Wan Farahana's Reviews > Langit Vanilla

Langit Vanilla by Wani Ardy
Rate this book
Clear rating

by
11719200
's review
Oct 27, 2014

really liked it
bookshelves: puisi, biografi, favorites

Alhamdulillah. Done.

Tutup buku dan fikir. Ya Allah, untungnya dia ni ada kelebihan menulis macam ni. Dapat kita rasa sarat perasaan seorang Wani Ardy.

Cara dia menulis, cara dia bercerita tentang semuanya, sangat kreatif dan tersusun sekali.

Sejujurnya, tak semua kisah didalam langit vanilla ini saya faham tapi saya tetap baca dan rasa

Ada beberapa kisah dalamnya menyentap jiwa yang membaca,

"Dan bila kita semakin tua, wajah makin iras ibu bapa kerana Allah tau kita rindu, kita perlu lihat wajah mereka" Wajah

"Adik, laut ini luas,jauh lagi perlu kita renang. Pelampung ada kiri dan kanan jika kau cari. Air masin ada merata walau tidau kau cari" Surat Kekanda

Doa suami isteri -Lailatul Qadar

"Hebat mahumu pada syurga yang belum ternampak, hingga buta pada dunia yang di kanan-kiri terlambak- Tinggi rendah

Susah rupanya nak meresensi sesebuah karya. Nak pulak bila karya tu buat kita terkedu, terkelu, tersentak, tersentap dan pelbagai ter yang muncul. Menulis untuk membuat pembaca lain turut merasa apa yang kita rasa. Untuk buat orang lain dapat apa yang kita dapat. Dalam kepala bermacam nak tulis tentang buku Wani Ardy ni, tapi bila jari cecah papan kekunci semua bagai hilang. Tak satu pun tinggal.

Tapi yakin lah..ia karya bagus. Ia karya peribadi yang ada sesetengah kisah dalamnya ada dari rasa kita :)
6 likes · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Langit Vanilla.
Sign In »

Reading Progress

October 27, 2014 – Shelved
October 27, 2014 – Shelved as: to-read
November 2, 2014 – Started Reading
November 2, 2014 –
page 91
52.6%
November 4, 2014 – Shelved as: puisi
November 4, 2014 – Shelved as: biografi
November 4, 2014 – Shelved as: favorites
November 4, 2014 – Finished Reading

Comments (showing 1-3 of 3) (3 new)

dateDown arrow    newest »

Ririn Setakat ni satu2nya kumpulan puisi yg saya suka dan dapat habiskan. Sangat sukakan olahan bahasanya, dapat membuatkan kita berasa turut berada di tempat penulis


Wan  Farahana Ririn,
Saya tertarik dengan kulit dia dan tersentap dengan tulisan belakang buku
"Kau memang malas baca buku, kan? Kau lihat muka depannya saja.Kau ingat kalau aku ceraikan isi buku dengan kulit luarnya,dan aku jual,mana yang lebih mahal?kau nak beli kulit?"
tersentap..hehe..lalu beli.Dan saya tak menyesal beli dan baca.. sekarang tengah jeling-jeling puisi tepi jalan by fynn jamal. :) harap-harap punya rasa yang tak mengecewakan :)


Ririn Farah, lepas baca Langit Vanilla, saya cuba la beberapa kumpulan puisi lain...agak kurang menepati jiwa kot...


back to top