Shamsul Amin's Reviews > Nanyang

Nanyang by Hafizah Iszahanid
Rate this book
Clear rating

by
2636724
's review

liked it

Nanyang novel yang sarat dengan pengalaman silam. Pengalaman memerdekakan tanah air daripada penjajahan Barat, dan yang lebih utama, memerdekakan fikiran bangsa daripada kejumudan. Emansipasi wanita ialah persoalan penting dalam novel ini. Wujud persilangan konflik antara Noni, gadis 20 tahun yang berjuang untuk kemerdekaan daripada penjajah menerusi mata pena di akhbar Saudara (antara akhbar penting Malaya sekitar 40-an) dengan pemikiran ortodoks masyarakat Melayu pada ketika itu, "perempuan duduknya hanya di dapur" yang dimanifestasikan melalui watak apak dan Ahmad Mansor, misalnya.

Watak Kam ialah watak yang memberi warna kepada jalur cerita Nanyang. Tanpa Kam dan watak-watak lain seperti Tia (Xiao), Baba Liam dan Syed Syahir, novel ini akan hilang rasa muhibbahnya. Naratif Kam dan naratif Noni silih berganti dalam novel ini, tetapi naratif Noni paling menonjol. Kredit harus diberikan kepada pengarang kerana menampilkan penceritaan sudut pandang Kam dan Tia dengan sempurna sekali, tampak lunak dan dan tidak janggal. Tak terasa cheesy.

Novel ini kuat dalam pelbagai sudut, memungkinkannya memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2013 bagi kategori novel remaja, musim yang lalu.
1 like · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Nanyang.
Sign In »

Reading Progress

February 13, 2016 – Started Reading
February 13, 2016 – Shelved
February 13, 2016 –
page 100
56.82%
February 13, 2016 –
page 144
81.82%
February 14, 2016 –
page 158
89.77% "Ish geram melimpah-limpah dekat apak!"
February 14, 2016 – Finished Reading

No comments have been added yet.