akan coba cari judul-judul buku yang dicadangkan.


message 7: by Titrin (new)

Titrin Hanif | 7 comments Nor Azzah wrote: "Saya peminat buku-buku Ramlee Awang Murshid. Bahasa yang digunakan memang gabungan bahasa Melayu Malaysia, Brunei dan Indonesia kalau saya tak silap. Namun saya fikir cara itu akan dapat memperkaya..."

iya memang ada beberapa bahasa indonesia di novel "bagaikan putri", sebenarnya saya baca buku itu pun karena saya ingin memperkaya perbendaharaan kata-kata bahasa melayu saya, karena suami saya orang Perak. tapi ternyata dia pun tak banyak membantu waktu saya tanya arti dari kata-kata yang saya tak mengerti. :) Oh ya, karena buku Ramlee Awang Murshid saya jadi tahu tentang cerita Putri Gunung Ledang sampai saya cari vcd serta tengok drama musikalnya... :)


message 8: by Ernie Amira (new)

Ernie Amira (secretdiaryofanovellover) | 2 comments novel novel HLOVATE ;D


message 9: by Wan Atiee (new)

Wan Atiee (WanAtiee) | 132 comments Saya meminati karya ramlee awang mursyik. Bagi saya setiap apa yg dititpkan didalam novel-novelnya seolah-olah itu semua benar-benar berlaku dalam kehidupan seharian. Sungguh kuat penangan karya beliau.


message 10: by Zulaikha (new)

Zulaikha S. (magicalautumnsky) | 4 comments Assalamualaikm.

Hi all. Untuk novel-novel melayu, sy amat menggalakkan untuk baca karya daripada Ramlee Awang Murshid (RAM). Bagi saya, penulisan beliau sangat mantap dan berilmiah. Antara karya beliau yg saya sgt gemari ranggau,mandatori,rahsia perindu,mikhail,hatiku diharajuku,ungu karmila,siri bagaikan puteri dan ADAM.

Selain beliau, saya juga gemarkan penulisan daripada Hlovate. Tunas dan rooftop rant (highly recommend)antara novel beliau yg mnjadi kegemaran saya. Contengan jalanan pula bakal dibeli lpas dapat kupon buku nanti. haha.

Currently, sy membca novel melayu Velvet di Durham (Aishah Madadiy). Baru sampai muka surat ke 100 lebih. So far, saya masih lagi bersemangat tinggi nk smbung pembcaan novel nih. Plus novel nih berlatarbelakangkan UK which was the main point why i read this novel. haha.


message 11: by ninotaziz (new)

ninotaziz ninotaziz | 46 comments Zulaikha wrote: "Assalamualaikm.

Hi all. Untuk novel-novel melayu, sy amat menggalakkan untuk baca karya daripada Ramlee Awang Murshid (RAM). Bagi saya, penulisan beliau sangat mantap dan berilmiah. Antara karya b..."


I have heard rave reviews for the works of Ramlee Awang Murshid - from serious readers, teens, bankers, lawyers and even prisoners in jail!

A 2013 must read author for me.


message 12: by Zulaikha (last edited Jan 11, 2013 07:14AM) (new)

Zulaikha S. (magicalautumnsky) | 4 comments ninotaziz wrote: "Zulaikha wrote: "Assalamualaikm.

Hi all. Untuk novel-novel melayu, sy amat menggalakkan untuk baca karya daripada Ramlee Awang Murshid (RAM). Bagi saya, penulisan beliau sangat mantap dan berilmia..."


I hope u will enjoy his story :)


back to top