Muhammad Fakhruddin's Reviews > Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini?

Batu Bersurat Terengganu by Ahmat Adam
Rate this book
Clear rating

by
4172688
's review

bookshelves: 2017

Prof Ahmat Adam mungkin dikenang oleh khalayak peminat sejarah dan sejarawan untuk dua perkara. Pertama, pandangan beliau mengenai Hang Tu-Ha dan seterusnya perbezaan pandangan beliau mengenai tarikh dalam Batu Bersurat Terengganu dengan pandangan Prof. Syed Naquib Al-Attas. Kebetulan ketika polemik-polemik ini mulai tumbuh sewaktu beliau menjadi Karyawan Tamu Jabatan Sejarah, UM, saya mengikuti pembentangan beliau seputar polemik tersebut dan perbahasan akademik yang ditimbulkan oleh rakan sejawat beliau.

Walaupun demikian, tulisan ini tidak menolak wujudnya bukti-bukti kedatangan awal Islam di Asia Tenggara lebih awal daripada zaman Melaka. Selain daripada batu bersurat ini, turut dinyatakan bukti-bukti lain seperti kubur di Campa (431H/1039M), Gresik (475H/1082H) serta Aceh (398H/1007M). Yang dipermasalahkan beliau ialah andaian bahawa batu bersurat ini ditulis sepenuhnya dalam bahasa Melayu tanpa adanya kemungkinan pengaruh Jawa dalam penulisannya.

Dengan menggunakan kaedah filologi dan analisis sejarah, beliau cuba menunjukkan terdapat kesilapan pemahaman di beberapa bahagian batu bersurat ini, yang menyebabkan kesilapan dalam menentukan tarikh batu bersurat ini. Beliau menyandarkan kesimpulan ini kepada dapatan beliau bahawa wujud perkataan bahasa Kawi atau Jawa Kuno yang digunakan oleh pemahat batu bersurat ini.

Pada beberapa tempat, perkataan Kawi ini mempunyai pengaruh daripada fahaman Buddha yang menjadi pegangan masyarakat pada zaman pra-Islam. Selain itu, penggunaan perkataan Kawi tersebut dalam menerangkan masa juga menunjukkan penggunaan sistem kalendar Jawa kuno, yang cuba disesuaikan dengan kalendar Hijirah. Prof menunjukkan bahawa bacaan beliau pada frasa-frasa berbahasa Kawi tersebut sesuai dengan kiraan kalendar Jawa Kuno dan tarikh kalendar Hijriah yang dinyatakan (Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan).

Prof menutup buku ini dengan beberapa persoalan yang layaknya perlu dijawab oleh lingkungan sejarawan tempatan. Sekiranya kita menerima andaian yang diguna pakai dan kesimpulan Prof, apakah pengaruh bahasa Kawi terhadap bahasa dan sastera masyarakat di Semenanjung, khususnya dalam konteks Terengganu ini? Seterusnya, sejauh mana pengaruh kebudayaan Jawa dalam konteks ini - atau Siam dan Khmer dalam konteks yang lebih luas - membentuk pemikiran Melayu terhadap astronomi, sistem kalendar, ilmu tilik dan astrologi Melayu?

Adakah terdapat bukti-bukti sejarah baik dalam bentuk prasasti, tinggalan arkeologi atau manuskrip yang dapat merungkai persoalan-persoalan besar yang timbul daripada perdebatan beberapa baris tarikh yang terpahat di seketul batu.
4 likes · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Batu Bersurat Terengganu.
Sign In »

Reading Progress

August 26, 2017 – Started Reading
August 26, 2017 – Shelved
August 26, 2017 – Shelved as: 2017
August 27, 2017 – Finished Reading

No comments have been added yet.