Yuni's Reviews > Tersuka Tanpa Sengaja

Tersuka Tanpa Sengaja by Pena Kayu
Rate this book
Clear rating

by
16391986
's review

it was ok
bookshelves: 2016, novel-melayu

1. Tak kiralah trend terbaru ke ataupun dah lama berkembang pesat, tapi saya tak perlukan pendapat awak, cik penulis dalam novel ini. Novel ini menceritakan tentang Syed Arif dan Farhah so kalau nak bertukar point of view dari sudut farhah or syed arif, still boleh dipertimbangkan. Tetapi kenapa penulis nak menyibuk join sekaki? Perlu ke? Ada kami (pihak pembaca) minta ke?

Contohnya: "Apa hendak jadilah dengan anak-anak perempuan Datuk Ahmad Alias ni?.....Dapat suami penyangak, baru padan muka Farhah dengan Katrina tu." (m/s 57)

"Macamlah otak Farhah boleh terima" (m/s254)

Dan ada banyak lagi contohnya tapi untuk yuni buka balik buku ini dan salin semula, memang tidaklah. Menyakitkan hati je lagi nanti. Dari beri dua bintang, ada karang jatuh ke paras satu. It's totally annoying!

2. Kes Farhah kena sumbat dalam lokap...for me...again, FOR ME! Macam menunjukkan polis tu bodoh dan ikut je (indirectly) plot Datuk Ahmad Alias. Satu lagi tentang apa terjadi pada Farhah masa duduk dalam lokap. Kamu fikir polis itu buta atau takde perasaan? Takkanlah bila tengok Farhah dah luka di dahi, dan masih dibiarkan perempuan tu begitu sahaja? And...duduk dalam lokap boleh diberi makan dari pelawat yek? Sorry, yang ni yuni memang tak tahu. Bestnya la hai...

3.Sekali lagi, yang nombor tiga ni yuni nak dapatkan kepastian. Apa hukum seorang lelaki berkahwin dengan dua orang wanita yang merupakan adik beradik sebapa? Boleh ke? Bukan kena ceraikan satu then kalau nak kahwin dengan lagi satu baru boleh? Kalau betul apa yang yuni fikirkan, kenapa Katrina beri idea tak masuk akal sanggup nak jadi isteri kedua? Isteri kedua maksudnya Farhah still jadi isteri pertama. Sedangkan Farhah dan Katrina mempunyai bapa yang sama. Kalau si Kat yang tengah emosional boleh fikir gitu, yuni masih boleh terima. Iyelah emotional! Tapi ibu, bapa, Farhah dan juga Syed Arif macam mana pula? Tak boleh ke cakap tidak dibenarkan oleh agama? Btw, penulis kan suka beri pendapat, kalau watak2 lain tak sempat nak cakap, why not penulis luangkan masa untuk nyatakan tentang isu tersebut? Ini kalau betul yek....kalau apa yang yuni faham selama ini adalah salah, yuni minta maaf.

4 Syed Arif amat bertuah hanya hidup dalam novel. Kalau dia wujud, memang yuni akan tumbuk ke perut bila jumpa secara berdepan. Kenapa? Sebab yuni tak boleh terima ayat dia yang ni: "Awal-awal dulu I pernah beritahu yang you ni objek yang menarik hati I...."

WOW...Isteri yang sah dikatakan objek? Speechless bila baca part tu.

5. Rasanya dah banyak kali yuni cerita part ni dalam review2 yuni yang lain. APA FUNGSI EDITOR??? Yes, yuni tahu novel ini mulanya dari blog/fb penulis yang di-share. Then bila dapat tawaran, dinovelkan. Tapi ini tidak bermaksud editor tak boleh nak betulkan ayat2/perkataan2 yang nampak macam tak formal. Dengan penggunaan perkataan seperti 'ni', 'tu' dlll secara berlebihan, struktur ayat yang tak formal (suka2 je tambahkan ber-,ke-,-an,-kan). Yang ni, yuni tak boleh salahkan penulis 100% sebab sepatutnya editor yang baik boleh kesan benda2 macam ni. Penulis memulakan karier di blog/fb. Mungkin tidak mendapat pendidikan khusus tentang penulisan. Yuni tak harapkan her writing free from grammar error. Dan lagi sekali, apa fungsi editor?

6. Mula2 Farhah dapat tawaran ke Universiti Florence tapi dia tolak dan ingin belajar di dalam Malaysia sahaja. Dan memilih UiTM. Bukan tak bangga. Bangga tu nama UiTM naik. Lagi2 kampus Shah Alam. Tempat tumpahnya air mata sebab tak siap assignment tu. Mana boleh lupa. Tapi, cara dia macam senangnya orang dalam novel dapat masuk universiti yang mereka inginkan yek. Ini universiti awam, bukan swasta. Kalau swasta, as long you have money, no problem. Nak masuk IPTA, kena isi borang UPU. Ada banyak pilihan dan tak semestinya pilihan pertama akan terpilih. Haii....kenapa tiba-tiba yuni tukar profession jadi orang di kaunter pertanyaan tentang kemasukan IPTA?

