Nisah Haron's Reviews > Tentang

Tentang by Saharil Hasrin Sanin
Rate this book
Clear rating

by
808235
's review

really liked it
bookshelves: blook

Ini sebuah buku yang menghimpunkan entri-entri Saharil dari blognya. Saharil memang penulis sastera kreatif, jadi dari aspek bahasa, jauh berbeza dengan blogger yang tidak menjaga bahasa. Saya memang menyenangi cerpen-cerpen Saharil sejak pertama kali bertemu dengannya sewaktu kami sama-sama menang Hadiah Sastera Siswa-Bank Rakyat 1991.

Buku ini santai dan senang dibaca seperti mana kita selalunya dapat membaca entri dengan pantas. Entri yang pendek, menggugah minda (thought-provoking) dan ada beberapa entri yang menyentuh perasaan.

Saharil selalu ada sisi lain yang dilihatnya pada sesuatu perkara yang nampak biasa. Itulah ciri pengarang kreatif!

Sebagai sebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit indie, saya suka pada setting buku dan jenis kertas yang digunakan untuk kulit dan juga untuk kandungan buku. Namun, beberapa kesilapan ejaan, sedikit mencacatkan buku ini.

Saya beri 4 1/2 bintang.
flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Tentang.
Sign In »

Reading Progress

June 30, 2011 – Started Reading
June 30, 2011 – Shelved
June 30, 2011 –
page 92
46.0% "Pembacaan yang sangat laju ketika membaca buku ini. Mungkin boleh habis dengan sekali baca jika tidak diganggu. "Tentang Radhi" ialah kisah yang boleh saya kaitkan dengan diri kerana saya kenal Radhi yang kini telah menjadi arwah."
July 1, 2011 – Shelved as: blook
July 1, 2011 – Finished Reading

No comments have been added yet.