Nazmi Yaakub's Reviews > The Murder Case of Tok Imam Storpa Karde

The Murder Case of Tok Imam Storpa Karde by Siriworn Kaewkan
Rate this book
Clear rating

by
3449784
's review
Feb 19, 2012

really liked it
bookshelves: sastera, terjemahan, novel, thailand
Recommended to Nazmi by: Siriworn Kaewkan

Berbeza dengan buku umum, karya sastera tidak hanya memerangkap fakta, bahkan ia juga menghimpun pengalaman budaya dan pergulatan emosi yang menghantar kita ke lembah yang tidak jauh daripada tebing fakta tetapi bagai tergantung-gantung untuk menyaksikan suatu kisah benar dalam masyarakat, baik dalam mahu pun luar dari lingkungan wilayah kita.

Berlainan juga buku umum, karya sastera adakalanya memberikan kita himpunan perasaan dan pemikiran daripada pelbagai watak berbeza yang dipinjamkan oleh pengarangnya - setiap watak membawa beban perasaan dan pemikiran pengarangnya - untuk kita menyusun kembali peristiwa penting yang berlaku di sekeliling kita.

Inilah yang saya rasai apabila membaca novel terjemahan The Murder Case of Tok Imam Storpa Karde karya pengarang cum editor Thailand, Siriworn Kaewkan yang cuba mengkonstruksi konflik Selatan Thai kepada watak yang berbeza melalui plot yang disusun daripada fragmen laporan mereka.

Karya sastera adalah sumber terbaik untuk kita fahami daripada konflik seperti yang berlaku di Selatan Thai apabila kebenaran sering dijungkir-balik oleh pihak berkepentingan. Kita boleh bersetuju dengan pandangan pengarang (yang adakalanya sangat jelas dipinjamkan kepada wataknya) tetapi satu hal yang tidak boleh kita tolak adalah kesukaran untuk menangkap kebenaran yang sedang meliar di wilayah bergolak itu.

Meneliti novel ini ibarat menguak jendela dari perbatasan MalaysiaThailand untuk menjenguk pergolakan Selatan Thai itu dengan mata yang keliru.

Apatah lagi, konflik di Selatan Thai sering dilihat secara simpatetik sebagai perjuangan gerakan pemisah membebaskan tiga wilayah itu supaya memperoleh hak untuk hidup secara berdaulat dan bebas.

Berlandaskan faktor sejarah, bangsa dan agama, umat Islam di negara ini terutama yang berjiran dengan wilayah berkenaan pasti tidak dapat menjadi ‘pihak berkecuali’ dalam pergelutan berdarah itu.

Bagaimanapun, novel terjemahan Marcel Barang bagaikan mengheret pembaca ke dunia realpolitik terhadap pergolakan yang kini dikekang oleh lingo diplomatik sebagai isu dalaman negara.

Apatah lagi kebenaran menjadi persoalan mengelirukan dalam novel yang cuba membongkar misteri insiden pembunuhan imam tua, Tok Imam Storpa Karde di hadapan masjid di Tanyong Baru di kaki pergunungan Sungai Padi, Narathiwat.

Pembunuhan imam yang bersaudara kembar dengan sami Siam di kampung berjiran itu, diikuti dengan tindakan orang kampung menutup pintu masuk ke kawasan mereka sebelum jambatan ke kampung berjiran diletupkan dengan misteri, selain dikepung oleh polis dan tentera.

Dengan gaya laporan polis, novel ini melompat-lompat antara sudut pandangan watak berbeza yang dimulai dengan Gabenor Pracha Wongkosin, sekali gus menjadikan kebenaran sebagai suatu yang subjektif.

Apatah lagi laporan rasmi terutama yang dikeluarkan daripada pemerintah di wilayah yang bergolak sering diragukan, meletakkan novel ini pada jalur pascamodenisme yang tidak lagi menjadikan kebenaran bersifat mutlak.

Justeru, fakta dan kisah pembunuhan Tok Imam Storpa Karde berubahubah mengikut tafsiran Praca bersamasama watak lain seperti Ketua Kampung Karim Malateh; anak arwah, Muhammad; Komander Kompeni Ke602, Leftenan Kolonel Phithak Cheutchoothai; pegawai perisikan Thailand, Samaae Cheutchoothai atau Pengerusi Jawatankuasa Pusat Islam Narathiwat, Abdullah Salleh.

Malah, relativisme dalam persoalan kebenaran itu sampai ke puncak apabila kebenaran tentang kematian Tok Imam Storpa Karde sendiri diragukan apabila fakta pembunuhannya dianggap tidak mustahil diadaadakan.

Relativisme ini disimpulkan oleh wartawan Aphicart Jamookkhrut apabila menegaskan: "Saya hanya datang untuk melaporkan berita, untuk mengumpulkan maklumat.

Inilah kesan penting yang dihantar dalam novel ini mengingatkan pergolakan dan pergelutan hak untuk hidup di Selatan Thailand jauh mengelirukan daripada isu selapis yang dilihat sama ada daripada jiran yang menjenguk dari jendela di perbatasan atau tuan rumah yang selesa di ruang tamu di kota Bangkok.

Bagaimanapun sekiranya kebenaran itu bersifat relatif, maka The Murder Case of Tok Imam Storpa Karde sendiri boleh dicabar kesahihannya dalam mengemukakan kesan relativisme itu.

Apatah lagi persoalan hak untuk hidup atas nama agama yang benar dan bangsa yang berdaulat serta bahasa ibunda sudah pasti tidak boleh disingkir dan dipendam begitu saja, sebaliknya tindakan menafikan hak asasi itulah antara faktor yang mencetuskan kekacauan di wilayah berkenaan.

Wacana itulah yang berlegar sepanjang pembacaan novel setebal 171 halaman terbitan Pajonphai Publishing, selain menguak jendela untuk lebih memerhati dan mendalami pergelutan hidup manusia berjiran yang hanya boleh diperoleh lewat karya sastera sebaik buku ini.
6 likes · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read The Murder Case of Tok Imam Storpa Karde.
Sign In »

Quotes Nazmi Liked

Siriworn Kaewkan
“I came only to report the news, to gather information. I didn't come to find out the truth.”
Siriworn Kaewkan, The Murder Case of Tok Imam Storpa Karde
tags: news, truth


Reading Progress

February 17, 2012 – Started Reading
February 19, 2012 – Shelved
February 19, 2012 –
page 88
51.46%
February 19, 2012 –
page 90
52.63%
February 19, 2012 –
page 130
76.02%
February 19, 2012 – Shelved as: sastera
February 19, 2012 – Shelved as: terjemahan
February 19, 2012 – Shelved as: novel
February 19, 2012 – Shelved as: thailand
February 20, 2012 – Finished Reading

No comments have been added yet.