Mu'az's Reviews > Tariq: Menang Ataupun Syahid

Tariq by Abdul Latip Talib
Rate this book
Clear rating

by
4694038
's review
Apr 03, 2011

liked it
Read in January, 2011

Seusai membaca kisah pahlawan islam Panglima Tariq bin Ziad yang membawa syiar islam ke Andalusia di selatan eropah, saya termangu seketika. Muka hadapan kulit buku ditatap seketika. Pandangan mata ternyata tidak mampu menembusi kulit buku yang berwarna maroon tersebut namun isinya mampu mengusik pandangan mata hati.
Buku novel sejarah islam nukilan anak kelahiran negeri sembilan, Abdul Latip Talib terbitan PTS Publications ditulis secara bersiri. Banyak kisah figura islam yang terkenal diolah kembali dalam bentuk penceritaan yang cukup menarik serta masih berada atas paksi sejarah. Sejarah yang terakam oleh masa ternyata tidak cukup untuk dijadikan tulisan pena di atas kertas namun perlu diambil ibrah dan pengajaranya.
Kisah keberanian pahlawan islam perlu dilihat oleh setiap individu muslim untuk mengkoreksi diri mereka. Saya pernah dinasihati oleh seorang Pak Cik ketika menumpang keretanya pulang ke rumah usai menghantar teman yang sakit kerumahnya. “ Berhati-hatilah akan fitnah akhir zaman kerana fitnah itu tidak mengenal mangsanya”. Kekuatan rohani tentera islam ternyata berjaya menundukkan kekuatan nafsu di dalam diri.
flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Tariq.
Sign In »

No comments have been added yet.