Wan Farahana's Reviews > Dunia Belum Berakhir

Dunia Belum Berakhir by Aimi Shabana
Rate this book
Clear rating

by
11719200
's review
Jul 20, 2014

really liked it
bookshelves: novel

Alhamdulillah...selesai membaca Dunia belum berakhir karya Aimi Shabana..

Buku pertama yang dihabiskan sepanjang ramadhan kareem.Ya progress yang sangat perlahan tapi kekangan masa yang amat. Curi-curi baca selepas selesai hidang juadah berbuka, sebelum tidur dan selepas sahur sementara masuk subuh. Itu saja masa yang ada. Hehe..Panjang mukadimah macam orang lain kisah pulak..ye dak? :)

Kisah ini lain dari yang lain dan saya sangat suka akan kelainan dia. Apabila saya mempercayai seseorang penulis itu, saya tak perlu membaca sinopsis belakangnya kerana saya amat mempercayai penulis tersebut. Hahah..epik sangat.

Kisah Yasmin, Khalil dan Zahid. Cerita yang manis. Di gambarkan Yasmin seorang gadis yang berusia 30 tahun masih belum kahwin dan dijadikan bahan untuk kakak-kakak pejabat bergosip akan kelewatannya bertemu jodoh menjalin kasih bersama Khalil.

Yasmin:

Bertahun mengayam kasih, tiba-tiba sikap Khalil berubah. Mula tak membalas whatsapp dan message. Bercakap telefon jarang sekali. Tapi Yasmin tetap bersangka baik akan kekasihnya yang tinggal jauh di Melaka. Cinta jarak jauh memerlukan pengorbanan bukan? Maka Yasmin memilih untuk setia.

Semakin hari sikap Khalil mula menjauh, Yasmin masih terus memilih untuk setia. Satu hari pertemuan dengan Zahid menimbulkan pelbagai rasa buat Yasmin. Mengenang kisah lama buat Yasmin rasa seperti tak ingin dekat langsung dengan Zahid. Tapi bolehkah bersikap sombong? Sedangkan nabi SAW yang dah sampai ke tempat yang malaikat sendiri belum pernah jejak pun tak sombong, ini kan pulak dia yang hanya umat nabi SAW. Berpegang pada kata-kata itu, Yasmin menghulurkan salam perkenalan kembali pada Zahid dengan syarat mereka hanya KAWAN BIASA. Kan Yasmin memilih untuk setia..

"Saya kan bunga tulip. Luka akan membuat kami segar dan tak layu" Yasmin

Zahid:

Pertemuan kembali dengan Yasmin sangat menggembirakan hatinya. Tekadnya cuma satu. Menagambil kembali hati Yasmin yang pernah dia lepaskan dulu. Yasmin seorang yang tenang, tak mudah marah suka tersenyum. Zahid suka sangat bila dipertemukan kembali dengan Yasmin. Tambahan pulak dengan sokongan sahabat-sahabat baiknya, dia berjanji tak akan mengecewakan hati Yasmin lagi.

Dengan niat untuk membuat Yasmin gembira dan membantu melupakan Khalil, pelbagai langkah dilakukan Zahid agar Yasmin tertawan dengannya. Bukan dia tak tau Yasmin dah memberi amaran awal-awal yang mereka hanya kawan biasa. Tapi sengaja dia memilih untuk tidak faham akan kenyataan tersebut.

Bila peluang kedua diberi, halangan lain menimpa. Zahid harus memilih dan dalam kerbersalahan diri, dia memilih untuk mengecewakan hati Yasmin untuk kali kedua.

"Sebenarnya..sebenarnya saya lebih suka awak berbanding wahida tu. Saya rasa macam nak pilih awak, bukan Wahida" Zahid

Khalil:

Bukan sengaja untuk Khalil berpaling arah. Dia sayangkan Yasmin. Mereka mengayam kasih dalam ruang waktu yang agak lama. Tapi dia tak boleh elak untuk jatuh hati kepada insan lain. Ya sekarang Nora dambaan hatinya. Tapi untuk melukakan hati Yasmin dia tak mampu. Yasmin seorang gadis yang sangat baik. Dia tenang, dia sabar. Mana mungkin dia mengguris hati si gadis. Tapi dalam tak sedar dia lupa, dia telah mengabaikan gadis tersebut hampir enam bulan lamanya.

"Dalam hidup kita ni, kita bertemu dengan ramai orang. Ada yang kekal selamanya dan ada yang singgah sebentar kemudian berlalu pergi. Pertemuan itu juga adalah takdir yang jauh dari rencana manusia. Kita tak boleh tentukan kita hanya bertemu dengan orang yang baik-baik sahaja, yang kaya-kaya atau yang cantik-cantik sahaja. Itu semua di luar dari rencana dan perancangan manusia. Tapi tak semua pertemuan yang berlaku dalam hidup kita itu akan menghasilkan jodoh. Awak pecaya itu min?" Khalil

Saya:

Oh..saya sangat suka cerita ini. Sungguh. Ada watak sampingan Aiman dan Sarah dari kisah manis Alang Rebus tak empuk. Percaya atau tidak, garapan Aimi Shabana terhadap dua watak ni yang memberi kemanisan dalam keseluruhan cerita ini. Kisah si Aiman yang bendul tapi dalam masa yang sama alert terhadap susah senang sahabatnya. Sarah yang suka bergaduh dengan Aiman sampai sekarang dalam masa yang sama sangat sayangkan Aiman. Dan dia jugak sahabat susah senang Yasmin. Jugak...jugak...hahaha..ada kisah Syifa dan Ziyad. Ok, sesapa nak tau apa jadi pada Shifa dan Ziyad harus baca buku ni tau! :)

Saya suka cara penulis hidupkan watak Yasmin, dalam tenangnya, ada jugak rasa sedih dan kecewa. Dalam senyumnya ada air mata yang tumpah dan dalam baiknya ada jugak sisi tanduknya. Which is, macam mana baik seorang manusia itu, pasti ada sisi kurangnya kerana setiap manusia tak sempurna kan?

Cerita yang banyak input. Ikutkan hati saya nak taip setiap bait tulisan yang sangat memberi manafaat. Tapi banyak sangat. Tangan cramp nanti. :)

Out of topic:
Selamat Hari Raya semua!! Maaf khilaf dalam penulisan review sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak. Maaf zahir dan batin! Hati-hati di jalan raya ok!
9 likes · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Dunia Belum Berakhir.
Sign In »

Reading Progress

July 20, 2014 – Started Reading
July 20, 2014 – Shelved
July 20, 2014 –
0.0% "Anda akan tertipu dengan watak di akhir cerita jika anda pembaca novel macam saya..haha..buku muka surat pertama untuk kenal watak dan buka muka surat akhir untuk tau ending dia macam mana. Sebab watak dalam muka surat pertama tak da pun dalam muka surat akhir.."
July 20, 2014 –
0.0% "Anda akan tertipu dengan watak di akhir cerita jika anda pembaca novel macam saya..haha..buka muka surat pertama untuk kenal watak dan buka muka surat akhir untuk tau ending dia macam mana. Sebab watak dalam muka surat pertama tak ada pun dalam muka surat akhir.."
July 21, 2014 –
page 101
20.0% "Nampak gayanya Si Zahid ni memang sedang berusaha memancing dia berbual.Baiklah aku layan dia sekejap.Lagipun,kami kan kawan lama.Buat apalah aku nak sombong sangat sesama makhluk.Nabi Muhammad SAW yang dah tembus ke langit ke tujuh dan menjejakkan kaki ke tempat yang malaikat tak pernah sombong.Jadi, siapalah Yasmin kan?\n \n Kata saya: Oh Yasmin,I couldn't agree more! Terasa sampai ke lubuk hati ni.. :)"
July 21, 2014 –
page 101
20.0% "Nampak gayanya Si Zahid ni memang sedang berusaha memancing dia berbual.Baiklah aku layan dia sekejap.Lagipun,kami kan kawan lama.Buat apalah aku nak sombong sangat sesama makhluk.Nabi Muhammad SAW yang dah tembus ke langit ke tujuh dan menjejakkan kaki ke tempat yang malaikat tak pernah sampai pun tak sombong.Jadi,siapalah Yasmin kan?\n \n Kata saya:Oh Yasmin,I couldn't agree more! Terasa sampai ke lubuk hati ni :)"
July 23, 2014 –
page 235
46.53%
July 24, 2014 – Shelved as: novel
July 24, 2014 – Finished Reading

Comments (showing 1-7 of 7) (7 new)

dateDown arrow    newest »

Ririn Saya pun sama Farah. Kalau dah suka dengan buku sebelumnya, yang seterusnya, cukup dengan nama penulis, tak perlu fikir panjang :D

PS - Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri :)


Wan  Farahana kan Ririn kan :) just buat kita percaya inshaAllah kira akan sokong untuk yang seterusnya.. :)
selamat hari raya Ririn!


Hajar Saya pun sama. Sebab dah suka buku pertama penulis memang tanpa baca sinopsis pun dah rasa tergedik-gedik nak beli + baca buku ni. Ni dah baca review Farah lagiiiilah rasa gedik nak beli lelaju. (Tak sedar diri punya orang ni buku pending dia sikit punya banyak bersusun. :P)


message 4: by Don ツ (new) - added it

Don ツ Selamat hari raya kak...
sampai sekarang takde kekuatan lagi nak buka Alang Rebus Tak Empuk. Tapi dah beli tau. Mungkin sebab reviewnya bagus2 takut pulak. ;)


Wan  Farahana hajar..baca baca jgn tak baca..otw balik ke kampung smpat lagi membaca ni :)
don..bacalah..inshaAllah tak menyesal :)


message 6: by Aimi (new)

Aimi Shabana Terima kasih sudi baca karya saya :D


Wan  Farahana Aimi,
terima kasih sebab baca review saya :)
lepas ni kalau jejak kaki ke taiping lagi..saya akan cari cendol sapa nama tu? hehe dengan popia sedap tu..yang saya selalu makan belakang bomba tu yong tau fu je :) lepas ni kena try yang lain..
cik Aimi bijak..dalam menulis kisah tetap mempromosikan tempat :)
tahniah!


back to top