7. Ada satu part dalam novel ini di mana Farhah cuba bergurau dengan Syed Arif dengan sama tarafkan dia dengan pekerja Bangladesh. Kamu berdua hebat sangat ke? Apa salah pekerja Bangladesh sampai diberikan unneccesary publicity seperti itu? Yang penting mereka buat kerja halal kan? Kalau nak kata taraf, ada ramai pekerja dari Bangladesh yang punyai degree in engineering atau course2 yang dipandang tinggi TETAPI disebabkan peluang pekerjaan yang kurang di negara mereka, menyebabkan mereka berhijrah ke Malaysia. Kalau nak di-compare-kan dengan Farhah, at least mereka ada yang dah ada degree. Kamu ada apa, Farhah? Atau mungkin boleh bertanya, kamu ada apa, penulis?


21 likes · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Tersuka Tanpa Sengaja.
Sign In »

Reading Progress

January 23, 2016 – Started Reading
January 23, 2016 – Shelved
January 23, 2016 – Shelved as: 2016
January 23, 2016 – Shelved as: novel-melayu
January 23, 2016 – Finished Reading

Comments Showing 1-16 of 16 (16 new)

dateDown arrow    newest »

message 1: by fizzrosie_ (new) - added it

fizzrosie_ sabarla Yuni .fyza lagila xdpt hadam lagsg huhuu .sekurang2nya Yuni bejaya jugak habiskan heheh


message 2: by Ras (new)

Ras Lepas baca satu buku penulis doa cinta seorang lelaki, sampai skg tak pernah lagi tergerak nak baca buku2 dia yang lain. Masih trauma. Hahha. Tunggu trauma elok balik.


 Kak Zie Point nombor 1 tu mungkin trademark penulis kot sebab memang selalu nampak macam tu dalam beberapa novel beliau yang akak dah baca..

Memang agak terganggu sikit la dengan part tu tapi akak ni jenis redah je baca.. Asal dapat baca sampai habis, kira okay la tu.. hehe..

Tapi sekarang ni pun akak dah mula rasa tak best dengan trademark macam tu.. Takut jugak jadi trauma bak kata Ras tu.. hehe.. Harap trademark macam ni tidak berjangkit kepada penulis lain..

Point nombor 5 tu rasanya ramai je penulis yang buat macam tu, kan..? Rasanya itu dah jadi satu trend..


message 4: by Ras (new)

Ras Kak Zie wrote: "Point nombor 1 tu mungkin trademark penulis kot sebab memang selalu nampak macam tu dalam beberapa novel beliau yang akak dah baca..

Memang agak terganggu sikit la dengan part tu tapi akak ni jen..."


Kak Zie, trauma ras tak hilang lagi. Kikikk.. buku hopeless romantik juga buat saya trauma nak dapatkan buku lain penulis tersebut. Susah kalau dah trauma ni. Amik masa nak 'sembuh' biarpun melangit mana pujian yang penulis tu dapat dpd peminatnya. Tak boleh buat apa bila tak boleh nak hadam. Tak dapat nak salahkan sesiapa. Ras pun faham bukan mudah nak menulis dan siapkan satu novel.


 Kak Zie Ras wrote: " Kak Zie wrote: "Point nombor 1 tu mungkin trademark penulis kot sebab memang selalu nampak macam tu dalam beberapa novel beliau yang akak dah baca..

Memang agak terganggu sikit la dengan part tu..."


Ras, kalau dah namanya 'trauma', memang payah la nak sembuh.. Bukan calang-calang ubat yang boleh menyembuhkan.. Pasrah je la.. Macam akakpun ada jugak trauma dengan novel penulis lain.. Macam kata Ras jugak, tak beli dah la novel penulis tu biarpun rating mencanak.. Kita tak beli, ramai je yang beli, kan..?

Buku Hopeless Romantik tu akak boleh terima dan boleh baca sampai habis.. ahaha.. Ada trademark jugak ke..? Tak perasan pulak.. hehe.. Penulis ni ada buku lain lagi ke selain dari Hopeless Romantik ni..? Setakat ni, satu ni je buku penuh beliau yang akak baca..


message 6: by Ras (new)

Ras Kak Zie, ingtkan ada yg lain. Hahahahhh..


Yuni Kak Zie wrote: "Point nombor 1 tu mungkin trademark penulis kot sebab memang selalu nampak macam tu dalam beberapa novel beliau yang akak dah baca..

Memang agak terganggu sikit la dengan part tu tapi akak ni jen..."


