Nazmi Yaakub's Reviews > Pengantar Filsafat Islam

Pengantar Filsafat Islam by Ilyas Supena
Rate this book
Clear rating

by
3449784
's review
Sep 29, 2011

it was ok
bookshelves: falsafah, indonesia

BUKU yang sederhana dalam mengungkap sejarah falsafah Islam daripada sudut idea dan tokohnya, sekali gus mendekatkan kita kepada isu yang masih melingkari umat Islam: sejauh mana falsafah yang berakar daripada tamadun Yunani itu dapat dihubungkan dengan Islam atau apakah 'permusuhannya' tak mungkin disatukan lagi.

Barangkali inilah yang kurang disorot dalam buku ini. Kita hanya dibawa kepada idea penting tokoh seperti al-Kindi dan al-Farabi, sebelum dipertentangkan dengan pandangan al-Ghazali dalam Tahafut al-Falasifah yang kemudian semacam dibela oleh pengarang melalui pandangan Ibnu Rusyd.

Sampai di sini, pengarang terus melompat kepada Ibnu Khaldun tetapi lebih menyorot kepada falsafah sejarah dan politik yang terkandung dalam al-Muqaddimahnya. Ia sama sekali berbeza dengan method tulisan pengarang terhadap tokoh falsafah dan ilmuwan yang sebelumnya apabila lebih banyak memetik dan menguliti pandangan sekunder daripada sarjana Indonesia, berbanding melihat idea al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina, Ibnu Bajah dan Ibnu Miskawaih.

Selain typo yang agak berselerak, buku ini mungkin boleh membantu kita dalam menguak pintu kemasukan dan asimilasi falsafah Yunani dalam peradaban Islam serta pertentangan dan pertembungannya yang akhirnya berjaya didinginkan oleh al-Ghazali.
flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Pengantar Filsafat Islam.
Sign In »

Reading Progress

September 29, 2011 – Shelved
September 30, 2011 –
page 18
9.47% "Menyelongkar sejarah awal tumbuhnya ilmu falsafah dalam peradaban Islam. Pada awal-awal pertentangannya."
September 30, 2011 –
page 60
31.58%
Started Reading
October 1, 2011 –
page 158
83.16% "Buku ini lebih kepada ringkasan falsafah Islam berdasarkan beberapa tokoh besar dalam peradaban dan keintelektualan Islam. Bagaimanapun, pengarang lebih banyak mengutip daripada sumber sekunder berbanding karya sebenar al-Kindi, al-Farabi, al-Ghazali, Ibnu Rusyd dan Ibnu Miskawaih. Juga sangat banyak typo yang boleh merencat pembacaan. Sebagai buku untuk mendedahkan falsafah Islam, ia baik sekali."
October 1, 2011 – Shelved as: falsafah
October 1, 2011 – Shelved as: indonesia
October 1, 2011 – Finished Reading

No comments have been added yet.