Siqahiqa's Reviews > Aku Yang Kau Tinggalkan

Aku Yang Kau Tinggalkan by Alina Haizar
Rate this book
Clear rating

by
50853797
's review

really liked it

Review penuh di blog >> https://siqahiqa.com/2019/06/review-b...

Dah lama aku tak baca novel bertemakan cinta dan baru-baru ini, aku beriya nak baca novel Aku Yang Kau Tinggalkan. Obviously, sebab ramai review drama ini best. Aku tak tengok drama. Memilih untuk baca novel saja. Tapi... mungkin akan tengok drama kot nanti sebab Ungku Ismail 🤭


Kisah cinta antara Zaril dan Nia. Plot cerita menarik. Bukan tipikal kisah cinta dan perkahwinan. Konflik yang dibawa dalam novel ini agak berat. Pada mulanya aku rasakan cerita ini agak klise tapi entah kenapa aku boleh terima. Menitis juga air mata aku ketika membaca isi hati Nia. Boleh selami isi hati seorang isteri yang ditinggalkan seperti gantung tak bertali.

Watak Nia boleh dijadikan sumber inspirasi kepada wanita terutama ibu tunggal. Bagaimana Nia yang pada awalnya tidak tahu apa-apa mengenai dunia luar sehingga akhirnya pandai berdikari, tabah, dan menjalani hidup di negara orang. Allah permudahkan hidup bagi insan teraniaya dengan mempertemukan Nia bersama komuniti Islam yang baik saja di Turin.

Cerita agak meleret menuju ke penghujung novel. Terlalu panjang kisah Zaril dan Nia di Paris. Masa ni aku geram betul dengan perangai Zaril. Dia langsung tak percaya pada Nia. Rasa nak hempuk kepala dia. #sisemo 😅 Ending novel nice dan romantik. Hii. Cara penulisan penulis agak skema sebenarnya cuma aku layankan je.

Kalau rasa nak travel semasa membaca buku, aku cadangkan korang baca buku ini. Penulis menerangkan kisah bagi setiap tempat yang dilawati di Itali secara terperinci. Rasa macam aku ada sekali dalam trip ini. Travel ke Itali secara tidak langsung. Okaylah. Tak payah pergi dah 😂

Ada dua pengajaran yang boleh diambil daripada novel ini. Pertama kegagalan berkomunikasi akan mewujudkan salah faham di antara suami isteri. Cuba luahkan apa yang dirasa. Kalau tak terluah pun (ada berlian dalam mulut agaknya), pernah dengar “actions speak louder than words”?. Haa buatlah apa yang patut. Jangan hati cakap lain, badan buat aksi lain. Kedua, kepercayaan sangat penting dalam setiap hubungan. Tidak perlu percaya 100%. Cuma at least adalah rasa percaya pada pasangan. Sikap Zaril yang asyik salah sangka dengan Nia buat aku geram sangat. #sisemolagi 😅

Kesimpulannya, kalau korang layan novel cinta, aku rekomen novel ini untuk korang.

“Have faith, because there is hope.”
9 likes · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Aku Yang Kau Tinggalkan.
Sign In »

Reading Progress

May 27, 2019 – Shelved
May 27, 2019 – Shelved as: to-read
May 28, 2019 –
page 126
16.6%
May 29, 2019 – Started Reading
May 31, 2019 – Finished Reading

No comments have been added yet.