Aduh kak...inilah padahnya main beli je tanpa tengok review kat GR. Tapi kadang2 tu, review sikit punya baik, rating tinggi tapi bila dah start baca, APAKAH? XD

Saya ni jenis kalau dah start baca satu2 buku, akan habiskan juga even tak sedap mana pun. Dan kalau dah start beli satu buku seorang penulis, akan try completekan. Cuma untuk penulis ni, rasanya terkecuali kot part completekan. Cukuplah 'jodoh' kami berdua di sini sahaja. Macam dah trauma bila ingatkan semula trademark penulis ini. Tak boleh masuk. kekeke

Ada juga saya pernak tengok trademark tu di novel penulis2 lain tapi maybe masa tu dalam sepuluh, cuma satu atau dua je kot. Yang ni...memang trademark hakcipta terpelihara. hampir setiap bab.

Yang tentang nombor 5, saya tak kisah kak kalau sesuatu itu jadi trend benda yang baik. Tapi yang ini...nampak macam bukan isu besar tapi bila dah jadi trend...takut pembaca2 pun anggap itu adalah bahasa Malaysia yang tepat tatabahasanya. Ingat saya dulu BM memang markah rendah tapi disebabkan baca novel melayu, saya dapat tingkatkan gred. Jadi saya taknaklah kalau2 ada pembaca yang kes macam saya yang masih bersekolah menjadi mangsa tak langsung trend ini. XD


 Kak Zie Ras wrote: "Kak Zie, ingtkan ada yg lain. Hahahahhh.."

Mungkin tertukar dengan penulis lain kot.. hehehe...


message 9: by Don ツ (new)

Don ツ kena tembakan berdas-das. rabak weh. haha. syabas beste


message 10: by Don ツ (new)

Don ツ kena tembakan berdas-das. rabak weh. haha. syabas bete


 Kak Zie Yuni wrote: " Kak Zie wrote: "Point nombor 1 tu mungkin trademark penulis kot sebab memang selalu nampak macam tu dalam beberapa novel beliau yang akak dah baca..

Memang agak terganggu sikit la dengan part tu..."


Waaa... Bagus la Yuni ni.. Buku tak sedap/boring macam manapun masih boleh habiskan baca.. Kalau akak la, dah baca beberapa kali tapi masih tak boleh nak teruskan, memang kena jual la buku tu.. hehehe...

Akak punya BM dapat A+.. Sebab tu akak tak suka tengok ayat-ayat pendek ni.. kihkihkih...


message 12: by Yuni (new) - rated it 2 stars

Yuni Don ツ wrote: "kena tembakan berdas-das. rabak weh. haha. syabas bete"

Hahahahaha...kalau tak rabak juga, tak tahu lah. Mungkin pakai peluru plastik atau dia hati besi


message 13: by Yuni (new) - rated it 2 stars

Yuni Kak Zie wrote: "Yuni wrote: " Kak Zie wrote: "Point nombor 1 tu mungkin trademark penulis kot sebab memang selalu nampak macam tu dalam beberapa novel beliau yang akak dah baca..

Memang agak terganggu sikit la d..."


Dah habit kak...tak kisahlah ambil masa sehari atau seminggu atau sebulan. yang penting habiskan. Once dah habis, letak kat rak buku, baris paling bawah dan belakang sekali. Tu memang khas untuk buku tidak akan diulang kembali. Kalaulah saya boleh jadi macam akak, tak suka je terus jual, bestnya. Boleh guna untuk beli buku lain. Masalahnya saya ni suka kumpul. Asyik beli rak buku je. hehehe....

Yang dapat gred rendah pun tak suka. Yang dapat gred tinggi pun tak suka. Tiba2 saya terfikir apa perasaan cikgu2 BM kat luar sana bila baca buku macam ni. Agaknya masa nak baca, siap2 bawa pen merah. Senang nak tanda kesalahan tatabahasa


message 14: by Ras (new)

Ras Ras pun jenis mcm Yuni. Tak suka macam manapun cuba juga habiskan. Skip lah juga sikit2 atau banyak2. Hahaha. :)


 Kak Zie Ras wrote: "Ras pun jenis mcm Yuni. Tak suka macam manapun cuba juga habiskan. Skip lah juga sikit2 atau banyak2. Hahaha. :)"

Itu dah macam akak dah tu Ras.. Kalau main skip2 tu, kita serupa la.. Macam tu kira habis baca jugak ehh... ahahaha...


 Kak Zie Yuni wrote: " Kak Zie wrote: "Yuni wrote: " Kak Zie wrote: "Point nombor 1 tu mungkin trademark penulis kot sebab memang selalu nampak macam tu dalam beberapa novel beliau yang akak dah baca..

Memang agak ter..."


Sayang weii nak conteng buku.. Walaupun buku tu kita tak suka tapi kena jaga jugak dia punya kualiti supaya senang nak jual balik.. hehe..

Memang, ada masanya terfikir jugak nak tandakan mana-mana kesalahan ejaan dalam sesebuah novel tu tapi lepas tu fikir balik, ehh, aku bukan editor nak tanda semua tu.. Lagipun, nak tunjukkan pada siapa kesalahan semua tu..? Dan kalau tunjuk/bagitaupun, adakah pihak penulis/penerbit nak ambil berat atau pertimbangkan..? Kita yang kena ambush lagi ada la.. hehe..


back to top