Shamsul Amin's Reviews > Pelempang Realiti

Pelempang Realiti by Arif Rafhan
Rate this book
Clear rating

by
2636724
's review

liked it

Meskipun terganggu sedikit dengan strok Arif Rafhan, tetapi membaca Pelempang Realiti sememangnya menghiburkan. Tak henti-henti ketawa dengan kenaifan Arif dan kawan-kawan, bertemu dan mengenal budaya baru di tempat-tempat berbeza seluruh Asia Tenggara. Ada sketsa yang sangat mencuit, buat kita ketawa tanpa sedar dan banyak pengalaman kembara yang dikongsi juga semacam mengingatkan (walaupun Arif seawal-awal lagi memberitahu, komik ini bukan travelog dan beliau tidak berniat berkongsi tips, tetapi pengalaman yang dikongsi sangat berguna!).

Dalam banyak-banyak tempat, saya paling suka sketsa di Jogjakarta sewaktu Arif hanya tinggal berdua dengan Zan. Strip-strip akhir sewaktu mereka mendengar keroncong, meski dibaca melalui lukisan, saya seolah-olah dapat mendengar keramahan pakcik-pakcik Jogja menyanyikan "Semalam di Malaysia". Romantis sekali!
1 like · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Pelempang Realiti.
Sign In »

Reading Progress

October 17, 2016 – Started Reading
October 17, 2016 – Shelved
October 17, 2016 – Shelved as: to-read
October 17, 2016 – Finished Reading

No comments have been added yet.