Aradweb Aradweb Adil's Reviews > Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme

Menuju PAS Baru by Mujahid Yusof Rawa
Rate this book
Clear rating

by
2238758
's review
Jan 04, 2011

liked it
Read from January 05 to 16, 2011 — I own a copy

Ghairah untuk memburu buku yang kontroversi ini bermula dari cakap-cakap dalam alam siber yang banyak menjurus kepada ketidak penerimaan ahli-ahli PAS mengenai sesetengah buah fikiran yang diutarakan oleh penulis - Dr. Mujahid Yusof yang merupakan anak kepada bekas Presiden PAS Ustaz Tuan Haji Yusof Rawa.

Sebenarnya hampir sebahagian kandungan di dalam buku ini merupakan teks tesis beliau untuk Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Malaya dan pada bahagian akhir dimuatkan dengan rencana-rencana beliau yang telah terbit di Malaysian Insider. Seperti yang dijanjikan oleh editor buku ini Dr.G.Manimaran, adaptasi tesis kepada buku ini telah melalui proses rombakan beberapa kali agar kandungannya tidak terlalu memenatkan bakal pembacanya nanti. Al-maklum apabila sebut tentang tesis sudah pasti mengenai ayat-ayat yang berulang-ulang bagi menebalkan teks tesis tersebut. Namun walau apa pun Lekuk Teori Pembelajaran atau Lekuk 'S' yang di ketengahkan oleh penulis berjaya diolah dengan baik dan mudah untuk difahami konsepnya sekurang-kurangnya kepada saya sebagai pembaca.

Beberapa bab awal dalam buku ini banyak menceritakan sejarah PAS dan konfliknya yang sememangnya amat bernilai lebih-lebih lagi kepada orang muda lebih-lebih lagi kepada ahli-ahli PAS 'Junior'. Bagaimana PAS sudah lama mencuba untuk mendekatkan diri mereka kepada bukan Islam melalui penubuhan CCC (Chinese Consultative Council) dan direalisasikan akhirnya melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Mengenai isu-isu kontroversi yang hangat diperkatakan, bagi saya kebanyakan perkara-perkara konflik yang di ketengahkan sememangnya sudah diketahui umum lebih-lebih lagi di dalam media siber melalui blog-blog pro PAS. Jadi tidak ada apa pun yang perlu dikhuatirkan lebih-lebih lagi mengenai pendapat 'Jangan Memberi Peluru Kepada Pihak Lawan'. Ianya adalah SEJARAH dan darinya kita ambil ikhtibar dan pengajaran. Untuk saya mungkin ada fakta atau maklumat di dalam buku ini yang memeranjatkan saya seperti bagaimana berlakunya transformasi pendirian yang berlaku ke atas Khalid Samad (sekarang Ahli Parlimen Shah Alam). Dari seorang yang meragui akan keberkesanan CCC (lewat 80'an) kepada pembela Kuil kaum India di suatu kawasan di Shah Alam.

Berkenaan lagu Negaraku, Perlembagaan Persekutuan dan proses menasionalisasikan ahli PAS, pada saya itu adalah konsep yang boleh dipertimbangkan dalam itinerari perjalanan PAS menuju ke Putrajaya. Lagipun itu kan satu pandangan dan pendapat dan masih boleh dibahaskan.

Akhirnya oleh kerana 'Kontroversi', buku ini berjaya mempublisitikan dirinya ke satu tahap yang membanggakan bukan sahaja kepada penulisnya malah Parti PAS itu sendiri.
flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Menuju PAS Baru.
Sign In »

Reading Progress

01/09/2011 page 45
23.0% "Selesai bab pertama, semuanya mengenai pengenalan konflik dalam sesuatu pertubuhan politik terutama PAS"
01/12/2011 page 74
38.0% "Kisah PAS di bawah kepimpinan Datuk Asri dan kemunculan lekuk kedua. Menarik dalam bab ini ialah bagaimana Pemuda PAS pada waktu itu mewujudkan satu gerakan yang dipanggil 'SPERM' dengan maksud menanam benih-benih akhlak dan nilai Islam dalam pemuda PAS. Ehmm! Pemuda PAS pada ketika itu pun sudah POP. :)"

No comments have been added yet.