Nisah Haron's Reviews > The Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society

The Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society by Mary Ann Shaffer
Rate this book
Clear rating

by
808235
's review
Jul 18, 2011

it was amazing
bookshelves: books-on-books, fiksyen
Recommended for: all booklovers

Tidak dapat tidak, saya membandingkan buku ini dengan 84, Charing Cross Road. Bezanya, buku ini ialah karya epistolari fiksyen. Lalu, saya mengagumi pengarangnya yang harus mencipta dan mereka surat-surat di dalam buku ini untuk membina sebuah plot. Walaupun teknik naratif melalui surat bukanlah suatu perkara baharu, namun saya sendiri sebagai pengarang melihat kesungguhan yang ada dalam membuat persediaan menulis buku ini.

Guernsey (disebut 'gen-si' seperti menyebut 'genta') ialah satu daripada pulau di selatan England yang dikenali sebagai Channel Islands. Latar cerita ini ialah peristiwa pasca-perang dunia ke-2. Ini memberikan sedikit persamaan dengan 84, Charing Cross Road, tetapi masih berbeza dari segi jalan cerita.

Kisah persahabatan yang berputik melalui insiden membeli buku terpakai oleh Dawsey Adams. Pemilik asal buku yang dibelinya itu ialah Juliet Ashton, watak utama cerita ini. Dawsey menulis surat kepada Juliet berdasarkan alamat yang tertera pada buku yang pernah menjadi milik Juliet itu. Walaupun itu alamat lamanya, surat itu tetap sampai dan apabila Dawsey menyebut tentang kumpulan pembaca (reading group) yang dinamakan "Guernsey Literary & the Potato Peel Pie Society", Juliet jadi tertarik dan ingin tahu lebih lanjut tentang kumpulan itu. Lalu terjadilah surat demi surat yang ditulis antara mereka berdua dan juga oleh ahli-ahli kumuplan yang lain. Juliet yang juga seorang pengarang, mahu menulis tentang pendudukan Jerman ke atas Pulau Guernsey. Surat daripada Dawsey itu menjadi cetusan penting.

Turut tersisip antara surat-surat itu ialah telegram, dan juga surat-surat antara Juliet dan sahabat-sahabatnya yang lain di London, Edinburgh dan sebagainya. Jalinan kesemua surat itu kemudiannya membentuk sebuah cerita yang menyentuh rasa. Apatah lagi, kisah penjarahan tentera Jerman ke atas Pulau Guernsey sebelum Hitler meneruskan cita-cita untuk menawan seluruh Eropoah itu disampai melalui cerita watak-watak yang menulis surat masing-masing kepada Juliet.

Ada elemen lucu kerana ada surat daripada Adelaide yang dengki akan kumpulan Potato Peel Pie Society dan kelucuan Isola yang bercita-cita mahu menjadi detektif walaupun dia sendiri seorang wanita separuh umur. Kedudukan Pulau Guernsey yang sedemikian menyebabkan hubungan apa pun haruslah melalui jalan laut atau udara. Pada waktu ini, tiada hubungan elektronik, lalu surat dan bingkisan menjadi wahana yang penting.

Mengapa kumpulan pembaca itu menamakan diri mereka seperti judul buku ini? Sejarahnya lucu dan agak mendebarkan. Perang telah menjadi landasan kepada kelahiran banyak karya. The Guernsey Literary and Potato Peel Society adalah satu daripadanya.
flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read The Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society.
Sign In »

Quotes Nisah Liked

Mary Ann Shaffer
“I don't want to be married just to be married. I can't think of anything lonelier than spending the rest of my life with someone I can't talk to, or worse, someone I can't be silent with.”
Mary Ann Shaffer, The Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society

Mary Ann Shaffer
“Men are more interesting in books than they are in real life.”
Mary Ann Shaffer, The Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society


Reading Progress

July 17, 2011 – Started Reading
July 18, 2011 – Shelved
July 18, 2011 –
page 30
10.95% "A publisher should send not just one reader's copy to a bookshop, but several, so that all the staff can read it, too."
July 19, 2011 –
page 56
20.44% "Mula belajar menyampaikan naratif melalui teknik epistolari."
July 21, 2011 –
page 88
32.12% "Tersentuh membaca kisah orang-orang Jerman yang masuk ke Channel Islands. Teringin betul untuk kembara ke kawasan ini!"
July 24, 2011 –
page 185
67.52% "Penyusunan plot yang bijak melalui teknik epistolari. Rahsia demi rahsia setiap watak dibuka melalui setiap surat."
July 25, 2011 – Shelved as: books-on-books
July 25, 2011 – Shelved as: fiksyen
July 25, 2011 – Finished Reading

Comments (showing 1-5 of 5) (5 new)

dateDown arrow    newest »

ninotaziz ninotaziz I absolutely adored this and can't understand why it received such hateful reviews from some. A must read - My daughters have kidnapped my copy. So I might just get a new one. Yes - that's how much I liked it. Nisah, do read Griffin & Sabine if you haven't.


Nisah Haron Ninot, this book has made me want to have my own journey to Guernsey Island!


Nisah Haron I will try to look for Griffin & Sabine. Where did you get your copy, from Kino or Amazon.com?


ninotaziz ninotaziz Nisah wrote: "I will try to look for Griffin & Sabine. Where did you get your copy, from Kino or Amazon.com?"

Honestly, I can't remember! It is a series of three books, then it was extended to six if I am not mistaken. My sister has the full set. Charming and delightful.


Nisah Haron Already ordered my copy from Kino. Thanks!


back to top