Gobokairina's Reviews > Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata by Hanni Ramsul
Rate this book
Clear rating

by
4205209
's review
Aug 25, 2010

it was amazing
bookshelves: favorites, koleksi-ga

PAM membawa kita menyelongkar kisah cinta selepas kahwin. Kisah cinta yang penuh air mata ini pastinya berliku. Baik buat Sabrina, Badrul, Ikmal dan Dayana serta tak terkecuali Maria.

Perkahwinan Sabrina dan Badrul bukanlah satu rancangan. Tak pernah terlintas di fikiran Sabrina untuk beralih kasih daripada Ikmal; tunangannya. Malah Badrul sendiri tak pernah menduakan cintanya pada Dayana. Namun, kerana kesilapan Sabrina yang tersalah masuk ke bilik Badrul, mereka ditangkap basah. Tak mahu cerita ini heboh, Badrul dipaksa oleh Datuk Hamidi untuk berkahwin dengan gadis yang tak pernah dikenalinya.

Sabrina yang cuba membela diri tidak dipandang. Sebaliknya dia dituduh wanita murahan. Ikmal sudah tidak mempercayainya malahan menyalahkannya dan Maria pula mula menjauh. Pertunangan diputuskan. Kerjanya diberi pada Maria, malah tempatnya sebagai tunang Ikmal juga diambil oleh Maria. Waktu ni aku terbayangkan, mungkin Maria yang rancang semua ni [sikap berprasangka buruk ini jangan ditiru hahaha:]

Walaupun diberi ruang untuk bersuara namun tiada yang ambil peduli. Kasihan Sabrina! Pasrah, dia akhirnya rela dalam paksa menjadi isteri kepada Badrul. Badrul menyimpan dendam. Kebenciannya juga tak pernah surut. Kata-kata nista sering saja diungkapkan kerana perkahwinan dengan Sabrina meranapkan impiannya untuk memiliki Dayana. Sabrina yang tahu dirinya tidak pernah diterima membuka jalan. Dia mengizinkan Badrul berkahwin lagi, dengan Dayana pastinya pilihan hati. Dalam diam, bila itu yang berlaku hati Sabrina mula berkocak. Dia tak tahu apa yang sedang bergolak dalam hatinya. Melihatkan indahnya hubungan suami dan madunya dia terseksa.

Pelik dengan kelakuan sendiri, Sabrina bertindak menjauhkan diri. Dia sedaya upaya mengelak dari bertembung dengan Badrul. Namun Badrul pula mula terkenangkan isteri pertamanya. Pastinya keizinan Sabrina untuk dia berkahwin dua tidak dilupakan. Perlahan-lahan dia mula berbaik-baik dengan Sabrina. Dalam benci sudah ada rasa suka dan dalam diam cintanya sudah terbelah dua.

Di penghujungnya konflik pasti tercetus. Salahkah Sabrina kalau dia jatuh cinta pada suami sendiri? Kesibukan Dayana pula bolehkah dijadikan alasan untuk Badrul tawar hati dan kemudiannya mencari Sabrina sebagai peneman? Atau memang benarkah Sabrina adalah pilihan kedua sekiranya Dayana tiada di sisi Badrul? Persoalan terakhir, siapakah menjadi dalang pada kes tangkap basah Sabrina dan Badrul?

Keseluruhannya aku rasa penyampaian PAM lebih kemas berbanding BYMB. Malah cerita ini lebih beremosi mungkin kerana rasa simpati pada watak heroin yang asyik berendam duka. Cuma ada beberapa typing error yang sepatutnya boleh dielakkan. Pada mereka yang pernah membaca karya ini di laman Kak Hanni suatu masa dulu, aku cadangkan dapatkanlah novel ini. Rugi la kan kalau dah baca hampir separuh tapi tak baca apa kesudahannya. Dalam cerita ni timbul juga Firdaus dan Adiya. Rindu pula pada pasangan sejoli tu hik3 lalala5 ;P
8 likes · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Pergilah Air Mata.
Sign In »

Reading Progress

Finished Reading
August 25, 2010 – Shelved
May 13, 2011 – Shelved as: favorites
February 4, 2014 – Shelved as: koleksi-ga

Comments (showing 1-26 of 26) (26 new)

dateDown arrow    newest »

Cik Pah Airina, lepas baca ni berapa lama air mata nak pergi ;) Ada kesan sembab lebam tak? hikhik


Gobokairina Mujur takde Cik Pah. Hati 'keras' hikhikhik ;P


message 3: by S (new) - rated it 5 stars

S setuju ngan cik pah.. garapan yg ni lbh kemas cuma akak lbh tertarik ngan ku seru rindu itu.. rasanya naskah tu yg terbaik...:)


