Intan Musa's Reviews > Cinta Hujan Panas

Cinta Hujan Panas by Emma Maizura
Rate this book
Clear rating

by
7112184
's review

really liked it

Mia Zara telah ke KL untuk menghadiri satu temu duga. Abang angkatnya, Nizam, telah menempah satu bilik hotel untuk penginapannya selama di KL. Malangnya, malam itu biliknya telah di cerobohi oleh Munif yang tiba-tiba terasa pening selepas makan malam dengan seorang perempuan yang tidak dikenalinya. Maruah Zara tergadai. Zara meminta Nizam menemani dirinya untuk menuntut supaya Munif bertanggungjawab. Datuk Faridah pada mulanya tidak percaya akan tuduhan Zara tetapi dia tetap menyuruh Munif untuk menikahi Zara. Munif akur tetapi dia tetap rasa Zara telah sengaja memerangkap dirinya. Mereka sering bertelagah. Tetapi hubungan Zara dengan Datuk Faridah pula semakin mesra. Munif hairan. Suatu hari Munif terdengar perbualan antara Zara dan Datuk Faridah. Rupa-rupanya, Zara adalah Mia, kawan sepermainannya yang dia rindukan selama ini. Dia mula rasa bersalah terhadap Zara dan bersyukur dia telah akhirnya dipertemukan dengan Zara. Dari hari itu, dia mula mendekati Zara dan cuba untuk memikat hati Zara. Dia ingin menghapuskan kenangan pahit yang Zara lalui kerana dirinya. Dengan pertolongan Ibu Anis, akhirnya Zara dapat menerima Munif. Baru sahaja mereka ingin merasa bahagia, perempuan yang telah makan malam bersama Munif pada malam yang bersejarah itu telah menuduh dia telah bersekongkol dengan Zara untuk memerangkap Munif. Munif rasa serba salah dan bingung dengan kenyataan Sara itu. Dia mula menjauhi Zara dan mula berkasar dengan Zara kembali. Datuk Faridah juga telah menerima maklumat yang sama mengenai Zara. Dia menghamburkan rasa marahnya pada Zara. Zara kecewa. Suatu hari, Munif terima panggilan dari Sara lagi. Zara mengambil kesempatan itu untuk bersemuka dengan Sara. Akhirnya, rancangan jahat Sara terbongkar. Rupa-rupanya, dalang di sebalik malam yang bersejarah itu serta kerugian dalam usaha niaga syarikat Munif adalah Hani, kakak tiri Munif. Munif dan Datuk Farida rasa amat bersalah kepada Zara dan meminta maaf. Tetapi Zara mengambil masa yang lama untuk dipujuk. Hani diserang oleh orang suruhan Datuk Chan. Datuk Chan adalah orang yang cuba untuk menjatuhkan syarikat mereka. Hani sempat diselamatkan oleh Zara dan Nizam. Akhirnya, Hani insaf dan meminta maaf. Rupa-rupanya, selama ini Datuk Faridah telah merahsiakan bahawa Hani bukan dari darah daging keluarga Datuk Faridah. Hani rasa sangat malu. Dia akhirnya pergi ke London untu memulakan hidup baru bersama Nick atau Abdul Aziz. Zara dan Munif pula bahagia bersama dan mempunyai seorang cahayamata yang dinamakan Adam Muhammad.
2 likes · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Cinta Hujan Panas.
Sign In »

Reading Progress

April 30, 2013 – Shelved
April 30, 2013 – Shelved as: to-read
October 23, 2013 – Started Reading
October 26, 2013 – Finished Reading

No comments have been added yet.