Hajar's Reviews > Dia Anak Jeneral

Dia Anak Jeneral by Hezzy Azra
Rate this book
Clear rating

by
3261515
's review

really liked it
bookshelves: koleksi-peribadi

Fuh, akhirnya tamat juga. Bukan rebah bangun nak habiskan bacaan sebab buku ni tapi sebab mood membaca yang dah ke mana-mana bertaburan. :)

06-02-2015

1. Macam biasa novel penulis jarang ketengahkan isu yang bakalan buat sakit kepala. Hihi. Kali ni lagi santai walaupun isunya tentang menantu lelaki yang tak diiktiraf mertua. Biasanya kita dengar menantu dengan ibu mertua yang tak ngam kan, ha kali ni kita dihadapkan dengan kes menantu lelaki vs bapa mertua. :)

2. Zakhif berkenalan dengan Nur Syirin (Syirin) , anak gadis Tuan Jeneral Leftenan Hambali (Tuan Jeneral) sewaktu membuat projek ubahsuai di rumah Tuan Jeneral. Walaupun tarikan antara mereka sangat kuat, Zakhif sedar yang dia tak sepatutnya menyimpan perasaan terhadap Syirin yang sudah pun bertunang dengan Nukman, anak kenalan Tuan Jeneral. Tapi, kalau dah jodoh tak ke mana kan? Onar yang dibuat Nukman menyatukan mereka. Cuma kesukaran bagi Zakhif bila Tuan Jeneral seakan tidak mengiktiraf kedudukannya sebagai menantu dalam keluarga mereka. Sampai bilalah agaknya Tuan Jeneral mahu menjunjung egonya tu kan?

3. Walaupun tak setuju dengan perancangan si ayah untuk menyatukannya dengan Nukman, Syirin terpaksa akur demi untuk menjaga hubungan baik antara ayahnya dengan kedua ibu bapa Nukman. Namun, bila menyedari yang dia tak mampu menyaingi kedudukan Diara dalam hati Nukman, Syirin nekad melamar Zakhif untuk menjadi suaminya. Kerana geram dengan keputusan yang diambil Syirin, majlis pertunangan bertukar menjadi majlis pernikahan bila Tuan Jeneral nekad untuk menikahkan Syirin dan Zakhif. Sungguh pun bersyukur dengan jodoh yang tersurat, Syirin tahu besar cabaran yang terpaksa mereka tempuhi untuk menambat hati Tuan Jeneral.

4. Tak suka dengan watak Nukman. Pengecut. Tau nak jaga air muka sendiri je. Haish! Memang bagus sangat tak berjodoh dengan Syirin.

5. The best part : ada cameo Shaq dan Larra! Dari buku Cinta Tak Beralih. Hihi. Berbahagialah mereka hendaknya. :)

6. Tahniah Kak Hezzy untuk buku ni. Moga makin melimpah ruah ilham untuk kisah seterusnya. Looking forward for Melodi Kasih 2 pula lepas ni. :)
11 likes · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Dia Anak Jeneral.
Sign In »

Reading Progress

July 17, 2015 – Shelved
July 17, 2015 – Shelved as: to-read
January 23, 2016 – Started Reading
January 23, 2016 – Shelved as: koleksi-peribadi
January 23, 2016 –
page 139
23.97% "Cerita psl homeless project si Zakhif ni buat rasa rindu nk buat kerja volunteer lagi."
February 6, 2016 – Finished Reading

Comments Showing 1-1 of 1 (1 new)

dateDown arrow    newest »

message 1: by Nisa (new)

Nisa berapa bintang utk buku ni... :)


back to top