Gobokairina Kak Shahzy, ha yang tu pun saya suka. Memang dua buku ni saya gemar ;D


Cik Pah Nak kena cari nak kena cari dua2 buku tu, lepas raya la, sambil baca sambil makan biskut raya. Skrg x de mood lagi nak baca novel ;)


message 6: by S (new) - rated it 5 stars

S cuma lanjutan BYTB tu nampak okay skit... byk mainan perasaan.. kira ok laaa.... :)


Gobokairina Cik Pah, kalau hati tisu kena la prepare awal-awal sikit. Sebab cerita ni memang ada feel kasihan je dengan si Sabrina tu. Sedih benar dia!

Kak Shahzy,
Oh! Belum baca lagi..pas raya je la kot baca yang tu ;P


message 8: by S (new) - rated it 5 stars

S akak bc PAM ngan deraian airmata... akak bc KSRI ngan geram dihati... nasib baik bc BYTB tu ok laa skit.. byk gado2 manja.. hikhik....


Gobokairina Hahaha..sampai begitu sekali ya? Hebat betul penangan PAM & KSRI tu Kak Shahzy ;P
Gaduh-gaduh manja? Waa...romantic love story la ni? Lega..lega, tak la stress baca nanti


Cik Pah Kena baca ikut turutan la ni.

Shahzy, sy ni mmg perlu sedia tisu citer sendu mcm ni. weekend jek boleh hadap. Malu gi opis bengkak mata


Gobokairina Cik Pah, tak perlu pun cuma untuk 2 novel ni je yang kena baca Biarlah YM Berbicara dulu baru Biarkan YM Terus Berbicara
Novel yang ni dengan KSRI ni stand alone ;D


Cik Pah Ok thanks Airina


Yuslizy Yunus la... aritu pegi popular terperasan buku biarlah YM terus berbicara ingat tukar cover... kena dpt kan ni


Gobokairina Sama-sama Cik Pah ;D

Yuslizy,
Ha kena ce[at dapatkan. Baca laju-laju pastu share ya. Saya ni terkedek-kedek nak baca hahaha ;P


message 15: by S (new) - rated it 5 stars

S Airina & Cik Pah... BYMTB tu x adalah sampai berderai2 airmata... citer ttg cemburu org yg baru kahwin, rasa x yakin ngan pasangan.. camtu jer laaaa.... tp klu bc KSRI tu mmg merengkam kedada..makan dalam! :P


Gobokairina Kak Shahzy,
Noted! Waaa...banyaknya buku nak baca. Takpe, lepas raya pulun habis ;D


message 17: by S (new) - rated it 5 stars

S akak pulak dah lama x membeli!..huaaaaaaaa x ckp lagi RM2K... mana nak cekau resit!... hahahaha


Gobokairina Kak Shahzy,
Hahaha...sabar. Bawa bertenang, nanti jumpa tu :D


message 19: by S (new) - rated it 5 stars

S bukan x jumpa Airina.. x cukup lagi.. so akak kn beli.. yg x best tu yg claim hubby... huaaaa


Gobokairina Oh! Ha, kalau tak cukup meh sedekah sikit dekat saya. Perghhh...ada hati, buku yang tersedia pun tak habis baca. Ni nak beli lain? hikhikhik ;P


message 21: by S (new) - rated it 5 stars

S tu laaaa.. baca yg ada tu dulu...(gambarkan mcm siti tanjung perak tgh marah ayu)hahahahaha....

ni dah bulan Julai, masih x ckp 2K... so lps ni kn membeli lbh skit kot...


Gobokairina Hahaha..sakit telinga tu kak nak dengar ;P
Kak beli lah cerita bersiri, hmm..travelog ke? Menarik rasanya ;))


message 23: by S (new) - rated it 5 stars

S skang ni tgh kuarantin beli buku... sbbnya anak akak nak PMR... nnt bukan buku yg dia baca.. novel.. mau ayah dia bakor suma novel akak... hikhik....


Gobokairina Hahaha...sabar je la kak. Tak ke mana pun perginya buku tu semua. Ada masa lagi nak cukupkan target 2k tu ;P
Caiyok3~~


Joy (Cheery♡Reads) Watak Faizal dan Hafeez tu mcm familiar sangat je...mcm pernah baca cerita mereka.


Gobokairina Joy (Cheery♡Reads) wrote: "Watak Faizal dan Hafeez tu mcm familiar sangat je...mcm pernah baca cerita mereka."

Ada ya Joy? Tak pasti pula sebab saya ni bukannya pembaca karya online tegar hihi :D


back to top