Azizah's Reviews > Nah, Untuk Awak!

Nah, Untuk Awak! by Nirrosette
Rate this book
Clear rating

by
8932074
's review

really liked it


Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Nah, Untuk Awak!.
Sign In »

Reading Progress

May 9, 2012 – Shelved
Started Reading
May 18, 2012 – Finished Reading

Comments Showing 1-1 of 1 (1 new)

dateDown arrow    newest »

Azizah Sejujurnya, kita memang mengharapkan sesuatu yang manis daripada gambaran kulit muka depan yang manis dengan merah samar yang memang sinonim dengan gelaran gadis, Najiha. Bagi seorang anak gadis yang dimanja sementelah hanya dia yang dimiliki oleh babah setelah pemergian ibu selepas kelahirannya, ruang lingkup hidup gadis ini tidaklah terlalu luas. Di sekelilingnya, hanya ada babah, teman baiknya Nina dan Dian serta teman sejak kecil yang telah dinaiktaraf menjadi kekasih hati sejak lima tahun lalu, Ilham. Itu sudah cukup baginya yang tidak pernah mahu meminta lebih.

Apabila kebahagian yang pada hemahnya akan terus kekal dimilikinya diregut begitu, dia terpana seketika. Dia hilang keyakinan diri serta dia mula hilang ceria yang menjadi identiti diri. Kenapa orang yang dipercayai tega melukai hatinya? Tidak cukup setiakah dia atau si kekasih hati yang curang?

Lalu dia membawa hati yang berdarah ke bumi Korea, bumi yang sentiasa dalam anganan untuk dijejaki. Pemergian yang secara paksa rela oleh babah dan Nina yang kononya untuk mencari semangat baru dan mengubati hati yang rawan. Dia tidak pernah tahu bahawa pemergiannya itu akan diiringi dengan teman yang padanya tidak pernah dia ingini. Lelaki yang padanya selalu buat darahnya tersirap tanpa dapat dikawal. Namun dia tidak pernah terfikir bahawa lelaki itu sememangnya memegang amanah babah.

Pemergian babah secara mengejut juga makin menambahkan rencam hati Najiha, dia teruji lagi dengan dugaan yang menimpa diri. Namun hikmah di sebalik kejadian itu membuka hatinya untuk menjadi insan lebih baik di sisi Tuhan. Saat dia pasti dengan pilihan antara Fahri dan jejaka itu, dia teruji lagi lalu dia hanya berserah dan membuka hatinya untuk lelaki yang sudah mampu memiliki hati.

Padanya segala bahagia itu sudah dalam genggaman selepas bergelar isteri, tetapi kenapa kebahagiaan itu direnggut lagi dengan isu yang buat dia sudah hilang percaya pada lelaki bergelar suami? Adakah selamanya Najiha mahu terus hidup begitu, atau jalan penyelesaian bagaimana?

Pada pengamatan saya Nirrosette masih menggunakan lelaki yang baik sebagai medium yang tersembunyi dalam karyanya seperti karya pertama beliau. Namun begitu medium itu tidaklah terlalu menonjol dalam karya ini. Peranan Najiha yang digambarkan sedikit mempunyai persamaan seperti watak utama dalam karya pertama beliau walaupun Najiha itu tidaklah terlalu buta tentang agama. Karya penulis muda ini masih mempunyai nilai islamik yang santai yang sesuai untuk bacaan setiap lapisan masyarakat dengan isu-isu semasa yang dirungkai secara ringkas. Walaupun kadang kala saya bagaikan terlihat bayangan identiti penulis lain di sebalik nukilannya.


back to top